**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

07 July 2009

Pengubatan Kanser (saratan)



Semua pesakit kanser yang mengunjungi KISWAH mempunyai masalah gangguan jin di dalam tubuh badan. Teringat ustaz saya dahulu mengatakan bahawa semua kanser adalah berpunca dari gangguan jin.
Buktinya tidak ada seorang pun pesakit kanser yang pernah saya rawati kecuali semuanya ada gangguan jin. Terkecuali yang telah sembuh. Dahulu kami pernah merawat seorang budak yang mendakwa dibawa jin melawat kampung halaman mereka. Dia mendakwa terdapat bengkel-bengkel pertukangan jin yang menghasilkan percikan api berbisa untuk menularkan penyakit kanser. Sejauh mana kebenaran dakwaannya hanya Allah yang Maha Mengetahui!!!
Rawatan paling kurang selama 40 hari. Untuk penyakit sebegini rawatannya adalah:

1) Dengar: Iaitu mendengar ruqyah saratan atau jampi kanser. Hampir sama dengan ruqyah syariah yang biasa kita dengar. Cuma ada beberapa ayat tambahan. Didengar sekerap mungkin.

2) Mandi: Mandi air yang telah diruqyah sekali sehari sebelum maghrib.

3) Minum: Minum air yang diruqyah tiga kali sehari.

4) Sapu: Sapu anggota yang terkena kanser dengan minyak zaitun virgin oil yang telah diruqyah sekerap mungkin. Sekiranya terkena kanser darah atau leukimia atau anggota di dalam perut maka hendaklah diminum 3 sudu minyak zaitun setiap hari.


5) Tambahan: Menurut mursyid saya bagi pesakit kanser hendaklah minum jus bawang sebiji sehari 1 jam sebelum makan apa-apa selama 40 hari. Bawang yang terbaik adalah bawang Holland berwarna kuning dan berkulit emas. Jus sebaiknya didapati dari mesin 'juicer' (fruit extractor) dan bukan blender...

Bagi pesakit kanser, ulcer dan ketumbuhan bolehlah datang mengunjungi KISWAH. Insya Allah sembuh dengan izin Allah dan keberkatan amalan para awliya'.. amiin...

06 July 2009

penerang dan pelembut hati


Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati

Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali. Gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan lembut hatinya mengikut kita.

Al Fatihah: 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita

Ali Imran: 31
Supaya kasihkan kita

Yusuf: 4
Supaya ikut kata

Thahaa: 1- 6
Supaya hatinya lembut untuk kita
Rum: 21
Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam rumah tangga

Fussilat: 29
Supaya akur kepada kita
Al Hasyr: 21- 24
Supaya hatinya lembut

Al Insyirah: 1-8
Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum tidur. Tiup 10 saat pada air meneral dan masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi. Jika boleh diberi minum terus lebih baik.

Doa:
Supaya lembut hatinya untuk kita
'Allahumma layyin li qalbahu kama layyanta li daud al hadid"
Makna: Ya Allah lembutkanlah hatinya kepadaku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihissalam.

Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat hendaklah dilakukan.

Ayat-ayat selusuh




Ayat-ayat selusuh
(mudah bersalin & betulkan kedudukan janin yang songsang)

Ayat-ayat ini dibaca kepada:
Air mutlak / air zam zam : untuk tujuan minum
Kurma atau kismis: untuk tujuan makan
Minyak zaitun: untuk tujuan urut di perut



Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
(ayat tawakkal / penutup / kunci)
Tiup sehalus jarum sehingga habis nafas kepada bahan-bahan tadi dengan berserta niat.
Boleh diamal ketika sepanjang tempoh mengandung atau semasa sakit hendak bersalin.

Semasa mengandung: Air diberi minum sekali sehari sebelum maghrib. Minyak diurut sekali sehari sebelum tidur. Kurma dimakan sebiji sehari 1 jam sebelum makan pagi setiap hari.

Semasa sakit bersalin: Air diminum (jika mampu) dan sapu di perut. Minyak disapu diperut. Kurma / kismis dimakan (jika mampu).

Kajian kes: pesakit buah pinggang plus gangguan jin



Saya berkesempatan merawat seorang gadis yang mempunyai gangguan jin dan dalam masa yang sama menderita penyakit buah pinggang yang kronik. 3 kali seminggu beliau mesti mencuci darahnya di hospital. Semasa hadir tangan kirinya membengkak dan sangat menyakitkan. Saya mensyakki bahawa penderitaan yang dialaminya adalah gabungan penyakit hospital dan gangguan jin yang dialaminya.Untuk pesakit yang begini rawatannya ialah:

1) Untuk gangguan jin: seperti biasa dirawat dengan ruqyah.

2) Untuk penyakit buah pinggang: Seperti yang telah dianjurkan oleh mursyid saya adalah: Ambil 5 kilo mentimun dan dikupas kulitnya. Kemudian kulit timun tersebut direbus bersama 3 tangkai daun pasli atau dikenali juga dengan daun ketumbar. Rebus dengan 3 kali ganda air. Rebus sehingga air tinggal setengah. Tapis dan disimpan di dalam peti sejuk. Minum sebanyak segelas air tersebut, 3 kali sehari selama 40 hari. Insya Allah penyakit buah pinggang yang kronik juga mampu sembuh dengan izin Allah dan keberkatan amalan para awliya'.

Selamat mencuba!!!


LAGI BERKENAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG :- 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...