**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 October 2009

Ustaz Malek Terapi Al Quran Darul Hikmah di dalam Harian Metro

Darul Hikmah hasil produk kesihatan. Dalam paper muka surat 26

PUSAT Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah (Darul Hikmah) melabur RM150,000 bagi menghasilkan produk kesihatan diri yang mampu memulihkan tenaga dengan menggabungkan ayat suci al-Quran, zikir serta doa tertentu khusus untuk rawatan pelbagai penyakit rohani dan jasmani.

Pengarah Urusannya, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari, berkata pihaknya terpanggil membantu orang ramai yang mengalami pelbagai penyakit rohani dan jasmani dengan kaedah rawatan berkenaan. "Kami menawarkan produk seperti Rutob Cafe, losen, pati zaitun sawda, pati za'faran, minyak celak, air mineral terapi al-Quran, sabun bidara mambu serta cakera padat (CD) ruqyah syariah.

"Buat masa ini, kami memberi tumpuan kepada produk kesihatan seperti Rutob Cafe dan air mineral terapi al-Quran kerana mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. "Rutob Cafe, minuman kopi pracampuran yang menggabungkan ramuan seperti serbuk kurma, serbuk madu, ekstrak kopi Arabica, krimel tanpa tenusu serta gula halus untuk menambah tenaga, menambah kekuatan minda, membuang angin dan melawaskan pembuangan najis," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Koperasi, Alor Star, Kedah, baru-baru ini. Beliau berkata, air mineral terapi al-Quran dihasilkan untuk memulihkan jasmani dan rohani seseorang selain membantu menyembuhkan penyakit batu karang dan sukar tidur.

Menurutnya, Darul Hikmah bercadang mengeluarkan pelbagai produk baru seperti kismis untuk kanak-kanak dan orang dewasa bagi meningkatkan lagi kecerdasan minda. "Darul Hikmah mempunyai sebuah kilang di Taman Mergong Jaya, Alor Star untuk menghasilkan produk berkenaan yang diiktiraf Amalan Pengilangan Islam (IMP).

"Selain itu, kami mengeluarkan CD ruqyah syariah iaitu himpunan ayat suci al-Quran, zikir dan doa tertentu khusus untuk rawatan pelbagai penyakit rohani dan jasmani. "Ia sesuai bagi mereka yang sukar tidur malam, menderita sakit misteri, sihir, santau, pukau, masalah rumah tangga, angin ahmar, haid tidak teratur, jiwa tidak tenteram, sakit kepala, koma, histeria serta gangguan makhluk halus," katanya.

25 October 2009

Penyembuhan sihir dengan surah tertentu


Kali ini saya nak bercakap pasal rawatan gangguan makhluk halus dengan menggunakan teknik bacaan dan mendengar surah-surah tertentu.

Selain dari mendapatkan rawatan dari perawat Islam yang berijazah saya juga menggesa para pesakit saya untuk memperbanyakkan bacaan surah tertentu sebagai satu homework untuk memastikan diri pesakit betul-betul murni dari najis gangguan makhluk halus yang terpalit di jiwa mereka....Sekiranya tidak mampu maka saya menyarankan alternatif lain bagi mereka yang memiliki kekangan tertentu iaitu melalui kaedah mendengar surah-surah khas yang saya catatkan di sini... Surahnya adalah:

  1. SurahYaasin
  2. Surah ad Dukhaan
  3. Surah as Soffat
  4. Surah al Jin
Surah-surah ini hendaklah di dengar sekuat dan sekerap mungkin!!!
Jadi timbul persoalan....bagaimana nak dapatkan kaset atau cd surah-surah ini???
Payahlah nak cari? (betul ke?) Kalau dah ada macam mana nak dibawa ke luar rumah? Ke taman rekreasi? Ke masjid waktu iktikaf? Ke tepi pantai dan waktu holiday? Ke mall, supermarket dsb....ye la...kalau jenis yang bersungguh tu sudah tentu kalau berpeluang pasti dia akan dengar 24 jam surah-surah ini di samping ayat-ayat ruqyah yang sedia ada.....

19 October 2009

Penawar sakit mata!!!

Kalau ke Kedah saya mewajibkan diri saya untuk menziarahi beberapa tempat: Antaranya; Makam Sheikh Abdul Rahman al Lidani al Muluki, Makam Sheikh Abd Jalil dan Masjid Zahir, Alor Star...etc
Semasa saya solat di Masjid Zahir, Alor Star pada waktu solat Jumaat.... Satu fenomena sunnah yang praktikal menggamit perhatian saya.

Selepas Sheikh Ali mengajar kitab; azan berkumandang. Apabila muazzin melaungkan 'Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah' ke semua jemaah membacakan sesuatu, menghembuskan ke kedua-dua ibu jari yang didekatkan dan kemudiannya menyapu ibu jari ke mata sebanyak 3 kali.

Perkara yang sama terjadi ketika saya masih menuntut di Syam as Syariff (Syria sekarang). Sheikh-sheikh Arab dan 'pak-pak' Arab juga melakukan perkara yang sama...

Oooh.... rupa-rupanya amalan mencerahkan a.k.a menyihatkan mata...

Persoalannya:

Apa yang dibaca??? Aaa.....seumpama yang saya dapat dari guru saya:

Surah Qaaf ayat 22:

"22. (serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada Dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian Yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

Malangnya, bila saya balik di Pahang...apabila saya mempraktikkan apa yang saya pelajari di masjid-masjid, maka....manusia yang memandang lihat semacam je...macam pandang slek je...atau mungkin cuma perasaan saya je....?????


Maklumlah orang Pahang tak macam orang Kedah.... ye ke???

Jadi apa lagi....Amalkanlah sekarang! Insya Allah sembuh!

Kesimpulannya:

Orang Kedah memang banyak ilmu!!! Tok guru, alim ulamak, pondok dan ahli ibadah masih banyak lagi....Rindu nak pi Kedah!!!!!!!

Orang Pahang........?

16 October 2009

Rawatan Demam Panas yang Cepat dan Mudah


Minggu lepas, anak lelaki saya yang comel; Abdullah Faiz ad Daghestani demam panas teruk...Klinik dah bawa dah...Jampi, jampi juga....
Jadi untuk masalah kesihatan yang sebegini rawatan yang paling mudah dan berkesan adalah seperti berikut...
Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Asam jawa satu sudu.
  2. Beras satu sudu.
  3. Air biasa secukupnya ( air mineral / paip) ...(dah ruqyah lagi baik)

Campurkan semua bahan tersebut di dalam satu mangkuk.( Ini perubatan orang Melayu kita. Cuma saya combine kan dengan teknik rawatan Islam:-

Kemudian anda baca:

Surah al Anbiya' ayat 69- 70:

69. Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
70. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara Yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang Yang amat rugi, (kalah Dengan hinanya).

...dan:

بسم الله الرحمن الرحيم بسم الله وبالله محمد رسول الله

(bacaan ini seumpama riwayat Imam al Marwazi ra: Apabila sampai kepada Imam Ahmad bin Hanbal berkenaan dirinya terkena demam, Imam Ahmad pun menulis cara rawatan dengan bacaannya seperti di atas- dipetik dari kitab Tibbun Nabawi; karya al Hafiz Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad az Zahabi; m/s: 285)

...lalu anda sapu dan lumurkan di kepala dan badan si pesakit.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Abdullah Faiz pun sihat ikhtiar dari manusia dan qudrah iradah Allah Taala...
Apalagi... anda pun boleh mencubanya di rumah. Insya Allah sembuh dengan keberkatan amalan orang soleh dan perubatan Tabi'e orang Melayu kita...

14 October 2009

Pelancaran De Anjung Kiswah Online Store!!!

Tanggal 26 Syawwal 1430
bersamaan
14 Oktober 2009
Kami dengan ini melancarkan
"DE ANJUNG KISWAH ONLINE STORE"
Menawarkan:
Produk rawatan gangguan makhluk halus
Makanan kesihatan tambahan Terapi al Quran
Minyak wangi pati ruqyah Terapi al Quran
Batu cincin muslimin
Batu loket muslimah
Perhiasan permata muslimah
Aneka pakaian muslimah

JANGAN BERLENGAH LAGI!!!

KUNJUNGILAH:

http://www.deanjungkiswah.portalniaga.com/

Sekarang!!!

p/s: Setiap belian anda sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam tabung surau al Munzirin, Temerloh.

Bersama-samalah mendaulatkan perubatan Islam di negara kita!!!

10 October 2009

Rawatan sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi secara tabi'e




Telah berkata guru kami tentang penyakit-penyakit ini:

1) Jantung: Bakar bawang dengan abu...bila dah masak makan bawang tu- bawang merah / holland. Caranya masukkan bawang yang bersaiz sederhana ke dalam tin dengan abu panas (abu kayu biasa yang dibakar) dan panaskan sehingga bawang masak. Makan bawang tersebut sejam sebelum makan apa-apa selama empat puluh hari...Jika tidak sembuh boleh beralih ke ikhtiar lain atau teruskan sahaja sehingga sembuh...
2) Diabetes: Makan sebiji lemon dengan kulit2nya sekali dalam masa 40 hari.
3) Darah tinggi: Bekam di kepala dan bahu 2 kali setahun...Jadikan rutin tahunan!!!WAllahu A'lam!!!
Insya Allah sembuh dengan izin Allah dan keberkatan amalan para wali!!!

05 October 2009

Projek Tabung Surau al Munzirin!!! Menderma sambil berubat!!!

Projek "Tabung Surau Al Munzirin"
Dalam banyak-banyak kaedah perubatan yang ada; saya sangat teruja dengan teknik perubatan menggunakan metod bersedekah... Yakinlah bahawa 'SEDEKAH' adalah ikhtiar penyembuhan yang sangat mustajab!!!

Kami sering merujuk kepada guru kami tentang kaedah perubatan yang digunakan untuk penyakit tertentu...Kekadang jawapannya adalah 'SEDEKAH'. Mursyid saya memang menyarankan kaedah dan konsep 'bersedekah sumber kesembuhan'.

Lazimnya, banyak penyakit yang dideritai pesakit sembuh setelah bersedekah setelah berputus asa berulang alik menemui doktor dan perawat rawatan Islam... Ajaib bukan!!!

Bagi orang yang berakidah 'rasionalisme' mungkin sahaja terpacul di lidahnya "apa kaitan sedekah dengan sakit kanser / 'gangguan' aku." Namun telah terbukti sebelumnya penyakit yang sukar diubati berjaya sembuh di tangan 'SEDEKAH'. "SEEING IS BELIEVING!!!"



Justeru, kami di Darul Hikmah menyarankan agar pesakit kami bersedekah untuk tempoh empat puluh hari walaupun sedikit dengan niat kesembuhan...Bukankah apabila kita membantu orang maka Allah tidak menunggu pun untuk menolong kita. Yakinlah!!!
Kesimpulannya: Sehubungan dengan itu Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang melancarkan "TABUNG SURAU al MUNZIRIN" bagi memudahkan anda bersedekah!!!

Surau hasil usaha ayah mertua saya dan rakan seperjuangannya ini memerlukan bantuan para muhsinin seperti anda yang sedang membaca post ini untuk bersedekah, menderma, mengeluarkan zakat, bayar kafarah dan sebagainya bagi menyiapkan pembinaan surau yang terencat hampir sepuluh tahun ini. Hampir RM70 000 diperlukan untuk menyiapkan surau yang terletak di Kampung Batu Sawar, Temerloh, Pahang ini!
Dalam masa yang sama saya mengumumkan setiap pembelian produk di blog ini...sebahagiannya akan didermakan kepada surau ini. Bermaksud: membeli sambil menderma!!! Menderma sambil mengubat!!!

Projek ini kami namakan "Projek Tabung Surau Al Munzirin". Untuk tujuan itu, anda yang budiman boleh bank in derma anda di:

Surau al Munzirin,
Kampung Batu Sawar,
Mukim Jenderak,
28050, Kuala Krau,
Temerloh, Pahang

Akaun bank Islam: 06028010050971
Jadilah orang yang pertama menderma dan bersedekah pada hari ini!!!

Selamat Menderma wahai anda yang dermawan!!!

04 October 2009

Penawar sengatan binatang berbisa...


Minggu lepas saya sempat ke kebun mencari rezeki di muka bumi Allah Taala ini. Dalam suasana hujan renyai-renyai saya tekadkan azam untuk meneruskan kerja-kerja saya di kebun. Nak dijadikan cerita....sedang saya melalui satu kawasan semak, satu makhluk Allah terbang dan menyengat kening saya...Allahu Akbar!!! Punyalah bisa. Setelah menyengat makhluk tersebut tanpa segan silu lari menyembunyikan diri entah di mana...

Tidaklah diri ini mengetahui sama ada lebah, peringat(betul ke eja???), tebuan,kerawai atau serangga berbisa lain yang menyengat saya...

Tanpa berlengah saya mempraktikkan apa yang saya telah pelajari...Ini caranya...

  1. Baca al Fatihah 7 kali... / al Ikhlas 3 / 7 kali
  2. Ludah-sapu di kawasan yang disengat.
  3. Sapu dengan niat penyembuhan
Insya Allah sembuh...

Testimoni: Alhamdulillah dengan IZIN ALLAH , ikhtiar saya berjaya. Serta merta bisa tersebut hilang!!!

Dalil:
Hadith Riwayat Abu Said al Khudri...

Beberapa orang sahabat Rasululah SAW bermusafir dan terserempak dengan sebuah kabilah yang mana penghulunya terkena sengatan ular atau binatang berbisa. Setelah diminta salah seorang sahabat berikhtiar dengan membaca 7 kali Fatihah dan meludahkannya di tempat yang terkena sengatan. Akhirnya penghulu tersebut sembuh dan para sahabat dihadiahkan dengan 30 ekor kambing. Apabila pulang mereka bertanya kepada baginda akan tindakan mereka itu. Maka Rasulullah SAW membenarkan indakan mereka tersebut!!! Hadith ini adalah Riwayat Muslim.

Tambahan:
Guru saya  menyarankan agar mereka yang terkena sengatan agar diubati dengan air liur dan garam.

SELAMAT MENCUBA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...