**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 June 2010

7 Langkah Mengatasi Kerasukan Ketika Mendengar CD Ruqyah!



Hari2 terdapat laporan pesakit kerasukan ketika mendengar CD Ruqyah

Assalamualaikum semua!

Disebabkan terlalu banyak panggilan kepada pihak kami, pendengar kerasukan setelah mendengar cd ruqyah KISWAH, maka dengan ini saya sertakan langkah2 yang perlu diambil oleh ahli keluarga kepada pesakit yang kerasukan:

1) Jika anda terasa sakit badan, sakit kepala, mual dan hendak muntah ketika mendengar cd ruqyah tersebut; jangan bimbang! Teruskan mendengar dan mendengar! Sila rehatkan diri dan terus berwuduk. Sekiranya telah berwuduk; perbaharui wuduk anda dengan segera. Teruskan mendengar sehingga sakit2 tersebut kembali reda..

2) Sekiranya rasa hendak pitam, khayal, mabuk dan pengsan, maka dianjurkan supaya anda berbaring secara melunjurkan kaki dan cuba untuk berehat serta tidur, namun teruskan memasang cd.

3) Sekiranya anda berasa hendak marah, mengamuk, histeria dan bersilat sebagai contoh, maka hendaklah anda berwuduk terlebih dahulu dan berwuduk serta solat hajat dua rakaat supaya Allah Taala menghilangkan gangguan tersebut... Setelah reda, teruskan mendengar cd tersebut!

4) Sekiranya pesakit kerasukan secara tiba2, ahli keluarga yang berhampiran hendaklah mengambil inisiatif melaungkan azan di telinga pesakit sekuat mungkin sambil mengarahkan gangguan tersebut keluar dari tubuh badan. Panggillah nama pesakit perlahan-lahan untuk menyedarkan pesakit kembali.

5) Sebagai tambahan, ahli keluarga pesakit hendaklah menepuk2 belakang pesakit iaitu antara dua tulang belikat (kipas) dan sekitar tulang belikatnya secara sederhana kuat berkali2 sambil membaca ayatul kursiy.

6) Sarankan pesakit supaya mengambil wuduk atau mandi bagi 'menyejukkan' gangguan tersebut buat sementara waktu. Rehat dan apabila sudah bersedia kembali, dengar semula cd terbabit.

7) Sekiranya kerasukan demi kerasukan berlaku sehingga tempoh beberapa hari sebaik sahaja mendengar cd tersebut... adalah dinasihatkan agar pesakit terus dibawa berjumpa perawat pusat rawatan Islam yang muktabar bagi mendapat rawatan yang lebih (proper) sepatutnya...

p/s: Kesimpulannya jangan takut untuk berikhtiar kesembuhan dengan cd ruqyah KISWAH.. Sebenarnya simptom2 tersebut adalah petanda baik untuk proses penyembuhan.. Tabahkan hati dan tawakkal ala ALLAH!!!

Wassalam:

Jika ada masalah. Segera hubungi:

Us Hayat ( 017 9065131)
En Zailan (018 2027559)

CDRUQYAH


29 June 2010

Haid kembali selepas dengar CD Ruqyah

Assalamualaikum semua...

Baru dapat sms pesakit yang sudah lama tidak kedatangan haid (mungkin sebab gangguan), tiba-tiba saja datang bulan setelah sekian lama tidak uzur...; sebaik saja mendengar CD Ruqyah KISWAH dengan izin Allah jua....

Sila dapatkan cd ruqyah yang lain dari yang lain ini.. Membeli sambil menderma!!!

http://cdruqyah.com/

28 June 2010

Kelas Online Qada' Pada Malam Ni: Pagar Rumah

Assalamualaikum semua..

Malam ni; Selasa Malam Rabu ada Kelas Online Qada yang hari tu.. pukul 9.30 malam:Membincangkan masalah rumah berhantu dan cara memagar rumah...


27 June 2010

Aduuuh.. Makin Dengar Makin Sakit!!!

"Senario ini dapat diterangkan secara saintifik melalui teori Electromagnetic Molecular Signaling, Secara ringkasnya, frekuensi bacaan Ayat-Ayat Al-Quran akan overwrite dan memusnahkan frekuensi 'gangguan' hantu atau syaitan dan ia kembali menjadi normal. Dalam Fizik, aplikasi yg seumpama dengannya diterangkan dalam konsep... interferens dimana frekuensi ayat Al-Quran akan bertembung dengan frekuensi gangguan hantu /syaitan dan hasilnya interferens memusnah berlaku. "

http://cdruqyah.com/

Hayat Annaqsyabandi
Sila dapatkan cd ruqyah terhangat di pasaran sekarang..untuk rawatan anda sekeluarga di rumah!!!

Fh
tapi sekiranya bila dengar, makin, lama makin sakit... tu cam ne plak ust...

Hayat Annaqsyabandi
makin lama makin sihat insya Allah... reaksi sakit tadi pada permulaan saja dan itu petanda yang baik

untuk proses penyembuhan..... yang risaunya dengar, maintain je.. macam tak berkesan @ lali pula dia...

Hayat Annaqsyabandi
teruskan mendengar sehingga anda berasa ringan dan makin sihat....

Mb
betul betul betul

Fh
tapi mmg benar ada yang terjadi cam tue, bila dengar maintain je dan lali,mean tak ada tindak balas apa2 wahal dia mmg sebenar ada gangguan.Sekiranya itu yang berlaku macam mana ust..

Hayat Annaqsyabandi
teruskan juga mendengar sehingga akhirnya ia keluar dengan izin Allah... tak lah bermakna ia hebat...lain orang lain jenis gangguannya...

Hayat Annaqsyabandi
.. mungkin ni jenis yg agak keras kepala ni ....

Fh
iyer saya faham, istiqamah tu penting di sini, dan yakin bahawa Allah taalla jua yang lebih berkuasa

dr Segalanya, dan jangan putus asa dengan rahmat Allah .

Hayat Annaqsyabandi
dan tak mustahil juga sebenarnya dia tiada gangguan.... namun tengok balik cara dia dengar, dengarlah dengan tenang tutup mata dan memberi tumpuan kepada bacaan adalah sebaik2 kaedah

mendengar cd ruqyah..

Fh
ok.tq banyak2 atas perkongsiannya.

Hayat Annaqsyabandi
welcome...

Hayat Annaqsyabandi
cd ruqyah dah sampai di Bahrain, UK, Indonesia, Singapore, Sabah Sarawak dan seluruh negara..

terima kasih kepada sesiapa yang dah memiliki cd ni... sila kongsi testimoni anda untuk faedah

bersama...

23 June 2010

Kajian Kes: Jangan jadikan gangguan dan jin sebagai alasan


Runsing, runsing, runsing.......

Jangan jadikan jin sebagai alasan....

Sikit2 jin sikit2 jin.... sikit2 jin..... Malas belajar bagi alasan sebab gangguan jin.. Tak sekolah berbulan-bulanlamanya; semuanya sebab salah jin... Malas kerja dan menyara keluarga pun salah jin..

Semenjak dua menjak ni saya banyak dikunjungi oleh pesakit yang mendakwa tidak bersekolah berbulan2, takde semangat nak belajar dan motivasi untuk bekerja menyara keluarga dan berbakti kepada keluarga disebabkan gangguan makhluk halus...

Apabila diruqyah dan dirawat... hmmm lain pula ceritanya..... Dari petanda yang ditunjukkan, kemungkinan besar tiada gangguan yang terdapat dalam tubuh pesakit..SIHAH WAL AFIAH... Ramai ibu bapa yang membawa anak2 bermasalah untuk ke sekolah kerana didakwa mempunyai gangguan sebenarnya; tiada gangguan pun yang mengganggu pesakit...

Terkadang saya berfikir..... berdasarkan pengalaman saya merawat sekelumit cuma ini...... terlalu banyak orang yang beralasan "ahhhh... ini semua salah jin / sihir la aku tak solat / tak puasa / tak kerja nak sara anak bini, tak sekolah berbulan-bulan ... macam ni.. semuanya salah sihir dan jin yang ganggu aku..." sebagai alasan untuk menutup KEMALASAN mereka.................

..padahal apabila dirawat tiada satu pun tanda gangguan ada pada mereka....

....walaupun tak dinafikan ramai yang terganggu proses pembelajaran dan pekerjaan mereka disebabkan gangguan makhluk halus.... namun ramai juga yang mempergunakan isu dan alasan ini untuk membela kemalasan dan lepas tangan mereka...

Sekadar satu renungan.....

21 June 2010

Kisah Rawatan Sihir: Diganggu kerana memiliki barang sihir.







Gambar barang2 sihir yang didapati dari bomoh dan digunakan di dalam pemujaan. Keris, batu geliga, cincin, batu cincin, cincin, Al Quran kecil, duit rupiah, wafaq, tangkal,kemenyan, minyak wangi dan kain kuning.

Assalamualaikum semua pengikut blog yang dihormati.
Kali ini saya akan bercerita berkenaan satu keluarga yang diselubungi misteri sebaik sahaja memiliki barang2 sihir dan si suami mula bertandang ke rumah bomoh...

Mereka datang ke pusat rawatan setelah si suami mengadu sakit-sakit badan, tidak mempunyai motivasi untuk bekerja dan selalu berkelahi suami isteri dan hampir bercerai berai. Si isteri juga mengadu sakit-sakit badan dan terkena gangguan.

Kisah bermula apabila mereka mula bertandang berjumpa bomoh setelah isteri mula sakit dan mencari tempat untuk berubat.. Bomoh berkenaan membekalkan kepada mereka tangkal2 yang pelik dan macam2 barang lain.

Bertitik tolak dari situ si suami cukup obses dengan benda2 mistik dan suka mengumpukan barang2 lama. Hidupnya mula diselubungi misteri apabila dikatakan boleh menarik barang dari dunia ghaib dengan cara mendapat mimpi bahawa makhluk halus datang dan memberitahu di mana hendak mendapatkan barang2 tersebut dan ternyata dia menjumpainya.

Hari berganti hari, si suami sentiasa terjumpa 'benda2 ghaib' seperti keris, cincin dan sebagainya.

Sejak hari tu kehidupan rumahtangga mereka menjadi tunggang terbalik. Maka mereka pun datang menemui saya untuk mendapakan rawatan. Saya memberi syarat bahawa barang2 tersebut hendaklah diserahkan kepada saya untuk mematikannya dan diserahkan terus kepada saya... Namun si suami masih sayangkannya... Saya kata nak balik boleh.. tapi keesokan harinya selepas saya mematikan barang tersebut dengan air ruqyah.

2) Kisah dua... pada hari yang sama membawa barang2 pelik.

Seorang isteri kedua yang sering ditinggalkan suami kerana bekerja di Indonesia sentiasa menderita sakit misteri dan seisi keluarganya melihat lembaga2 menakutkan di dalam rumah... Dilaporkan juga bahawa suaminya sering membawa barang2 pelik dari Indonesia yang didakwa diberikan oleh Kiai2 di sana.

Dipendekkan cerita si isteri datang ke pusat rawatan sebanyak dua kali untuk rawatan dan menangis teresak2 ketika diruqyah.... Saya menyarankan agar dibawa barang2 suami untuk dimatikan oleh saya... takut menjadi punca gangguan lembaga di dalam rumah mereka.

Keluarga dilaporkan semakin sembuh......

CERITA SAYA:

Kaedah yang saya gunakan untuk mematikan barang2 tersebut adalah membacakan ayat2 ruqyah kepada barang2 sihir tersebut dan direndam di dalam air ruqyah bercampur garam semalamam...

http://www.rawatanislam2u.com/2010/02/kaedah-mematikan-barang-sihir.html

Nak dijadikan cerita... pada waktu kelas perubatan KISWAH pada malam harinya... pusat rawatan saya berbau sangat busuk yang datang dari barang2 tersebut yang masih direndam dengan air ruqyah di pusat rawatan saya... bau hanyir darah yang memualkan.. boleh jadi bau kemenyan dan minyak wangi yang macam2 yang direndam sama kot... :) maka busuklah jadinya...

Keesokan harinya, sebahagian barang tersebut diambil oleh pesakit terbabit kembali (untuk apa saya tak tahu) dan selebihnya saya buang begitu saja...

MORALNYA:
Jangan obses kepada barang dan dunia mistik.... nanti hidup anda diselubungi misteriiiiiii....

20 June 2010

Agen CD Ruqyah KISWAH Kini di Tempat Anda:




Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, CD Ruqyah KISWAH mendapat sambutan hangat di pasaran dan banyak testimoni keberkesanan rawatan CD ini sampai kepada saya silih berganti saban hari. Ramai yang bertanya kepada saya berkenaan agen2 cd ruqyah yang dilantik sebab mereka nak mendapatkan cd tersebut by hand... tak mau secara online: Jadi senarai mereka adalah:

1) Petaling Jaya:
En Ahmad Hikmah Urut: 019 3079883

2) Klang:
En Zailan Ruqyah Syariyyah: 018 2027559

3) Kuantan:
Cikgu Adib: 019 7778604
En Kamarul Azli: 012 6648861
Anas al Karkuni: 014 5006552

4) Raub;
Us Sofwan Darul Syifa': 019 9205349
Saiful Hazreen Darul Mukmin: 019 3386466

5) KL:
Us Hanis Ridha ASWJ: 017 4317672

6) Sabah:
Ricky Abd Salam at Tobibi (Kota Belud) : 013 5450505

7) Chini / Pekan:
Us Zul Hairi Cyberzul: 019 3639912

8) Chenor:
Us Fakhrul Rofiz: 012 6958083

9) Mentakab:
Pak Cik Mat Saed an Naqshbandi: 019 9154367

10) Kedah:
Us Hasan an Naqshbandi (Alor Star): 013 4651866

11) Perak:
Dr Shahrol: 019 5588469
Awa (Batu Kurau): 0134179955

12) Temerloh:
Temerloh Jaya: Us Kasim Batu Pahat: 017 9207655
: Cikgu Izani SMA Al Khairiah: 012 2343682
Us Hayat (Pusat Rawatan KISWAH): 017 9065131

13) Melaka:
Us Wan Ahmad Tirmizi Pensyarah UITM Melaka: Tuan Qari CD Ruqyah: o17 6139776

...selamat membeli sambil menderma...

18 June 2010

Seminar Rawatan Islam KISWAH ( modul 1) Kuantan 8 / 8 /2010

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Cawangan Kuantan

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam:
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran (MODUL SATU)

Tarikh: 8hb Ogos 2010 bersamaan hari Ahad

Masa: 8.00 pagi – 5.30 petang

Tempat: Rumah Rehat Annaxe, Kuantan. Jalan ke Teluk Cempedak, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Datul Makmur.

Penyertaan: Terbuka kepada 40 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 80 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: KISWAH Kuantan

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

((RHB Bank: Kamarul Azli : 1130290014917))


…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Saudara Kamarul Azli (012 6648861)

Cikgu Adib (019 7778604)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.


Layari: blog: http://rawatanislam2u.com/
: portal: http://www.rukyahsyariah.com/

16 June 2010

Rawatan Cd Ruqyah: Batuk-batuk dan Muntah dalam Kereta


Seperi yang dikisahkan oleh admin Forum Ruqyah Syariyyah:

Semalam ada masalah berlaku dalam jam 1.00pagi bila saya terima satu panggilan dari seorang suami.

Si suami telah membeli CD dan menyimpan dalam kereta tak sempat bukak lagi, jadi dalam perjalanan mereka balik ke kampung Sang Isteri telah bertanya mengenai CD itu dan terus memasangnya didalam kereta.

Dengan tidak semena mena bila sampai ke track Ustaz Tirmizi dan Ustaz Hayat melaungkan ancaman kepada jin si isteri terbatuk batuk kuat dan terus muntah muntah yang banyak dan menjadi seperti orang khayal.

Pemanggil telah membuat panggilan kepada saya dan bertanyakan saya apa nak buat. Saya kata teruskan sahaja pasang CD itu bila dah sampai kampung nanti. Dan buat sementara waktu tepuk belakan isteri dgn kuat sikit dan di bacakan BISMILLAHIMASYALLAH berulang ulang.

Esoknya sang isteri itu merasa ringan pada bahunya dan ALHAMDULILLAH tiada reaksi bila mendengar CD itu sekali lagi. ALHAMDULILLAH

Jadi saya minta maaf pada semua forumers sekiranya mahu pasang CD itu buat pertama kali janganlah pasang dalam kereta di khuatiri sekiranya ada gangguan. Seelok eloknya dengar di rumah sebanyak tujuh kali atau tiga kali agar kita konfirm kita tidak ada gangguan sebelum di pasang didalam kereta dan khasnya pada pemandu pemandu kereta.

Sama sama kita doakan pada semua pesakit dan juga yang ada gangguan makhluk halus agar sentiasa di pelihara ALLAH SWT dalam apa jua urusan mereka.

AMIN

WASSALAM

http://cdruqyah.com/

15 June 2010

Testimoni pelanggan cd ruqyah KISWAH

Assalamualaikum semua....

Kepada anda yang sudah mendapatkan cd ruqyah; dah dengar???? Ada perubahan tak???
Ada tak pengalaman yang hendak dikongsi bersama kami????

Ini adalah beberapa testimoni yang telah dihantar kepada saya...

Testimoni 1:
Ada seorang pesakit kerasukan, dengar cd ni di rumah, terasa panas dan mula menunjukkan reaksinya... ini bermakna bacaan al Quran tersebut ada kesannya kpd pesakit.

Testimoni 2:
Ada seorang hamba Allah yang dah dapatkan cd ni. Pertama kali dengar sakit seluruh badan dan ada tanda2 ketika jaga... setelah beberapa kali dipasang, ia mengadu sakit2 tersebut beransur hilang.. alhamdulillah.....

Testimoni 3:
Ada yang mendengar cd ini terus menangis dan menangis dan akhirnya tak jadi berpisah dgn suaminya kedua dua suami isteri berbaik baik kembali. Bukan pasa cd tu yer kena ingat.....kerana hidayah dalam dakwah itu diberkati ALLAH SWT.........HIDAYAH SELURUH ALAM!!!

Testimoni 4:
sebelum dgr ada rasa berdebar bila dgr masa ust hayat buat ancaman pd jin yg mengganggu masa tu rasa semacam je...mcm resah.. dgr dr mlm sampai pg..bgn pg rasa sakit kat tapak kaki dan kedua ibu jari kaki, skrg bila tiap kali dgr sakit pd bahagian tengkuk dan rasa mengantuk yg amat sangat (pernyataan daripada salah seorang pembeli saya)

Testimoni 5:
Baby sy menangis dan asyik terjaga tidurnya nya waktu malam..sejak dengar preview dekat web site cd ruqyah..belum lagi mendengar cd asal...sblm ni tidurnya nyenyak saja... Adakah bayi tersebut sebenarnya memang mempunyai gangguan?????

Testimoni 6:
salam. sy telah mengikuti seminar ruqyah syariah dan telah mendapatkn cd ruqyah. pertama kali sy mainkan cd tersebut rasa 'meremang' dan berdebar bukan shj sy, malah ahli keluarga sy. setelah beberapa kali memainkn di rumah, baru rasa seperti biasa shj. bg sy, cd ni mmg bagus utk tujuan merawati diri kita sendiri. usha sy buat masa ini utk memberi kesedaran kpd ahli keluarga terdekat yg selama ini byk tersalah memilih 'perawat' dgn memperkenalkn KISWAH, cara perubatan yg diredhai, insyaallah.

Testimoni 7:
Ada yg dengar baru separuh kat bacaan ayat suci Al Quran tu terus nyenyak tidur. kemudian terjaga kul 2pagi pasaang lagi ...tak sampai habis bacaan pun ...terus gol sampai subuh ....

Khas buat org2 yg menghidap isomnia.


... Sila hantar testimoni anda kepada pihak cd ruqyah ye.. Kita kongsi pengalaman perubatan dengan cd ni...


http://www.cdruqyah.com/

14 June 2010

Pengumuman Perubahan Tarikh Seminar Modul Satu di Kota Tinggi Johor ke 17 Julai

Assalamualaikum sahabat yang dihormati sekalian..

Disini saya mengumumkan bahawa seminar yang dijangkakan akan berlangsung pada 10 Julai 2010 nanti akan ditangguhkan ke tarikh 17 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu...

Berikut adalah pendetailannya:


Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah dengan kerjasama Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 Cawangan Johor serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam:
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran (MODUL SATU)

Tarikh: 17hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu

Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Masjid Jamek Al A'laa, Bandar Mas, 81930 Kota Tinggi, Johor

Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 60 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (Cawangan Johor) dan ABIM Kota Tinggi serta Masjid Jamek Al A'laa.

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

(Mohd Zaki bin Wahir; Maybank: 101076017231)


…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ustaz Mohd Zaki bin Wahir (017 7600775)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.

12 June 2010

9 Perisai Perawat Islam dari Serangan Balas Sihir


PERISAI

Assalamulaikum semua!!!

Sampai kepada saya pelbagai kisah perawat yang terkena serangan balas sihir dan jin setelah merawat... Sebab tu hendaklah kita berhati2 dan jangan terlampau yakin dengan benteng diri sendiri... Kena selalu berjaga-jaga, bersiap siaga dan mengambil langkah preventif dari sebarang gangguan kepada diri dan keluarga jika serangan kepada perawat dan keluarga berlaku..

Antara tips yang saya boleh kongsikan bersama adalah:

1) Memakai ta'weez ( sama ada ayat al Quran, hadis dan nama Allah, pengamalan para sahabat (contohnya Saidina Ibn Umar), nama Anbiya' dan orang soleh) yang telah diberikan oleh guru mursyid anda (jika ada).* Sila rujuk al Usrah al Muslimah- fatwa Dr Wahbah az Zuhaili, Dimasyq, Syria.

2) Menukar baju secepat mungkin setelah rawatan, sebaik sahaja sampai di rumah. Jangan pegang atau bermesra dengan anak dan isteri setelah rawatan sihir, bekam, urut, resdung dan sebagainya kerana wap jin / negatif/ penyakit melekat di pakaian anda.

3) Mandi dengan air ruqyah yang telah dicampur air batu / garam / limau purut / limau nipis sebagai bilasan secepat mungkin. Sebelum minum ambil sesuap air tersebut dan diminum seraya membaca " bismiLLAHillazi la yadurru maas mihi ......". Terus berwuduk dan kekalkan wuduk tersebut sepanjang masa.

4) Solat berjemaah dan jangan tinggalkan wiridnya. Jangan tinggal bacaan " La Ilaha illaLLAH wahdahu la Syarikalah Lahul Mulku Wa lahul Hamdu....." 10 - 100 kali selepas solat Subuh tanpa menukar duduk tahiyyat akhir. Selesai baca baru ubah kaki; duduk secara bersila. Jangan lupa tahajjud!!!

5) Ada zikir tambahan esp zikir tarekat. Jika tiada, bolehlah amalkan mana2 hizib bermula dari Hizib Bahar, Hizib Imam Nawawi dan Ratib Attas terlebih dahulu. Ataupun paling kurang anda boleh juga membaca mathurat....

6) Pakai minyak wangi Rose atau Kasturi sebelum tidur di 32 point dan sapukan juga di pakaian sebelum tidur. Boleh juga sapu di tempat sakit. INI SANGAT MEMBANTU ANDA!!!! (pengalaman saya),

7) Perdengarkan cd ruqyah setiap hari di rumah anda... (pagar diri, keluarga dan rumah) paling kurang satu round sekali sehari.

8) Baca satu sesi ruqyah setiap hari. Pilihlah waktu yang sesuai supaya anda boleh menjazamkan bacaan tersebut di dalam hati sanubari anda. Al Quran pun jangan lupa baca satu juzuk sehari!

9) Doa dan tawakkal kepada Allah Taala dan madad (doa tabarruk) dengan Rasulullah SAW, para solihin dan guru mursyid anda....

Insya Allah akan menjadi perisai dan senjata ampuh untuk anda menghadapi serangan makhluk durjana dari kalangan jin dan manusia..

Selamat Mencuba!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

10 June 2010

Jangan lupa kelas online di SKYPE malam ni!

Assalamualaikum semua..

Kepada semua pengikut setia KISWAH dan ahli kelas KISWAH...

Jangan lupa kelas di SKYPE pada malam ini pada pukul 9.30 malam seperti biasa....

Jangan ponteng ye!

Jumpa di sana.....

Wassalam...

07 June 2010

Sumbangan Dana KISWAH dan Surau KISWAH melalui Jualan CD RUQYAH Terbaru Di Pasaran!!!




Assalamualaikum semua!!

Mencari Rawatan Alternatif di rumah untuk :

-segala macam sihir
-semua jenis gila
-saka
-santau
-susuk
-strok
-busung
-pagar rumah
-anak nakal
-kanser
-buang silat batin

dan lain2????

Inilah jawapannya:

CD RUQYAH SYARIYYAH KISWAH!!!

Antara kelainan cd ruqyah ini daripada yang lain adalah kami:

1) rakam dalam bentuk track.. track by track.. sekiranya anda berminat untuk menghafal ruqyah anda boleh mengulangi track2 yang ada.. Antara track yang ada adalah:

- Muqaddimah
- Pembukaan
-Ayatul Kursiy
-Seruan kepada Islam
-Ibtalus sihir; pembatal sihir
-Pengajaran kepada jin
-Ancaman kepada jin
-al Muawwizat
-Doa kesembuhan

2) Disertakan dengan khutbah yang bersesuaian dengan ayat yang dibacakan... Khutbah, nasihat dakwah dan doa serta azan diselitkan di antara track

3) Dibacakan oleh qari yang berpengalaman:

Wan Ahmad Tirmizi Bin Hj. Wan Sulaiman,
Sijil Khas Kemahiran Al-Quran.
B.Shariah(UM), MPA (UM).
Pensyarah UiTM Melaka.

Pengalaman Tilawah.
Ketiga Tilawah Peringkat Antarabangsa Remaja, Iran 1993.
Johan Tilawah Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 1992 dan 1993.
Johan Tilawah Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 1998.
Naib Johan Tilawah Interaktif Akhir 2008, RTM 1 dan JAKIM.

4) Ijazah perubatan oleh Yang Mulia Dato SeriTuanku Sheikh Raja Ashman as Sulthani kepada Us Hayat an Naqshbandi

5) TERBUKTI BERKESAN... merupakan bacaan dan khutbah (dialog perawat dengan jin) yang menghampiri bacaan sebenar ketika merawat...

Jangan ketinggalan mendapatkan cd rawatan istimewa ini!!!!

Sila dapatkannya di:

http://cdruqyah.com/

Kenangan indah di Seminar Bandar Puteri Klang.


Ukhuwwah fiLLAH abadan abadaa.. Ukhuwwah filLAH Lestari Selamanya....

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah dengan izin Allah, seminar di Klang beberapa hari yang lalu menggamit kenangan yang amat manis buat kami warga KISWAH Ruqyah Syariyyah...

Rombongan dari KISWAH Pahang yang disertai 3 buah kereta bertolak dari Temerloh lebih kurang pukul 7 malam dan sampai ke Klang hampir tengah malam....

Kedatangan kami disambut meriah oleh warga KISWAH Klang diketuai oleh Saudara Zailan. Masya Allah .. layanan yang diberikan amat mengharukan....

Kami tidur di pusat rawatan Klang dan saya tidak boleh tidur mengenangkan seminar keesokan harinya; bagaimana ye sambutannya....

Pada hari yang dijanjikan, seramai hampir 50 orang peserta bertandang ke KISWAH Klang bagi memeriahkan seminar yang serba kekurangan ini. Bukan sekadar peserta dari Semenanjung yang hadir malah peserta dari Sabah dan Sarawak turut memeriahkan pusat rawatan Klang ini.

Seminar berlangsung dalam serba kekurangan (memandangkan tempat agar sempit dan sedikit kepanasan) tetapi meriah dengan bibit-bibit warna warni ukhuwwah sesama urusetia dan peserta. Difahamkan ramai graduan dari Darul Syifa', Akrine, TIAF, RIDAM, Sinar Zamdurrani, TAQ Darul Hikmah dan sebagainya yang hadir untuk bertukar-tukar pengalaman.

Alhamdulillah, seminar berlangsung dengan baik dan tidak ada perkara yang sensitif dibangkitkan. Seminar bertambah meriah dengan pelancaran CD Ruqyah Syariyyah KISWAH dan sambutan Maulidur Rasul saw yang dipimpin oleh Us Hayat dan Saudara Zailan.

Sesi petang mencatatkan corat coret pengalaman perubatan yang mendebarkan apabila simulasi perubatan ruqyah syariyyah beramai-ramai bertukar agak gawat dan panas apabila ada peserta yang menunjukkan tindak balas agresif dengan bacaan ruqyah yang dibacakan oleh Us Hayat. Tidak kurang juga yang sakit2 badan dan muntah2 sepanjang rawatan diadakan.

Seminar diakhiri dengan slot pengijazahan rawatan Islam melalui ruqyah, selawat dan hizib yang bersanad daripada Tuanku Sheikh Raja Ashman. Peserta dianugerahkan dengan sijil pengijazahan menandakan kepercayaan KISWAH kepada mereka untuk menggunakan ilmu2 yang didapati seadanya.

Majlis ditutup dengan solat asar berjemaah dan majlis wada' sambil semua peserta dan urusetia berpeluk2an menandakan kasih sayang akan lestari selamanya walaupun berpisah selepas ini....

Kami bertolak pulang pada pukul 11 malam dan singgah di Syeksen 7 Shah Alam dan kemudian menyambung perjalanan ke Temerloh dan sampai pada pukul 3 pagi...

Terima kasih semua peserta seminar! Jangan serik lagi untuk menyertai seminar KISWAH modul kedua pada akhir bulan 7 nanti dengan tajuk:

"KELUARGA BAHAGIA BEBAS SIHIR DAN PENDINDING DIRI"

-yang akan membincangkan berkenaan andartu, mandul, anak nakal, anak lari, perceraian dan pendamai rumahtangga dan pendinding diri serta keluarga*

Jumpa di sana nanti!!!! ( Insya Allah di tempat yang lebih selesa)

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

03 June 2010

Jangan Lupa Seminar di Klang Esok!!!

Assalamualaikum semua khususnya yang telah mendaftar untuk seminar di Klang esok.

Harapan saya kepada semua yang telah mendaftarkan diri dengan pihak penganjur; Pusat Rawatan Ruqyah Syariyyah Klang agar dapat menghadirkan diri anda esok.

Ini kerana pihak penganjur telah menyediakan pelbagai persediaan mengikut bilangan yang telah berdaftar sebelum ini.

Sebarang ketidakhadiran membawa kerugian kepada pihak penganjur!

Sekiranya anda tidak dapat hadir, apalah kiranya anda memaklumkan kepada Saudara Zailan tentang keuzuran tersebut di talian 018 2027559.

Alhamdulillah seminar kita pada kali ini dirancang agar lain dari yang lain. Selain berseminar dan berkongsi ilmu, anda juga boleh mengikuti seisi rawatan semasa seminar dijalankan serta akan diselangselikan dengan selawat dan qasidah bagi menambahkan kemeriahan + keberkatan majlis ini.

Insya Allah, qasidah dan maulid akan menjadi trademark seminar kami pada masa2 yang akan datang...

Semoga Allah memberi kejayaan kepada seminar ini berkat doa guru2 kami dan anda semua yang budiman.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Saya dengan rendah diri benar2 menghargai keprihatinan anda selama ini kepada pihak KISWAH....

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Wassalam

02 June 2010

Rawatan Islam: Rawatan lelah

Assalamualaikum semua!!!

Kali ini saya akan berkongsi rawatan penyakit lelah menurut Sufi Healing Maulana Sheikh kami... mudah saja...

Bahan2;

1) Madu asli yang memang asli. Contohnya:


Madu Asli Bunga Liar Arab jenama terkenal di dunia 250 ml:Boleh dapatkan di SINI

2) Lobak putih


Caranya:

1) Masukkan sesudu besar madu ke dalam air ruqyah / air suam biasa

2) Masukkan sesudu besar lobak putih yang telah disagat (agak pedas)

3) Kacau lawan arah jam sambil berkata secara berulang-ulang ... ALLAHU HUWAS SYAFI.. ALLAH YANG MAHA PENYEMBUH...

4) Bacakan ayat2 syifa' dan selawat syifa'. Kemudian tiup sehingga habis nafas ke dalam air sambil berniat dan berbisik kepada air tersebut semoga menjadi ubat.

5) Minum sejam sebelum makan apa2 setiap pagi selama 40 hari paling kurang.

Insya Allah sembuh..

01 June 2010

Tips dan Formula Keluarga Bahagia


Assalamualikum semua.. Ini adalah sebahagian pengisian kertas kerja Seminar Rawatan Islam: Keluarga Bahagia Bebas Sihir dan Gangguan Makhluk Halus di Raub tempoh hari...


Pendamai rumahtangga:

1) Selalu solat berjemaah bersama dan berdoa bersama untuk kesejahteraan rumahtangga.

2) Selalu baca al Quran bersama.

3) Selalu menghadiri majlis ilmu, majlis zikir bersama serta mempunyai guru rohani untuk keluarga.

4) Selalu makan bersama di rumah bersama. Makan masakan isteri dengan air tangannya sendiri. Jangan terlampau kerap makan di luar.

5) Sentiasa mengucapkan kasih sayang dan bertolak ansur.

6) Selalu meminta maaf atas kesalahan.

7) Menjadikan setiap malam yang berlalu sebagai malam pertama dalam perkahwinan.

8) Selalu saling memberi hadiah. Khususnya pada ulang tahun perkahwinan dan ketika mendapat cahaya mata.

9) Sebolehnya anak jangan dipeihara oleh orang lain.

10) Jangan memandang lelaki / perempuan lain yang bukan pasangan anda.

11) Sebolehnya isteri bekerja di rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...