**Al Wada' Al Wada' Ya Syahra Ramadan Al Mubarak wal Mukarram**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 November 2010

Mandi Ais... Sedikit Penjelasan


Mandi Ais Alhamdulillah terbukti berkesan dalam menangani gangguan makhluk halus. Makhluk halus yang diperbuat dari api, berasa kesakitan apabila terkena dengan air mandian ruqyah berais yang sejuk... Panas lawannya sejuk.. dan api lawannya air... gandakan kuasa air tersebut dengan menjadikannya air batu.... Sangat2 membantu dalam rawatan pesakit gangguan makhluk halus...


Ini adalah sedikit perbincangan kami berkenaan MANDI AIS di dalam forum ruqyah syariyyah:

Pendapat dan fakta ini dikemukan oleh Prof Shahnor UPM"

Salam...

Mengenai mandi ais dan tekniknya. Mungkn saya boleh share:

1. Haba panas ini dari segi sifat fizik dan jisimnya, makin panas haba maka ia makin ringan dari segi beratnya. Maka haba panas akan naik ke atas dari suatu jasad atau permukaan permukaan.

2. Oleh itu orang barat turut mengamalkan 'bath therapy' atau 'ice cold therapy. Cuma mereka merendamkan diri mrk dalam air bercampur ais didalam 'bath tub'. Teknik yang mereka gunakan dengan memasukan kaki dahulu, perlahan2 turun keparas pingang, dada , leher dan akhirnya kepala. Dengan ini haba panas dari kaki naik keatas, dari tapak kaki, betis, pahas, paras pinggang, dada, leher dan akhirnya terlepas ke ubun-ubun(kepala).

3. Teknik ini dikenalai sebagai Cryotherapy ("cold therapy"), dimana ia akan mencerut saluran darah dan mengurangkan kadar metabolik dan akan menyebabkan kesembuhan kebengkakan dan kerosakan tisu tubuh. Dan kita kena ingat dalam AlQuran juga mneyebut bahawa syaitan mengalir dalam diri anak Adam melalui aliran darahnya! Maka mmg elok benar amalan madi ais + air yang telah diruqyah...

4. Cuma bagaimana teknik jirusannya? Saya lebih selesa jika kita padankan dengan ilmu sains fizik, iaini haba akan naik keatas kerana sifat ringannya. Maka saya berpendapat elok siraman dimulai dari kaki dan naik keatas sehingga akhirnya kepala, kemudian barulah jirusan kepada dilakukan. InsyaAllah saluran darah mencerut kearah atas, membawa haba dan jin/syaitan keatas, kemudian itu barulah jirusan dari paras kepala dilakukan... WalLah Hu Aalam....

5. Teknik ini dapat mengurangkan panas badan, serta tidak merbahaya kepada otak. Kerana bimbang jika dari paras kepala dahulu dengan kesejukan teramat akan memungkinkan pengecutan otak. WalLahhu Aalam....

6. Saya berpandangan teknik jirusan ini lebih efektif dalam kes kerasukan dan gangguan jin. WalLahu Aalam.

Ustaz Hayat boleh ulas.....

Saya saya setuju.. yang sebetulnya mandikan yang bawah dulu... kaki dan naik ke atas kepala... saya dengar kaedah kita mandi pun mesti mula dari kaki..

Saya melihat satu dokumentari di astro .. rupa2nya antara amalan zaman berzaman masyarakat cina di negara mereka pada musim sejuk adalah mandi di tasik / kolam beku pada musim sejuk untuk menyihatkan tubuh badan mereka.... dibuat sekali sekala...

Apabila mandi mulakan di bahagian kaki dan apabila sudah sampai ke kepala.. tumpukan mandi dan jirusan ke bahagian kepala dan tengkok belikat... 60 % boleh dikatakan gangguan bertempat di kepala..

Untuk penjelasan kaedah dan campurannya: Sila rujuk posting yang lepas....

SELAMAT MENCUBA!

29 November 2010

Manusia Tidak Boleh Lihat Jin!!!


Manusia tidak dapat melihat jin secara terus dalam rupa mereka yang hakiki. Ini telah disepakati ulamak...

Namun kalau pun boleh melihat jin barangkali:

1) Dari kalangan anbiya' dan awliya'nya; Kasyaf dari nur Ilahi kerana bersih, terang hatinya, luar biasa adab dan tawadduknya serta berada di makam yang istimewa di sisi Allah sehingga terbuka rahsia rohani yang asalnya beramal ibadat khalis / ikhlas hanya kerana Allah dan bukan mengidamkan segala keistimewaan dan kasyaf tersebut. Tidak sama sekali! Orang awam seperti kita tidak mungkin boleh mengecapinya jika akhlak masih hodoh dan takabbur serta sombong menebal seperti kulit gajah!

2) Kasyaf jin: Ada dua keadaan:

A) Kerana penyakit dan mengalami gangguan jin sehingga terkena sihir takhayyul lantas tergambar halunisasi dan gambaran makhluk dan lembaga yang bukan hakikat sebenar jin tersebut... Pandangan mereka ditipu jin sehingga mengkhayalan susuk tubuh yang dipandu oleh nafsu yang meng'generate'kan dan men'design' penampakan tersebut... atau dikhayalkan oleh sihir takhayyul jin yang berada di otak manusia....

B) Bomoh yang beramal dengan amalan tertentu untuk menampakkan susuk tubuh jin dan untuk mencari kehebatan sehingga ternampak akan mereka jelamaan tertentu yang sebenarnya dikhayakkan oleh jin. Malangnya mereka mendakwa sewenang-wenangnya bahawa itu adalah bukaan rohani. Bukaan rohani dan bukaan untuk melihat alam lain tidak semudah ABC... dengan amalan puh pah puh pah... akhirnya mendakwa boleh tengok jin.... sedangkan hati masih berkarat, berselaput noda, dosa dan nafsu, takabbur menjadi makanan ruji, akidah masih tercemar dengan kesyirikan, ibadah lintang pukang dan tidak 'luar biasa' serta akhlak ibarat semak samun.... mana mungkin dapat keajaiban berupa anugerah dan hadiah dari Allah Taala.... Kalaupun perkara ajaib terjadi, itulah istidraj dan bukan karamah atau maunah dari Allah....


Dalil manusia biasa macam kita tidak boleh melihat jin: ( please take note; walaubagaimanapun sesiapa sahaja boleh melihat jelmaan dengan izin Alllah melalui penampakan berupa):

*rupa wanita / manusia (seperti dalam sirah seperti syaitan yang menyerupai Suraqah bin Malik dan Iblis yang datang ke DarunNadwah yang menyerupai seorang sheikh yang dikenali Sheikh an Najdi, Abu Hurairah yang menangkap syaitan jelmaan yang menggaggu simpanan baitul mal dan Ammar bin Yaasir yang pernah berhadapan dan bertarung dengan jelmaan makhluk halus!)

*rupa binatang buas-harimau

*rupa binatang bisa-kala, ular,lipan

*manusia kerdil

*asap,awan tebal, gelombang gas

Ini adalah tulisan kawan2 khususnya Prof Shahnor UPM (credit to him!) di dalam forum berkenaan "Manusia tidak boleh melihat jin dalam rupa yang hakiki":

Prof Shahnor menulis:
Sdra/Puan dan Sahabat semua. Dalil bahawa manusia tidak boleh melihat JIN:

1. Allah s.w.t telah mengisyaratkan dengan firman-Nya:

“Dan pada sisi Allahlah Kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah”. (QS. al-An’am; 6/59)

2. Allah s.w.t berfirman:

“Sesungguhnya ia (syaitan/jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu, dari dimensi yang kamu tidak mampu melihatnya “. (QS.Al A'raf 7; 27)

3. Jin dan malaikat sebenarnya mereka juga adalah makhluk fizik, bukan metafisika. Asal kejadian fiik jin diciptakan dari api, sedang fizik malaikat diciptakan dari cahaya. Sebagaimana manusia yang asal kejadiannya diciptakan dari tanah, bentuk kejadian selanjutnya tidaklah tanah lagi, melainkan terdiri dari tulang dan daging, maka demikian juga yang terjadi terhadap makhluk jin dan malaikat. Meskipun fizik jin diciptakan dari api dan malaikat diciptakan dari cahaya, kejadian selanjutnya tidaklah api dan cahaya lagi, tapi dalam bentuk fizik tertentu yang oleh Allah s.w.t telah ditetapkan tidak dapat dirasakan atau di cakup dengan indera mata manusia.

4. AlImam Al-Qusyairi menyatakan, “Allah SWT sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

5. Prof. Sayyid Sabiq dalam Kitabnya Aqidah Muslim berkata, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain (maknanya bertukar kepada fizik lain), menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

WalLah hu Aalam... maka tidak ada faedahnya melihat atau mencuba melihat mereka.

TA menulis:
Itu yang cuba hendak di sampaikan Prof. Tapi maklumlah perawat sekarang semua nak menunjukkan kehebatan dgn melihat jin. Lagi senang kerja menurut mereka yang dapat melihat jin. Saya bukan anti orang boleh boleh nampak jin itu tapi diantara mereka siapa yang benar benar nampak dan siapa yang benar benar ada jin yang menampakkan kepada mereka?......

Tak perlulah nak lihat jin kerana itu bukan tujuan kita hidup di muka bumi ALLAH ini. Perkara ini lah yang paling banyak menyesatkan manusia kerana apabila melihat saja jin maka itu dikatakan satu kurniaan dan kemudian di ceritakan pada orang lain yang akan mula nampak kehebatan akhirnya........jin dah tak nampak tapi masih kata dia nampak......Ramai yang kena tipu......khasnya orang melayu

Saya tulis:
Alhamdulillah kita tak boleh tengok jin... Itulah SunnatuLLAH untuk memelihara kerukunan hidup di dunia bersama makhluk lain...

Bab pesakit tu lainlah sebab mereka teraniaya sehingga ternampak halusasi berupa penampakan perbagai... kasihan mereka.

Yang harunya bomoh mendakwa melihat jin dan berbangga mengatakan itu adalah kasyaf seumpama terjadi kepada para nabi dan wali....

Kalau boleh nampak, alamatnya huru haralah dunia........

28 November 2010

Moral Kisah Balqis: Masyarakat Jangan Taksub Kepada Jin!

Akhirnya cerita pembohongan Balqis Terbongkar... Ramai 'ustaz2' dan bomoh serta pawang yang ter'kantoi' bab ni apabila mengaitkannya dengan isu penculikan jin dan batu permata yang dihadiahkan makhluk halus......

Assalamualaikum... Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri apabila ramai yang bertanya kepada saya berkenaan kisah sebenar di sebalik kehilangan Balqis.. (Arab panggil Bilqais dan kebetulan tidak digalakkan dinamakan anak perempuan Balqis kerana takut hidupnya sentiasa diganggu jin kerana Ratu Balqis adalah dari keturunan jin ; "rujuk Tafsir al Qurtubi".)

Saya tidak memberikan sebarang komen dan ta'wil kecuali saya menjawab, "Mesti ada penjelasan logikal berkenaan kisah ini...." sambil mengambil tindakan tunggu dan lihat... Ye lah.... dia hilang sebaik sahaja orang dah balik dari rumah mereka dan tiada yang lain di situ kecuali keluarga mereka...

Admin forum Abang Zailan melahirkan pendapat yang sama.... Kalau betul nak betul2 bongkar misteri tersebut... pakat2 kita pasang cctv semua sudut rumah.... Baru tahu dia ke mana.. Tak pun dipakaikan rantai besi di kaki... Kita lihat bolehkah dia ghaib atau tidak....?

Tup tap ramai ustaz dan bomoh yang mengemukakan 1000001 takwilan dan tafsiran kononnya, jinlah, dewalah dsb di dalam media dan blog dan ketika cerita anak dara ini terbongkar akhirnya mereka mendelete post mereka sebab dah 'malu'......

Jadi saya bangkitkan isu ini semula demi pengajaran dan ibrah yang boleh diambil masyarakat umumnya berkenaan jangan terlampau taksub dan obses kepada jin sehingga kekadang mencalarkan kemurnian akidah kita sebagai muslim dan mukmin....

Kekadang, malah selalunya media mensasikan sesuatu berita sekadar untuk menaikkan 'rating' jualan akhbar dan majalah mereka sahaja sehingga kekadang memberi impak yang negatif dan salah terhadap persepsi muslimin terhadap alam jin....

DAN JANGAN TELAN JE BULAT2 SEMUA BERITA YANG DITAYANGKAN DI DADA2 AKHBAR, MAJALAH DAN MEDIA YANG SEDANG MENAIKKAN RATING JUALAN MEREKA. SARINGKAN DENGAN ILMU AGAMA YANG MATANG DAN JELAS!!!

Malah lebih membimbangkan lagi ada blog2 non muslim memperlekehkan ketaksuban melulu orang Islam di Malaysia berkenaan aktiviti paranormal sehingga ada non muslim yang menulis di dalam blog mereka...

" Non muslim berusaha mengkaji teknologi moulding dan pembuatan botol untuk tujuan komersil dan industri sedangkan orang Islam berpusu-pusu ke Jertih, Terengganu untuk melihat apa yang 'ustaz' dan bomoh mereka dah tangkap dalam botol untuk dijadikan tontonan!".

Jadi inilah isu yang sebenarnya memberi pengajaran kepada kita agar tidak mengkiblatkan akidah dan pandangan kita kepada tahyul, khurafat dan kesyirikan....

Berkata guru kami Sheikh Adnan Kabbani... Saya boleh membacakan ruqyah sehingga jin keluar dari tubuh kamu... tetapi MALANGNYA, setelah dua minit berlalu... disebabkan sikap taksub kamu kepada alam jin akhirnya ketaksuban kamu kepada mereka 'membuka pintu' kepada jin untuk masuk balik ke dalam tubuh kamu semula...

Jadi inilah yang sedang diperjuangkan oleh KISWAH agar masyarakat Islam kita menghakis akidah yang obseskan makhluk halus melalui seminar, kelas, penulisan, forum, blog dsb yang alhamdulillah dinaungi oleh guru kami yang tercinta Yang Mulia Dato Seri Sheikh Raja Ashaman ibn Sultan Azlan Shah....

(malangnya media massa, filem, drama dsb seolah2 berjihad agar umat Islam terlampau percaya kepada tahyul dan khurafat terlampau yang akhirnya menyebabkan ramai orang sakit kerana sikap OBSES JIN ini)...

Jadi ini adalah sebahagian keratan akhbar yang menjelaskan isu BILQAIS ini:

KUALA TERENGGANU – Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sana, semalam.

Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar.

Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

“Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan,” katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

“Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu.

Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang,” katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning..

27 November 2010

Jangan Lupa Seminar Kami di Shah Alam 5 Dis ni!!!

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah KLANG

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam Berasaskan Ruqyah Syariyyah di
CIAST PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN
7012, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19
Shah Alam
Selangor
Malaysia
40900

Tarikh : 5hb Disember 2010

Tempat : CIAST PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN

Penyertaan: Terbuka kepada peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 90 seorang (nota, sijil dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH KLANG

Tentatif program:

8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:

SAKA SUSUK DAN SANTAU PENGENALAN, SEBAB DAN AKIBAT

-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:

SAKA SUSUK DAN SANTAU AMALAN MENENTANG MERAWAT RUQYAH SYARIYYAH

-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan

tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai



Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda ke nombor di bawah.

Bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Sdr Zailan Ibrahim 018 2027559

Ustaz Hasan 0134651866

Pendaftaran dibuka sehingga 3 hari terakhir sebelum program!

Bayaran boleh di buat melalui

MAYBANK : 162106364673 ZAILAN IBRAHIM EMAIL admin@rukyahsyariah.com

Maklumat lanjut boleh menghubungi

Sdr Zailan Ibrahim 018 2027559

Ustaz Hasan 0134651866

pejabat urusan pusat rawatan KISWAH KLANG 03 51624017

MUDAH MUDAHAN SEMUA PESERTA DAPAT MENYERTAI SEMINAR INI UNTUK MANAFAAT BERSAMA.

Saya juga bermohon agar email ini dapat di panjangkan kepada semua umat Islam yang berminat untuk menyertai program ini untuk manaafaat bersama. Jasa baik tuan puan akan di kenang sepanjang hayat InsyaALLAH

ADMIN www.rukyahsyariah.com

24 November 2010

Hizib Bahar Punca Jin Pendamping???


Makam Sidi Abu Hasan As Syazili

Saya ditanya soalan ini selepas ada yang bertanya di forum tentang dakwaan di internet bahawa sesiapa yang mengamal hizib bahar maka akan mengundang jin pendamping. Saya telah mengijazahkan hizib bahar di dalam seminar2 KISWAH.. Selepas membaca tulisan tersebut, penanya tadi terus membuang hizib bahar tersebut dan tidak mengamalkannya kerana takut JIN AKAN BERDAMPING DENGANNYA....

Astaghfirullah....

Sebelum saya bagi komen , cukuplah saya bertanya...

TUAN2 KENALKAH SIAPA DIA IMAM TAREKAT SYAZULIAH / SYAZILIAH, SIDI ABUL HASAN SYAZULI / SYAZILI.

atau nama sebenarnya Abu Hassan Ali b. Abdullah b. Abdul Jabbar b. Tamim b. Hurmuz b. Hatim b. Qushoy b. Yusuf b. Yusya' b. Ward b. Abu Batthal Ali b. Ahmad b. Muhammad b. Isa b. Idris b. Abdullah b. al-Hasan al-Mutsanna b. al-Hasan b. Ali b. Abu Thalib Karamallahu wajhah suami Fatimah bt. Muhammad S.A.W.

Kaji dan dapatkan maklumat siapa dia Sayyidul Arifin Imammul Muttaqin wa QaddasALLAHU Sirrahu Imam Abil Hasan as Syazili ini sebelum mengatakan amalan yang dibawanya membawa pendamping jin dan kesesatan,......

Astagfirullah... Inilah amalan dalam kitab Syawariqul Anwar yang disusun oleh Al Marhum as Syyid Dr Muhammad bin Alawi al Maliki al Hasani....

Inilah amalan yang biasa di bumi anbiya' Mesir, Syria, Yaman hatta di Makkah al Mukarramah. Sudah menjadi kebiasaan sebelum dan selepas pengajian kitab Sh Nuruddin dan Sh Fahmi Zam zam di Masjid Sultanah Bahiyah, Masjid Rafiah Taman Uda, PAKSI,Rumah Tafaqquh Alor Star dan di Pondok Derang, kami membaca sama ada hizib bahar, hizib imam Nawawi dan Rattib al Attas...Di Kedah seingat saya bacaan 3 hizib wali Qutub ini ibarat membaca Yaasin pada malam Jumaat... Bagi orang2 alim dan soleh bacaan ini kerutinannya ibarat 'makan nasi' bagi mereka.... Malah sewaktu di Syria, sebelum muzakarah antara pelajar berlangsung kami pelajar2 Malaysia akan memulakan dengan membaca Hizib Bahar terlebih dahulu...

Alhamdulillah saya yang hina dina ini Allah telah memberi peluang menerima ijazahnya dari Sh Nuruddin yang merupakan anak murid Sh Yasin Fadani Musnidul ad Dunya wal Alam dan Sh Uthman Zein Makkatul Mukarramah. Beliau telah mengijazahkan amalan ni kepada kami sejak tahun 2001 lagi semasa di Pondok Derang dan begitu juga guru saya Sheikh Fahmi Zamzam an Nadwi al Maliki yang merupakan anak murid Maulana Sheikh Abul Hasan an Nadwi al Maliki dan juga Sh Muhammad Alawi al Maliki dan merupakan anak murid Sh Nadim as Syihabi Halab Syria dan gurunya Sh Fathullah al Jami. Sh Fahmi Zamzan juga adalah pengikut dan sheikh tarekat Syazili. Beliau juga juga mengambil amalan ni dari Sheiknya al alim al allamah Kiyai Syukri Yunus dari Darus Salam Martapura Indonesia dan kami menerima ijazahnya melalui kitab Bekal Akhirat...

WALLAHI saya tidak pernah mendengar pun dari mana2 guru2 saya dan kata2 ulamak serta mana2 tulisan di mana2 kitab bahawa mengamal hizib bahar atau mana2 amalan ulamak muktabar mempunyai side effect, risiko, keburukan, unsur sihir, unsur hitam, unsur jahat, kekhuatiran akan didampingi jin apabila beramal dengannya dan bala pengkhadaman jin yang membawa kepada kesesatan dan kesyirikan... Malah kami pelajar2 Insaniah yang alhamdulillah biiznillah diberi keketuan menghadiri pengajian tafaqquh dan berulang kali menerima ijazahnya dari guru yang pelbagai tidak pernah mendengar sepatah pun akan kata2 negatif berkenaan amalan ini dari guru2 kami..... dan merekalah sebenar2nya pro, arif dan mahir dengan amalan2 yang mereka ijazahkan.....

Apa2 kenyataan yang membawa kepada kekhuatiran umum untuk mengamalkan amalan para solihin ini adalah fitnah dan pengisytiharan perang kepada awliya' Allah....

Ini adalah komen kawan2 dalam forum kita: Tuab Arman:

Tahukah sahabat-sahabat apakah yang dikatakan hizbul bahr?? Hizb al-bahr ini adalah hizib yang termasyhur disamping dua hizib lagi iaitu hizb an-Nawawi dan Ratib Hadad. Ketiga-tiga ini adalah milik wali-wali Qutub. Wali Qutub ialah ketua para wali atau pusat para wali di dunia ini pada zamannya. Yang mana mereka ini adalah orang yang amat bertakwa kepada Allah secara zahir dan batin.

Tujuan asal amalan hizib-hizib adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T. Dalam arti kata lain, Mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.

Terdapat banyak keistimewaan @ kelebihan @ fadhilat bagi sesiapa yang mengamalkankan hizib-hizib ini. Antaranya mendapat redha Allah, sentiasa dalam keadaan hati yang tenang, terpelihara dari hasad dengki khianat orang, terpelihara dari gangguan jin, syaitan serta iblis dan sebagainya. Apapun kelebihan-kelebihan yang ada itu adalah kurniaan Allah kepada hamba yang diredhainya, maka kita sebagai hamba Allah hendaklah mengikhlaskan niat terhadap apa jua amalan yang dilakukan. Berkenaan kelebihan-kelebihan itu kita serahkan kepada Allah dan jangan mengharapkannya. Kerana setiap musihabah yang berlaku keatas kita terkadang ada hikmah disebaliknya dan terkadang menjadi kaffarah
(balasan untuk menghapus dosa) atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cukuplah yang penting kita mengamalkannya hanya mencari redha Allah S.W.T.

Kembali kepada Hizb al-Bahr, hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak muridnya supaya rajin dibaca, diamalkan dan diajarkan kepada anak-anak. Kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A'dzam
(nama Allah yang Maha Agung).

Sejarah Hizb al-Bahr



Hizb ini diajarkan oleh Rasulallah S.A.W melalui mimpi Imam Abu Hasan asy-Syazili sewaktu beliau berdukacita di tengah-tengah Laut Merah.

Diceritakan, suatu hari Al-Imam ingin pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardu haji melalui jalan laut. Kapten kapalnya itu seorang nasrani (kristian). Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup, ini membuatkan kapal yang al-Imam naiki tidak boleh berlayar. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari. Semua awak-awak kapal menjadi gelisah dan berdukacita. Dalam kegelisahan inilah, Imam Abu Hasan asy-Syazili bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengajarkan al-Imam akan hizib ini.

Apabila tiba waktu siang, al-Imam menyuruh kapten kapal itu bersiap-siap untuk berlayar. Dan ini menyebabkan kapten kapal itu kehairanan, lalu bertanya.

Kapten kapal : "Mana Anginnya, tuan?".
Jawab al-Imam : " Sudah! siap-siap, sekarang angin datang!".

Dengan Izin Allah S.W.T beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini, kapten kapal yang seorang nasrani itu pun memeluk Islam. MasyaAllah.

Kenali al-Imam Abu Hassan asy-Syazili

Nama sebenar :

Abu Hassan Ali b. Abdullah b. Abdul Jabbar b. Tamim b. Hurmuz b. Hatim b. Qushoy b. Yusuf b. Yusya' b. Ward b. Abu Batthal Ali b. Ahmad b. Muhammad b. Isa b. Idris b. Abdullah b. al-Hasan al-Mutsanna b. al-Hasan b. Ali b. Abu Thalib Karamallahu wajhah suami Fatimah bt. Muhammad S.A.W.

Tempat lahir : Kampung Syazilah iaitu sebuah kampung di Afrika.

Tarikh lahir : 593 H.

Menetap :

Di Iskandariah iaitu sebuah bandar besar di Mesir menyebarkan ilmu dan menjadi Syeikh Tariqat asy-Syaziliah. Beliau seorang yang buta tetapi Alah telah gantikan dengan penglihatan yang terang benderang.

Wafat : Di padang Sahara Iz'aab pada 656 H dalam perjalanan menunaikan haji.


Nama lengkap Syeikh Abu Hasan As-Syazili ialah as-Syadzili Ali bin Abdillah bin Abdul-Jabbar, yang kalau diteruskan nasabnya akan sampai pada Hasan bin Ali bin Abu Talib


Syeikh Abu Hasan dilahirkan di Maroko tahun 593 H di desa yang bernama Ghimaroh di dekat kota Sabtah (dekat kota Thonjah sekarang). Imam Syadzili dan kelimuan

Di kota kelahirannya itu Syadzili pertama kali menghafal Alquran dan menerima pelajaran ilmi-ilmu agama, termasuk mempelajari fikih madzhab Imam Malik. Beliau berhasil memperoleh ilmu yang bersumber pada Alquran dan Sunnah demikian juga ilmu yang bersumber dari akal yang jernih. Berkat ilmu yang dimilikinya, banyak para ulama yang berguru kepadanya. Sebagian mereka ada yang ingin menguji kepandaian Syekh Abu al-Hasan. Setelah diadakan dialog ilmiah akhirnya mereka mengakui bahwa beliau mempunyai ilmu yang luas, sehingga untuk menguras ilmunya seakan-akan merupakan hal yang cukup susah. Memang sebelum beliau menjalani ilmu thariqah, ia telah membekali dirinya dengan ilmu syariat yang memadahi.

Imam Syadzili dan Tariqah

Hijrah atau berkelana bisa jadi merupakan sarana paling efektif untuk menemukan jati diri. Tak terkecuali Imam Syadzili. Orang yang lebih dikenal sebagai sufi agung pendiri thariqah Syadziliyah ini juga menapaki masa hijrah dan berkelana.

Asal muasal beliau ingin mencari jalan thariqah adalah ketika masuk negara Tunis sufi besar ini ingin bertemu dengan para syekh yang ada di negeri itu. Di antara Syekh-syekh yang bisa membuat hatinya mantap dan berkenan adalah Syekh Abi Said al-Baji. Keistimewaan syekh ini adalah sebelum Abu al-Hasan berbicara mengutarakannya, dia telah mengetahui isi hatinya. Akhirnya Abu al-Hasan mantap bahwa dia adalah seorang wali. Selanjutnya dia berguru dan menimba ilmu darinya. Dari situ, mulailah Syekh Abu al-Hasan menekuni ilmu thariqah.



Beliau pernah berguru pada Syeikh Ibnu Basyisy dan kemudian mendirikan tarekat yang dikenal dengan Tariqat Syaziliyyah di Mesir.

Untuk menekuni tekad ini, beliau bertandang ke berbagai negara, baik negara kawasan timur maupun negara kawasan barat. Setiap derap langkahnya, hatinya selalu bertanya, "Di tempat mana aku bisa menjumpai seorang syekh (mursyid)?". Memang benar, seorang murid dalam langkahnya untuk sampai dekat kepada Allah itu bagaikan kapal yang mengarungi lautan luas. Apakah kapal tersebut bisa berjalan dengan baik tanpa seorang nahkoda (mursyid). Dan inilah yang dialami oleh syekh Abu al-Hasan. Dalam pengembaraannya Imam Syadzili akhirnya sampai di Iraq, yaitu kawasan orang-orang sufi dan orang-orang shalih. Di Iraq beliau bertemu dengan Syekh Shalih Abi al-Fath al-Wasithi, yaitu syekh yang paling berkesan dalam hatinya dibandingkan dengan syekh di Iraq lainnya. Syekh Abu al-Fath berkata kepada Syekh Abu al-Hasan, "Hai Abu al-Hasan engkau ini mencari Wali Qutb di sini, padahal dia berada di negaramu? kembalilah, maka kamu akan menemukannya".

Akhirnya, beliau kembali lagi ke Maroko, dan bertemu dengan Syekh al-Shiddiq al-Qutb al-Ghauts Abi Muhammad Abdussalam bin Masyisy al-Syarif al-Hasani. Syekh tersebut tinggal di puncak gunung.


Sebelum menemuinya, beliau membersihkan badan (mandi) di bawah gunung dan beliau datang laksana orang hina dina dan penuh dosa. Sebelum beliau naik gunung ternyata Syekh Abdussalam telah turun menemuinya dan berkata, "Selamat datang wahai Ali bin Abdullah bin Abdul Jabbar……". Begitu sambutan syekh tersebut sembari menuturkan nasabnya sampai Rasulullah SAW. Kemudia dia berkata, "Kamu datang kepadaku laksana orang yang hina dina dan merasa tidak mempunyai amal baik, maka bersamaku kamu akan memperoleh kekayaan dunia dan akhirat”.


Akhirnya beliau tinggal bersamanya untuk beberapa hari, sampai hatinya mendapatkan pancaran ilahi. Selama bersama Syekh Abdussalam, beliau melihat beberapa keramat yang dimilikinya. Pertemuan antara Syekh Abdussalam dan Syekh Abu al-Hasan benar-benar merupakan pertemuan antara mursyid dan murid, atau antara muwarrits dan waarits. Banyak sekali futuhat ilahiyyah yang diperoleh Syekh Abu al-Hasan dari guru agung ini.


Di antara wasiat Syekh Abdussalam kepada Syadzili adalah, "Pertajam penglihatan keimanan, maka kamu akan menemukan Allah pada setiap sesuatu".


Tentang nama Syadzili


Kalau dirunut nasab maupun tempat kelahiran syekh agung ini, tidak didapati sebuah nama yang memungkinkan ia dinamakan Syadzili. Dan memang, nama tersebut adalah nama yang dia peroleh dalam perjalanan ruhaniah.

Dalam hal ini Abul Hasan sendiri bercerita : "Ketika saya duduk di hadapan Syekh, di dalam ruang kecil, di sampingku ada anak kecil. Di dalam hatiku terbersit ingin tanya kepada Syekh tentang nama Allah. Akan tetapi, anak kecil tadi mendatangiku dan tangannya memegang kerah bajuku, lalu berkata, "Wahai, Abu al–Hasan, kamu ingin bertanya kepada Syekh tentang nama Allah, padahal sesungguhnya kamu adalah nama yang kamu cari, maksudnya nama Allah telah berada dalam hatimu. Akhirnya Syekh tersenyum dan berkata, "Dia telah menjawab pertanyaanmu".

Selanjutnya Syekh Abdussalam memerintahkan Abu al-Hasan untuk pergi ke daerah Afriqiyyah tepatnya di daerah bernama Syadzilah, karena Allah akan menyebutnya dengan nama Syadzili –padahal pada waktu itu Abu al-Hasan belum di kenal dengan nama tersebut-.

Sebelum berangkat Abu al-Hasan meminta wasiat kepada Syekh, kemudian dia berkata, "Ingatlah Allah, bersihkan lidah dan hatimu dari segala yang mengotori nama Allah, jagalah anggota badanmu dari maksiat, kerjakanlah amal wajib, maka kamu akan memperoleh derajat kewalian. Ingatlah akan kewajibanmu terhadap Allah, maka kamu akan memperoleh derajat orang yang wara'. Kemudian berdoalah kepada Allah dengan doa, "Allahumma arihnii min dzikrihim wa minal 'awaaridhi min qibalihim wanajjinii min syarrihim wa aghninii bi khairika 'an khairihim wa tawallanii bil khushuushiyyati min bainihim innaka 'alaa kulli syai'in qadiir".


Selanjutnya sesuai petunjuk tersebut, Syekh Abu al-Hasan berangkat ke daerah tersebut untuk mengetahui rahasia yang telah dikatakan kepadanya. Dalam perjalanan ruhaniah kali ini dia banyak mendapat cobaan sebagaimana cobaan yang telah dialami oleh para wali-wali pilihan. Akan tetapi dengan cobaan tersebut justru semakin menambah tingkat keimanannya dan hatinya semakin jernih.

Sesampainya di Syadzilah, yaitu daerah dekat Tunis, dia bersama kawan-kawan dan muridnya menuju gua yang berada di Gunung Za'faran untuk munajat dan beribadah kepada Allah SWT. Selama beribadah di tempat tersebut salah satu muridnya mengetahui bahwa Syekh Abu al-Hasan banyak memiliki keramat dan tingkat ibadahnya sudah mencapai tingkatan yang tinggi.

Pada akhir munajat-nya ada bisikan suara , "Wahai Abu al-Hasan turunlah dan bergaul-lah bersama orang-orang, maka mereka akan dapat mengambil manfaat darimu, kemudian beliau berkata: "Ya Allah, mengapa Engkau perintahkan aku untuk bergaul bersama mereka, saya tidak mampu" kemudian dijawab: "Sudahlah, turun Insya Allah kamu akan selamat dan kamu tidak akan mendapat celaan dari mereka" kemudian beliau berkata lagi: "Kalau aku bersama mereka, apakah aku nanti makan dari dirham mereka? Suara itu kembali menjawab : "Bekerjalah, Aku Maha Kaya, kamu akan memperoleh rizik dari usahamu juga dari rizki yang Aku berikan secara gaib.


Dalam dialog ilahiyah ini, dia bertanya kepada Allah, kenapa dia dinamakan syadzili padahal dia bukan berasal dari syadzilah, kemudian Allah menjawab: "Aku tidak mnyebutmu dengan syadzili akan tetapi kamu adalah syadzdzuli, artinya orang yang mengasingkan untuk ber-khidmat dan mencintaiku”.

Imam Syadzili menyebarkan Tariqah Syadziliyah

Dialog ilahiyah yang sarat makna dan misi ini membuatnya semakin mantap menapaki dunia tasawuf. Tugas selanjutnya adalah bergaul bersama masyarakat, berbaur dengan kehidupan mereka, membimbing dan menyebarkan ajaran-ajaran Islam dan ketenangan hidup. Dan Tunis adalah tempat yang dituju wali agung ini.

Di Tunis Abul Hasan tinggal di Masjid al-Bilath. Di sekitar tempat tersebut banyak para ulama dan para sufi. Di antara mereka adalah karibnya yang bernama al-Jalil Sayyidi Abu al-Azaim, Syekh Abu al-Hasan al-Shaqli dan Abu Abdillah al-Shabuni.


Popularitas Syekh Abu al-Hasan semerbak harum di mana-mana. Aromanya sampai terdengar di telinga Qadhi al-Jama'ah Abu al-Qasim bin Barra'. Namun aroma ini perlahan membuatnya sesak dan gerah. Rasa iri dan hasud muncul di dalam hatinya. Dia berusaha memadamkan popularitas sufi agung ini. Dia melaporkan kepada Sultan Abi Zakaria, dengan tuduhan bahwa dia berasal dari golongan Fathimi.

Sultan meresponnya dengan mengadakan pertemuan dan menghadirkan Syekh Abu al-Hasan dan Qadhi Abul Qosim. Hadir di situ juga para pakar fiqh. Pertemuan tersebut untuk menguji seberapa kemampuan Syekh Abu al-Hasan.


Banyak pertanyaan yang dilontarkan demi menjatuhkan dan mempermalukan Abul Hasan di depan umum. Namun, sebagaimana kata-kata mutiara Imam Syafi'I, dalam ujian, orang akan terhina atau bertambah mulia. Dan nyatanya bukan kehinaan yang menimpa wali besar.

Kemuliaan, keharuman nama justru semakin semerbak memenuhi berbagai lapisan masyarakat.
Qadhi Abul Qosim menjadi tersentak dan tertunduk malu. Bukan hanya karena jawaban-jawaban as-Syadzili yang tepat dan bisa menepis semua tuduhan, tapi pengakuan Sultan bahwa Syekh Abu al-Hasan adalah termasuk pemuka para wali. Rasa iri dan dengki si Qadhi terhadap Syekh Abu al-Hasan semakin bertambah, kemudian dia berusaha membujuk Sultan dan berkata: "Jika tuan membiarkan dia, maka penduduk Tunis akan menurunkanmu dari singgasana".


Ada pengakuan kebenaran dalam hati, ada juga kekhawatiran akan lengser dari singgasana. Sultan demi mementingkan urusan pribadi, menyuruh para ulama' fikih untuk keluar dari balairung dan menahan Syekh Abu al-Hasan untuk dipenjara dalam istana.
Kabar penahanan Syekh Abul Hasan mendorong salah seorang sahabatnya untuk menjenguknya.

Dengan penuh rasa prihatin si karib berkata, "Orang-orang membicarakanmu bahwa kamu telah melakukan ini dan itu". Sahabat tadi menangis di depan Syekh Abu al-Hasan lalu dengan percaya diri dan kemantapan yang tinggi, Syekh tersenyum manis dan berkata, "Demi Allah, andaikata aku tidak menggunakan adab syara' maka aku akan keluar dari sini –seraya mengisyaratkan dengan jarinya-. Setiap jarinya mengisyaratkan ke dinding maka dinding tersebut langsung terbelah, kemudian Syekh berkata kepadaku: "Ambilkan aku satu teko air, sajadah dan sampaikan salamku kepada kawan-kawan. Katakan kepada mereka bahwa hanya sehari saja kita tidak bertemu dan ketika shalat maghrib nanti kita akan bertemu lagi".


Syeikh as-Syadzili tiba di Mesir


Tunis, kendatipun bisa dikatakan cikal bakal as-Syadzili menancapkan thariqah Syadziliyah namun itu bukan persinggahan terakhirnya. Dari Tunis, Syekh Abu al-Hasan menuju negara kawasan timur yaitu Iskandariah. Di sana dia bertemu dengan Syekh Abi al-Abbas al-Mursi. Pertemuan dua Syekh tadi memang benar-benar mencerminkan antara seorang mursyid dan murid.

Adapun sebab mengapa Syekh pindah ke Mesir, beliau sendiri mengatakan, "Aku bermimpi bertemu baginda Nabi, beliau bersabda padaku : "Hai Ali… pergilah ke Mesir untuk mendidik 40 orang yang benar-benar takut kepadaku”.

Di Iskandariah beliau menikah lalu dikarunia lima anak, tiga laki-laki, dan dua perempuan. Semasa di Mesir beliau sangat membawa banyak berkah. Di sana banyak ulama yang mengambil ilmu dari Syekh agung ini. Di antara mereka adalah hakim tenar Izzuddin bin Abdus-Salam, Ibnu Daqiq al-Iid , Al-hafidz al-Mundziri, Ibnu al-Hajib, Ibnu Sholah, Ibnu Usfur, dan yang lain-lain di Madrasah al-Kamiliyyah yang terletak di jalan Al-muiz li Dinillah.

Karamah Imam Syadzili

Pada suatu ketika, Sultan Abi Zakaria dikejutkan dengan berita bahwa budak perempuan yang paling disenangi dan paling dibanggakan terserang penyakit langsung meninggal. Ketika mereka sedang sibuk memandikan budak itu untuk kemudian dishalati, mereka lupa bara api yang masih menyala di dalam gedung. Tanpa ampun bara api tadi melalap pakaian, perhiasan, harta kekayaan, karpet dan kekayaan lainnya yang tidak bisa terhitung nilainya.

Sembari merenung dan mengevaluasi kesalahan masa lalu, Sultan yang pernah menahan Syekh Syadzili karena hasudan qadhi Abul Qosim tersadar bahwa kejadian-kejadian ini karena sikap dia terhadap Syekh Abu al-Hasan. Dan demi melepaskan 'kutukan' ini saudara Sultan yang termasuk pengikut Syekh Abu al-Hasan meminta maaf kepada Syekh, atas perlakuan Sultan kepadanya. Cerita yang sama juga dialami Ibnu al-Barra. Ketika mati ia juga banyak mengalami cobaan baik harta maupun agamanya.

Di antara karomahnya adalah, Abul Hasan berkata, "Ketika dalam suatu perjalanan aku berkata, "Wahai Tuhanku, kapankah aku bisa menjadi hamba yang banyak bersyukur kepada-Mu?, kemudian beliau mendengar suara , "Yaitu apabila kamu berpendapat tidak ada orang yang diberi nikmat oleh Allah kecuali hanya dirimu. Karena belum tahu maksud ungkapan itu aku bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana saya bisa berpendapat seperti itu, padahal Engkau telah memberikan nikmat-Mu kepada para Nabi, ulama' dan para penguasa.

Suara itu berkata kepadaku, "Andaikata tidak ada para Nabi, maka kamu tidak akan mendapat petunjuk, andaikata tidak ada para ulama', maka kamu tidak akan menjadi orang yang taat dan andaikata tidak ada para penguasa, maka kamu tidak akan memperoleh keamanan. Ketahuilah, semua itu nikmat yang Aku berikan untukmu".

Di antara karomah sudi agung ini adalah, ketika sebagian para pakar fiqh menentang Hizib Bahr, Syekh Syadzili berkata, "Demi Allah, saya mengambil hizib tersebut langsung dari Rasulullah saw harfan bi harfin (setiap huruf)".

Di antara karomah Syekh Syadzili adalah, pada suatu ketika dalam satu majlis beliau menerangkan bab zuhud. Beliau waktu itu memakai pakaian yang bagus. Ketika itu ada seorang miskin ikut dalam majlis tersebut dengan memakai pakaian yang jelek. Dalam hati si miskin berkata, "Bagaimana seorang Syekh menerangkan bab zuhud sedangkan dia memakai pakaian seperti ini?, sebenarnya sayalah orang yang zuhud di dunia".
Tiba-tiba Syekh berpaling ke arah si miskin dan berkata, "Pakaian kamu ini adalah pakaian untuk menarik simpatik orang lain. Dengan pakaianmu itu orang akan memanggilmu dengan panggilan orang miskin dan menaruh iba padamu. Sebaliknya pakaianku ini akan disebut orang lain dengan pakaian orang kaya dan terjaga dari meminta-minta".
Sadar akan kekhilafannya, si miskin tadi beranjak berlari menuju Syekh Syadzili seraya berkata, "Demi Allah, saya mengatakan tadi hanya dalam hatiku saja dan saya bertaubat kepada Allah, ampuni saya Syekh". Rupanya hati Syekh terharu dan memberikan pakaian yang bagus kepada si miskin itu dan menunjukkannya ke seorang guru yang bernama Ibnu ad Dahan. Kemudian syekh berkata, "Semoga Allah memberikan kasih sayang-Nya kepadamu melalui hati orang-orang pilihan. Dan semoga hidupmu berkah dan mendapatkan khusnul khatimah".

Syeikh Syadzili Wafat

Syekh Abu al-Abbas al-Mursy, murid kesayangan dan penerus thariqah Syadziliyah mengatakan bahwa gurunya setiap tahun menunaikan ibdah haji, kemudian tinggal di kota suci mulai bulan Rajab sampai masa haji habis. Seusai ibadah haji beliau pergi berziarah ke makam Nabi SAW di Madinah. Pada musim haji yang terakhir yaitu tahun 656H, sepulang dari haji beliau memerintahkan muridnya untuk membawa kapak minyak wangi dan perangkat merawat jenazah lainnnya. Ketika muridnya bertanya untuk apa kesemuanya ini, beliau menjawab, "Di Jurang Humaistara (di propinsi Bahr al-Ahmar) akan terjadi kejadian yang pasti. maka di sanalah beliau meninggal.

***sedikit perkongsian info- kita hadiahkan al fatihah utk as-Syeikh Abu Hassan As-Syazali al wali qutub...al Fatihahhh...


Maka Tuan Prof beri komen:

Salam Saudara2...

Benar kata Ustaz Hayat tu. Saya juga menerima 2kali ijazah ijazah Hizb Bahar, pertama dari dari Ustaz Sabki (Mudir, Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Kelantan) dan beliau menerima ijazah dengan sanad terus melalui Sheikh Nuruddin AlBanjari dan daripada Al Muhaddith Muhammad Sayyid Alawi dan kedua daripada Ustaz Hayat semasa mengikuti seminar beliau. Alhamdulillah.

Isu pendamping ni, kita janganlah terburu2 membuat kesimpulan. Semaklah dahulu siapa penilisnya, siapa punca dan tujuan puncanya ditulis begitu. Inilah masalah ummat Islam yang kini terlalu leka, alpa dan lalai dan JAUH dari HIDAYAH Allah SWT lalu menyesatkan amalan murni para aulia' dan solihin! Cuba amati bait2 makna dalam Hizb Bahr tu, alangkan indahnya, alangkah murninya dan alangkan halusnya yang membawa kita kepada ketundukan hanya kepada Allah SWT!

Mengakaitkan amalan Hizb Bahr dengan 'pendamping' merupakan satu kenyataan paling tidak bertanggung jawab dan fitnah. Fitnah ini pula terhadap seorang solihin yang mengabdikan jiwa raganya untuk Islam! Ingatlah "FITNAH itu lebih menvahaya dari MATA PEDANG"...

Saya bersedih dengan kenyataan sumbang tersebut dan kita semua patut bersedih kerana amalan menfitnah para solihin yang berleluasa kini. Semuga Allah lindungi kita dari era firnah ini... WalLah hu Aalam.....

Tuan Unggu kata:

Salam...

tadi saya ada surf. sekejap kat youtube & ada skit keterangan dari syeikh nooruddin mengenai hizb. bahr, kalau rajin baca kat scribd pun ada....cubalah ...


pada saya yg jahil nie..siapa yg ckp ada pendamping tu kena tengok balik dari mana dia dpt sesuatu amalan tu, niat nak sesuatu amalan tu utk apa ( mcm saudara2 yg lain nyatakan sebelum nie)...bagi saya istilah pendamping dgn bacaan hizb. bahr nie tidak ada...yg ada makin lama kita mengamalkan doa wali2 Allah makin lagi kita rasa diri kita nie betul2 kecil & x terdaya hanya meminta & mengadu berserah kpd Nya, maaf jika ada tersilap kata.

Insya Allah kalau ada kesempatan kita akan meminta sahabat2 kita yang menghadiri majlis tafaqquh bersama Sh Nuruddin menanyakan soalan ini iaitu: "Benarkah amalan hizib bahar boleh mengundang jin pendamping?" Kita tunggu jawapan Sh Nuruddin hafizahuLLAH...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

23 November 2010

Teka Apa Ada Dalam Tangkal Tok Moh????

Hari ni satu lagi lembaran harian dalam diari kehidupan ku sebagai seorang perawat yang mudah2an sentiasa meletakkan CINTA ALLAH sebagai matlamat hidupku....

Minggu ni memang ramai pesakit ke pusat rawatan... Setiap hari mesti lebih dari 5 pesakit datang ke pusat rawatan malah sampai 20 orang sehari pun ada.. Alhamdulillah berkat doa dari anda ahli keluarga KISWAH dan guru2 yang mulia.... Saya agak keletihan dan barangkali esok tidak merawat kerana banyak kerja yang perlu dibuat...

Hari ni saya dikunjungi oleh pesakit yang membawa ikatan tangkal yang dijahit cantik untuk dijadikan tali pinggang...

Saya menyuruhnya membawa barang2 yang diberikan bomoh dan beliau memberikan saya benda2 ni....

Kebetulan Abang Kasim membantu saya di pusat rawatan hari ni... kami membuka jahitan tangkal itu dan cuba teka apa yang ada di dalam.... Perawat KISWAH memang biasa terjumpa benda sebegini..... Lalu kami rendam barang2 sihir tersebut termasuk beberapa barang lagi di dalam air ruqyah semalaman....

Anda lihatlah sendiri.... Malangnya ramai yang taksub dan bersungguh2 memakai tangkal2 ni.. Malah ada yang telah didedahkan dengan isi kandungan tangkal tersebut pun mungkin akan tetap percaya bahawa tulisan di atas kertas tersebut mempunyai 'KUASA'. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!


Muka surat 1: Klik untuk besar. Rasa2nya anak2 anda boleh lukis gambar ni!

Muka surat sebelah.... Kasihan, masih ramai masyarakat kita memakai 'kertas conteng' ni... AstagfirulLAH......!

Selebihnya bahan2 sihir saya rendam dalam air ruqyah semalaman...

22 November 2010

Kain basahan; pendinding diri yang PENTING!


Cara pemakaia kain pelikat / sarung yang juga boleh digunakan sebagai kain basahan semasa mandi...

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak menulis berkenaan pemakaian kain basahan ketika mandi dan buang air... Sedarkah anda bahawa banyak kejadian gangguan jin khususnya jin asyik (jin yang jatuh cinta kepada manusia) terjadi kerana kegagalan pesakit memakai kain basahan ketika mandi dan di biik air...

Telah menjadi satu kebiasaan orang mandi berbogel dan meninggalkan pemakaian kain basahan ketika mandi... Ini menyebabkan jin yang boleh melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat jin akan mengganggu manusia tersebut... Jin akan 'skodeng' manusia yang mandi secara tidak bertatasusila sehingga ada di kalangan jin yang 'jatuh cinta' atau sengaja mengganggu manusia tadi....

Berkenaan hukum mandi bogel ni ada dua....

1) Sekiranya mandi biasa (sunat) maka ulamak menyatakan makruh mandi boley....

2) Sekiranya mandi wajib maka ulamak berselisih pendapat, ada yang berpendapat tetap makruh dan ada yang berpendapat harus (dibolehkan) kerana kain tersebut bisa mengganggu proses meratakan air ke tubuh badan...

Apapun semua pesakit dan perawat kena mengambil berat persolan yang kecil ini dan tinggalkanlah tabiat mandi tidak berkain basah kerana kekadang boleh mengundang gangguan jin dan ia merupakan adab yang baik dengan diri sendiri dan dengan TUHAN....

Jadi!:

1) Mulakan dari yang kecil
2) Mulakan dari diri sendiri
3) Mulakan dari SEKARANG!!!

SELAMAT BERKAIN BASAHAN!!!!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

21 November 2010

Wahai Perawat, bantulah pesakit anda dengan Solat Hajat dan Sedekah


Assalamualaikum semua... Kepada penyokong setia KISWAH, di sini saya ingin memohon keampunan dari semua sebab agak jarang mengemaskini blog kerana agak sibuk akhir2 ni... Kekadang yang datang ke pusat rawatan sampai 20 orang sehari untuk menerima rawatan dan apabila pulang saya agak keletihan. Ampun ye...

Dalam kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua perawat khususnya yang pernah mengikuti seminar, kelas online, kelas tafaqquh dan kem mualij KISWAH agar kita membantu pesakit dengan cara melazimi solat hajat setiap hari dan bersedekah...

Alhamdulillah telah menjadi kelaziman dan rutin perawat KISWAH, setiap hari menunaikan solat hajat dua rakaat dengan niat kesembuhan pertamanya kepada diri dan keluarga serta tidak ketinggalan kepada semua pesakit yang KISWAH pernah rawat.

Ramai pesakit yang berpesan kepada kami agar mendoakan kesihatan mereka dan menunaikan solat hajat agar beban mereka diringankan Tuhan.... lantas kami menyatakan , sudah menjadi kewajipan kami sebagai perawat mendoakan kesihatan mereka dan itulah sebenarnya rutin seorang mualij yang senantiasa berdoa dan menunaikan solat hajat saban hari, mudah2an Allah Taala meringankan kesakitan pesakit2nya...

Jangan lupa juga untuk bersedekah dengan niat kesihatan diri dan keluarga serta tidak dilupakan pesakit2 yang kita rawat,.. Sekiranya ada pahala kita hadiahkan kepada mereka.... Semoga menjadi kafarah kepada dosa2 kita yang lalu dan menebus juga mana2 janji kita dengan Allah yang mana kita tidak berkesempatan tunaikan sebelum ini...

Diharap para pesakit juga mempunyai usaha untuk solat hajat dua rakaat setiap hari dan bersedekah.... serta janganlah sekali2 tinggalkan solat fardhu dan membaca serta mempelajari al Quran jika tidak tahu, setiap hari......

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

15 November 2010

Selamat Menyambut Eidul Adha dari Warga KISWAH


Selamat Menyambut Eidul Adha dari kami warga KISWAH kepada muslimin muslimat seluruh dunia khususnya penyokong, peserta seminar, ahli forum, pengikut blog, pesakit dan perawat KISWAH di mana jua anda berada...

Assalamualaikum semua!
Semoga Eidul Akbar ini yang sebenarnya merupakan hari raya yang lebih besar dari Eidul Fitri (lihatlah takbirnya sahaja memakan masa 4 hari!) memberikan kita pengajaran tentang erti sebuah pengorbanan di dalam beragama....

Ampun batin dan zahir.... Terima kasih atas sokongan semua!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Love and salams,

Hayat an Naqshbandi, Mulia Karimah, Abdullah Faiz, Muhammad Nazim dan semua warga KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah...

11 November 2010

Jangan lupa Seminar kami di Teluk Intan Sabtu dan Ahad ini.



Assalamualaikum semua...

Jangan lupa seminar kami di Teluk Intan pada hari Sabtu dan Ahad ni:

Sila klik di sini

Saya akan bertolak ke Teluk Intan dengan Saudara Wan Hospital dan Hanif Mesir al Hafiz selepas Solat Jumaat.

Ini kerana safar sebelum Solat Jumaat kata ulamak hukumnya adalah MAKRUH.
Oleh tu kalau nak keluar perjalanan jauh hari Jumaat maka bertolaklah sebelum Subuh atau selepas Solat Jumaat.

Ini kerana dikhuatiri berisiko meninggalkan solat Jumaat. Sedangkan perjalanan safar lebih dari dua marhalah untuk perjalanan dengan niat yang baik bermula sebelum Subuh maka gugur kewajipan Solat Jumaat kerana dianggap tidak bermastautin di tempat itu.

Tapi kalau bertolak selepas Subuh maka wajiblah menunaikan Solat Jumaat.

Apapun doakan perjalanan kami esok!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

09 November 2010

Seminar Rawatan Islam KISWAH: 4 S: Santau Saka Susuk dan Kaedah Selusuh.

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah KLANG

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam Berasaskan Ruqyah Syariyyah di
CIAST PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN
7012, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19
Shah Alam
Selangor
Malaysia
40900

Tarikh : 5hb Disember 2010

Tempat : CIAST PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN

Penyertaan: Terbuka kepada peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 90 seorang (nota, sijil dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH KLANG

Tentatif program:

8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:

SAKA SUSUK DAN SANTAU PENGENALAN, SEBAB DAN AKIBAT

-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:

SAKA SUSUK DAN SANTAU AMALAN MENENTANG MERAWAT RUQYAH SYARIYYAH

-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan

tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai



Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda ke nombor di bawah.

Bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Sdr Zailan Ibrahim 018 2027559

Ustaz Hasan 0134651866

Pendaftaran dibuka sehingga 3 hari terakhir sebelum program!

Bayaran boleh di buat melalui

MAYBANK : 162106364673 ZAILAN IBRAHIM EMAIL admin@rukyahsyariah.com

Maklumat lanjut boleh menghubungi

Sdr Zailan Ibrahim 018 2027559

Ustaz Hasan 0134651866

pejabat urusan pusat rawatan KISWAH KLANG 03 51624017

MUDAH MUDAHAN SEMUA PESERTA DAPAT MENYERTAI SEMINAR INI UNTUK MANAFAAT BERSAMA.

Saya juga bermohon agar email ini dapat di panjangkan kepada semua umat Islam yang berminat untuk menyertai program ini untuk manaafaat bersama. Jasa baik tuan puan akan di kenang sepanjang hayat InsyaALLAH

ADMIN www.rukyahsyariah.com

08 November 2010

Fadhail as Syam.. Kelebihan Syam as Syarif.. Ku Pasti Kembali ke Sana..

Daripada Saidina Zaid binTsabit radiyallahu anhu, bahawa Rasullullah sollallahu alaihi wa sallam telah bersabda: “Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi

KELEBIHAN DAMSYIK (SYAM)

Syam adalah tempat tumpuan para nabi.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam radiyallahu anhu bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebanyak 500 makam para nabi di Damsyik sahaja!

Firman Allah Taala di dalam surah at Tin:

"Demi buah tin dan zaitun. Dan demi Gunung Sinai."
(surah at Tin ayat 1 dan 2)

Qatadah dan Hassan al Basri mengatakan bahawa:

"Buah Tin adalah sebuah bukit yang terletak di Damsyik (Jabal Qasiyun) dan buah zaitun adalah sebuah bukit yang terletak di Baitul Maqdis."

Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kamu pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn As berkata: " Satu masa akan tiba apabila manusia akan menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecualinya semuanya berpindah ke Syam."

Saidina Kaa'b bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adal...ah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.


Diriwayatkan oleh Abdul Razzak, Thabari, Wahidi, Ibn Asakir dan lain-lain lagi.

Kesemuanya merupakan simbolik buat tempat yang ada kaitan dengan tiga orang nabi iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Musa alaihimus salam.

Menurut Maulana Sheikh terdapat sebanyak 40 000 makam para nabi, para sahabat dan solihin yang terletak di bumi Damsyik.

Syam adalah tempat tumpuan para nabi, para sahabat dan awliya.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam r.a. bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebany...ak 500 makam para nabi di Damsyik

Dari Abdullah ibn Hawalah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah Taala telah memberi jaminan kepadaku tentang keselamatan bumi Syam dan penduduknya."

Hadis masyhur ini diriwayat oleh Abu Daud dan Ahmad dengan sanad hadis ya...ng sahih.

Baginda nabi s.a.w. bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula di dalam menafsirkan firman Allah Taala, mafhumnya:

"Kami jadikan Nabi Isa Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat); Kami jualah yang telah menempatkan kedua-duanya (Nabi Isa dan Sayyidah Maryam) di tanah yang tinggi, tempat tinggal yang mempunyai tanaman dan mata air yang mengalir."
(Q:24:50)

Beliau telah menafsirkan bahawa tempat tersebut adalah Damsyik.
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda:

“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat r.a. yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasulallah?”

Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi.

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn ‘As r.a. berkata:

"Satu masa akan tiba, apabila manusia menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecuali semuanya berpindah ke Syam."

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa sesungguhnya ada ...seorang lelaki telah datang menemui Rasullullah s.a.w. Beliau menyatakan yang dia ingin merantau, tatkala itu Rasullullah s.a.w bersabda kepadanya:

“Menetaplah kamu di bumi Syam, sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan kepadaku bagi bumi Syam dan ahlinya.”

Baginda s.a.w. bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kami pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."

Saidina Ka’ab bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad s.a.w di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adalah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.

Al Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Wahid al Maqdisi di dalam kitabnya yang bertajuk Fadhail Syam mengenengahkan beberapa hadis mengenai perbahasan ini.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Tirmidzi, daripada Ibnu Umar r.a. bahawasan...ya Rasullullah s.a.w. bersabda:

“Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah pada kami negeri Syam dan Yaman.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nua’im. Abu Idris al Khaulani mengatakan:

“Sesiapa yang dijamin oleh Allah dengannya (Syam), nescaya tidak akan dibinasakan dirinya.

Hadis ini Masyhur lagi sahih.

Berikut adalah gambar kenangan saya di sana... Semoga kita bersemangat untuk berangkar menziarahi bumi Syam as Syarif:
Insya Allah akan kembali ke sana....

Bersama Sh kesayangan yang paling banyak mendidik diri ini di Syam... Sh Ibrahim.. Bergambar di depan Makam Sh Abdullah Faiz Daghestani bersama rakan pelajar2 Al Azhar Perak di Mesir....

Jamie' Umawi sepakat ulamak menyatakan bahawa Nabi Isa as akan turun kembali ke dunia di masjid ini yang terletak di Dimasyq... Di menara putih sebelah kiri Insya Allah Nabi Isa as akan turun di sini.... Alhamdulillah berkesempatan buka puasa, terawih dan solat Jumaat di sini... Di dalamnya terdapat makam kepala Nabi Yahya as.


Bersama sheikh2 dan kawan satu perjalanan.. Kelihatan Sh Omar dari Jerman, Sh Ibrahim Syria dan Sh Hafiz Jerman...di kiri sekali Sh Zahid kumpulan Maadihul Mustafa yang kini terkenal di Singapore...

Bersama Sh Anuar dan Sh Ibrahim, dua insan yang paling banyak mendidik saya di bumi Syam.. Kelihatan Sh Hardyanto dari Indonesia.. Ini adalah bilik al Marhum Sh Abdullah Faiz melayan tetamu...

Bersama masyayikh dan sahabat di rumah.. Tuan rumah sh Omar dari Jerman buat jamuan...


Bekam sunnah menggunakan teknik bekam api.. Alhamdulillah sempat dibekam oleh Sh Ibrahim yang disayangi... Peralatan yang pernah diguna Sh Abdullah Faiz Daghestani.


Makam arbaien di puncak Jabal Qasiyoun... tempat 40 wali abdal Syam.


Di sisi makam Sh Khalid Baghdadi bersama sahabat2 UM yang bercuti tafaqquh di Syria.

Bersama Laurent yang baru masuk Islam menzirahi makam arbaien... Lauren dari Perancis banyak yang masih perlu belajar... Memeluk Islam melalui jalan sufi.


Bersama sheikh2 dan sahabat Singapore semasa Maulid Shah Naqshband di zawiyah Sh Abdullah Faiz.


Disisi makam Sh Amin Kurdi pengarang Tanwirul Qulub. Bersebelahan makam Sh Khalid Baghdadi


Kursus Mualij di Kediaman Pelajar Singapore sebanyak 7 siri.


Di sisi makam Nabi Zulkifli alaihis salam di Jabal Qasiyoun Dimasyq...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...