**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 August 2011

Salam Eidul Fitri Ampun Batin dan Zahir dari KISWAH





Asslamualaikum semua.... Kepada semua yang mengenali saya dan isteri serta anak2 menucapkan SELAMAT IDULFITRI MAAF BATIN DAN ZAHIR terhadap segala kesalahan dan ketaksiran yang kami lakukan selama ini khususnya kepada mursyid dan guru yang tercinta, ibu dan ayah kedua belah pihak, adik beradik dan ahli keluarga, semua sahabat dan rakan, sahabat2 satu perjalanan tarekat.

Juga tidak dilupakan semua ahli keluarga KISWAH, semua pesakit2 yang mendapatkan rawatan KISWAH, anak2 murid kelas tafaqquh dan seminar serta semua yang menyokong perubatan Islam berasaskan RUQYAH seluruh negara... Doakan kejayaan dan kebahagian kami dunia akhirat...

Bersama sebarkan CINTA,

ALLAHU HAQ! HIDAYAH SELURUH ALAM....

Yang benar2 Ikhlas;

Hayat Kiswah, Mulia Karimah, Abdullah Faiz.. dan Muhammad Nazim... 28 Ramadan 1432..

blog saya: www.rawatanislam2u.com/

online store zaujah: www.deanjungkiswah.com/

AMALAN HARI RAYA:
Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.


1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :

a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )

b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.

c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.

d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.


2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.


3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban.


4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.


5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim )


6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari)


7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.


Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya....

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Selamat Tinggal Syihan dan Sufian














Assalamualaikum semua...

Dalam suasana di ambang Syawwal dan sayup2 kedengaran lagu2 hari raya dari kedai berhampiran Syihan mengumumkan pengundurannya dari KISWAH setelah lebih kurang 4 bulan berkhidmat di KISWAH...

28 Ramadan juga menyaksikan Sufian memberikan ucapan perpisahan dengan KISWAH setelah hampir 1 bulan lebih berkhidmat.. Ini kerana beliau yang sedang cuti sem akan menyambung pengajiannya di USIM setelah hari raya nanti..

Adapun bagi Syihan, beliau akan beralih bidang pekerjaan mengikut kelulusan beliau dalam bidang komputer..

Di kesempatan ini saya mengucapkan infiniti terima kasih kepada Syihan dan Sufian yang telah bertungkus lumus berjuang bersama KISWAH selama ini.. Diharap bidang baru yang diceburi Syihan berupaya memberikan lebih kepuasan kepadanya....

Saya juga memohon ampun dari mereka sekiaranya ada tindak tanduk saya yang mengguris hati...

Selamat Hari Raya dan Ampun Batin dan Zahir saya ucapkan kepada Syihan dan Sufian...

... Tinggallah saya keseorangan di KISWAH Temerloh.. Dalam pada itu saya juga berdoa kepada Allah agar Allah menyaring dan mengutuskan sahabat2 seperjuangan bagi membantu perjuangan dan dakwah saya sehingga ke akhirnya... Semoga ada pembantu yang Allah Taala utus untuk membantu saya di dalam perjuangan ini sehingga ke akhirnya... Amin....

26 August 2011

Komen isu menyebarkan kisah bertemu Rasullullah saw


Jangan menceritakan pengaalaman rohani kita kepada orang lain selain mursyid dan jgn pula menyebarkan pengalaman sahabat kita kerana khuatir 'merosakkannya'..

Benar berjumpa Rasulullah itu adalah benar.. itu bertepatan dengan hadis: Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “ Saya dabith dari Sheikh Fahmi Zamzam mengatakan bahawa sesiapa yang berjumpa Rasulullah di dalam mimpi maka itu adalah benar2 Rasulullah kerana syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah...


.. dan Sh Fahmi Zamzam juga menyebut sebuah hadis sohih Bukhari; “Sesiapa yang bermimpi berjumpaku di dalam mimpi maka sesungguhnya dia akan berjumpa denganku di dalam keadaan jaga..”


Berkata ulamak “di dalam keadaan jaga” terdapat dua pendapat ulamak:

a) dalam keadaan jaga di akhirat di taman syurga Allah Taala

b) di dalam keadaan jaga di dunia lagi sebelum di akhirat sana… dan ini adalah pendapat yang terkuat…


Berkata Tuan Guru Hj Saleh Sik Kedah: "Ia merupakan 'satu bisyarah' iaitu khabar gembira bahawa yang bertemu Rasulullah itu adalah calon penghuni syurga...


CUMA:


Tak salah sesiapa sahaja berjumpa Rasulullah .. itu adalah rezekinya... cuma di dalam ilmu kerohanian dan kesufian... menceritakan pengalaman2 rohani begitu lalu mempromosinya kepada umum adalah menyalahi adab2 kesufian. Ini kerana:


a) Ia merupakan hadiah dari Allah kepada kamu yang bermimpi sahaja.


b) Boleh merosakkan orang yang bermimpi apabila campurtangan 'rasa hebat' orang lain terhadap kamu mampu merosakkan hati kamu yang sedang diperbaiki Allah...


c) sepatutnya kamu patut menceritakan kepada guru2 mursyid kamu terlebih dahulu/ mana2 orang soleh untuk meminta petunjuk...


d) tidak digalakkan menceritakan perkara ini kepada umum takut akan mendatangkan fitnah dan prasangka buruk kepada orang awam...


"Tidak boleh menceritakan kepada umum pengalaman rohani (seperti berjumpa nabi ) lalu dipromosi begini kerana ianya adalah hadiah dari Allah kepada kamu dan hanya kamu seorang.. sekiranya kamu menyebarkannya kepada orang lain maka layaklah kamu diSEBAT (Sheikh Hisham)"

* Sheikh Hisham Kabbani yang merupakan ulamak sufi menggunakan expression 'sebat' sebagai menggambarkan bahawa perbuatan begitu adalah amat salah.. kerana bisa merosakkan hati pemimpi apabila pandangan tinggi dan sanjungan orang kepadanya mampu merosakkan hati pemimpi"


* Adapun kisah ulamak dan wali bertemu Rasululah dan karamah2 mereka yang ditulis di dalam kitab2 lama seperti Jami' Karamat Awliya' malah di dalam Bustanul Arifin li Imam Nawawi ra serta 1001 kitab lain pula adalah tulisan dari ulama' yang mukhlisin yang kebiasaannya menulis dan meriwayatkan kisah ini selepas kematian tokoh2 tersebut. Kalau pun tokoh tersebut masih hidup; tokoh yang penuh karamah dan kisah2 bermimpi Rasulullah saw itu bukan calang2 orangnya dan diterima ummah sebagai orang yang super soleh yang ma'ruf di kalangan masyarakat... Kisah2 ini ditulis semata2 untuk mendidik masyarakat ghairah untuk bersama CINTA ALLAH dan RASULNYA SAW>...Namun adapun kita yang hina dina dan tidak terbanding dengan mereka ini???.......


* .. dan saya dimaklumkan oleh pelajar uia sendiri bahawa beliau yang bermimpi ini juga merupakan seorang pesakit gangguan makhluk halus yang tegar.. dan saya sebagai seorang pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah... selalu berjumpa dengan pesakit gangguan yang mengaku selalu berjumpa Rasulullah dan para wali Allah selalu mengelilinya... WALLAHU A'LAM....


Sila rujuk ebook saya: http://kamustafsirmimpi.com/

24 August 2011

Promosi Upah Haji Bersama KISWAH - ARUFA 1432. Daftar Sekarang!!!


Contoh Sijil Upah Haji...

Hukum Haji Badal (Upah Haji)

Khas Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia


PENGENALAN:

Hukumnya WAJIB bagi waris yang MAMPU!!!

Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

DALIL:

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."


Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh:

Maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.

Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."


Syarat orang yang mengerjakan haji badal:

Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.

Dalil:

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

Jadi apa tunggu lagi wahai para muslimin. Tunaikanlah niabah haji untuk bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah...


UPAH HAJI BERSAMA ARUFA

Kami ahli keluarga syarikat ARUFA menawarkan perkhidmatan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia dan uzur. Badal Haji(upah haji) ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahfiz, imam-imam masjid-masjid di Mekah dan petugas-petugas Malaysia / Indonesia dan Fathani yang berada di Mekah dan Madinah.


Harga yang kami tawarkan adalah RM1800 seorang.

Kami bukan sahaja melakukan haji bagi pihak keluarga anda malah umrah wajib. RM1800 tersebut termasuklah umrah yang bakal dilaksanakan.

Harga yang kami tawarkan merangkumi:

  • sewa khemah wukuf di Arafah
  • sewa khemah melontar di Mina
  • tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • upah tawaf dan saie' haji
  • upah tawaf dan saie' umrah
  • belanja urusan di tanah air; urusan penghantaran wang, urusan penghantaran sijil dan urusan penghantaran hadiah.

CARA PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN

Jika anda berminat untuk melakukan upah haji. Kaedahnya adalah seperti berikut:

KAEDAH PERTAMA

Offline: Melalui temu janji

  1. Sila hubungi Ustaz Hayat (0179065131) untuk membuat temu janji.Kebiasaanya temu janji akan diadakan di Pejabat Perniagaan ARUFA di 35 Taman Jaya 2, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur atau mana-mana tempat yang disepakati bersama.
  2. Penyerahan borang, isi borang, pembayaran dan akad.


KAEDAH KEDUA

Online: Melalui e mail

  1. Sila hubungi Ustaz Hayat untuk memaklumkan hasrat anda.
  2. E mail maklumat di bawah ke hayat.annaqsyabandi@gmail.com : nama anda, alamat anda, no tel anda serta keterangan orang yang dihajikan: nama beliau, atas sebab (meninggal dunia / uzur) dan hubungan keluarga.
  3. Lakukan pembayaran melalui kaedah-kaedah di bawah:

KAEDAH KETIGA:

Menerusi telefon:

1) Anda menelefon saya menyatakan hajat. Maka saya meminta alamat anda untuk dihantarkan borang.

2) Setelah borang diisi dan dikembalikan kepada pihak kami, maka pembayaran dan akad akan dilakukan melalui telefon.

Kaedah bayaran A:

Offline: ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

akaun MAYBANK: 156057415555 (Muliati binti Saad)

Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in, alamat email dan no tel anda untuk proses akad.


Kaedah bayaran B:

Offline: Cek atau wang pos.Perlulah ditulis atas nama:


Muliati binti Saad

di alamat: 35, Taman Jaya 2, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Anda perlulah menulis nama di belakang wang pos atau cek tersebut.

Sila sms saya ke no 0179065131 sejurus menghantar cek dan wang pos,sms maklumat masa dan tarikh hantar, alamat e mail dan no tel anda untuk proses akad.


Kaedah bayaran c:

Online:

BANK ISLAM: 14162020055479 (MULIATI BINTI SAAD) atau


akaun MAYBANK: 156057415555 (Muliati binti Saad)

Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in, alamat email dan no telefon anda untuk proses akad.

PERHATIAN!!!

Proses dikira terbatal sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam masa tiga hari selepas menghantar e mail / borang maklumat am yang diinginkan.


4) Barulah akad dijalankan melalui telefon. Kami akan menghubungi anda untuk proses akad:

Lafaz akad adalah:

" Bismillahirrahmanirrahim...dengan ini saya bersetuju Syarikat ARUFA menjadi wakil diri saya bagi menguruskan upah haji untuk penama ................................"


5) Setelah pengesahan penerimaan bayaran barulah perlaksanaan haji dilakukan pada musim haji tahun berkenaan.


6)Kemudian penghantaran sijil pengesahan dan "hadiah" (bergantung kepada situasi dan keadaan / jika ada) dari perlaksana badal haji selepas musim haji. Kami akan memaklumkannya kepada anda apabila sijil telah tiba dari tanah suci.


Semoga ALLAH SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan, Amin...

BLOG UPAH HAJI

23 August 2011

Jemputan Seminar 1 KISWAH di REHAL Kota Damansara 29 Okt

Menganjurkan:

KURSUS SEHARI RAWATAN ISLAM

Menangani Gangguan Jin Berlandaskan Kaedah Al Quran

(Modul 1)

Pengenalan

Kursus ini adalah anjuran bersama Kelas Bimbingan Rehal & Pusat Rawatan KISWAH. KISWAH sebuah kaedah perubatan Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan diasaskan oleh Ustaz Hayat bin Abd Rahman berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir dengan izin Yang Mulia Tuanku Dato Seri Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah. Nama KISWAH telah diberi baginda sebagai nama pusat rawatan yang memperjuangkan perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah di negara kita. Perjuangan KISWAH adalah menyebarkan dakwah berkenaan rawatan Islam yang sebenar mengikut acuan al Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas.

Moto perjuangan KISWAH adalah:

1) 1. Memartabatkan perubatan Islam yang sebenar di negara kita.

2) 2. Perubatan Islam itu adalah indah dan mudah.

3) 3. Ke arah satu keluarga satu perawat.

MAKLUMAT KURSUS:-

Tarikh/ Hari

:

29 OKT 2011 (Sabtu)

Masa

:

08:00 pagi - 05:00 petang

Tempat

:

KELAS BIMBINGAN REHAL, 4 Jalan Camar 4/3, Seksyen 4, Kota Damansara

Terbuka kepada:


Muslimin Muslimat Dewasa 18 tahun ke atas.

Yuran


RM80 (termasuk 3 kali makan & bahan kursus)

TENTATIF KURSUS:-

08.00am Pendaftaran peserta & pembahagian kumpulan
08.30am Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir & Keterlibatan Jin dan Sihir
10.00am Kudapan pagi
10.30am Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.
11.30am Tanda-tanda gangguan ketika jaga dan tidur
12.00pm Amalan pendinding
12.30pm Rehat, Makan tengah hari & Solat Dzuhur
02.00pm

Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus

03.00pm Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
04.00pm Bacaan Hizib Bahar dan Selawat Tibbiah serta Taziah
04.30pm Majlis PengijazahanSolat Asar & Kudapan
05.00pm Solat Asar, Minum Petang, Wada’ dan sesi fotografi ukhuwwah - Bersurai

Cara menyertai program di atas:

Langkah 1 : Buat bayaran penuh RM80 ke salah satu akaun di bawah: -
Bank No. Akaun Pemilik Akaun
Maybank 562759105681 KELAS BIMBINGAN REHAL
CIMB 12190002630204 SURUL SHAHBUDIN

Langkah 2 : SMS penyertaan anda ke 0166602072 dengan menyatakan:

Kiswah - Tarikh Kursus – Nama Penuh – Umur anak – Maklumat Pembayaran. Contohnya:-

Kiswah 29 Okt – Muhammad B. Ali – 8 – RM80 sudah bank in 10/12/11 jam 10pg

Peserta yang telah mendapat pengesahan SMS dari kami dikehendaki datang terus ke pejabat kami pada 29/10/11 jam 8pagi bersama slip bank.

Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

Pendaftaran juga boleh dibuat dengan pembayaran terus ke pejabat/ cawangan kami di:

REHAL, KOTA DAMANSARA

4A & B JALAN CAMAR 4/3

SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA, SELANGOR

TEL/FAX: 03 6157 5234

Hp: 0163302018

PELAN LOKASI (GOOGLE) PELAN LOKASI (PDF)

REHAL, SAUJANA UTAMA

70 & 70-1 JALAN BIDARA 6/3

SAUJANA UTAMA 3,

47000 SUNGAI BULUH, SELANGOR

TEL/FAX: 03 6038 8698

Hp: 0163302017

PELAN LOKASI (GOOGLE)



..pohon sebarkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...