**Al Wada' Al Wada' Ya Syahra Ramadan Al Mubarak wal Mukarram**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

29 September 2011

Jangan Lupa Seminar dan Klinik KISWAH di Sg Besar Esok!!!

Sungai Besar... Tak sabar hendak menziarahi orang Sg Besar esok! Doakan perjalanan kami...
Assalamualaikum semua!


Kepada semua bakal peserta seminar rawatan Islam KISWAH modul ke 2 pada hari Sabtu ini dan pesakit2 yang ingin mendapatkan rawatan di Klinik KISWAH pada hari berikutnya... ; jangan lupa ye temujanji kita di sana!

Insya Allah saya, pembantu Us Thoha, Us Zahid al Hafiz dan Lukman serta Ustaz Zul Bentong akan berangkat ke sana selepas Jumaat besok hari... Maklumlah bermusafir sebelum Jumaat kan hukumnya adalah MAKRUH...

Saya berharap agar peserta pada kali ini memurnikan niat mencari ilmu untuk mendapat HIDAYAH ALLAH... Semoga Allah memperbetulkan kembali niat saya dan anda semua menuntut ilmu dan mengajar ilmu hanyasanya kerana Allah dan mendapat NUR HIDAYAHNYA..

Janganlah menuntut ilmu kerana ingin berdebat dan berbantah2.. Di dalam kitab Sairus Salikin dinyatakan bahawa sesiapa yang mengajar ilmu dan menuntut ilmu kerana ingin menambahkan dalil dan burhan bagi tujuan sebagai senjata berdebat dan berbantah maka ia adalah MAKSIAT di sisi Allah...

Orang yang mengajar dianggap pembuat maksiat dan orang yang belajar dianggap pemaksiat!

Oleh itu sama2lah kita memurnikan kembali niat kita untuk mencari NUR HIDAYAHNYA....

Jadi kepada sesiapa yang tertanya2.. Marilah kita recall balik iklan seminar dan klinik kita:

KURSUS RAWATAN ISLAM

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 2 )”
Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus


Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN : PUSAT BIMBINGAN AL-QURAN SYATHIBIYYAH
http://zuyyinqiraat79.blogspot.com/
 


YURAN PENYERTAAAN : RM 80.00
 


TARIKH : 01 OKTOBER 2011 ( Sabtu )
 


MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
 


TEMPAT : Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah
PT.1106 No.14 Tingkat 1, Jalan Gemilang Satu, Tmn. Gemilang,
Sg.Besar, Selangor D. Ehsan

TENTATIF PROGRAM
 

Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus
Masa/Hari Sabtu ( 01/10/2011 )
 

7.30 pg - 8.30 pg Pendaftaran Peserta

8.30 pg - 10.30pg Sihir Perkahwinan /Andartu/ Ta’tiluz Zawaj & Kaedah Rawatan
Mandul/ Sihir Jerut Zakar/ Tiada Anak & Kaedah Rawatan
Anak Nakal/ Penerang & Pelembut Hati & Kaedah Rawatan
 

10.30 pg - 11.00 pg Rehat / Minum Pagi

 

11.00 pg - 12.00 tgh Anak / Isteri / Suami lari & Kaedah Rawatan
Sihir Penceraian/ Pergaduhan/ Pendamai Rumahtangga & Kaedah Rawatan
Amalan Pendinding
 

12.00tgh- 12.30tgh Tayangan Perubatan Islam & Ulasan Konsep Perubatan Islam
 

12.30 tgh - 2.00 ptg Rehat/ Makan Tgh / Solat Zohor
 

2.00 ptg - 4.30 ptg Simulasi Perubatan Kaedah Ruqyah Syariyyah & Pengijazahan Bacaan Ruqyah Syariyyah serta Amalan Pendinding
 

4.30 ptg - 5.00 ptg Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

KLINIK RAWATAN ISLAM

Perawat : A.F Ustaz Hayat Al-Azhari
( Pengarah & Pengasas )
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

Sila call dahulu sebelum datang dan sedikit bayaran sebagai kos rawatan
 

TARIKH : 02 OKTOBER 2011 ( Ahad )
 

MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
 

TEMPAT : Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > KRIM2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0192360579
Cth: KRIM2 MOHD NAZRI SHAHROM 777777107777 SG.BESAR

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:

019-2360579 ( U.Nazri )
019-2360573 (U.Siti )
013-5287321 ( U.Othman )

28 September 2011

Pengumuman Senarai Cawangan KISWAH Terbaru

Senarai Cawangan Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah Terbaru:
Senarai Cawangan KISWAH; Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) Seluruh Negara

Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah Teluk Intan dan Sg Besar: Pusat Bimbingan al Quran as Syatibi Sg Besar dan Teluk Intan – Us Nazri


Berikut adalah jadual praktikal rawatan yg dijalankan:

Sabtu : 10.00 pg - 5.00 ptg
Ahad : 10.00 pg - 5.00 ptg
Isnin : 2.00 ptg - 5.00 ptg

Hubungi terlebih dahulu Us Nazri. 019 2360579



Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah Kota Tinggi : Ustaz Azhari Madarasah Tahfiz Kg Panti Kota Tinggi Johor
Madrasah tahfiz al akbar, kampung panti 81900 kota tinggi, johor.
Dari pukul 9 pagi hingga 4.30. Setiap Hari
Hubungi terlebih dahulu: Us Azhari: 017 2230510


Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah: Ustaz Zaki Kota Tinggi –

Madrasah Tahfiz al Jauhar, Lot 1512, Kg Lukut Kota Tinggi Johor

Masa: Selepas Asar – 10 malam sahaja. Setiap Hari.

Hubungi terlebih dahulu: Imam Muhammad Redzuan: 0143878658


Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah: Kuantan:-
Surau ar Raudah, Kg Pelindung, Kuantan. Setiap Ahad minggu kedua dan keempat. 2.00 petang – 6.00 petang.

Hubungi terlebih dahulu:
Cikgu Adib: 0197778604
Ir Kamarul Azli: 0126648861

27 September 2011

Pelancaran Page Dana Surau dan Pusat Rawatan KISWAH.. Sila Like!


Bersedekah Adalah Kaedah Penyembuhan Paling Berkesan!

Untuk pengetahuan semua,

Sebahagian dari pendapatan KISWAH melalui seminar, kem, jualan cd, ebook dan handbook dimasukkan ke:

TABUNG PERUBATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH UNTUK MENYEMPURNAKAN FASILITI, KELANCARAN PERGERAKAN, AKTIVITI PERUBATAN, PEMBINAAN PUSAT RAWATAN BARU DAN MUSOLLA KISWAH (KISWAH SUFI CENTRE), TEMERLOH PAHANG.

Ustaz Hayat an Naqshbandi: 017 9065131

Ini adalah perancangan jangka masa panjang kami untuk merealisasikan pembinaan pusat rawatan dan musolla @ sufi / tazkiyyatun nafsi centre di tanah pusaka milik KISWAH yang setakat ini direncanakan di Lubuk Rakit, Temerloh.

Sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat rawatan baru dan surau KISWAH bolehlah disampaikan oleh pembaca yang budiman dalam bentuk derma, zakat, wakaf, kafarah dan nazar bolehlah menghubungi pihak KISWAH atau terus ke akaun:

No Akaun Bank Islam: 06028020377680
Like Dana Surau KISWAH:

26 September 2011

Koleksi Ramalan2 Kiamat Yang Meleset

Hanya Allah yang mengetahui bilakah berlakunya KIAMAT

Assalamualaikum semua,....

Sambil duduk2 marilah kita membaca satu posting menarik yang saya petik dari sebuah blog kegemaran saya.

{Berikut adalah ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik, malah termasuk masanya :
  1. Charles - seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat (AS) kiamat berupa terbakarnya bumi akan terjadi pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi.
  2. Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.
  3. Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan ledakan bom bawah tanah milik AS. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.
  4. Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari.
  5. Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu mendorong yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.
  6. Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, "Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman di dunia."
  7. Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980,  dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.
  8. Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brothers (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.
  9. Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada  17 Disember 1996, disebabkan kemunsulan makhluk asing dan para malaikat.
  10. Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet seterusnya kiamat pada 1998.
  11. Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999.  Apabilaia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi.
  12. Kontakterov Ozersk dari rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat ledakan supernova.
  13. "imam mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap (tidak menjadi), dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apanila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasa, "Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat". Itu sebabnya selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.
  14. South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.
  15. Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.
  16. Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.

Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya.}
RUJUKAN: Aku Macjay

25 September 2011

Program Korban dan Tautan Ukhuwwah Eidul Adha KISWAH

Kg Batu Sawar, Temerloh menjadi tuan rumah program tahunan kita pada kali ini.

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah wassolatu wa salamu ala Rasulillah saw...

Dimaklumkan disini bahawa nama2 sahabat2 yang ingin melakukan ibadah KORBAN pada tahun ini bersama KISWAH dan keluarga Ayahanda Ustaz Saad & Ustazah Zabariah Kg Batu Sawar telah dipastikan.

Nama2 tersebut:

  1. Ustaz Saad
  2. Us Ruwaidi
  3. Pak Kasim 1
  4. Pak Kasim 2
  5. Saiful Hazreen
  6. Us Zul Hairi Kg Pandan
  7. Ustaz Hayat

Alhamdulilah thumma alhamdulillah program kali pertama ini menyaksikan 7 penama yang ingin melakukan ibadah korban dari kalangan ahli usrah KISWAH dan keluarga zaujah tercinta. Pagi tadi saya sempat masuk ke ladang Abang Zul di Kg Dingkir untuk 'meninjau' lembu.

Sehubungan dengan itu dimaklumkan satu program sempena ibadah KORBAN dan Eidul Adha akan diadakan:

PROGRAM KORBAN DAN TAUTAN UKHUWWAH EIDUL ADHA KISWAH

Bertempat di Surau al Munzirin Kg Batu Sawar (Surau Us Saad), Kuala Krau, Temerloh

Hari Raya Eidul Adha Kedua bersamaan; 7 November 2011 (hari cuti)

Tuan Rumah: Us Saad Sekeluarga.

Aturcara: bermula pada 7.30 pagi

Sembelih lembu
Melapah
Mengagih
Sedikit jamuan dan acara maulid nabiy saw...
Ucapan Wada' Pak Kasim yang akan kembali ke Batu Pahat

Therefore, saya ingin menjemput semua ahli keluarga KISWAH di seluruh Malaysia untuk datang bergotong royong dan bersilaturrahmi pada hari tersebut...

Maklumkan kepada saya planning kehadiran anda... Kerjasama anda amatlah saya hargai....
Ready For Qurban!!!

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!


24 September 2011

Rawatan Sakit Mata Yang Mudah



Sakit Mata dapat diubati dengan madu...

Assalamualaikum..


Ini adalah slip cara rawatan yang saya bekalkan di pusat rawatan kepada pesakit mata secara umum; sama ada kerana gangguan, sakit biasa, glaukoma, katarak, selaput, kabur dsb.... Teknik2 ini adalah bersumber dari beberapa kitab perubatan Islam:


Selamat mencuba...

SAKIT MATA – madu asli

1)      Baca ayat 22 Surah Qaf pada belakang kedua2 ibu jari tangan 7 kali. Setiap kali diselangselikan dengan selawat. Tiup dan cium serta disapu pada mata.

2)      Madu: dicalit di bawah kelepet mata bawah sambil membada ayat 22 Surah Qaff dua kali sehari, bangun tidur dan sebelum tidur. Awas hanya madu asli!!!..

Untuk dapatkan madu tulang asli beruyah sila ke:


21 September 2011

Promosi Wangian Ruqyah Kasturi Laban / Susu / Bunga Susu / Makkah

Wangian Ruqyah Kasturi Kijang + Bunga Susu Makkah KISWAH

 Wangian Ruqyah Kasturi Bunga Susu


 

Wangian Ruqyah Kasturi Kijang + Bunga Susu Makkah KISWAH
"Diruqyah oleh Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah"

Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya:-

* Menenangkan hati dan jiwa

* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak

* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

* Menghilangkan debaran jantung

* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)

* Menyedarkan orang pengsan

* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh

* Menghilangkan rasa gementar

* Menghilangkan rasa sejuk tubuh

* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.

* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.

* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.

*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.

*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.

*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!

* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud.

* Mencegah wabak penyakit dan virus.

*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)

Dapatkan Yang Asli di: 017 9065131 Ustaz Hayat al Azhari

Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah No 16 Tingkat 2 Jln Ahmad Shah Temerloh. (Atas SSM sebelah Public Bank)


Antara teknik rawatan:

Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi:

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;

1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.

2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.

3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.

2: Dua lubang hidung.

2: Dua lubang telinga.

2: Dua kening berdekatan mata.

1: Sekeliling mulut.

2: Dua puting payu dara.

2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)

1: Lubang pusat.”

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

KASTURI DAN ROSE:

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi dan Rose. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi. Bau Rose pula menjadi kegemaran Maulana guru kami. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.

Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi yang banyak disebut di dalam hadis.

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)



Kesimpulannya; cara penggunaan:

1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur seperti di atas sebelum tidur.

*Boleh dimakan; sapu dilidah sebelum minum air jampi untuk wangian 'dari dalam'.

2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.

*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.

3) Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang

* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!

Dapatkan YANG ASLI di:

20 September 2011

Dialog Bermazhab oleh Sheikhna Al-Akh Ustaz Husni Ginting Al-Langkati

Fadhilat Maulana Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Musnid Syeikh Mahmud Said Mamdouh hafizahullah (kanan) bersama Al-Fadhil Ustaz Husni Ginting (kiri)
 Assalamualaikum semua...
Baru2 ini saya banyak ditanya dan ada juga ber'debat' ( secara tidak sengaja dan tanpa rela) dengan anak2 muda yang beraliran 'al LaMazhabiah"... golongan tidak bermazhab.. Mereka adalah puak yang sangat anti mazhab dan bermazhab dan mengatakan bahawa ia adalah satu bidaah dan merupakan satu  kesesatan nyata yang menempah neraka...  Malah ada golongan pelajar datang ke Pusat Rawatan KISWAH untuk bertanyakan perihal isu yang sebenarnya dah selesai 1200 tahun dahulu ini lalu cuba diledakkan semula untuk menimbulkan perpecahan ummah yang sebenarnya tidak patut berlaku...

Berkata Sheikhna Sheikh Nuruddin bahawa dahulu terdapat hampir 40 mazhab fiqh yang ada di muka bumi, namun atas hikmah2 tertentu maka Allah kekalkan hanya 4 mazhab sahaja yang tinggal di dunia kini... Itupun atas pelbagai faktor termasuklah inisiatif anak2 murid madrasah mazhab Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali yang bertungkus lumus menghidupkan 'mazhab school' guru2 mereka yang tercinta... Maka mazhab2 4 yang PELBAGAI pendekatan ni sebenarnya meraikan PELBAGAI latarbelakang dan kecenderungan muslimin di bumi Allah ini...
Di zaman ini juga ada juga golongan yang mengaku bermazhab tetapi dengan sewenang2nya 'mentarjih' mazhab yang kononnya mereka anuti dengan membuang pendapat2 yang mereka rasa perlu dan mengamalkan pendapat2 yang mereka rasa perlu secara mengikut nafsu atas nama dan alasan "mengikut pendapat yang terkuat"....Malah kekadang nampak mereka lebih alim dari Imam Syafie ra dengan mengomen bahawa pendapat ini benar dan pendapat Imam Syafie yang ini tersalah dan tidak patut dikeluarkan Imam Syafie??? Langsung tiada ADAB!!! . Maka seolah2lah mereka ini juga tidak bermazhab yang satu malah adapun merkea bermazbah "cocktail atau bubur asyura jua"...

Jadi saya memetik tulisan Sh Husni Ginting berkenaan "SOAL JAWAB BERMAZHAB".... Semoga bermanfaat:
Dialog Bermazhab oleh Sheikhna Al-Akh Ustaz Husni Ginting Al-Langkati

 Pada sa`at ini semakin banyak orang yang merasa mereka lebih hebat dibandingkan ulama ulama dahulu, mereka mencoba menebarkan slogan untuk tidak bermadzhab, tetapi mengambil hukum dari al-Qur`an dan Sunnah secara langsung, slogan (semboyan = perkataan) berhukum al-Qur`an dan hadits benar tetapi memiliki tujuan yang salah, dan akan menghasilkan kesalahan yang besar, adapun diantara dalil – dalil yang di ucapkan oleh mereka yang anti madzhab ialah:


1 – Rasulullah tidak pernah menyuruh kita untuk bermadzhab bahkan menyuruh kita mengikuti sunnahnya.

2 – al-Qur`an dan Sunnah sudah cukup menjadi dalil dan hukum sehingga tidak di perlukan lagi Madzhab-madzhab.

3 – Madzhab-madzhab itu bid`ah karena tidak ada pada zaman Rasul.

4 – Seluruh ulama Madzhab seperti Imam Syafi`i melarang orang-orang mengikuti mereka dalam hukum.

5 – Bermadzhab dengan madzhab tertentu berarti telah menolak sunnah Nabi Muhammad SAW.

6 – Pada Zaman sekarang sudah semestinya kita berijtihad karena dihadapan kita telah banyak kitab-kitab hadits, Fiqih, ulumul Hadits dan lain-lain, kesemuanya itu mudah didapati.

7 – Para Ulama Madzhab adalah manusia biasa, bukan seorang nabi yang maksum dari kesalahan, semestinya kita berpegang kepada yang tidak maksum yaitu hadits-hadits Rasulullah.

8 – Setiap hadits yang shahih wajib diamalkan, tidak boleh menyalahinya dengan mengikuti pendapat ulama madzhab.



Ini sebahagian hujjah-hujjah mereka, kita akan jawab satu persatu insyaallah.


Masalah pertama

1 – Adapun Rasul tidak pernah menyuruh kita untuk bermadzhab, kalau saudara tahu maksud bermadzhab, maka maknanya tidak secara khusus Rasul menyuruh untuk bermadzhab, tetapi disana ada suruhan secara umum, suruhan umum tersebut terdapat didalam al-Qur`an dan Hadits Rasul , demikian juga disana tidak terdapat larangan tentang bermazhab dari Rasulullah, dengan demikian tidak boleh kita buang dalil umum yang menyuruh untuk bermadzhab, bahkan sebagian dalil dan hujjah-hujjah menjurus kepada kekhususan mengikuti ulama-ulama yang telah sampai derajat Ijtihad.

Berikut ini saya aka huraikan beberapa Dalil tentang bermadzhab :

1 - Allah Berfirman :
فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Artinya : Hendaklah bertanya kepada orang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.

Penjelasan ayat : ayat ini menyuruh orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu, yang mereka itu terdiri dari orang-orang awam, atau orang-orang yang tidak sampai derajat mujtahid agar menanyakan kepada orang alim atau orang yang telah sampai derajat Mujtahid, hal ini bermakna orang yang tidak sampai derajat mujtahid mesti mengikuti mana-mana madzhab yang di i`tiraf oleh ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal Jama`ah.

Siapa yang merasa tidak memiliki ilmu maka dia wajib bertaqlid kepada ulama, sebab Allah tidak mengatakan , jikalau kau tidak mengetahui maka hendaklah lihat didalam al-Qur`an dan Hadits, karena al-Qur`an dan al-Hadits memiliki pemahaman yang hanya ulama yang mujtahid saja yang memahaminya, sebab itulah Allah menyuruh untuk menanyakan kepada Ulama yang mujtahid dari arti dan pemahaman dari al-Qur`an dan al-Hadits.

2 - Rasulullah SAW bersabda :
عن عبد الله بن عمرو بن العاصي قال " سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤسا جهالا، فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا. ( رواه البخاري و مسلم والترمذي وابن ماجه ولا أحمد والدارمي
).

Artinya : Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan menariknya dari hati hamba-hambanya ( ulama ) akan tetapi mengambil ilmu dengan mencabut nyawa ulama, sehingga apabila tidak terdapat ulama, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh ( menjadi pegangan mereka ), mereka bertanya hukum kepadanya, kemudian orang-orang bodoh itu berfatwa menjawab pertanyakkan mereka, jadilah mereka sesat dan menyesatkan pula. ( H.R Bukhari, Muslim , Tirmidzi , Ibnu Majah. Ahmad, ad-Darimi.

Penjelasan hadits : Hadits ini menunjukkkan kepada kita semakin sedikitnya ulama pada masa sekarang, siapa yang mengatakan semangkin banyak maka dia telah menyalahi hadits Nabi yang shahih dan kenyataan yang ada, sebab Allah mencabut nyawa ulama, dan tidak ada pengganti yang dapat menandingi keilmuannnya, siapa yang dapat menandingi keilmuan Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi`I, Imam Ahmad pada zaman sekarang, tidak ada yang mampu, mereka wafat telah meninggalkan warisan yang besar sekali, yaitu ilmu dan madzhab mereka, jadi orang -orang awam mengambil warisan ilmu-ilmu mereka seolah-olah seperti bertanya lansung kepada Imam yang empat, dengan begitu jauhlah mereka dari kesesatan dan menyesatkan orang, tetapi orang yang bodoh yang tidak mau bermadzhab maka akan menanyakan permasalahannya kepada orang yang berlagak alim dan mujtahid tetapi bodoh, tolol dan memiliki sifat seperti orang yang tidak pintar, maka dia berfatwa menurut hawa nafsunya dan perutnya dalam memahami hadits dan lainnya, orang ini adalah sangat membahayakan umat islam, menyesatkan umat islam, mereka tidak sadar diri tentang kesesatan mereka dan berusaha untuk menyebarkan pemahaman mereka, ini lah cirri-ciri kebodohannya.

Dari hadits ini juga kita perlu menanyakkan kenapa Rasul mengatakan ," mereka bertanya kepada orang-orang bodoh", penyebab mereka mengambil ilmu kepada orang yang bodoh ialah karena orang alim sudah tiada lagi, padahal kitab-kitab hadits semangkin banyak dicetak, kitab-kitab ilmu semangkin menyebar dikalangan masyarakat, penulis melihat ada beberapa sebab :

1 – Pentingnya ulama dalam menuntun pemahaman yang ada dari al-Qur`an dan al-Hadits, sehingga apabila ulama meninggal dunia, tiada lagi orang yang mampu mengajarkan pemahaman yang sebenarnya dari al-Qur`an dan Sunnah.

2 – Sebab ketidakmauan orang-orang yang sesat mengikuti dari madzhab-madzhab yang telah tertulis dan dibukukan sehingga mereka lebih memilih orang yang berlagak lebih tahu dalam memahami al-Qur`an dan al-Hadits dari ulama-ulama yang dahulunya.

3 – Kebodohan orang yang paling bodoh ialah yang tidak mengetahui dia bodoh, sehingga dia berfatwa walaupun dalam keadaan bodoh, tidak ingin melihat kembali apa kata ulama-ulama madzhab didalam kitab mereka.

4 – Ini adalah tanda-tanda hari Qiamat yang mana madzhab bodoh lebih berkembang dan menyesatkan orang yang bermadzhabkan dengan empat madzhab.

5 – Dari hadits diatas juga kita fahami bahwa pada zaman ini sangat sulit sekali kita dapati ulama yang sampai kedudukannya kepada ulama mujtahid, ini mesti kita sadari, kalau tidak kita sadari maka kemungkinan orang tersebut telah menyalahi hadits Rasul yang menceritakan tentang ilmu akan dicabut dari permukaan bumi ini dengan wafatnya ulama, pada abad pertama hijriyah puluhan orang bahkan ratusan orang sampai kepada derajat al-Hafizh dan mujtahid, demikian juga pada abad kedua, ketiga, keempat, tetapi setelah itu ulama-ulama semangkin berkurangan, terlebih-lebih lagi pada zaman kita sekarang, jadi apa yang dikatakan Rasul telah tejadi pada saat sekarang ini, kita boleh lihat betapa banyaknya orang yang memaku Alim dan berfatwa, padahal dia tidak memiliki standart dalam berfatwa, ini orang bermuka tebal seperti tembok China.


3 - Rasulullah bersabda :
لا تسبوا قريشا فإن عالمها يملأ الأرض علما
Artinya : Janganlah kamu menghina orang-orang Qurasy karena seorang ulama dari kalangan bangsa Qurasy, ilmunya akan memenuhi penjuru bumi ini .

( H,R Baihaqi didalam al-Manaqib Syafi`i, Abu Naim didalam al-Hilyah, Musnad Abu Daud ath-Thayalisi ).

Para ulama mentakwilkan maksud hadits tersebut kepada Imam Syafi`i al-Quraisyi yang telah menebarkan ilmu dan madzhabnya dibumi ini, diantara ulama yang telah mengungkapkan hal seperti itu ialah Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Abu Nuaim al-Ashbahani, Imam Baihaqi.

Dan maksud ilmu pada hadits tersebut adalah madzhab dan pemahamannya terhadap al-Quran dan sunnah, sebab pemahaman terhadap al-Qur`an dan sunnah itulah disebut ilmu, ilmu itu adalah madzhab jika ilmu tersebut diikuti orang lain, dengan demikian madzhab adalah salah satu pemahaman al-Qur`an dan hadits yang diikuti oleh orang lain.

Masih ada hadits-hadits yang menceritakan tetang bermadzhab, asalkan kita faham tentang apa yang dikatakan dengan madzhab, saya padakan sampai disini pembahasan yang pertama.


Masalah kedua

2 – Pendapat saudara yang mengatakan al-Qur`an dan Sunnah sudah cukup menjadi sumber hukum adalah ungkapan seorang yang Mujtahid, apabila sudah melengkapi syarat-syarat mujtahid, jika saudara berkata juga seperti itu bermakna saudara sudah menjadi mujtahid, dan sudah memiliki syarat-syarat ijtihad, tetapi jika tidak memenuhi syarat maka saya sarankan saudara mundur kebelakang, atau membeli cermin ( kaca ) agar dapat berkaca dan bercermin siapa diri anda, sampai mana keilmuan anda, jika cerminnya juga tidak mampu untuk menunjukkan hakikat diri anda sendiri dalam keilmuan, maka hendaklah bercermin dengan ulama-ulama ahlus sunnah wal jama`ah, karena cermin yang ada dirumah harganya murahan atau sudah pecah, jika tidak tergambar juga hakikat diri anda dihadapan orang lain, maka ingatlah syaithan telah memperdayakan anda, menjadi mujtahid berat dan memiliki syarat-syarat yang sulit.

Rasul bersabda :
رحم الله امرءا عرف قدره
Artinya : Allah menyayangi seseorang yang mengetahui batas kemampuannya.

Kalau anda sadar akan batas keilmuan dan kemampuan anda tentu anda akan mengikuti madzhab yang empat, tetapi sayang anda tidak melihat kelemahan dan kebodohan anda sendiri.

Perlu anda ketahui jika anda belum sampai kepada tahap Mujtahid, jika ingin mengambil langsung dari al-Qur`an dan Sunnah, apakah anda telah mengahapal al-Qur`an keseluruhannya ?, atau paling sedikit ayat-ayat Ahkam, dan telah mengetahui dari ayat-ayat tersebut sebab-sebab turunnya ayat, apakah ayat tersebut tergolong Nasikh atau Mansukh, apakah ayat tersebut Muqayyad atau Muthalaq, atau ayat itu Mujmal atau Mubayyan, atau ayat tersebut `Am atau Khusus, kedudukan setiap kalimat didalam ayat dari segi Nahu dan `Irabnya, Balaghahnya, bayannya, dari segi penggunanaan kalimat Arab secara `Uruf dan dan hakikatnya, atau majaznya, kemudian adakah terdapat didalam hadits yang mengkhususkan ayat tersebut, ini masih sebahagian yang perlu anda ketahui dari al-Qur`an, sementara didalam Hadits anda mesti menghapal seluruh hadits-hadits Ahkam, kemudian mengetahui sebab-sebab terjadinya hadits tersebut, mana yang mansukh dan mana yang Nasikh, mana yang Muqayyad dan mana yang Muthlaq, mana yang mujmal dan mubayyan, mana yang `Am dan Khas, dan mesti mengetahui bahasa arab dengan sedalam-dalamnya, agar tidak menyalahi Qaidah-Qaidah dalam bahasa, hal ini meliput dari Nahu, Balaghah, bayan, ilmu usul Lughah, dan juga mesti mengetahui fatwa-fatwa ulama yang terdahulu sehingga tidak mengeluarkan hukum yang menyalahi ijma` ulama, mengetahui shahih atau tidaknya hadits yang akan digunakan, hal ini meliputi dari pengetahuan tentang sanad, Jarah dan Ta`dil, Tarikh islami dan ilmu musthalah hadits secara umum dan mendalam, sebab tidak semua hadits shahih dapat dijadikan hujjah secara langsung, karena mungkin saja telah dimansukhkan, atau hadits tersebut umum dan adalagi hadits yang khusus , maka mesti mendahulukan yang khusus. Hal ini akan saya jelaskan insyaallah dalam pembahasan yang khusus.

Pertanyaannya adalah sudahkan anda memiliki syarat yang telah kami sebutkankan, kalau sudah silahkan anda berijtihad sendiri, kalau belum jangan mempermalukan diri sendiri, kebodohan yang paling bodoh adalah tidak mengakui diri bodoh, sehingga tidak mau belajar dari kebodohannya.

Masalah ketiga

3 – Pendapat anda yang mengatakan bermadzhab itu suatu yang bid`ah Karena tidak terdapat pada zaman Rasul, penulis menyangka anda belum lagi memahami kata-kata Bid`ah dengan sesungguhnya, tapi saya akan buat insyaallah pembahasan ini secara khusus.

Tetapi yang penting Madzhab memang tidak ada pada zaman Nabi karena para sahabat berada bersama nabi , jikalau ada permasalahan maka mereka akan menanyakan langsung kepada Nabi SAW, tetapi setelah Rasulullah meninggal dunia maka mulailah hidup madzhab-madzah dikalangan sahabat, sehingga masyhur dikalangan mereka ada madzhab Abu Bakar, madzhab Umar, Utsman, Ali, Abdullah Bin Umar, Sayyidah `Aiysah, Abu Hurairah, Abdullah Bin Mas`ud dan yang lainnya, demikian juga pada masa Tabi`in telah betumbuhan madzhab-madzhab ketika itu, seperti madzhab Az-Zuhri, Hasan al-Bashri, Salim Bin Abdallah, Urwah Bin Zubair, dan yang lainnya, sehingga Imam Abu Hanifah juga tergolong Tabi`in yang memiliki Madzhab yang diikuti, sementara Imam Malik tergolong Tabi`-Tabi`in yang memiliki banyak pengikut, maka jelaslah bahwa mengikuti madzhab yang ada dan diakui oleh ulama bukan hal yang bid`ah, jikalau hal tersebut bid`ah niscaya para sahabat ahli bid`ah.

Masalah keempat

4 – Larangan ulama Madzhab kepada murid-muridnya agar jangan mengikuti mereka adalah hal yang tidak benar, sebab seluruh perkataan ulama Madzhab telah dirobah oleh orang tertentu tentang pemahamannya, mari kita lihat sebahagian kata-kata Imam Syafi`i` dan kisah Imam Malik.

A – Kisah Imam Malik berserta Khalifah Abu Ja`far al-Manshuri.

Meriwayatkan Ibnu Abdul Barr dengan sanadnya kepada al-Waqidi, beliau berkata : Aku mendengar Malik Bin Anas berkata : " ketika Abu Ja`far al-Manshur melaksanakan hajji, beliau memanggilku, maka bertemu dan bercerita dengannya, beliau bertanya kepadaku dan aku menjawabnya, kemudian Abu Ja`far berkata : " Aku bermaksud untuk menulis kembali kitab yang telah kamu karang yaitu Muwaththa`, kemudian aku akan kirim keseluruh penjuru negeri islam, dan aku suruh mereka mengamalkan apa yang terkandung didalamnya, dan tidak mengamalkan yang lainnya. Dan meninggalkan semua ilmu-ilmu yang baru selain " Muwaththa`, karena Aku melihat sumber ilmu adalah riwayat ahli Madinah dan ilmu mereka, dan aku pun berkata : Wahai Amirul Mukminin, Janganlah kamu buat seperti itu, Karena orang-orang sudah memiliki pendapat sendiri, dan telah mendengarkan hadits Rasul, dan mereka telah meriwayatkan hadits-hadits yang ada, dan setiap kaum telah mengambil dan mengamalkan apa telah diamalkan pendahulunya, dari perbedaan pendapat para shahabat dan selain mereka, jika menolak apa yang mereka percayakan itu sangat berbahaya, biarlah mereka mengamalkan apa yang telah mereka amalkan dan mereka pilih untuk mereka, berkata Abu J`afar : Kalaulah engkau suruh aku untuk membuat seperti itu niscaya aku akan laksanakan.

Dalam riwayat yang lain Imam Malik berkata : Wahai Amirul Mukminin Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW telah berpencar diberbagai negeri, orang-orang telah mengikuti madzhab mereka, maka setiap golongan berpendapat mengikuti madzhab orang yang diikuti. ( al-Intiqa : 41 , Imam Darul Hijrah Malik Bin Anas : 78 ).

Lihat bagaimana Imam Malik menjawab permintaan Khalifah Abu Ja`far, beliau tidak melarang orang-orang untuk bertaqlid pada Madzhab yang mereka akui, sebab pada masa itu madzhab fiqih sangat berkembang sekali, seperti di Iraq madzhab Imam Abu Hanifah, Di Syam berkembang Madzhab Imam Auza`i, di Mesir berkembang madzhab Imam Laits Ibnu Sa`ad, dan masih banyak lagi madzhab-madzhab yang berkembang saat itu, bahkan beliau menyarankan kepada Khalifah agar mereka dibenarkan untuk mengikuti madzhabnya masing-masing.


B - Berkata Imam Syafi`i :المزني ناصر مذهبي
Artinya : Al-Muzani itu adalah penolong ( dalam menyebarkan ) madzhabku

( Lihat Siyar `Alam an-nubala` li adz-Dzahabi : 12/493, Thabqatu Syafi`iyah al-Kubra Li as-Subki : 1/323, terbitan Dar kutub ilmiyah ).

Dari perkataan Imam Syafi`i diatas sangat jelas sekali bahwa beliau tidak melarang seorangpun untuk mengikuti madzhabnya, bahkan beliau mengatakan kepada murid-muridnya bahwa al-Muzani adalah seorang penolong dan penyebar madzhab Syafi`i, kalau beliau melarang untuk mengikuti madzhabnya tentu beliau tidak mengatakan perkataan tersebut.


Diriwayatkan Imam al-Khatib didalam karangannya " al-Faqih wa al-Mutafaqih ( 2 / 15 -19 ) " cerita yang sangat panjang sekali tentang Imam al-Muzani seorang pewaris ilmu Imam Syafi`i, didalam akhirnya beliau mengungkapkan perkataan al-Muzani : " Lihat kamulah apa yang kamu tulis dari pengajaranku, tuntutlah ilmu dari seorang yang Faqih, maka kamu akan menjadi Faqih ".

Dari perkataan Imam al-Muzani menyuruh muridnya untuk melihat apa yang beliau sampaikan, beliau tidak menyuruh mereka untuk melihat kepada Hadits, karena hadits tidak boleh difahami dengan sebenarnya hukum yang terdapat didalamnya kecuali seorang yang Faqih, dan menyuruh mereka untuk menuntut ilmu kepada seorang yang Faqih bukan hanya mengetahui hadits semata, sebab puncak ilmu hadits adalah Fiqih, kalau bermadzhab itu dilarang tentu Imam al-Muzani akan melarang melihat pengajaranya, akan tetapi menyuruh mereka mengambil secara langsung hukum dari al-Qur`an.

Penulis cukupi sampai disini saja dalam ungkapan ulama-ulama tentang mengikuti madzhab ulama Mijtahid..


Masalah kelima

5 – Perkataan Saudara yang mengatakan bermadzhab dengan madzhab tertentu berarti menolak Sunnah Rasulullah adalah perkataan yang tidak benar dan tidak berasas, sebab seluruh ulama Mujtahid sangat berpegang teguh dalam mengamalkan sunnah Nabi SAW, mereka telah menjadikan al-Hadits sebagai sumbur kedua setelah al-Qur`an, kedudukan al-Hadits sangat tinggi sekali dipandangan mereka.

Sebahagian orang salah memahami perkataan Imam-imam Mujtahid seperti Imam Syafi`i, beliau berkata :
إذا وجدتم حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم على خلاف قولي فخذوا به ودعوا ما قلت
Artinya : Apabila kamu dapati perkataanku menyalahi perkataan Rasulullah SAW maka tinggalkanlah perkataanku dan ambillah Hadits Rasul..

Perlu kita ketahui pemahaman yang mengatakan Imam Syafi`i melarang mengikuti pendapatnya dari perkataan tersebut adalah pemahaman yang salah, dari ungkapan Imam Syafi`i memiliki pemahaman sebagai berikut .

A – Kamu boleh mengikuti pendapatku selama pendapatku tidak bertentangan dengan Hadits Rasulullah.

B – Perkataan ini menunjukkan betapa besarnya kedudukkan Hadits Nabi SAW dipandangan Imam Syafi`i.

C – Karena begitu besarnya kedudukan Hadits dihadapan Imam Syafi`i sehingga beliau menjadikan al-Hadits adalah sumber kedua didalam madzhabnya, ini menunjukkan bahwa beliau tidak akan mungkin mendahulukan pendapatnya dari pada Hadits Rasul, kecuali apabila hadits tersebut tidak dianggap shahih dan memiliki beberapa sebab sehingga tidak boleh mengamalkannya, sebab tidak seluruh Hadits shahih boleh diamalkan, masalah ini insyaallah akan saya perincikan pada pembahasan yang khusus.

D – Imam Syafi` hanya berpegang dengan hadits yang shahih menurut pandangannya, sebab beliau seorang ahli hadits yang masyhur, bukan hadits mansukh atau ijmak ulama tidak mengamalkannya, hadits yang memiliki permasalahan dan `illat.


Masalah keenam

6 – Adapun ungkapan saudara yang mengatakan pada zaman sekarang ini sebenarnya semangkin mudah untuk menjadi mujtahid disebabkan oleh banyaknya buku yang dicetak, berbeda dengan zaman dahulu, pendapat ini tidak benar, bahkan menyalahi kenyataan yang ada, coba kita lihat penyebab kenapa pada zaman ini sukar untuk menjumpai seorang mujtahid.

A – Tidak seluruh kitab telah dicetak dan disajikan kepada kita, terbukti masih banyak lagi kitab ulama-ulama muslim yang tersebar dalam bentuk Makhthuthath ( Munuskrip ) di negeri Erofah, Mesir, Turki, Saudi Arabiyah, Pakistan, Hindia dan lain-lain.

B – Banyaknya kitab-kitab hadits yang hilang dan tidak ditemui pada saat sekarang ini disebabkan berbagai kejadian, seperti pembakaran kitab-kitab pada masa Monggolia menyerang Baghdad dan membakar seluruh kitab-kitab Islam, penghancuran Negeri Islam di Andalusia, dan lain-lain , hal ini boleh kita ketahui jika kita mentakhrij hadits, dan ingin melihat dari sumber aslinya, tetapi tidak diketemukan.

C – Pada zaman sekarang orang belajar ilmu menurut bidangnya masing-masing, pelajar yang di Kuliah Syari`ah tidak mempelajari ilmu musthalah hadits secara mendalam, pelajar Kuliah Usuluddin tidak mempelajari Usul Fiqih dan Fiqih secara mendalam, pelajar Lughah bahkan sangat sedikit sekali mempelajari bidang ilmu fiqih dan hadits, dari cara belajar seperti ini bagaimana menjadi mujtahid.

D – Tidak adanya pada zaman sekarang orang dapat digelar al-Hafizh, ini membuktikan betapa buruknya prestasi kita dalam bidang hadits dibandingkan dengan zaman-zaman sebelum kita, bagaimana mau menjadi mujtahid hadits pun tidak hapal, kalaulah dalam ilmu hadits saja kita belum mampu menjadi al-Hafizh bagaimana pula ingin menjadi al-Mujtahid.

e - Tetapi yang sangat lucunya yang ingin jadi mujtahid itu sekarang terdiri dari pelajar-pelajar kedoktoran,insinyur, mekanik, yang bukan belajar khusus tentang agama, kalau pelajar agama saja tidak sampai kepada mujtahid bagaimana lagi dengan pelajar yang bukan khusus mempelajari agama, kalau pun jadi mujtahid pasti mujtahid gadungan( penipuan ).

Coba renungkan cerita Ibnu Taimiyah didalam kitabnya al-Muswaddah : 516, dan diungkapkan oleh muridnya Ibnu Qayyim, dari Imam Ahmad, ada seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad, : Apabila seseorang telah menghapal hadits sebanyak seratus ribu hadits, apakah dia sudah dikira Faqih ? Imam Ahmad menjawab : Tidak dikira Faqih, berkata lelaki tersebut : " jika dia hapal dua ratus ribu hadits ? ", Imam Ahmad menjawab : " tidak disebut Faqih ", berkata lelaki tersebut : " jika dia telah menghapal tiga ribu hadits ?", Imam Ahmad menjawab : " tidak juga dikira Faqih", berkata lelaki tersebut : " Jika dia telah menghapal empat ribu hadits ?, Imam Ahmad menjawab : " Beliau mengisyaratkan dengan tangannya dan mengerakkannya, maksudnya, mungkin juga disebut Faqih berfatwa kepada orang dengan ijtihadnya.

Cobalah renungkan dimana kedudukan kita dari Faqih dan al-Mujtahid, agar tahu kelemahan kita dan kebodohan kita.

E – Memang ada kitab-kitab yang dapat membantu kita agar dapat berijtihad, tetapi yang jadi permasalahannya, apakah kita mampu benar-benar memahami apa yang kita baca, apakah yang kita fahami sesuai dengan pemahaman ulama-ulama pada masa salafussalihin, sebab membaca hadits dengan sendirian tanpa bimbingan seorang guru akan membawa kepada kesesatan, sebagaimana pesan ulama-ulama agar mengambil ilmu dari mulutnya ulama yang ahli.
خذوا العلم من أفواه العلماء
Artinya : Ambillah ilmu itu dari mulutnya para ulama.

Berkata Imam Ibnu Wahab seorang murid Imam Malik yang alim dalam ilmu Hadits:
الحديث مضلة إلا للعلماء
Artinya : al-Hadits dapat menyesatkan seseorang ( yang membacanya ) kecuali bagi para ulama

Berkata Imam Sufyan Bin Uyainah ( seorang ulama besar yang ahli dalam fiqih dan hadits guru Imam Syafi`i ) :
الحديث مَضِلّة إلا للفقهاء
Artinya : al-Hadits itu dapat menyesatkan seseorang kecuali bagi ulama yang faqih. ( al-Jami` li Ibni Abi Zaid al-Qairuwani : 118 )


Masalah ketujuh

7 – Apa yang saudara ungkapkan bahwa ulama mujtahid adalah manusia biasa yang mungkin saja salah dalam perbutan atau pemahaman adalah benar, tetapi sangat salah sekali jika saudara menyangka bahwa mereka yang berijtihad tidak boleh diikuti karena mereka manusia biasa, yang sangat jelasnya, mereka bukan nabi, dan juga bukan bertarap seperti anda, tidak ada seorang ulama yang hidup sekarang ini yang mampu menandingi ilmunya Imam Abu Hanifah, Imam Malik Bin Anas, Imam Syafi`i, Imam Ahmad.

Berkata Imam adz-Dzahabi mengungkapkan didalam kitabnya at-Tadzkirah : 627-628 , diakhir ceritanya dari generasi muhaddits yang kesembilan diantara tahun 258 H - 282 H, beliau berkata : Wahai syeikh lemah lembutlah pada dirimu, senantiasalah bersikap adil, janganlah memandang mereka dengan penghinaan, jangan kamu menyangka muhaddits pada masa mereka itu sama dengan muhaddits pada masa kita ( maksudnya dari masa 673 H – 748 H ), sama sekali tidak sama, tidak ada seorangpun pembesar Muhaddits pada masa kita yang sampai kedudukkannya seperti mereka didalam keilmuan .


Dari ungkapan Imam adz-Dzahabi diatas memberikan pengertian bahwa ilmu kita memang tidak setarap dengan para ulama-ulama mujtahid pada zaman dahulu, jadi jikalau mereka berijihad ternyata salah didalam maka mereka akan mendapat satu pahala dan tidak mendapat dosa, bagaimana dengan anda yang tidak sampai kepada derajat ijtihad kemudian berijtihad menurut kemampuan anda, maka kesalahan anda akan lebih banyak dibandingkan dengan ulama-ulama mujtahid yang terdahulu, dengan begitu seseorang yang memang sudah sampai kepada derajat mujtahid, apabila benar ijtihadnya maka akan mendapatkan dua pahala, jika salah dalam berijtihad maka mendapat satu pahala saja, tetapi jika anda yang belum sampai kepada tahap mujtahid berijtihad dan tersalah dalam ijtihadnya maka anda akan mendapatkan dosa, karena berijtihad dengan kebodohan.


Masalah kedelapan

8 – Adapun ungkapan anda tentang hadits yang Shahih wajib diamalkan secara langsung adalah salah satu kesalahan, sebab tidak semua hadits yang shahih dapat diamalkan secara lansung, karena mungkin saja hadits tersebut memiliki `illat yang sangat samar sekali, kemungkinan hadits shahih tersebut dimansukhkan, atau haditsnya muthlaq kemudian dimuqayyadkan dan lain-lain, Penulis ( insyaallah ) akan membahas permasalahan ini secara khusus .
Diposkan oleh Muhammad Husni Ginting di 02:05 0 komentar
Jumat, 2009 Mei 15
Pada zaman sekarang ini telah banyak kita lihat golongan yang anti dan berusaha untuk menyerang dan membasmi madzhab-mahzhab yang masyhur, dengan alasan kita mesti berpegang teguh dengan al-Qur`an dan sunnah bukan berpegang teguh dengan madzhab, tidak pernah kita dapati didalam al-Qur`an atau didalam hadits Rasulullah untuk menyuruh kita bermadzhab, bahkan para pendiri madzhab sendiri pun melarang mengikuti jejak mereka, hal ini sangat aneh sekali, mereka mati-matian mengajak orang agar meninggalkan madzhab Hanafi, Maliki, Syafi`i, dan Ahmad, tetapi mereka juga sengaja menarik orang untuk mengikuti pemikiran dan pendapat-pendapat Ibnu Taimiyah, apakah mereka tidak tahu bahawa mengikut pendapat Ibnu Taimiyah juga disebut mengikuti madzhab, atau mungkin mereka terlupa, juga mungkin karena ta`asub yang berlebih-lebihan terhadap Ibnu Taimiyah, atau juga mungkin hasad dan dengki dengan pendiri para Madzhab, kalau tidak sebab-sebab itu niscaya mereka tidak akan keberatan terhadap seseorang yang bermadzhab Hanafi, Maliki, atau Syafi`i. kenyataan ini telah kita lihat sendiri, jikalau kita kata Ibnu Taimiyah saja yang berpegang teguh dengan al-Qur`an dan Sunnah, maka maknanya madzhab-madzhab yang lain tidak benar, sebab menurut pandangan mereka ( orang yang tidak bermazhab atau golongan Wahabi ) bahwa Taimiayah yang benar, disini mereka terlupa bahwa Ibnu Taimiyah seorang manusia bukan seorang nabi yang tidak berdosa, wajarkah kita larang seseorang bermadzhab, sementara kita sendiri mengikuti madzhab seseorang, jikalau kita sebutkan seperti ini maka mereka tidak akan mengaku dengan sebenarnya, bahkan mencoba untuk memutar balikkan Fakta, dengan ucapan kita mesti berpegang teguh dengan al-Qur`an dan Sunnah, tetapi yang menjadi pertanyakan dibenak hati saya adalah apakah pendiri-pendiri Mazhab tidak mengikuti al-Qur`an dan al-Sunnah? tentu mereka menjawab " Sudah tentu para pendiri madzhab mengikut al-Qur`an dan as-Sunnah tetapi mereka manusia yang mungkin memiliki kesalahan", jadi menurut mereka ( anti mazhab ) karena adanya kesalahan pada ulama mujtahid maka mereka mengambil al-Qur`an dan Sunnah secara langsung, ini membuktikan mereka tidak akan tersalah dalam menentukkan hukum dalam berijtihad, jikalau sekiranya mereka sadar diri dengan kemampuan meraka niscaya mereka akan berpegang teguh dengan mana-mana mazhab yang empat.

Pada kesempatan ini saya hanya mencoba untuk memaparkan beberapa dalil yang menjadi pegangan masyarakat awam dalam mengikuti madzhab yang empat, beserta makna dan tujuan " Madzhab " dan bila timbulnya madzhab, dalam kesempatan lain insyaallah saya akan ketengahkan segala dalil-dali yang membatalkan anggapan-anggapan bahwa mengikuti mazhab adalah bid`ah.

Pengertian Madzhab

kalimat Madzhab berasal dari bahasa Arab yang bersumberkan dari kalimat Dzahaba, kemudian diobah kepada isim maf`ul yang berarti, Sesuatu yang dipegang dan diikuti, dalam makna lain mana-mana pendapat yang dipegang di ikuti disebut madzhab, dengan begitu madzhab adalah suatu pegangan bagi seseorang dalam berbagai masalah, mungkin lebih kita kenal lagi dengan sebutan aliran kepercayaan atau sekte, bukan hanya dari permasalahan Fiqih tetapi juga mencakup permasalahan `Aqidah, Tashawuf, Nahu, Shorof, dan lain-lain, didalam Fiqih kita dapati berbagai macam madzhab, seperti madzhab Hanafi, Maliki, dan Syafi`i, didalam `Aqidah kita dapati madzhab `Asya`irah, Maturidiyah, Muktazilah, Syi`ah, didalam Tashawuf kita dapati madzhab Hasan al-Bashri, Rabi`atu adawiyah, Ghazaliyah, didalam Nahu kita dapati madzhab al-Kufiyah dan madzhab al-Bashriyah.

Tumbuhnya Madzhab Fiqih

Pada zaman Rasulullah SAW " madzhab" belum dikenal dan digunakan karena pada zaman itu Rasul masih berada bersama sahabat, jadi jika mereka mendapatkan permasalahan maka Rasul akan menjawab dengan wahyu yang diturunkan kepadanya, tetapi setelah Rasulullah meninggal dunia, para shahabat telah tersebar diseluruh penjuru negeri Islam, sementara itu umat islam dihadirkan dengan berbagai permasalahan yang menuntut para shahabat berfatwa untuk menggantikan kedudukan Rasul, tetapi tidak seluruh shahabat mampu berfatwa dan berijtihad, sebab itulah terkenal dikalangan para sahabat yang berfatwa ditengah sahabat-sahabat Rasul lainnya, sehingga terciptanya Mazhab Abu bakar, Umar, Utsman, Ali, Sayyidah `Aisyah, Abu Hurairah, Abdullah Bin Umar, Abdullah Bin Mas`ud dan yang lainnya, kenapa shahabat-sahabat yang lain hanya mengikuti sahabat yang telah sampai derajat mujtahid, karena tidak semua sahabat mendengar hadits Rasul dengan jumlah yang banyak, dan derajat kefaqihan mereka yang berbeda-beda, sementara Allah telah menyuruh mereka untuk bertanya kepada orang yang `Alim diantara mereka.
فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Artinya : Hendaklah kamu bertanya kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui

Pada zaman Tabi`in timbul pula berbagai macam madzab yang lebih dikenal dengan madzhab Fuqaha Sab`ah ( Madzhab tujuh tokoh Fiqih) di kota Madinah, setalah itu bermunculanlah madzhab yang lainnya dinegeri islam, seperti madzhab Ibrahin an-Nakha`i, asy-Syu`bi, sehingga timbulnya madzhab yang masyhur dan diikuti sampai sekarang yaitu Madzhab Hanafiyah, Malikiyah, Syafi`iyah, Hanabilah, madzhab ini dibenarkan oleh ulama-ulama untuk diikuti karena beberapa sebab :

1 - Madzhab ini disebarkan turun-temurun dengan secara mutawatir.

2 - Madzhab ini di turunkan dengan sanad yang Shahih dan dapat dipegang .

3 - Madzhab ini telah dibukukan sehingga aman dari penipuan dan perobahan .

4 - Madzhab ini berdasarkan al-Qur`an dan al-Hadits, selainnya para empat madzhab berbeda pendapat dalam menentukan dasar-dasar sumber dan pegangan .

5 - Ijma`nya ulama Ahlus Sunnah dalam mengamalkan empat madzhab tersebut

19 September 2011

Kunjungan Pelajar2 KIPSAS ke KISWAH

Terima kasih kerana datang... Datang lagi ye adik2...
Asslamualaikum semua...

Alhamdulillah pada petang semalam sejumlah 5 orang pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah telah bertandang ke KISWAH untuk menemuramah saya dan isteri selaku pengarah urusan dan penolong pengaah urusan, berkenaan syarikat kami.

Mereka yang telah sampai pada sebelah pagi kemudiannya datang semula untuk berjumpa saya selepas sesi rawatan petang.. Antara yang menyertai kunjungan ini adalah salah seorang anak murid saya dahulu di dalam madrasah KISWAH; Wan Amirul Syafiq.

Sebaik sahaja mereka tiba, KISWAH menyambut mereka dengan pembacaan kitab Sairus Salikin berkenaan bab kewajipan mempelajari ilmu fiqh dan juga tasawwuf... Kebetulan pada waktu yang sama Us Kasim pun tiba di KISWAH untuk membincangkan perihal progam korban KISWAH pada raya haji ke 3 nanti.

Kemudian, mereka menemuramah kami berkenaan sejarah penubuhan KISWAH, pendaftaran, visi dan misi, perancangan dan pelbagai soalan lagi termasuk bab fiqh dsb...

Saya difahamkan oleh mereka bahawa temuramah ini diadakan bertujuan untuk menyiapkan assignment mereka melalaui subjek "Management".

Setelah itu sedikit jamuan ringan disediakan dan kemudian sayup2 kedengaran azan Maghrib berkemundangan dari corong speaker Masjid Abu Bakar Temerloh. Kami terus Solat Maghrib berjemaah dan agenda seterusnya adalah Majlis Ringkas Maulidur Rasul ad Daibaie. Alhamdulllah qasaid dan madaih dapat dialunkan walaupun dalam keadaan yang kekurangan. Namun pembacaan maulid dan doa ini menjadikan kunjungan mereka pada kali ini bertambah seri dan penuh keceriaan berkat mahabbah kepada Nabi bongsu saw yang tercinta...


Kami solat Isyak berjemaah dan sedikit jamuan makan malam disediakan kepada semua...

Setelah sesi fotografi dan wada' pelajar2 KIPSAS pun meminta izin untuk balik dan saya serta keluarga pulang dengan perasaan berbunga2 kerana mereka sudi untuk menemuramah kami yang masih kekurangan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua pembantu saya yang tercinta Lukman dan Thoha yang bertungkus lumus menyediakan hidangan pada hari tersebut... Tanpa mereka cacatlah rentak perjalanan KISWAH.... Alhamdulillah Allah Taala kurniakan kedua2 mereka untuk saya...

Semoga segala perbincangan dan sedikit taujihat serta perkongsian ilmu yang tidak seberapa di PR KISWAH semalam membekalkan mutiara2 berharga penuh kemilau untuk menerangi perjalanan hidup kalian kelak... Insya Allah...

Terima kasih kerana sudi datang mengunjugi kami di KISWAH...

Alllahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

18 September 2011

Rawatan Sakit Jantung di Rumah

Assalamualaikum semua... Mari sama2 kita berkongsi rawatan sakit jantung secara ruqyah, tabie dan perubatan sufi seumpama diajar oleh guru kami...:

SAKIT JANTUNG – bawang Holland / merah, minyak zaitun

1)      Jantung: Bakar bawang dengan abu...bila dah masak makan bawang tu- bawang merah / holland. Caranya masukkan bawang yang bersaiz sederhana ke dalam tin dengan abu panas (abu kayu biasa yang dibakar) dan panaskan sehingga bawang masak. Makan bawang tersebut sejam sebelum makan apa-apa selama empat puluh hari...Jika tidak sembuh boleh beralih ke ikhtiar lain atau teruskan sahaja sehingga sembuh...



2)    Selepas solat  / sekerap mungkin: Pegang dada dan bacalah a) Surah al Insyirah atau b) at Taubah ayat 14 dan c) Yunus ayat 57.


3)      Minyak zaitun: Minum sesudu pada waktu pagi dan sesudu sebelum tidur. Sentiasa sapu di dada.


4) Madu dan Habbatus sawda' setiap hari. Sesudu madu + air ruqyah setiap pagi sejam sebelum makan apa2. Sesudu teh habbatus sawda' dikunyah setiap hari sebelum tidur dan pada waktu bangun tidur...

5) Sedekah tiap2 hari dengan niat kesembuhan dan terangkat bala'.

6) Bernazar jika sembuh hendak umrah / kenduri kesyukuran / puasa sehari etc.

 7) Solat taubat dan hajat setiap hari..

17 September 2011

Pendaratan di Bulan Satu Penipuan!!!!???





Pada 1979, ketika kali pertama teori ini muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. Namun, dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi daif. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Penafian sejarah dunia sains AS ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil. Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:
“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Kini, setelah berabad-abad Teori Konspirasi Pendaratan Angkasawan NASA di Bulan {1} beredar, NASA mula menyiarkan gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk menghentikan pelbagai spekulasi mengenai sejarah terulung dunia sains Barat itu. {2} Namun, mengapakah begitu lama masa yang diambil oleh NASA?


Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond - Diamond Are Forever pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery) menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA itu. Namun seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.





PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP NASA 

1. Mengapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tiada oksigen mahupun udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar.  Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi ia tidak pula dilengkapi dengan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran. Jika hanya diletakkan batang paip, maka bendera itu sepatutnya hanya tegak diam, bukan berkibar seperti ditiup angin. 


2. Tiada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.


3. Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?


4. Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan segala pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah disunting dengan teknik slow motion.


5. Batu-batu yang dibawa pulang adalah sama dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika.  Ada kemungkinan juga batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.


6. Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.


7. Seolah-seolah mengggunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.


8. Suasana angkasa ketika di permukaan bulan (seperti dakwaan NASA) adalah hitam gelap pekat. Tetapi mengapa tidak kelihatan langsung bintang? Sedangkan atmosferanya bukan seperti bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan tetapan-tetapannya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.


9. Pencipta kamera untuk misi ke bulan itu, Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan NASA. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.


10. Bagaimana pula mereka boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul - video-video di bawah dan lain-lain yang membuktikan bahawa pendaratan manusia di bulan itu adalah satu hoax / penipuan?









Rujukan: DI SINI: AKU MACJAY

14 September 2011

Mari Melakukan Ibadah Korban Bersama KISWAH

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)

Assalamualaikum semua..

Insya Allah sempena Eidul Adha yang akan menjelma tidak lama lagi, KISWAH akan mengadakan kenduri korban peringkat KISWAH pada ketetapan berikut:

Hari Raya Ketiga bersamaan 8 November 2011

Bertempat di : Surau al Munzirin, Kg Batu Sawar, Temerloh... Kita semua akan berkampung di sana.

Majlis bermula dengan ibadah korban dan tahlil, doa selamat, maulid dan doa...


Oleh itu, dengan ini saya berkempen kepada semua ahli keluarga KISWAH sekiranya ada yang hendak masuk syer korban pada kali ini. Bukan sahaja masuk syer tetapi dalam masa yang sama hadir pada hari tersebut untuk menyaksikan proses sembelihan dan membantu melapah daging...

Setakat ini kita dah ada 4 orang yang comfirm mengambil bahagian pada kali ini..

Sekiranya ada yang berminat; 

SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN UNTUK MENGETAHUI JUMLAH RM UNTUK SATU SYER...


Antara Hikmah Korban adalah:
Muslimin yang dirahmati Allah,

Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala". Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.
Manakala di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :


Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :


"Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya".


Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.


Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.


Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Muslimin yang berbahagia,


Memandangkan ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak, maka sudah sewajarnyalah kita merebut peluang ini dengan melakukan korban pada hari raya itu nanti. Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat melakukan ibadah korban. Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal'alamin.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya :

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".


Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..

p/s: Sebarkan.....


Saya pernah menulis ebook berkenaan ibadah korban
27 SOALAN BERKENAAN IBADAH KORBAN

Sila dapatkan di sini: EBOOK IBADAH KORBAN

Wassalam...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...