**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 January 2012

Kunyahlah Makananmu Selumatnya, Nescaya Engkau Akan Bertambah Sihat!

Mengunyah Sehingga Lumat Menjamin Kesihatan Diri. Ramai Yang Mengabaikan Sunnah Ini.


Cara Rasulullah mengunyah

Sempena Maulidur Rasul saw yang bakal menjelma sama-samalah kita menghayati satu sunnah Nabi Muhammad saw yang banyak diabaikan oleh kita semua sebagai umatnya iaitu:


MENGUNYAH MAKANAN SEHINGGA LUMAT!

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.Sebenarnya ini menggambarkan betapa perlunya makanan itu dikunyah selumat mungkin. Kita 3 hingga 6 kali mungkin telah menelannya. Sebenarnya apabila kita mengunyah sehingga lumat, barulah nikmat makanan tersebut dirasai. Walaupun tak sampai 40 kali, tapi kunyahlah banyak kali baru telan. Ini menambahkan nikmat merasai makanan tersebut dan rasa mudah kenyang.


Ramai yang terlepas pandang bab kunyah sehingga lumat ini. Sedar tak sedar ini adalah sunnah nabi saw yang sangat penting. Maklumlah makannya terkejar-kejar sebab terlampau banyak urusan dunia yang dikejar non-stop. Sebab itu Nabi Muhammad saw sepanjang hidupnya tidak pernah sakit perut. Ini kerana kaedah pengambilan makanan dan metod serta tatacara makannya juga adalah dinamik melangkaui jangkauan ilmu sains.


Pelajari dari binatang-binatang di muka bumi yang rata-rata apabila makan akan mengunyah makanan tersebut sehingga lumat. Pelajarilah dari lembu yang tidak berhenti mengunyah makanan demi mencernakannya dengan baik.. :)



Antara keburukan tidak mengunyah makanan dengan betul adalah:

1) Masalah sakit perut kerana makanan tidak diproses sebaik mungkin. Perut agak pressure dan stress untuk memproses makanan yang masih tidak lumat lalu berlakulah banyak komplikasi.



2) Obesiti:

Saya petik dari sebuah web:

Washington DC: Berapa banyakkah anda mengunyah setiap kali makan? Menurut para ahli Universiti Kedoktoran Cina, mengunyah makanan lebih lama dapat membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh dicerna secara perlahan sehingga tidak menjadi lemak.



Para sukarelawan yang terpilih diminta setiap kali makan mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Hasilnya sebanyak 12% kalori lebih rendah  berbanding mereka yang mengunyah makanan 15 kali saja.
Mengunyah lebih lama memberi arahan kepada otak agar perut terasa lebih penuh. Hal ini juga berpengaruh pada sistem pencernaan yang mengurangkan ghrelin, hormon yang membuat kita merasa lapar.
Ujian yang dilakukan ke atas 16 orang sukarelawan lelaki langsing dan 14 orang lelaki bertubuh gemuk dengan usia sekitar 20 tahun, diberikan makan pie dan daging.  Meraka dirakam menggunakan kamera tersembunyi.

Hasilnya, lelaki bertubuh gemuk didapati mengunyah  dan menelan lebih cepat makanan  daripada laki-laki bertubuh langsing. Setelah menjalani ujian darah, lelaki bertubuh langsing memiliki kadar kalori yang diserap tubuh lebih rendah 11.9% daripada lelaki bertubuh besar.(IAN)

3) Kurang khasiat tubuh. Ini kerana makanan tidak dicerna sebaik mungkin. Makanan berbentuk lobus (benar2 lumat) sahaja boleh diserap badan. Jika tidak dikunyah betul akhirnya akan keluar melalui proses penyahtinjaan tanpa diproses oleh badan...
Selamat Mengunyah!!!


30 January 2012

Qasidah Yahanana dan Maksudnya



 *Semoga satu hari nanti Malaysia juga diberikan Allah peluang bermajlis maulid sebegini. Insya Allah.

 BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI.... YA HANANA..

Teks Qasidah Yahanana.

YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami

27 January 2012

Kelebihan Maulidurrasul saw Menurut Khulafa' Ar Rasyidin


Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin
Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut  maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...

Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” 
 
Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.” 
 
Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”

Telah berkata Saidina ‘Ali  Karram ALLAHU wajhahu:
 “Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii

Credit to Asri Naqshi

p/s: Jemputan Temerloh Bersolawat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Temerloh Pahang Sempena Sambutan Maulidurrasul saw pada 4 hb Februari 2012 Selepas Maghrib… Jumpa di sana…. www.rawatanislam2u.com.

26 January 2012

Kenangan Tafaqquh Januari 2012

 Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah syukur kepada Allah, berkat inayah, iradah, qudrah Allah maka diizinkan kami untuk dipertemukan di dalam majlis tafaqquh perubatan Islam, majlis zikir dan maulid di HQ KISWAH di Temerloh..
 

 Alhamdulillah yang hadir pada kali ini adalah ahli usrah KISWAH Ruqyah Syariyyah dari seluruh negara, Haji-haji dari Teluk Intan, Us Nazri dan jemaah dari Sg Besar, Us Zaki (JURUS) dari Kota Tinggi dan tidak ketinggalan Ir Kamarul dari JURUS Kuantan serta Us Zuhaidi Bentong.


Pertemuan kami pada kali ini menyaksikan pelbagai coretan dan aneka nostalgia indah yang sama-sama kami tempuhi sepanjang pertemuan yang sebentar ini. Tiada kata yang saya dapat ucapkan kecuali rasa terharu yang amat sangat kerana mengenangkan mujahadah mereka yang datang dari jauh berhabis wang, masa dan tenaga untuk menuntut ilmu dari KISWAH yang tidak berilmu lagi faqir ini...

Majlis bermula sejak pukul 3 petang lagi apabila ahli2 JURUS membantu al faqir dalam praktikal meruqyah pesakit yang berkunjung ke pusat rawatan..


Salatah khas untuk anak2 KISWAH

 Pada malamnya selepas Maghrib kami membincangkan berkenaan isu2 bekaitan rawatan menentang makhluk halus..

Kemudia selepas menunaikan solat Isyak berjemaah kami bersama mengikuti pengajian berkenaan rawatan Qurani dan tabie untuk 1001 jenis penyakit fizikal (bahagian kedua).. Insya Allah DVD nya anda boleh dapatkan dalam minggu depan..

Majlis disusuli dengan majlis Maulidurrasul saw dengan bacaan Dhiyau; Lami' susunan Habib Umar al Hafiz yang dipandu oleh al Fadhil Us Zaki dan iringan qasidah yang meruntun jiwa dari Ustaz Nazri dan para haji Teluk Intan...


Lantunan qasaid berlangsung dengan meriah sambil saya sibuk di dapur menyediakan hidangan sederhana kepada semua anak2 murid KISWAH yang bersemangat khususnya Imam Wan.... :)

Kami berjamu beramai2 dengan rezeki yang Allah kurnia.. Alhamdulillah..


 Pada keesokan harinya, semua ahli usrah KISWAH berhimpun di teratak buruk al faqir untuk sedikit jamuan ringan, majlis zikir khatam khwajakan saghir dan maulid... Alhamdulillah..

 Majlis diteruskan di PR KISWAH dengan pengajian bekam sunnah dan praktikal serta pengijazahan amalan tersebut seumpama yang diijazahkan oleh guru KISWAH... Insya Allah DVD pengajian ini akan berada di pasaran KISWAH nanti.. Sebelum itu sedikit tazkirah diberikan oleh al faqir berkenaan menyayangi ahlal bait Rasulillah saw dan kisah berjumpa dengan nabi saw, amalan2nya dan  pengijazahan Solawat Azimiyyah dan Solawat Fatih...

Selepas Solat Zuhur berjemaah kami berwada' setelah sedikit taujihat dari al faqir, semoga terus istiqamah... Al Faqir juga mengijazahkan segala amalan yang ahli-ahli KISWAH pelajari sepanjang dua hari satu malam permukiman singkat mereka di bumi Temerloh..

Selamat beramal... dan al faqir pohon 100000000 kemaafan kepada semua yang hadir, andai kata tindak tandukku dan jemaah KISWAH di Temerloh mempunyai ketaksiran dan kecacatan yang boleh menempangkan roh hubungan ukhuwwah kita selama ini..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....

Sayang semua kerana Allah.. Ukhuwwah Fillah Lestari Selamanya.. Bertemu tak jemu berpisah tak gelisah..... Ukhuwwah sejati Syafaat Di Sisi Ilahi ke Syurga yang Menanti..

Allahu Allahu Allahu  Haq!...

24 January 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Rabial Awwal 1433H !!! Pesta Solawat Pun Bermula!!!


Qasidah Marhaban Ya Rabial Awwal yang dibaca pada tiap2 hari sepanjang bulan ini. Slpas 15 Rabiul Awwal 'Marhaban Ahlan Wa Sahlan' ditukar kepada 'al Wada' al Wada' "





Assalamualaikum semua...

Ahlan wa Sahlan ya Syahras Solawat... Selamat datang bulan Maulid, bulan solawat, bulan kebaikan, bulan barakat, bulan tajalliyyat minar Rahman, bulan kelahiran Rasulullah saw.... BULAN RABIUL AWWAL...
bulan di mana lahirnya sang bulan purnama saw, bulan hijrahnya saw ke Madinah, bulan baginda saw berpindah ke rafiqil a'laa. Pada 12 Rabiul Awwal Nabi saw dilahirkan dan pada 19hbnya diberikan nama MUHAMMAD saw... Perbanyakkanlah solawat di bulan ini...

Dalam kesempatan ini marilah sama2 kita berkongsi tentang amalan pada bulan yang mulia ini menurut Futuhat  Sh Adnan  qs.

Kelebihan bulan ini diibaratkan seumpama kelebihan Nabi Muhammad saw atas sekalian makhluqat.. Di dalamnya terdapat adab dan wirid2 yang penting ke atas para salikin dalam tarekat Aliah ini.

Dibolehkan khalwah dan riyadah dari permulaan sehingga 10 Rabiul Thani khusus untuk mendapat tajaliyat berupa mahabbah dari Allah Taala dan RasulNya saw yang tercinta sehingga sampailah si salik tadi ke makam FANA' fi Rasulillah saw.

Antara adab2nya adalah:

Apabila masuk sahaja bulan ini maka muridin  hendaklah mandi sunat menyambut bulan yang mulia ini.. Kemudian;
-Solat wudu'
-Adab2 tarekat dan kemudiannya membaca qasidah marhaban ahlan wa sahlan. Selepas 15 hb ditukar dengan al wada' al wada'. Kemudiannya membaca doa yang mathur dari Sultanil Awliya'

- Pada setiap hari membaca Surah Al A'na'm.

- Membaca satu hizib dalailul khayrat

- 100 kali Astagfirullah / 70 - 700 kali

- 100 - 1000 kali kalimah tauhid

- la Ilaha illa Anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin - 100 kali

- Ya Munqizal halk - 40 kali

- Al Ikhlas 100 - 1000

-

-1000 kali selawat dan 100 yang terakhir hendaklah dilakukan secara berdiri menghadap qiblat lalu dihadiahkan kepada Rasulullah saw dan mengambil berkat dengan maulidnya...

- Kalau ada jemaah maka lakukan sambutan maulidur rasul saw.

Setiap malam Isnin, Khamis dan Jumaat diadakan zikir khatam.



Adab malam 12 Rabiul awwal:

- Berhimpun muridin yang kasihkan Rasulullah saw selepas solat Isya'

* Adab tarekat
*Khatam khawajakan
*Maulid as Syariff
* Solat Tasbih 4 rakaat
* Solat Syukur 2 rakaat.
* Kemudian menghidupkan malamnya dengan selawat dan salam kpd nabi Muhammad saw, berzikir sehingga terbit fajar (solat Subuh)..

* Disunatkan mandi pada 12 Rabiul Awwal... Pada siangnya sebagai tanda syukur kepada Allah Taala dan hadiah ke hadaratNya, Nabi Muhammad saw menyembelih dua ekor korban sebagai tanda syukur kepada Allah Taala lalu diagihkan kepada faqir miskin...

Ini juga disunatkan pada hari ke 19 Rabiul Awwal hari di mana nabi Muhammad diakikahkan dan diberi nama Muhammad (hari ke tujuh kelahiran baginda saw)

Adab2 ini sehingga hari ke 10 Rabiul Thani...

Wajib kepada para muridin menjaga adab2 ini dan wiridnya dan masa yang sesuai adalah:

- Sejam / dua jam sebelum azan Subuh sehingga waktu syuruq

- Dari Azan Asar ke waktu Maghrib

- Dari Azan Maghrib ke waktu Isyak

Selamat Beramal...

22 January 2012

Rahsia Penyembuhan Buah Lemon. 1001 Khasiat dan Penawar!

Lemon yang sangat berkhasiat. Alhamdulillah rumah kami tak pernah putus dengan bekalan lemon mengenangkan betapa banyaknya khasiat buah ini seumpama yang dipesan oleh guru kami. Minumlah jusnya setiap harinya. Baik untuk mengelakkan selsema dan demam, lelah, anti dan rawatan diabetes, batuk dan kahak etc
Assalamualaikum semua,
Tasyakkur kepada Us Zuhaidi dan isteri yang menghadiahkan kami anak pokok lemon.Us Zul pun dah ada satu depan rumah.. Alhamdulillah.. Salah satu 'pokok wajib' buat setiap rumah.. :)
Minggu lepas sebatang anak pokok lemon telah ditanam di belakang rumah. Syukran kepada Us Zuhaidi Mukapit dan akak yang bersusah payah membawa anak pokok ini ke rumah kami. Tambahan pula guru kami menyarankan agar mengamalkan buah2an sitrus setiap hari.Kenapa ya saya dan isteri bercita-cita sejak sekian lama nak tanam pokok lemon ni di halaman rumah kami.... Ini sebabnya: 
Berkata guru kami bahawa lemon sangat baik untuk anti diabetes dan rawatan diabetes. Sebiji sehari dimakan dengan kulit2nya. Buat ulam. Atau jika tidak biasa buat air jus lemon sebiji sehari.
Semoga lekas membesar ye 'sayang'....
Kami sekeluarga selalu mengamalkan setengah biji lemon dan sesudu madu dengan air suam jika mengalami selsema, batuk, berkahak, sakit tekak dsb. Inilah saranan yang diberikan oleh guru kami di dalam bukunya "Perubatan Sufi".

Kalau di zawiyah, semasa para masyayikh memberi suhbah atau zikir, maka mereka akan dihidangkan dengan air lemon jika kehausan..

Ini adalah pelbagai khasiat lemon yang sangat kutip dari pelbagai blog. Credit to them....:



Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah.


* Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan.

* Lemon adalah antioksidan yang akan mematikan radikal bebas, mencegah berbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser.

* Lemon boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik).
* Jus lemon dikatakan mampu memberikan cahaya untuk kulit.
* Beberapa titisan jus Lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati .

* Jus Lemon boleh digunakan untuk mengeringkan jerawat supaya tidak merebak.
* Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah.
* Jus lemon diberikan untuk mencegah selesema biasa.
* Jus limau digunakan pada gigitan dan sengatan serangga-serangga tertentu untuk melegakan racun dan kesakitannya.

* Lemon jus membantu mencegah dan menyembuhkan osteoarthritis.
* Lemon jus dapat mengurangkan rasa sakit kolik dan masalah gastrik..
* Jus limau dapat melegakan chilblains dan kulit gatal.
* Jus limau ialah satu rawatan yang baik untuk kelemumur dan rambut berminyak.





Lagi Khasiat Lemon Dari Pelbagai Web Yang Informatif:

Antaranya: blog Indonesian:
Lemon adalah buah yang kaya asam sitrat, kalsium, magnesium, vitamin C, bioflavonoids, pektin, dan limonene yang mampu mencegah infeksi. Hebatnya, di balik buah sederhana ini tersimpan berbagai zat sehat yang bisa menyembuhkan beragam penyakit. Berikut 15 penyakit yang dapat diobati hanya dengan lemon:

1. Obat jerawat
Asam sitratnya manjur untuk menghilangkan jerawat, sementara kandungan vitamin C-nya penting untuk menghaluskan kulit karena sifat alkalinya bisa membunuh bakteri yang menyebabkan munculnya jerawat. Selain minum jus lemon setiap pagi, berikut adalah beberapa resep obat jerawat ala lemon:

1. Dengan jari atau cotton ball, aplikasikan perasan lemon ke area berjerawat dan diamkan semalam. Bilas pada keesokan paginya. Mungkin awalnya area berjerawat akan terasa seperti terbakar, namun itu hanya reaksi awal saja.

2. Campurkan satu bagian perasan lemon dengan satu bagian air mawar atau air madu. Oleskan campuran ke area berjerawat dan diamkan selama 30 menit. Bilas, ulangi pengobatan 2 kali sehari, biasanya pada pagi dan malam hari.

2. Obat stres
Penelitian menunjukkan bahwa minyak atau balsem aroma lemon memiliki efek menenangkan yang bisa meredakan pusing, kelelahan, kegelisahan, rasa gugup, dan rasa tegang. Bukan itu saja, minyak lemon juga bisa meningkatkan konsentrasi dan fokus. Anda bisa menggali manfaatnya lewat cairan pel, pewangi ruangan, aromaterapi, hingga minyak pijat.

3. Obat sariawan
Kandungan antibakteri dan antivirus yang ada dalam sebuah lemon bisa menyembuhkan sariawan dengan segera. Berkumurlah dengan campuran perasan lemon dengan air hangat, lakukan 3 kali sehari.

4. Obat demam
Menggigil dan demam mungkin bisa jadi disebabkan oleh banyak faktor, namun lemon selalu bisa diandalkan sebagai obat yang manjur untuk keduanya. Cukup peras sebuah lemon ke dalam secangkir air hangat, tambahkan madu dan minum setiap 2 jam sekali hingga demam hilang.

5. Obat flu
Saat Anda terkena flu, khasiat menyembuhkan lemon bekerja dari dalam dan luar. Dari dalam, kandungan vitamin C-nya mampu meningkatkan daya tahan tubuh; dari luar, kandungan antivirusnya yang mencegah virus berkembang biak.

Ketika tanda-tanda awal mulai muncul seperti hidung meler dan sakit tenggorakan, coba tingkatkan konsumsi vitamin C dengan mengkonsumsi perasan 1 buah lemon dengan air hangat tiap 2 jam sekali. Namun jika kondisi tenggorokan sudah lebih parah, maka tambahkan perasan 1 buah lemon dan 1 sendok teh garam ke dalam 250 ml air hangat.

Berkumurlah 3 kali sehari selama 1 menit untuk mengurangi sensasi perihnya. Bagi penyakit radang amandel, berkumurlah tiap 2 jam sekali selama lebih kurang lebih 30 detik dengan menggunakan lemon segar. Miringkan kepala ke belakang agar cairan mencapai belakang tenggorokan. Anda boleh menelan cairan ketika Anda selesai berkumur.

6. Obat kapalan
Tempelkan irisan lemon setebal 5 mm di atas kulit kapalan, balut dan ikat, diamkan semalaman. Mengoleskan minyak esensial lemon ke area kapalan juga bisa mempercepat proses kesembuhan. Anda bisa menambahkan sedikit air dengan cotton ball bila reaksi minyaknya terlalu keras.

7. Obat eksema/eksim
Radang kulit bisa disembuhkan dengan menambahkan 8 tetes minyak esensial lemon dan 1 sendok makan madu (madu juga memiliki efek anti-radang dan bisa memperkuat daya pengobatan lemon) ke dalam 250 ml air hangat. Rendam sebuah kain ke dalam cairan, peras, lalu letakkan di atas kulit selama 15 menit, 2-3 kali sehari. Tidak hanya bisa meredakan infeksi, rasa gatal pun bisa hilang.

8. Obat lelah
Para pejalan kaki dan petualang dunia menganggap lemon sebagai obat penghilang penat kiriman Tuhan yang ajaib. Saat merasa lelah, mereka tinggal menyedot cairan masam tersebut untuk bisa merasa segar kembali. Tinggal tusuk, sedot, dan minum. Selain diperas dan diminum, minyak lemon juga mampu meredakan lelah. Anda bisa menambahkan 4 tetes minyak lemon ke dalam air bathtub sebelum berendam.

9. Obat nafas bau
Usai makan seafood yang amis, merokok, atau minum alkohol, biasanya mulut akan bau. Untuk menyegarkannya, Anda bisa berkumur dengan perasan lemon yang dicampur dengan air hangat. Mengunyah irisan lemon setelah makan merupakan alternatif lain yang lebih mudah.

10. Obat hipertensi
Bawang memang efektif meredakan tekanan darah, namun dampaknya akan lebih hebat saat Anda mengkombinasikannya dengan lemon. Untuk kasus kolesterol tinggi, lemon juga bisa banyak membantu karena kandungan pektinnya yang mampu melancarkan sirkulasi gizi sehingga kolesterol bisa turun. Berikut cara membuatnya:
1. Tambahkan lumatan 3 butir bawang putih dan 1 irisan bawang bombay ke dalam 1 liter susu kedelai atau susu rendah lemak.
2. Didihkan di atas api kecil dan diamkan 5 menit.
3. Tuang melalui saringan dan tambahkan perasan 3 lemon segar.
4. Minum dan habiskan dalam sehari.

11.Obat gigitan serangga
Untuk kulit yang digigit serangga, oleskan 1-2 tetes minyak lemon yang telah dicampur dengan 1 sendok teh madu di atas kulit tersebut. Untuk mencegah gigitan serangga, tambahkan 20 tetes minyak lemon ke dalam 250 ml air hangat dan semprotkan ke udara. Baunya yang segar sekaligus bisa menolak nyamuk.

Cara lain adalah dengan menempatkan rendaman cotton ball ke dalam minyak lemon di dalam kamar. Jika Anda hendak cari angin di luar rumah, aplikasikan wewangian lemon ke sekitar kulit yang terbuka atau gosokkan campuran 10 tetes minyak lemon dengan 45 ml minyak biji bunga matahari.

12. Obat insomnia
Beberapa studi menemukan bahwa balsem/minyak beraroma lemon yang dipadukan dengan calming herbs seperti valerian atau chamomile bisa membantu meredakan kegelisahan dan menuntun seseorang untuk lekas terlelap.

13. Obat rematik
Untuk mengobati rematik, Anda bisa menenggak perasan 1 buah lemon segar yang dicampurkan ke dalam segelas air hangat. Minumlah 3 kali sehari, untuk rasa sakit yang lebih parah, tambah jumlah perasan lemon menjadi 2 buah. Anda juga bisa memijat area rematik dengan beberapa minyak lemon yang dicampurkan dengan 1 sendok makan minyak jojoba.

14. Obat pencernaan
Minum perasan 1 buah lemon dengan segelas air hangat setelah makan bisa menstimulasi produksi asam lambung dan mengaktifkan otot perut sehingga pencernaan lebih lancar.

15. Obat varises
Minyak lemon mengandung zat yang bisa memperkuat pembuluh darah sehingga mampu melawan timbulnya varises. Untuk varises mirip sarang laba-laba (spider veins), campurkan 2-3 tetes minyak lemon dengan jojoba, alpukat, atau minyak almond dan pijat.

Sedangkan untuk varises vena (varicose veins), campur 6 tetes minyak lemon ke dalam 50 ml wheat germ oil, dan tambahkan minyak cemara dan juniper oil. Gunakan campuran ini setiap hari sebagai minyak pijat. Pijat kaki dari arah bawah ke atas.

Untuk memudakan kulit yang telah mengendur, tambahkan 8 tetes minyak lemon ke dalam air mandi hangat. Anda juga bisa menambahkan 4 tetes minyak cemara yang dicampur dengan 1 sendok makan madu. Berendamlah selama 15 menit, setelah itu tepuk kulit hingga kering (bukan digosok).
Khasiat Lemon Untuk Kulit ( Kredit to: cinta pendidikan):

1. Pengelupasan kulit mati
Sel kulit mati membuat kulit wajah menjadi kasar dan tampak kusam. Untuk menghaluskan kulit, caranya mudah saja, gosokkan air perasan lemon yang telah dicampurkan dengan satu sendok makan gula.

2. Memudarkan kerutan
Lemon berguna juga untuk memudarkan kerutan wajah. Rebus setengah cangkir susu yang dicampur dengan tiga sendok makan jus lemon. Diamkan sebentar untuk mendinginkan campuran, saat campuran masih terasa hangat, balurkan pada seluruh wajah dan leher. Diamkan selama 10 menit, setelahnya, bilas wajah dengan air dingin, untuk menutup kembali pori-pori.

3. Mencerahkan
Kandungan lemon kaya akan vitamin C yang bermanfaat untuk mencerahkan wajah. Bagi lemon menjadi dua, lalu usapkan setengah potongan lemon pada wajah selama lima hingga sepuluh menit. Lalu bilaslah wajah menggunakan air dingin. Untuk mendapatkan hasil yang maksimal, lakukan perawatan tersebut setiap hari.

4. Melembabkan
Kulit yang kering terlihat kusam dan bersisik. Untuk melembabkannya, campur satu buah lemon yang telah dijus dengan dua sendok makan minyak zaitun, lalu pulaskan pada wajah dan tubuh. Diamkan campuran pada kulit selama lima hingga sepuluh menit. Setelahnya, bilas dengan air hangat.

5. Ketombe
Lemon juga ampuh dalam membasmi ketombe. Usapkan tiga sendok air lemon pada rambut dan kulit kepala, pijatlah kepala selama lima menit, kemudian bilas rambut dengan air dingin. Lakukanlah perawatan ini setiap hari agar ketombe segera hilang dari kulit kepala Anda.

6. Memutihkan dan menguatkan kuku
Rendam tangan dan kuku selama 5 menit dalam satu cangkir air hangat yang telah dicampur setengah buah perasaan lemon. Tahap selanjutnya, gosokkan kuku dengan irisan lemon. Lalu rendam kembali tangan dalam air dingin. Lemon menjadikan kuku lebih kuat dan membuat kuku lebih putih.
Jadi, apa kata anda mulakan hari setiap pagi dengan segelas air suam dan sehiris lemon bagi menggantikan secawan kopi atau teh.

Banyak lg nak buat ( ie Jus Tomato, Pegaga etc) ... abeh 44 hari pantang ni boleh mula. Harap2 bukan hangat2 tahi ayam..hihi =)

 Kolominfo.com Lemon yang mengandung berbagai khasiat untuk kesehatan, juga perawatan kecantikan. Sebelum menggunakan lemon, tes kulit dulu dengan mengoleskannya pada siku. Jika kulit terasa gatal, atau panas, atau perih, segera bilas. Kemungkinan anda alergi lemon. Jika masih ingin mencoba, encerkan dengan sedikit air. Berikut penggunaan lemon untuk kecantikan.





Kulit hitam di ketiak dan siku
Potong sebuah lemon jadi dua bagian. Gosokan seperti skrub pada siku dan ketiak hitam. Citric acid di dalam lemon membantu membunuh bakteri. Pemakaian secara teratur bisa mencerahkan warna kulit. Lemon juga mengandung zat pemutih alamiah dan baik untuk eksfoliasi kulit.

Ketombe
Kulit kepala gatal dan ketombe sering mengganggu. Untuk mengatasi ketombe, siapkan 1 butir putih telur, campur dengan jus lemon. Oleskan campuran pada kulit kepala dan gosok secara kuat. diamkan si rambut paling sedikit 1 jam dan shampo rambut dengan air hangat. Lakukan 4 sampai 5 kali sebulan. Dan ketombe akan lenyap.

Bekas Luka
Jus lemon jika dicampur dengan jus mentimun bisa membantu menghilangkan bekas luka. campur dengan perbaningan sama dan oleskan pada bekas luka di wajah. diamkan 5 sampai 10 menit.lalu bilas. lakukan 2 sampai 3 kali seminggu.

Wajah Bersinar
Lemon kaya enzim,gula dan asam buah yabg membantu mengangkat sel-sel kulit mati dari permukaan kulit. Ambil seiris lemon, Gosokkan ke wajah. Lemon akan berfungsi sebagai tonik untuk kulit dan akan mengencangkan dan menyegarkan kulit. menggosokan lemon pada kulit wajah termasuk cara tercepat untuk mendapatkan kilau alamiah.

Menurunkan Tingkat Kolesterol

Mengkonsumsi kulit lemon bisa membantu menurunkan tingkat kolesterol dalam tubuh. Kulit lemon mengandung kalium yang membantu mempertahankan tekanan darah. Kandungan Polifenol flavonoid membantu menurunkan kolesterol LDL, yang merupakan kolesterol jahat. Selain itu, vitamin C dan P juga terkandung di dalam kulit lemon, dan kedua vitamin ini membantu membersihkan pembuluh darah. Bila pembuluh darah Anda bersih, resiko timbulnya penyakit yang berhubungan dengan tekanan darah tinggi, jantung dan diabetes akan semakin menurun.

Melawan Kanker

Kulit lemon mengandung komponen bernama salvestrol Q40 dan limonene. Komponen tersebut melawan sel-sel kanker yang tumbuh di dalam tubuh. Selain itu, kandungan flavonoid di dalam kulit lemon sangat efektif membatasi perkembangan sel kanker. Itulah sebabnya, kulit lemon dikenal sebagai pencegah perkembangan sel kanker, seperti kanker usus, kanker payudara, dan kanker kulit.

Meningkatkan Kesehatan Tulang

Untuk memiliki tulang yang kuat dan sehat, Anda harus menyediakan jumlah kalsium yang baik. Kulit lemon tidak hanya mengandung vitamin C, tetapi juga kalsium. Kulit lemon telah terbukti membantu pencegahan berbagai gangguan tulang, seperti rematik, patah tulang, osteoporosis, osteoarthritis dan polyarthritis inflamasi.

Meningkat Kekebalan Tubuh dan Memperbaiki Sistem Pencernaan

Inti dari mempertahankan kesehatan tubuh dan melindungi dari dari infeksi dan penyakit adalah mengembangkan sistem kekebalan tubuh. Lagi-lagi, kulit lemon memiliki khasiat ini karena kaya akan vitamin C yang melindungi tubuh dari infeksi dan datangnya penyakit baru. Itulah mengapa mengkonsumsi kulit lemon sangat efektif mengobati sakit tenggorokan, flu, masuk angin, infeksi serupa. Selain itu kulit lemon meningkatkan sistem pencernaan, karena mengandung serat yang memperlancar buang besar.

Menjaga Kesehatan dan Kebersihan Mulut

Bila Anda mengalamai defisiensi atau kekurangan vitamin C, Anda akan mudah mengalami berbagai gangguan pada mulut, seperti gusi berdarah, radang gusi dan lain lain. Kulit lemon mengandung banyak asam sitrat yang mencegah masalah gigi dan gusi. Oleh karena itu, daripada membuang kulit lemon, Anda sebaiknya mengkonsumsinya.

Menetralisir Radikal Bebas

Radikal bebas bertanggung jawab atas beberapa jenis kanker, penuaan, jantung, penyakit autoimun dan pembengkakan. Dibutuhkan banyak vitamin C untuk menetralkan radikal bebas, dan kulit lemon memiliki kandungan ini. Radikal bebas bisa merusak pembuluh darah. Sehingga, bila Anda mengkonsumsi vitamin C banyak dari kulit lemon, Anda juga akan menjaga sirkulasi darah Anda.

Kulit Lemon dan Kulit Sehat

Kebanyakan, masalah yang muncul pada kulit adalah pigmentasi, keriput, bintik gelap, jerawat dan lain sebagainya. Gangguan-gangguan yang muncul pada kulit biasa juga disebut sebagai tanda-tanda penuaan, dan radikal bebas menciptakan permainan ini dalam kulit Anda. Kulit Lemon adalah sumber alami vitamin C dan asam sitrat, yang membantu dalam membersihkan pembuluh darah dalam tubuh dan menghilangkan semua kotoran yang ada dalam sel-sel kulit. Kulit Lemon benar-benar membuat kulit Anda sehat. Kulit lemon juga bagus untuk jerawat karena mengandung antioksidan yang mendetoksifikasi kulit. Mungkin Anda bisa membeli kulit lemon dalam bentuk bubuk untuk wajah Anda, akan tetapi mengkonsumsi kulit lemon adalah pilihan yang terbaik.

Meningkatkan Metabolisme dan Menurunkan Berat badan

Kulit lemon terdiri dari komponen yang dikenal sebagai pektin, yang membantu dalam penurunan berat badan. Pektin sebenarnya memiliki sifat yang bisa mengubah ke dalam bentuk jelly, sehingga mencegah tubuh Anda untuk menyerap terlalu banyak gula, yang akhirnya membantu menjaga berat badan Anda. Jadi, bila Anda meluangkan waktu untuk meminum secangkir air hangat dengan air lemon, jangan lupa memakan kulitnya juga.


1. Lemon being a citrus fruit, fights against infection.It helps in production of WBC's and antibodies in blood which attacks the invading microorganism and prevents infection.

2. Lemon is an antioxidant which deactivates the free radicals preventing many dangerous diseases like stroke, cardiovascular diseases and cancers.

3. Lemon lowers blood pressure and increases the levels of HDL (good cholesterol) .

4. Lemon is found to be anti-carcinogenic which lower the rates of colon, prostate, and breast cancer.
They prevent faulty metabolism in the cell, which can predispose a cell to becoming carcinogenic.
Also blocks the formation of nitrosamines in the gut.

5. Lemon juice is said to give a glow to the skin.

6. A few drops of lemon juice in hot water are believed to clear the digestive system and purify liver as well.

7. The skin of lemon dried under the sun and then ground to make powder can be applied to the hair for a
few minutes before bath which relieves head ache and cools the body.

8. Applying lemon juice to acne dries the existing ones and prevents from getting more.

9. Lemon juice acts as a natural hair lightner and skin bleach which reduces the pigment melanin and prevents
the risk of chemical allergic reactions which is common with hair dyes and bleaches.

10. Lemon juice is given to relieve gingivitis, stomatitis, and inflammation of the tongue.

11. Lemon juice is given to prevent common cold.

12. Lemon juice is given to prevent or treat urinary tract infection and gonorrhea.

13. Lemon juice is applied to the sites of bites and stings of certain insects to relieve its poison and pain.

14. Lemon juice relieves colic pain and gastric problems.

15. Lemon juice soothes the dry skin when applied with little glycerin.
16. Lemon juice used for marinating seafood or meat kills bacteria and other organisms present in them,
thereby prevents many gastro-intestinal tract infections.

17. Lemon juice with a pinch of salt (warm) every morning lowers cholesterol levels and brings down your weight.

18. Lemon juice is the best drink to prevent dehydration and shock in case of diarrhea.

19. Lemon juice can also be used as a mouthwash. It removes plaque, whitens the teeth and strengthens the enamel.

20. A table spoon on thick lemon syrup everyday relieves asthma.
21. Lemon juice relieves chilblains and itchy skin.
22. Gargling lemon juice relieves throat infection and also used as a treatment for diphtheria.

23. Lemon juice is an excellent treatment for dandruff and greasy hair.
24. Lemon applied over the face removes wrinkles and keeps you young.
25. Lemon juice helps to prevent and cure osteoarthritis.

Selamat mengamalkan buah lemon sehari2..

21 January 2012

Resepi Mudah Salatah Yang Berkhasiat!!!

Salatah atau Salad Arab yang begitu terkenal di bumi Arab. Sangat sedap dan berkhasiat!

Assalamualaikum semua..

Tiba-tiba saya teringatkan kenangan Mesir, Syria dan Turki yang mengusik kotak ingatanku ini...

Terlintas saat manis bersama masyayikh yang tercinta dari Sadah Naqshbandiyyin yang selalu sahaja mengajak anak2 murid berjamu di rumah mereka....

Makanan yang paling menjadi ingatan saya selain Yogurt yang kini zaujah sudah bisa membuatnya secara 'homemade' adalah SALATAH. Salatah adalah satu sajian salad Arab yang sangat mudah untuk disediakan..Baik untuk kesihatan tubuh badan seisi keluarga. Patutlah para masyayikh sihat-sihat belaka kerana pemakanan mereka yang sihat dan luarbiasa.

Saya pun search internet lalu terjumpa web berbahasa Inggeris yang menerangkan cara penyediaannya...:

Saya kongsikan dengan anda semua...:


BAHAN-BAHAN

1) 2 biji tomato yang benar-benar merah

2) 5 biji timun kecil; baby cucumber yang berwarna hijau pekat

3) 2 ulas bawang putih

4) 3/4 sudu garam bukit / garam biasa pun boleh la jugak.

5) 1 sudu minyak zaitun extra virgin olive oil

6) 1 1/2 sudu jus lemon

7) 1 batang salad panjang (nak batangnya sahaja, daun tak perlu)

8) sedikit daun ketumbar, 1 - 2 batang

9) Tambahan jika mahu: Serbuk daun parsley dan mint kering - kat pasaraya mesti ada jual.


DAN CARA PENYEDIAANYA

1) Bawang putih hendaklah ditumbuk dahulu dengan garam

2) Campurkan dengan olive oil dan lemon juice.

3) Potong dadu sekecil yang boleh; timun, tomato, batang salad panjang dan racikkan daun ketumbar.

4) Campurkan semua bahan yang dipotong dadu tadi dengan campuran sebelumnya.

5) Masukkan serbuk daun parsley atau daun mint ke dalam campuran tadi..

DAH SIAP!!!!

Peringatan:

Sila makan segera; jika tidak ia akan menjadi berair dan tidak seenak salatah yang baru dibuat... Bermakna jika nak makan nasik je terus campur bahan-bahan tersebut yang telah dipotong ditumbuk siap-siap..

SELAMAT MENCUBA>>>>  :)

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

20 January 2012

Jemputan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H KISWAH 4 Feb 2012

"Sesiapa yang menyumbangkan satu dinar untuk menyambut Maulidur Rasul saw maka seolah2 dia telah menyumbangkan segunung Uhud emas fi sabiliLLAH - Saidina Abu Bakar ra."

Assalamualaikum semua...

Kepada semua ahli kelas KISWAH, sahabat seperjuangan Temerloh, Kuantan, Raub, Jengka, Raub, Bentong, Kota Tinggi, Sg Besar dan Teluk Intan...

Insya Allah i pada 4 Feb 2012 (Sabtu Malam Ahad) bertempat di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh akan diadakan Kelas Tafaqquh Tibb Nabawi dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw peringkat KISWAH...
Tentatif:

3.00 ptg: Rawatan kepada pesakit yang datang ke pusat rawatan

7.30 mlm: Solat Maghrib dan Kelas Tafaqquh Ringkas

9.00 mlm: Solat Isyak dan Sambutan Maulidur Rasul:

- Zikir Khatam khawajakan saghir..

- Bacaan Syamail Muhammadiah Imam Tirmizi dan penceritaan kelahiran Nabi Muhammad saw

- Maulid Daibaie

Penutup dan Jamuan Ringan...

Semua anak2 murid kelas tafaqquh KISWAH dijemput hadir...

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul saw 1433.. Semoga bertambah kecintaan kita kepada baginda Rasul saw... Cinta kpd baginda saw bermakna CINTA KEPADA ALLAH...."

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Kelas Tafaqquh Perubatan Islam KISWAH 23 dan 24 Januari 2012

" Sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu maka ia dianggap berjuang fi sabililLAH sehinggalah ia pulang - al Hadith"


Majlis Pengajian Perubatan Islam

Assalamualaikum semua pembaca yang budiman khususnya ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah Seluruh Negara...

Sukacita dan dengan rendah hatinya saya maklumkan bahawa satu kelas rawatan Islam ruqyah syariyyah akan diadakan:

23 dan 24 Januari 2012 bersamaan Isnin Malam Selasa dan pagi Selasa.


Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah


No 16 Tingkat Dua Jalan Ahmad Shah Temerloh Pahang..


Sila hadirkan diri untuk solat Maghrib berjemaah...


Sila comfirmkan kedatangan anda dgn sms kepada saya: 017 9065131.. untuk bajet




Tentatif:


Solat Maghrib Berjemaah


Kelas Tafaqquh selepas Maghrib


Solat Isyak berjemaah


Penerangan berkenaan hafazan ruqyah dan khutbah serta format talaqqi

Maulid dan bersolawat...


Jamuan ringan


Keesokan harinya akan diadakan kelas bekam pada pukul 9 pagi hari Selasa 24 Jan 2012



Kehadiran kalian semua khusunya Ahli-ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah di seluruh negara adalah dialu-alukan....

Sekian dimaklumkan...

Wasslam..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam... Sebarkan CINTA...

Yang benar,

Ustaz Hayat Ali Ridzha al Khiyami - 20 Jan 2012

19 January 2012

Kenangan Bersama KIPSAS Bersolawat 2012



Alhamdulillah KISWAH; saya, Cikgu Adib, Lukman, Anas Tafhiz Pahang diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadri program KIPSAS bersolawat di Kuantan pada 16 Jan 2012 bersamaan hari Isnin yang lalu.. Di sana kami berjumpa dengan ahli keluarga KISWAH yang lainnya seperti Saudara Wan Amirul Syafiq dan Azwan Sabah serta Farid..

Jemputan yang hadir adalah Habib Ali Zainal Abidin;( Darul Murtadha) dan Ustaz Mustafal Kamal (Pengerusi Ikatan Pengkajian Tasawwuf (IPTAF).


Kami bertolak dari Temerloh selepas Zuhur sesudah sesi rawatan berakhir sebelum Zuhur.

Kami sampai ke Kolej Islam Pahang selepas Maghrib..

Alhamdulillah, KISWAH diberi kesempatan untuk mendengar tausiyyah dari al habib dan Ustaz Mustafa serta alunan qasidah oleh kumpulan solawat Nurul Mustofa KIPSAS>..


Selepas itu sedikit jamuan ringan diadakan.. Terima kasih kepada semua adik2 KIPSAS dan tahniah kepada antum atas usaha murni memartabatkan program CINTA ALLAH dan CINTA RASULULLAH saw kepada umat Islam di negara kita amnya dan warga KIPSAS khususnya..


Insya Allah usaha2 adik-adik KIPSAS ini memberikan  inspirasi berganda kepada saya untuk program yang bakal dianjurkan kelak...


"TEMERLOH BERSOLAWAT"..

ALLAHU HAQ! HIDAYAH SELURUH ALAM!

14 January 2012

Amalan Rabu Terakhir Bulan Safar - 18 Jan 2012

Safar al Kheir... Bulan Safar Bulan Kebaikan...


Assalamualaikum semua... di sini saya terjemahkan tajuk SAFAR al KHEIR dari kitab Futuhat Sh Adnan

TAJUK: SAFAR AL KHEIR...

Merupakan salah satu dari bulan2 sunnah (diisi dengan amalan2 sunnah) dan dinamakan oleh baginda Nabi saw sebagai Safar al Khair ( Safar bulan kebaikan)...

Kebanyakan dari umat2 yang terdahulu dimusnahkan pada bulan ini...

Antara amalan sepanjang hari di dalam bulan ini; dgn niat penjagaan dari mala petaka:

1) Syahadatain 3 kali

2) Istighfar 300 kali

3) Sedekah harian dengan niat supaya terangkatnya bala. Nabi saw pernah bersabda... Sesiapa yang memberitakan kepadaku tentang berakhir bulan Safar, maka disunatkan pada 27 Safar untuk menyembelih haiwan (lalu disedekahkan) ikhlas kerana Allah Taala.

4) al Fil dibaca 7 kali

5) Ayatul Kursiy 7 kali setiap hari.



ADAB RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:

1) Syahadatain 3 kali

2) Istighfar 300 kali

3) Ayatul Kursiy 7 kali

4) al Fil 7 kali .... lalu diamalkan secara menyeluruh olehnya diri dan anggota keluarga...


Afdhalnya:
 
Pada waktu siang Rabu terakhir tersebut janganlan keluar dari rumah.

Kerana Sh Abdullah Faiz ad Daghestani qaddasaLLAHU sirrahu pernah berkata:

" Pada hari Rabu terakhir Safar, akan diturunkan 70 000 bala.... Sesiapa yang menjaga (seperti yang telah disebutkan tadi) insya Allah akan dipelihara Allah Taala...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam:


Berikut adalah tulisan adik angkat saya Us Hasif  berkenaan KAIFIAT SOLAT SUNAT RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:


Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang al-faqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997. Inilah dia amalan tersebut : -



1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.



2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-

a. Surah al-Kauthar (17x)

b. Surah al-Ikhlas (5x)

c. Surah al-Falaq (1x)

d. Surah an-Nas (1x)



3) Selepas solat bacalah doa ini :



بسم الله الرحمن الرحيم.

اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى. وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.

يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ

إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ

يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ

يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ

أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى

فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم

**mulakan adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.


1. Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar :




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.




2. Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :







Kemudian berkata ia dengan doa ini :



اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.



Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).

JADI RABU TERAKHIR SAFAR ADALAH BERSAMAAN 18 Jan 2012 Rabu depan... 
Selamat beramal...
 

Rujukan dari sahabat: Us Hasif


RUJUKAN
1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58.
2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan)
3. al-Bahjatul Mardiyyah, as-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani

12 January 2012

Planner / Kalendar / Takwim KISWAH 2012

Rujuk Takwim kami untuk program sepanjang tahun 2012 di sebelah kiri atas blog..




Mon 23 and 24 Jan All day
Kelas Tafaqquh KISWAH - KISWAH Temerloh This event has reminders.

Sat 4 Feb All day
 19:00 – 23:30
Sambutan Maulid di KISWAH - KISWAH Temerloh This event has reminders.

Sat 25 Feb 07:30 – 18:30
Seminar 1 KISWAH "Rawat Sihir Kaedah al Quran - No 16, Jalan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang This event has reminders.

Sat 31 Mar All day
Seminar KISWAH 3: Susuk Santau Saka Selusuh - KISWAH, Temerloh Pahang This event has reminders.

Sat 26 May All day
Seminar 4: Pagar Rumah dan Strok - KISWAH Temerloh This event has reminders.

Fri 8 Jun All day
Hari Keluarga KISWAH This event has reminders.

Sat 9 Jun All day
Hari Keluarga KISWAH This event has reminders.

Sun 10 Jun All day
Hari Keluarga KISWAH This event has reminders.

Sat 14 Jul All day
Seminar 5 KISWAH:Perubatan Qurani dan Tabie - KISWAH Temerloh This event has reminders.

Sat 11 Aug All day
Buka Puasa Jamie KISWAH - KISWAH Temerloh This event has reminders.

Sat 25 Aug All day
Open House IdulFitri KISWAH - KISWAH Temerloh This event has reminders.

Sat 29 Sep All day
Seminar 6 KISWAH: 1001 Rawatan Ruqyah dan Kanser This event has reminders.

Sat 27 Oct All day
Korban Bersama KISWAH - Batu Sawar This event has reminders.

Sat 10 Nov 2012 All day
Seminar 7: Bekam dan Pinggan Putih - KISWAH Temerloh... This event has reminders.

Fri 21 Dec 2012 All day
Konvo dan Gathering KISWAH - Tak ditetapkan lagi This event has reminders.

Sat 22 Dec 2012 All day
Konvo dan Gathering KISWAH - Tak ditetapkan lagi This event has reminders.

Sun 23 Dec 2012 All day
Konvo dan Gathering KISWAH - Tak ditetapkan lagi This event has reminders.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...