Ukhuwwaf fiLLAH lestari selamanya...
Assalamualaikum semua,
Ini adalah gambar majlis wada' saya dan KISWAH bersama Shami Husin yang telah berkhidmat dengan dedikasinya selama lebih kurang 3 bulan.
Majlis yang diadakan secara sederhana bersempena pemergian Shami yang akan melanjutkan pelajaran ke jurusan Syariah Islamiah di Insaniah Alor Setar Kedah.
Majlis ini juga adalah sempena makan besar bulanan PR KISWAH yang diadakan setiap hujung bulan sesama ahli keluarga KISWAH. Ini merupakan rutin bulanan saya dan pembantu2 saya untuk mengeratkan hubungan sillaturrahmi.
Kepada Shami khasnya dan rakan2 seperjuangan lain umumnya. Diri ini tidak pernah menganggap kalian semua sebagai pekerja; malah kalian semua di sisi saya merupakan pembantu, anak murid, rakan seperjuangan dan teman 'for shoulders to cry on' buat saya..
Kenangan saya bersama Shami tidak akan saya lupakan... Begitu juga dengan bekas pembantu2 saya di KISWAH seperti Syed Khairuzzaman, Kahafi, Farhi, Muhaimin dan semuanya tidak akan saya lupakan...
Buat sementara waktu ini, PR KISWAH di Temerloh dibantu dua rakan seperjuangan iaitu Akhi Syihan Zaik dan Wan; pelajar KIPSAS yang sedang bercuti yang akan menamatkan perkhidmatan sebulan lagi apabila sem baru bermula...
Kepada semua anak2 murid saya di Universiti sekarang; sama ada ex Khairiah, Maahad SAS dan di mana sahaja... Kalau tiba cuti2 sem helo helo lah ustaz. Boleh berkhidmat di PR. Sambil merawat berkhidmat kepada masyarakat sambil belajar merawat dengan menggunakan teknik ruqyah seperti yang dilakukan oleh Wan dan Farihi...
Terima kasih anak2 murid ustaz yang TERCINTA...
Semoga Allah memelihara ukhuwwah kita sehingga lestari selamanya menjadi SYAFAAT ke SYURGA...
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!