22 July 2011

Majlis Bersama Dr Sh Jamal Farouq ad Daqqaq al Hasani dan Habib Ali Zainal Abidin

Ulamak Qiraat Mesir Fadhilatus Sheikh Jamal Farouq ad Daqqaq al Hasani dan penterjemah Habib Ali Zainal Abidin

Majlis Selawat memeriahkan lagi majlis tersebut

Sempat bergambar bersama Sh Jamal dan Habib Ali


Sh Jamal Farouq meninggalkan majlis


Saya bersama Us Tijani pondok Pangsenam sempat bertabarruk mengambil ijazah dari Habib Ali Zainal Abidin



Assalamualaikum semua,

Bertempat di Masjid Omar Abd Aziz Kerdau pada 20 Julai bersamaan hari Rabu yang lalu, kami ahli keluarga KISWAH sempat menghadiri majlis ilmu, maulid dan selawat bersama Fadhilatus Shayikh ad Duktur Jamal Farouq ad Daqqaq dan Habib Ali Zainal Abidin.

Pada malam tersebut masjid dibanjiri dengan hadirin dan berlangsung dengan meriah..dan turut sama pada malam tersebut rombongan dari Sahah Baa'lawiyyah KL . Majlis dihiasi dengan bacaan selawat dari sheikh2 dari Mesir dan Yaman dan pada malam tersebut Sh Jamal Farouq berkenan memberi suhbah dan peringatan khususnya berkenaan TAUHID dan Habib Ali Zainal Abidin sebagai perterjamah...

Dr Sh Jamal memberikan suhbah berkenaan ta'rif tauhid dan permasalahan dalam bab TAUHID. Pada pengakhiran suhbah beliau, fadhilatus sheikh mengingatkan kami supaya berhati2 dgn mereka yang mengaku SALAFi yang membezakan tauhid kepada dua bahagian Rububiah dan Uluhiyyah sedangkan TAUHID itu adalah satu... Sedangkan zaman salafus soleh pembahagian ini tidak pernah ada...

Majlis diakhiri dengan solawat, solat Isyak dan jamuan... Saya sempat berjumpa Sheikh Jamal untuk taswir dan memohon tabarruk dari Habib Ali melalui beberapa ijazah yang bersanad sampai kepada al Habib Umar bin Hafiz RA...

Alhamdulillah, kami diberi izin oleh Allah untuk bersama dengan para ulamak dan berdoa agar kami diberi peluang untuk selalu bersuhbah dengan para solehin....

Sesungguhnya memandang wajah ulamak dan orang soleh itu mendapat PAHALA di sisi ALLAH....

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!