Rasanya tak terlambat....:
AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Pertama
AMALAN HARI 'ASYURA' :
( Bahagian Pertama )
( Bahagian Pertama )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a

BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA
Syeikh
Daud bin ;Abdullah al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam
kitabnya Jam'ul Fawaid dengan memberikan takrif berikut :
"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء / 'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang kesebelas daripada bulan Muharram.
Dan qaul yang shahih hari yang kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا / Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul Fawaid, m/s:129)
KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'
Berkata Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah
sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari
'Asyura' atas segala hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah
Ta'ala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari
'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bintang pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari 'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'.
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s pada hari 'Asyura'
Dan ditaubatkan oleh Allah akan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina Daud a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dikembalikan kerajaan Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis ... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131)
KISAH BUBUR 'ASYURA' ?
Al-Faqir
agak terkejut bahawa sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh
a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid ini..Lihatlah betapa cermat dan
telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah tetapi ianya bukanlah
secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh ummatnya membuat
bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan diperlekehkan oleh
puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab tersebut pada halaman 132 :
AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Kedua (Bubuq Sora?-baca loghat Utara)
AMALAN HARI 'ASYURA'
( Bahagian Kedua )
( Bahagian Kedua )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam
serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu
'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat
Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien.
Sudah setahun berlalu, sejak bahagian pertama ini di tulis..tahun ni,
bakal penghujung tahun 1432H ni, al-faqir sambung kembali bahagian
keduanya. Sambungan bahagian kedua ini berkisar tentang kisah Nabi Nuh
a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!" Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!" Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.
Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang
Gambar Hiasan - "Bubur 'Asyura"
Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri, "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."
Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang
Rujukan Kitab : Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H
p/s: awat la depa dok kalut membid'ahkan bubur asyura nih...banyak isu lain lagi nak diselesaikan...nak makan tak makan sudah... kesian kat kat kami org awam...
Credit tu Us Hasif al Qadahi: Thank You Rasulullah saw