Pengisian seadanya dari khuwaidim tholabah al ilm as syarif |
Assalamualaikum semua.
Pada 18 Feb 2012 bersamaan hari Jumaat yang lalu KISWAH
telah menerima jemputan untuk memberikan ceramah maulidurrasul saw di Sek
Kebangsaan Desa Bakti Mentakab Temerloh Pahang.Saya bersama Ustaz Sufian Usim dan Us Lukman bertolak ke sekolah tersebut pada pukul 7.30 dan sampai lebih kurang pukul 8.45 pagi... Kami disambut oleh para asatizah dan GPK yang ramah dan ceria.
Bersama GPK yang rendah diri lagi tawadduk; Cikgu Kalal |
Kami dengan rendah diri hadir dengan harapan diberi kekuatan
oleh Allah untuk berdakwah menyebarkan CINTA kepada ALLAH dan CINTA kepada
RASULULLAH SAW.
Pengisian saya bertumpu kepada:
1) Kecintaan kepada Allah dan RasulNya
2) Kelebihan menyambut maulidurrasul saw dan dalilnya
3) Peribadi Rasulullah saw dan kisah kelahiran baginda
4) Adab2 penuntut ilmu dan rahsia2 kejayaan seorang pelajar muslim.
5) Menerapkan semangat dan budaya bersolawat di kalangan warga pelajar dan pendidik...
Pengisian saya bertumpu kepada:
1) Kecintaan kepada Allah dan RasulNya
2) Kelebihan menyambut maulidurrasul saw dan dalilnya
3) Peribadi Rasulullah saw dan kisah kelahiran baginda
4) Adab2 penuntut ilmu dan rahsia2 kejayaan seorang pelajar muslim.
5) Menerapkan semangat dan budaya bersolawat di kalangan warga pelajar dan pendidik...
Guru dan pelajar yang sporting dan ceria sentiasa dari mula sampai ke akhir program.. |
Alhamdulillah kali ini cuba memberikan kelainan dengan
mengalungkan solawat bersama-sama warga SK Desa Bakti.
Mengajak anak2 murid sama2 bersolawat. Ikutlah nak pukul macam mana, janji ada bunyi.. |
Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbiran dan
guru-guru JQAF Desa Bakti yang telah bertungkus lumus menjayakan program
Maulidurrasul saw pada tahun ini.
Para guru dan murid yang ceria! |
Terima kasih kepada semua warga SK Desa Bakti yang
memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan ceramah dan majlis
solawat yang seadanya pada kali ini..
Ampun segala kekurangan..
Bersama Sebarkan CINTA....
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..
No comments:
Post a Comment