![]() |
Nantikan kemunculannya akhir bulan ini! |
Beberapa dalil dari al Quran dan hadis berkenaan
mimpi yang benar:
101. "Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan
(pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan
Yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan pelindungku di dunia dan
di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) Dalam keadaan Islam, dan
hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh".
(Surah Yusuf ayat 101)
64.” Untuk mereka sahajalah
kebahagiaan Yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang
perubahan pada janji-janji Allah Yang demikian itulah kejayaan Yang besar.” (Surah
Yunus ayat 64)
Maka
Rasulullah saw ditanya berkenaan ayat yang tersebut di atas. Maka sabdanya:
“Itu adalah mimpi yang benar yang dilihat muslim
ketika dia tidur atau mimpi yang dilihatkan kepadanya” (Hadis Riwayat Tirmizi
dan Ibn Majah)
Dalil
dari hadis Rasulullah saw lagi:
Hadis
riwayat Samurah bin Jundub ra., ia berkata:
Sesungguhnya Nabi SAW
mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah
terdapat salah seorang dari kamu yang telah bermimpi
pada malam tadi.”
(Riwayat Muslim, No.4220)
Petikan dari buku Kamus Tafsir Mimpi.... Karangan Us Hayat al Mevlevi...
NANTIKAN KEMUNCULANNYA AKHIR BULAN INI!!!
No comments:
Post a Comment