![]() |
Alhamdulillah seminar berlangsung dengan meriah dan harmoni |
Assalamualaikum semua..
Di kesempatan ini saya mengucapkan infiniti terima kasih kepada semua peserta dan semua individu yang berusaha menjayakan seminar kita pada kali ini.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah bilangan peserta kali ini menepati sasaran KISWAH.
Terima kasih kepada Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) seluruh negara yang hadir pada seminar 4 ini.. Antara JURUS yang hadir adalah dari Teluk Intan, Sungai Besar, Kota Tinggi, Kuantan dan Bentong.
Tidak ketinggalan orang2 perseorangan yang hadir memeriahkan seminar..
![]() |
Bacaan ruqyah oleh Ustaz Nazri JURUS Sg Besar |
Majlis kali ini diselangselikan dengan bacaan qasidah yang dibawa oleh al Fadhil Us Nazri al Hafiz..
Seminar 4 padi kali ini bolehlah dikatakan sebagai seminar pertama (modul 4 pagar rumah kanser dan strok) dan terakhir pada tahun ini.
![]() |
Praktikal juga kepada perawat ruqyah KISWAH |
Kemungkinan juga saya tidak akan menganjurkan apa2 lagi seminar pada tahun depan kecuali untuk memenuhi beberapa 'ceramah pendek' anjuran badan2 sekitar Pahang tanpa ijazah.. Itupun jika diizinkan Allah. Ini kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada beberapa 'projek' KISWAH pada tahun hadapan.
![]() |
Sesi rawatan ruqyah kepada peserta |
Terima kasih Tuhan kerana nikmat yang tidak terhitung ini...
![]() |
Ukhuwwah Fillah lestari selamanya |
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment