Amalan Hari Jumaat (2): Amalan Murah Rezeki dan Dipermudahkan Membayar Hutang
Assalamualaikum semua..
Telah menjadi rutin di KISWAH pada setiap
petang selepas sesi rawatan ruqyah dan Solat Asar, KISWAH mengadakan suhbah
ringkas menggunakan kitab Sairus Salikin..Maka kini kami memasuki tajuk
adab-adab hari Jumaat.
Pada kali ini saya akan berkongsi dengan
anda semua satu amalan yang disebut oleh Sheikh Abd Somad Palembang di dalm
kitab tersebut di bawah tajuk "Adab-adab hari Jumaat."
Satu amalan yang ingin saya kongsikan
adalah amalan murah rezeki seperti yang disebutkan di dalam kitab Sairus
Salikin:
“Dan sunat pula membaca kemudian daripada
sembahyang Jumaat itu”
اللَّهُمَّ يَا غَنِىُّ يَا حَمِيدُ يَا
مُبْدِىءُ يَا مُعِيدُ يَا رَحِيمُ يَا وَدُودُ أَغْنِنِى بِحَلَالِكَ عَنْ
حَرَامِكَ وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Sayugia dibacakan
doa ini tiga kali.
Kata Imam Ghazali RA ia naqal dari ulamak
yang terdahulu:
Ertinya:
“Barangsiapa yang mengekalkan atas membaca
doa ini nescaya mengkayakan akan dia oleh Allah Taalah daripada makhluknya dan
memberi rezeki ia akan dia daripada sekira2 tiada dapat dikirakannya dan dengan
tiada diusahainya.”
![]() |
"Bukanlah KAYA itu dengan banyaknya harta, namun KAYA yang sebenar adalah KAYA JIWA..." (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim) |
Dan
lagi sabda Nabi Muhammad saw:
“Hendakkan aku ajar akan dikau beberapa
kalimah yang engkau baca jikalau ada atasmu hutang seperti Bukit Uhud sekalipun
nescaya membayar Allah Taala akan hutangmu itu dengan berkat membaca kalimah
doa itu daripadamu iaitu:
“اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلَالِكَ عَنْ
حَرَامِكَ وَ أَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
( Hadis Riwayat Imam Tirmizi (al Ittihaf
3/444)
Demikianlah yang meriwayatkan akan hadis
ini oleh Imam at Tirmizi dan Imam Ahmad bin Hanbal daripada Saidina Ali bin Abi
Talib RA dan menyebutkan akan dia oleh Imam ad Darimi di dalam Syarah al Minhaj
akan hadis ini ia naqal daripada Sheikh Abi Tholib al Makki yang mengarang
kitab “Qut al Qulub” demikian lagi ia naqal daripada al Allamah Ibn Abi as Soif
RA:
“Barangsiapa membaca doa ini pada hari
Jumaat tujuh puluh kali nescaya tiada lalu di atasnya dua Jumaat sehingga jadi
kaya ia..”
Demikian disebutkan akan segala riwayat
ini oleh as Sheikh Abd Qadir al Faqihani di dalam Syarah Bidayatul Hidayah.
Selamat Beramal!
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment