![]() |
" Ramadan itu HATI BAGI SETIAP TAHUN. Jika baik ia maka baiklah keseluruhan TAHUN tersebut "- Al Hadis |
Di dalam kitab Futuhat Haqqaniah Sh Adnan Kabbani Mengatakan:
Ramadan itu terdiri dari 5 huruf:
Ra': Ridwanullah: Keredaan Allah
Mim: Maghfiratullah lil A'asin" Keampunan Allah kepada pendosa
Dod: Domanullah lit taaie'na: Jaminan Allah kepada yang taat
Alif: Ulfatullah lil mutawakkilina: Kelembutan Allah kepada yang bertawakkul
Nun: Nawalullah lis Sodiqin: Penerimaan Allah kepada yang sodiqin @ benar...
Bahagian 1
KELEBIHAN RAMADHAN
1)
Penghulu segala bulan – Penanda aras kualiti iman
kita untuk 11 bulan berikutnya.
2)
Bulan Ramadan adalah madrasah memperolehi sijil
TAKWA.
3)
Terdapat malam Lailatul Qadar yang lebih dari
1000 bulan atau 83 tahun
4)
Bulan diturunkan al Quran secara menyeluruh ke
Baitul Izzah di langit dunia pada 17 Ramadan.
5)
Bulan menghapuskan dosa yang tidak terampun di
bulan lain.
6)
Bulan menguji kesabaran. Jika berjaya akan
diganjari syurga. Pahala diganjari terus dari Allah.*
7)
Awalnya RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan
penghujungnya KELEPASAN DARI NERAKA.
8)
Pintu langit dan syurga dibuka manakala pintu
neraka semuanya ditutup.*
9)
Iblis dan syaitan dirantai, diseret dan dihumban
ke dalam laut.
10) Setiap
malam satu suara menyeru: “Siapa mahu kebaikan kemari, siapa mahu kejahatan;
berambuslah jauh-jauh! Sabda nabi saw: Setiap sesuatu ada pintu. Pintu ibadah
adalah berpuasa.
11) Satu solat
fardhu bersamaan 70 solat di bulan lain. Satu solat sunat bersaman 1 solat
fardhu.
12) Mulut orang
yang berpuasa lebih wangi dari wangian misik atau kasturi di sisi Allah.
13) Mendapat
dua kegembiraan iaitu: 1) Ketika berbuka.
2) Ketika bertemu dengan Tuhannya di Jannah.
14) Akan
dimasukkan ke dalam syurga melalui pintu dikenali sebagai AR RAYYAN.
15) Allah akan
memerdekakan 1000 orang setiap hari pada bulan Ramadan.
16) Tidur orang
berpuasa adalah ibadah, diamnya tasbih, doanya mustajab, amalannya berganda –
al Hadis.
17) dan 1000001 lagi kelebihan yang tidak tertulis oleh pena....
Rujukan:
“Kitab an Nasaih oleh Imam Habib Abdullah Haddad dan Sairus Salikin oleh Sheikh Abd Somad al Falimbani”}
~ Hayat al Mevlevi ~
*Pengisian KISWAH dalam Tausiyyah Ambang Ramadan
No comments:
Post a Comment