Sempena
10 terakhir Ramadhan, KISWAH mengucapkan selamat beribadat pada malam
Lailatul Qadar... Kalau di Mesir dan Syria; 10 malam terakhir, orang
ramai tidur dan beriktikaf di masjid2 seluruh negara; tidak pulang ke
rumah.
Sesetengah tempat; seperti di Mesir seolah2 telah menetapkan malam 27 itulah malam Lailatul Qadar.(Di luar negara malam 27 adalah malam ni). Antara dalil yang digunakan oleh sebahagian ulamak adalah rahsia di dalam Surah al Qadr.
Lailatul
Qadr disebut 3 kali di dalam al Quran dan ejaan setiap lailatul qadar
di dalam bahasa Arab adalah 9 huruf. Jadi 9 x 3 kali adalah = 27...
Apapun
qaul yang paling rajih adalah tidak diketahui bilakah berlakunya
Lailatul Qadr namun yang pasti adalah malam2 ganjil 10 malam terakhir
Ramadhan.
Bertuahlah
sebahagian murid yang mengikut jalan salikin; sesetengah guru mursyid
mengkhabarkan akan rahsia; bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr setiap
tahun...
Apapun,
beramallah pada setiap malam akhir Ramadhan... Allah merahsiakannya
supaya kita saban malam senantiasa mengejar malam yang diibaratkan 1000
bulan = 82 / 83 tahun tersebut.
Antara amalan yang boleh dilakukan apabila tiba malam Lailatul Qadr seumpama yang tercatat di dalam kitab Futuhat ; Sheikh Adnan Thohir:
- Niat untuk menghidupkan malam kerana Allah
- Selepas itu Solat Isyak, ba'diah dan adab2 tarekat
- Niat untuk mengerjakan puasa esok hari
- Solat terawih 20 rakaat
- Solat Tasabih 4 rakaat secara berjemaah
- Solat sunat Syukur 2 rakaat secara berjemaah
- Solat Witir
- Khatam dan zikir
- Menghidupkan malam dengan bacaan al Quran sekadar yang mampu sehingga terbit fajar.
- Disunatkan solat sunat Tahajjud dari 20 - 100 rakaat semalaman.
- Sembelih dua ekor korban pada siang esoknya. Satu kaffarah untuk kekurangan puasa kita dan tebusan untuk ahli tarekat dan umat Nabi Muhammad saw lalu dibahagi2kan pada faqir miskin. Sunnah ini tidak pernah ditinggalkan oleh Sheikh Abdullah Faiz ad Daghestani.
Ini adalah sebahagian contoh amalan menyambut Lailatul Qadar. Selamat beribadat!
No comments:
Post a Comment