Herba Penawar Kencing Manis dan Darah Tinggi Yang Drastik: Hempedu Bumi
PENAWAR KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI YANG DRASTIK!!!
Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia
Keterangan:
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok
Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di
jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba
semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun
Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang.
Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan
nipis di pangkal.

Kegunaan:
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi
disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus
akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga
boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan
letakkannya pada luka tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-
molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang
menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang
pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu
yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar
dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu
sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita.
Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis
dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi
jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk
kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu
bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun
sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak
senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun
kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan
sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui
khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat
penyakit darah tinggi dan juga demam.
Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga.
Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan
hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi
ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara
yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya
dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam
segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam.
Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi
mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana
tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.

ATAU:
Cara-cara menggunakannya:
Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih.
Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan
minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.
Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.
Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.
Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari.
ATAU: paling kurang:
Secekak hempedu bumi direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.
BOLEH DIBELI SECARA ONLINE DI ONLINE STORE RASMI KAMI:
No comments:
Post a Comment