22 October 2012

Temuramah Oleh Pusat Kanser Universiti Putra Malaysia 21 Oktober 2012

Melihat sendiri kaedah ruqyah dilaksanakan


Penerangan berdasarkan handout yang dibekalkan KISWAH. Perbincangan yang memberangsangkan!

Jangan serik untuk datang lagi.

Assalamualaikum semua.

Pada 21 Oktober 2012 yang lalu  KISWAH dikunjungi 4 orang wakil dari 'Cancer Resource & Ecucation Centre' - Pusat Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mereka hadir untuk menerumah KISWAH berkenaan rawatan Islam dan kanser.

Mereka berkesempatan melihat sesi rawatan ruqyah kepada pesakit yang datang. Sedikit penerangan dari pihak kami kepada pesakit dan tetamu dan sesi temuramah selepas Asar.

Terima kasih saya ucapkan kepada tetamu yang hadir. Saya berasa sangat rendah diri tetapi berbesar hati kerana pusat rawatan kami yang serba kerdil ini dikunjungi oleh tetamu yang berautoriti dalam membuat polisi kementerian.

Semoga perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah  terus maju dan berjaya dimartabatkan di negara kita.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment