 |
Kalau boleh kurangkanlah atau tak yah makan langsung... |
Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk
dimakan. Ia mudah dan praktikal. Namun harus diingat akan bahayanya.
Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya
kepada tubuh.
Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi
segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air
dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun
kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh
terutamanya kanak-kanak.
Mi segera mengandungi beberapa ramuan
berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan
justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu
terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi
bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan.
"Bagi
memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah
sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi
segera," ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar
jangan terlalu kerap makan mi segera.
Sementara itu pakar
pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan
bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah
pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan.
"Bukan hanya karbohidrat,
makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin. Tidak cukup
dengan kenyang saja," katanya.
Jelas Andi, hidangan sarapan
perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat
makanan. Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus
daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan
2,000 kcal).
Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera
memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar. "Melalui sistem
perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan
sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan," ujarnya.
Maka
jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah
sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari
ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah
kita bole makan mi segera lagi," jelasnya.
Dalam pada itu Andi
dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta
keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi
kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air
rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang
bahan pengawetnya.
"Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru," jelas Andi.
Satu
lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan
bersama mi segera. "Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti
ketika memasak," kata Andi. Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan
perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang
masuk ke tubuh kita.
"Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah
itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik
diganti dengan garam," katanya. Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh
dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi
segera.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika
membeli mi segera. Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan
logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak. Jika
bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas
mencemari mi segera itu.
By Marmi Panti Hidayah:
RUJUKAN