30 November 2012

Kaedah Merawat Pesakit Mengamuk Semasa Rawatan





*KAEDAH MERAWAT PESAKIT MENGAMUK SEMASA RAWATAN

1)      Jangan ‘melawan’ pesakit tersebut. Alihkan apa-apa barang tajam yang berdekatan.

2)      Sedarkan pesakit tersebut, panggil namanya dan suruh bertenang. Katakan “Ini bukannya jin, tetapi kamu sendiri. Tenangkan diri. Penyakit kamu tidak serius. Lawan. Jangan ikutkan sangat.”

3)     Larang pesakit dari berbuat tindakan dan gerak geri yang tidak perlu.

4)     Jangan provoke. Suruh dia mengambil wuduk, solat taubat dan pakaikan minyak wangi. Lalu pujuk untuk diruqyah semula.

5)     Jika sedang mengamuk sambil memegang senjata tajam apabila dipanggil ke tempat kejadian. Hubungilah pihak polis atau ‘SWAT’ TEAM . Jangan tanggung risiko. Anak bini di rumah sedang menunggu. 

 6)      Minum air ruqyah, mandi air ruqyah, dengar cd ruqyah dan yaasin, pakaikan minyak wangi ros / kasturi ruqyah selama paling kurang 40 hari. Bila sudah tenang ruqyah kembali.

No comments:

Post a Comment