Assalamualaikum semua pencinta perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah di seluruh negara.
Alhamdulillah wa Syukru Lillah... Syukur Ya Rabbi. Telah tamat ujian tahriri dan lisan KISWAH RUQYAH SYARIYYAH. Mabruk kepada 6 anak murid KISWAH yang telah mendapat ijazah penuh perubatan Islam KISWAH: 1) Ustaz Zuhaidi Mukapit 2) Cikgu Aredeep Haron, 3) Ustaz Nazri Jurus D' Kiswah, 4) Ustaz Mohd Junaidi Sahlan, 5) Ustaz Azhari Abidin dan 6) Haji Hassan Teluk Intan.
Semoga mengalir keberkatan di situ.
Setelah 3 tahun berlalu KISWAH melabuhkan tirai seminar dan kelas
pengajian bersirinya pada 8 Disember 2012. Allahu Haq! Hidayah Seluruh
Alam..!
![]() |
Semoga ilmu sentiasa diberkati dengan cara mengamalkannya secara penuh ikhlas... |
![]() |
Ijazah penuh kepada Ustaz Junaidi Sahlan mewakili negeri Johor. |
![]() |
Ijazah penuh kepada Timbalan Pengerusi NGO KISWAH; al Fadhil Ustaz Zuhaidi Mukapit. Wakil KISWAH di Bentong Pahang. |
![]() |
Ijazah penuh kepada al Fadhil Ustaz Nazri al Hafiz... Dari Pusat Bimbingan al Quran as Syatibi. Insya Allah KISWAH sehingga ke akhirnya... Wakil KISWAH di negeri Selangor |
![]() |
Ijazah penuh kepada al Fadhil Ustaz Azhari dari Maahad Tahfiz al Akbar Kota Tinggi Johor. Selamat Pengantin Baru.. |
![]() | ||
Ijazah penuh kepada Cikgu Adib Haron yang merupakan Setiausaha Agung NGO KISWAH. Wakil untuk daerah Kuantan dan negeri Kedah Insya Allah... |
Tahniah
kepada batch pertama yang sanggup bersusah payah dan setia melangkah
selama 2 tahun lebih - 3 tahun bersama KISWAH dan al Marhum Shaykh yang
dicintai... Tahniah dan terima kasih semua... Tahun depan kita tumpu
pada penulisan dan NGO... Seminar mungkin setahun kemudian... Insya
Allah kalau panjang umur..
KISWAH dengan ini telah menutup tirai madrasah, seminar dan kelas kiswah untuk sesi
2013.. Insya Allah berjumpa balik pada tahun 2014 jika dipanjangkan
umur..Insya
Allah 2013 KISWAH akan menumpukan kepada ahli NGO dan memantapkan lagi
pertubuhan.. dan program2 yang menarik Insya Allah... Seminar dan kelas
akan jadi program sekunder...
Semoga pengijazahan ini bukanlah satu titik pengakhiran dalam diari KISWAH untuk anda, tetapi hakikatnya membuka episod baru buat kalian semua. Khususnya dalam wadah memperjuangankan perubatan Islam yang sebenar berasaskan RUQYAH SYARIYYAH di mana sahaja. Bersamalah berganding bahu mengembangkan sayap dakwah perubatan al Quran yang sebenar di negara kita yang tercinta.
Sebarkan panji-panji agama melalui perubatan al Quran. Semoga kesyirikan dan penipuan berjaya dibersihkan dari muka bumi. Amin Ya Rabb..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Credit to Shaykh Adib for the pics...
No comments:
Post a Comment