Kitab Muzakkiraat Ad-Dakwah wad Daiyyah karangn AsSyeikh Hassan AlBanna,bab ini menceritakn kehidupan beliau dalam Thoriqah Al-Husofiyah AsSyaziliyah dan Mursyid bliau Syeikh AsSaiyid Abdul Wahhab Al-Husofy ra
http://www.daawa-info.net/books1.php?id=1396&bn=135&page=10
http://www.daawa-info.net/books1.php?id=1396&bn=135&page=10
Telah menulis Imam Hasan al Banna:
“Saya masih terikat hati (kasih) kepada
Sheikh Hasanain Al-Husofi (mursyid kepada ayahndanya) sehinggalah saya masuk
sekolah Al-Mu’allimin Al-Awwaliyyah di Damanhur, di mana tempat tersebut
dikebumikan Sheikh dan kuburnya, begitu juga tiang-tiang asas masjid di
sekitarnya yang masih belum siap ketika itu, namun sudah siap setelah itu. Saya
sentiasa mengikut Hadrah (majlis zikir) di masjid At-Taubah pada setiap malam.
Lalu saya bertanya tentang muqoddam (wakil mursyid) Al-Ikhwan
(murid-murid tarikat tersebut), maka saya kenal, beliau seorang yang soleh,
iaitulah Sheikh Besyuni seorang hamba soleh lagi peniaga.
“Lalu
saya mengharapkan agar beliau mengizinkan saya untuk mengambil bai’ah
daripadanya (tarbiah sufiyyah) lalu beliau turuti lalu berjanji untuk membawaku
kepada As-Sayyid Abdul Wahab (Al-Husofi, iaitu anaknda Sheikh Hasanain
Al-Husofi) jika sekiranya beliau hadir. Saya tidak pernah sampai pada waktu ini
(waktu ambil bai’ah tersebut), mengambil bai’ah daripada mana-mana murobbi
tarikat dengan bai’ah rasmi (sebelum itu), walaupun saya mencintai kebaikan
mereka
Lalu
beliau berkata lagi:
Maksudnya:
“Ketika As-Sayyid Abdul Wahab –semoga Allah memberi manfaat dengannya- hadir ke
Damanhur, lalu teman-teman memberitahuku tentangnya, maka saya teramat gembira
dengan berita tersebut. Maka saya pun pergi kepada ayahnda (gelaran bagi
murobbinya) Sheikh Besyuni dan saya harap agar beliau membawaku berjumpa Sheikh
(Al-Husofi) lalu beliau melakukannya. Pertemuan itu berlaku setelah solat Asar
pada 4 Ramadhan tahun 1342 Hijrah, jika tidak salah dalam ingatan. Hari itu
bertepatan dengan hari Ahad di mana saya mula mengambil At-Tariqah
Al-Husofiyyah As-Syaziliyyah daripadanya lalu beliau memberi izin untuk membaca
wirid dan wazho’ifnya (yang mana wazho’if ini dikenali sebagai Ma’thurat oleh
Hasan Al-Banna ketika menubuhkan Ikhwan).
![]() |
Terbiyyah ruhiyyah menjadi keutamaan... |
No comments:
Post a Comment