Terima kasih Perniagaan Indah Syariat @ KISWAH Muar.. Allah Taala tempatnya pulang segala puja dan puji. Allah Taala yang menyembuhkan. Kita hanya ikhtiar sedaya mungkin... Terima kasih Haji Abdul Hafiz dan Kak Chik Sallizah...
Kak Chik Sallizah; Ahli KISWAH Muar dari Indah Syariat
Alhamdulillah...Antara
komen tetamu yang hadir pada sesi rawatan Ruqyah Syariyyah...
Tetamu A : Saya pernah
membawa anak ke pusat rawatan popular tetapi tidak sama dengan cara Ustaz Hayat
Kiswah...Saya suka, lain pendekatannya...Banyak yang dulu saya tak
faham sekarang saya faham.
Tetamu B : Alhamdulillah,
saya dapat kawal diri kak (sama-sama tersenyum)
Tetamu C : Awal-awal Ustaz
da beri ingatan tentang jangan mengamuk, dalam hati saya terus berdoa mohon
Allah bantu saya dapat kawal diri. Alhamdulillah saya ok walau da terasa macam
nak pengsan.
Tetamu D : Pencerahan
Ustaz buat saya bersemangat untuk merawat diri dengan Al Quran dan Sunnah.
Tetamu E : Saya sudah
hampir berputus tetapi selepas mendengar penjelasan Ustaz saya sudah tahu
langkah yang perlu saya lakukan.
Tetamu F : Alhamdulillah,
sakit pinggang saya da hilang.
Paling kami suka jiran
berhadapan kedai kami seringkali memasang lagu dangdut waktu magrib
tiba-tiba malam tadi mereka memasang zikir ^_^ senyum ^_^
Syukran Ustaz Hayat, NGO
Kiswah Pahang, Ustaz Zainal Abidin, Ibu mertuaku, Bibik Mus, Pendukung kuat
kami Tuan Haji Ayob, Tuan Haji Jalal, Tuan Haji Behran, Cikgu Rafizan, Jemaah
Madrasah Pondok
Darul Istiqamah dan mereka yang mendoakan. Mohon maaf atas
kekurangan.
Yang benar: Kak Chil Sallizah...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment