29 July 2013

Trend Baca Quran Besar; Ayat Panjang Semasa Solat Tarawih Sehingga Banyak Kesalahan

Apapun yang penting kita istiqamah menunaikan Tarawih...

"Disebabkan trend, masjid dan surau kampung pun imam tarawihnya dok baca ayat2 susah pada al Quran besar. Tapi bacaan imamnya banyak salah baris, tajwid dan waqaf. Apabila jadi begini, barulah faham kenapa ulamak2 nusantara menyarankan agar dibaca ayat2 lazim saja semasa tarawih memandangkan kapasiti dan keupayaan orang2 melayu kita. Sheikh Nuruddin pun menegaskan bacaan ayat2 lazim lebih afdhal kerana lengkap ceritanya. Lagipun lebih mudah, susah tersalah dan tidak membebankan orang kita..Kalau nak baca ayat2 panjang pun kenalah mentelaah dulu surah2 tersebut di rumah.."

Tidaklah salah trend begitu.. Tapi kenalah kaji ayat2 yang bakal dibaca apabila jadi imam nanti. Ada tok imam yang malu baca ayat2 lazim kerana semua dok pakat baca ayat panjang.. Maka digagahi bacaan pada al Quran besar dengan keadaan LEBAT kesalahannya... hmmm.. sekadar lontaran minda...

.. kalau tanya saya... feel bacaan imam2 kampung yang baca... al Ikhlas rakaat kedua 1 - 15 Ramadan dan al Qadr rakaat pertama 15 - 20 Ramadan memang lain dari yang lain.. tenang je...

Lainlah kalau dah masjid tu khas untuk para huffaz mengulangkaji hafazan atau makmum yang gagah2 ; satu juzuk semalam yang dibaca oleh para huffaz yang pakar.. Yallaa... Tafaddhal...

No comments:

Post a Comment