AMALAN-AMALAN
SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan
Muharam
Berpuasa:
Maksud
Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam
pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa
tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis
padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun
·
Banyakkan amal ibadat seperti solat
sunat, zikir dan sebagainya.
·
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir
bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
·
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram
selepas Maghrib 3 kali
Perkara
sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
*Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini
*Memuliakan
fakir miskin : Fadilatnya –
Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
*Menahan
marah : Fadilatnya –
Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
*Menunjukkan
orang sesat : Fadilatnya –
Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
*Menyapu/mengusap
kepala anak yatim : Fadilatnya –
Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya
*Bersedekah
: Fadilatnya –
Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak
berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua fakir miskin di dunia ini
*Memelihara
kehormatan diri : Fadilatnya –
Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
*Mandi Sunat
: Fadilatnya –
Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
*Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada
tahun itu
*Membaca
Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
*Sembahyang
sunat empat rakaat : Fadilatnya –
Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah
Taala”
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas
Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali
*Menjamu
orang berbuka puasa : Fadhilat –
Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
*Puasa
(Niat) – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
Taala “ :
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali
syahid dan diharamkannya daripada neraka
AMALAN HARI 'ASYURA' :
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin
al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah
Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina
Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta
seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien. Rasanya masih tidak
terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 kepada seluruh
sahabat-sahabat. Bulan Muharram tiba lagi sebagai pembuka tirai bagi
bulan-bulan Islam. Justeru terdapat beberapa amalan yang di tuntut dan di
galakkan sebagai pengisian tarbiyyah ruhaniyyah di dalam bulan yang mulia ini
terutamanya galakkan untuk berpuasa pada hari 'asyura. Al-Faqir memuatkan
huraian ringkas yang dipetik daripada Risalah Amalan-amalan Islam Siri 1 hasil
himpunan al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd Saghir Abdullah Rohimahullahu Ta'ala
terbitan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik & Khazanah Fathaniyyah Kuala
Lumpur cetakan 2004 M/ 1425 H.
BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA
Syeikh Daud bin ;Abdullah
al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam kitabnya Jam'ul Fawaid
dengan memberikan takrif berikut :
"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء /
'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan
daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh
daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang
kesebelas daripada bulan Muharram.
Dan qaul yang shahih hari yang
kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا /
Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul
Fawaid, m/s:129)
KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'
Berkata Syeikh Daud bin
;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah sahabat, "Ya
Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari 'Asyura' atas segala
hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah Ta'ala akan tujuh
petala langit dan tujuh petala bumi pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari
'Asyura'.
Dan menjadikan bintang pada
hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Lauh dan Qalam
pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam
a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina
Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari
'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam
a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina
Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina
Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'.
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada
hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s
pada hari 'Asyura'
Dan ditaubatkan oleh Allah akan
Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina
Daud a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dikembalikan kerajaan
Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis
... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131)
KISAH BUBUR 'ASYURA'
(Kitab Jamul Fawaid m/s 132)
Al-Faqir agak terkejut bahawa
sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid
ini..Lihatlah betapa cermat dan telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah
tetapi ianya bukanlah secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh
ummatnya membuat bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan
diperlekehkan oleh puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan
kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab
tersebut pada halaman 132 :
AMALAN HARI 'ASYURA'
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin
al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja
kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas junjungan besar
Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait
Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien.
Sudah setahun berlalu, sejak
bahagian pertama ini di tulis..tahun ni, bakal penghujung tahun 1432H ni,
al-faqir sambung kembali bahagian keduanya. Sambungan bahagian kedua ini
berkisar tentang kisah Nabi Nuh a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.
Syeikh Daud bin 'Abdullah
al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh
a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan
olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!" Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani
menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s
itu berjenis-jenis kacang.
Kata
beliau,"Maka daripada demikian itulah telah mengambil segala Muslimun akan
makanan 'Asyura."
Riwayat lain diceritakan juga,
syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri,
"Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala
turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya
dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s]
menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada
bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini
dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai
tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap
Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang
mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."
Syeikh Daud bin 'Abdullah
al-Fathani menyebut, "Dan adalah demikian itu pertama-tama makanan yang di
masakkan di atas muka bumi kemudian daripada topan. (yakni ribut badai). Maka
mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari 'Asyura. Dan adalah padanya
itu pahalanya yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu,
dan memberi makan segala fuqara' dan masakin, maka dinamakan BUBUR 'ASYURA. Dan
jika bid'ah sekalipun, [adalah] bid'ah hasanah dengan qashad itu."
Rujukan Kitab : Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam
Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah
al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah,
Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H
No comments:
Post a Comment