Wadah kelas kami yg kecil ini dipertemukan dgn pelbagai golongan masyarakat. Ada doktor, farmacist, misi, guru, staff hospital, peniaga, kakitangan kerajaan, swasta, kerja sendiri, dll. Tua muda, ada asas mahupun tiada semua kami sambut dgn tangan terbuka penuh kasih sayang.
Cukup membahagiakan apabila ramai pelajar yg mula2 langsung tidak
pandai membaca al-Quran sudah mula dpt menguasainya bahkan mahir dalam
tajwid. Ibarat syurga dunia apabila mendengar sahabat muslimah yang
dahulunya huruf hijaiyyah pun tidak kenal kini sudah tersenyum membaca
al-Quran dan tahu sedikit sebanyak hukum tajwidnya.
Terima kasih Allah Rabbul Jalil kerana cita2ku sejak di UIA untuk mempunyai kelas dan pusat pengajian al-Quran sendiri, dimaqbulkan Ilahi secepat ini.
Walaupun dianggap bukan profession yg glemer lagi makan gaji bertangga, daku menganggapnya sebagai satu perjuangan berkhidmat di jalan Allah yg mudah2an layak menjadi persembahan amalan soleh di negeri akhirat yg kekal abadi.
Walaupun ramai pelajar datang dan pergi. Ada yg masih istiqamah ada yg telah menghilangkan diri tanpa khabar berita, kuharap lama atau sekejap sepermukiman di lembah tafaqquh KISWAH menggamit kenangan indah dan mencetus semangat tolibul ilmi sejati di benak hati kalian.
Semoga senantiasa diberi kesihatan agar dapatku beristiqmah di jalan perjuangan serba sederhana yg ku dan mr kekasihku Hayat Kiswah pilih ini.
Amiin ya Rabb...

No comments:
Post a Comment