AMALAN PENDINDING RUMAH DAN KEBUN YANG MUDAH
Assalamualaikum semua..
(Ada bekas pesakit dtg ke KISWAH. Dulu pernah minta amalan pagar kebun
dan ladang sebab ladang selalu diceroboh - habis sawit dikebas orang.
Syukur ya Rabbi - selepas amal dgn izinNya jua... Tak berlaku dah
perbuatan khianat tersebut )..
Ini posting lama berkenaan amalan
tersebut.
Baru2 ni, Tuan Guru
setelah diperdengarkan bacaan Surah al Kahfi pada hari Jumaat beliau
telah mengajarkan satu amalan untuk 'weqayah' : penjagaan dan pendinding
rumah dan kebun / ladang.....
Bertitik tolak dari ayat 39 Surah al Kahfi.
Bacalah penuh ayat 39 Surah al Kahfi: Wa Laula - Illa Billah ... atau sekadar baca:
1) "Masya Allah" dan
2) "La Quwwata Illa Billah" .. sebelum masuk ke rumah atau kebun / ladang.....
Tuan Guru menceritakan pernah dua orang lelaki yang setiap orang dari
mereka memiliki sebidang tanah. Mereka duduk berjiran. Salah seorang
darinya memang membaca ayat ni sebelum masuk ke dalam kebunnya.. Yang
satu lagi tidaklah pernah dia amalkan ayat ini.. Dengan izin Allah,
malapetaka terjadi, tanah pemilik yang tidak mengamalkan ayat tersebut
habis terbakar manakala seorang lagi yang mengamalkannya selamat dari
bencana tersebut.
Masuklah ke rumah dengan membaca dua ayat
tersebut dan janganlah takut.. Jikalau bencana yang sangat bahaya datang
sekalipun... Insya Allah dengan izinNYA penghuninya akan selamat...
Insya Allah amalan para solehin ini ada rahsia, fadhilat, khasiat dan
keberkatannya...
Apapun semuanya di tangan Allah Subhanahu wa Taala jua..... Yang memberi mudarat dan manfaat hanyalah ALLAH.....
No comments:
Post a Comment