11 January 2021

Ilmu Emas *BILA MASA SESUAI UNTUK MULA SIMPAN EMAS* 😁

Ilmu Emas
*BILA MASA SESUAI UNTUK MULA SIMPAN EMAS* 😁
Secara asas yang boleh saya katakan waktu sesuai beli emas bila mana kita ada duit lebihan yang nak disimpan.
Duit lebihan tu pula hendaklah tidak digunakan dalam tempoh yang terdekat (singkat).
Duit yang bertujuan untuk disimpan dalam tempoh panjang iaitu melebih 1 tahun atau lebih lama lebih bagus.
Waktu sesuai untuk mula itu bergantung pada bajet atau pengurusan kewangan kita sendiri.
Kalau tahu diri tidak mampu melawan nafsu simpan duit, cepat-cepat beralih kepada simpan emas.
Beli emas secara mata kasar memang kita nampak duit tu habis, tapi hakikatnya duit kita tak habis pun.
Ia cuma bertukar dari kertas kepada suatu yang lebih dijamin bernilai.
Kalau kita terlalu menunggu masa yang sesuai untuk mula, kebiasaannya duit yang ada ditangan habis entah kemana.
Ini realiti..😊
Selamat Menjemput Rezeki..

No comments:

Post a Comment