







Blog ini sekadar ingin mempromosikan Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah cawangan Pahang yang telah dirasmikan pada 15 Disember 2008 yang lalu.
Saya telah diberikan amanah dan kepercayan oleh al Fadhil Ustaz Abd Malek bin Ladzim al Azhari sebagai penaung Darul Hikmah untuk menggerakkan pusat rawatan Darul Hikmah di Pahang. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang juga sahabat seperjuangan lama saya kerana memungut dan menerima saya di dalam keluarga Terapi al Quran setelah bertahun-tahun di dalam 'team' perubatan lain dan kemudiannya bergerak solo. Lebih-lebih lagi saya telah mengenali beliau sejak zaman persekolahan lagi. Kemudian belajar di INSANIAH atau KUIN di Kedah sama-sama dan menyambung pengajian ke Mesir dalam bidang yang sama.
Puat Rawatan ini khusus untuk menangani masalah gangguan jin, sihir, saka, santau, histeria, strok, kanser, khidmat memagar rumah dan sekolah serta yang seumpanya dengan kaedah Terapi Al Quran! Menawarkan seminar perubatan Islam & ijazah ruqyah syari’ah kepada agensi, institusi dan masjid yang berminat!!!
Semoga Allah Taala, anbiya' dan awliya' merestui usaha kerdil ini. Syukran!!!
CAS RAWATAN DAN HARGA BARANGAN:
Upah rawatan: Rm35
+
Senarai harga barang.
Tidak wajib beli. Cadangan sahaja. Atas bajet.
Air ruqyah besar: rm9
Air ruqyah kecil: rm4.50
Cd Ruqyah: Rm15
Garam Bukit: Rm10
Minyak zaitun: Rm20
Madu ruqyah: Rm20
Cuka kurma ruqyah: Rm20
Minyak wangi ruqyah: Rm20
Belalai gajah: Rm20
Buku Tauhid, Tafsir Mimpi, Rahsia Air Jampi: Rm10 setiap satu
Losyn Bidara Ruqyah: RM28
Spray Habbatus Sawda': RM35
Sebahagian dari pembelian disalurkan ke Sekolah Agama Rakyat Kiswah dan Pengajian al-Quran Kiswah.!
1. Qiraatul Qur'an bil jahriah ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit )
2. Sama'atul Qur'an ( pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)
3. Al-Ightisal bil Qur'an ( mandian al-Qur'an )
4. Al-Syarab bil Qur'an ( minuman al-Qur'an )
5. Al Kitabah bil Quran (tulisan al Quran dilarut dan diberi minum)
6. Al Mashu bil Quran (Sapu air atau minyak yang dibaca Al Quran)
7. At Taataru bil Quran (Pakai minyak wangi dibacakan al Quran)