**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 October 2012

PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH) Diluluskan Secara Rasmi Pada 23 Oktober 2012



Alhamdulillah,hadiah Eidul Adha buat kami dari Rabbul Jalil: NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) secara rasminya telah diluluskan pada 23 Oktober 2012.. Syukur Ya Rabbi.

No pendaftaran pertubuhan adalah: PPM 017 06 23102012

Insya Allah perjumpaan ahli kali kedua akan diadakan di KISWAH Temerloh pada 10 November 2012. Semasa sesi petang seminar 7 KISWAH.

KISWAH masih membuka pendaftaran kepada mana-mana peserta yang pernah menyertai paling kurang 3 kali seminar KISWAH. Anda boleh mendaftar semasa menghadiri seminar 7 nanti.

YURAN PENDAFTARAN RM30.

YURAN TAHUNAN RM10

STICKER KERETA RM10 

Berikut adalah maklumat berkenaan NGO KISWAH:


PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH)

Pengerusi : Ustaz Hayat Abd Rahman al Mawlawi

Naib Pengerusi : En. Zuhaidi Mukapit

Setiausaha : En. Mohd Adib Bin Haron

Pen.Setiausaha: En. Muhammad Saofian Bin Mohamed Nahar

Bendahari : Pn. Muliati binti Saad

AJK Biasa :

  En. Azhari Bin Abidin                                            (Johor)
  En. Mohd Junaidi Bin Sahlan                                  (Johor)          
  En. Wan Ridzwan Bin Wan Ibrahim                         (Pahang)
  En. Mohd Nasaie Bin Nawawi @ Saad                     (Pahang)
  En. Mohamad Luqman Nur Hakim Bin Zulkifli.          (Pahang)
  En. Mohd Hasif Bin Hashim                                   (Kedah)
  En. Ibrahim Bin Haling                                         (Sarawak)     
  En. Othman Bin Don                                            (Perak)
  En. Mohd Nazri Bin Shahrom                                (Selangor)
  En. Mohamad Azwan Bin Abdullah                         (Sabah)
  En. Afdzal Ikhwan Bin Omar                                 (K. Lumpur)



MATLAMAT

(1)     Memartabatkan pengubatan Islam menggunakan kaedah ruqyah syariyyah di kalangan umat Islam di Malaysia.

(2)     Menghimpunkan semua perawat Islam berasaskan ruqyah syariyyah di seluruh negara untuk bernaung di bawah satu pertubuhan yang memperjuangkan kaedah ini di tanahair kita.

(3)     Memelihara ketulenan kaedah rawatan Islam dari unsur syirik dan khurafat serta mempromosi kaedah ini kepada seluruh masyarakat di Malaysia melalui seminar, kempen, program, risalah dan sebagainya serta memerangi kaedah perbomohan dan kesyirikan.

AKTIVITI:

(1)     Mengadakan siri-siri pengisian ilmu dan diskusi kitab dari semasa ke semasa untuk ahli. Seminar dan kelas pengajian rawatan Islam akan dipertimbangkan untuk semua ahli.

(2)     Menyebarluas buletin KISWAH yang akan dihantar ke email ahli-ahli KISWAH setiap dua bulan sekali di tempat masing-masing.

(3)     Mengadakan aktiviti-aktiviti ukhuwwah sesama ahli seperti hari keluarga dan rehlah sebagai wadah bersilaturahmi.

(4)     Mewujudkan skuad cakna bagi membantu sedikit sebanyak kebajikan ahli yang memerlukan.

(5)     Mengarusperdanakan kaedah ruqyah syariyyah di kalangan masyarakat Malaysia melalui artikel dan tulisan-tulisan informatif kepada majalah-majalah dan suratkhabar tempatan. Artikel adalah dari sumbangan ahli-ahli dan ajk KISWAH sendiri. Insya Allah.

Alamat Surat Menyurat:
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah (KISWAH)
No. 16, Tingkat Dua, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang.
017 9065131

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...