**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

10 March 2012

Cara Ajar Anak Tak Pakai Pampers


Bersabarlah dengan karenah anak yang tidak mahu bercerai pampers...
DARI BLOG MATJOE

Kali ni nak kongsi dan nak minta input dari ibu2 dan bapa- bapa sekalian. Sebagai seorang bapa aku sedia tahu yang pampers memang banyak jugak kene pakai bermulalah dari bayi sampailah ke kanak-kanak. berusia sekitar 4 tahun. Kos untuk pampers sahaja dah dekat rm100 sebulan. Tu pun pakai brand biasa macam fitti basic, belum lagi bercerita kalau pampers tu mami poko.

Sekarang ni aku dah berjaya ajar hasanah utk tak pakai pampers sebelah siang, sebelah malam sahaja pakai 1 pampers. sekarang ni sebulan kos untuk pampers tak sampai rm30. So disini aku kongsikan beberapa tips untuk ajar anak untuk tidak pakai pamper yang aku amalkan dekat sini:

1) Biar anak faham bahasa dulu, tahu apu itu kencing dan berak. Secara purata, pada usia 2 tahun 1/2 tu dah boleh faham bahasa.

2) Biar anak pandai bercakap nak kencing, macam hasanah dia cakap 'cincing'

3) Waktu nak mula, pesan kepada dia, kalau nak kencing, pegi toilet. From time to time, aku selalu tanya dia, kalau nak kencing pegi mana? dia akan jawan 'pegi toilet' secara tak langsung dia dah capture dalam minda dia kalau nak kencing pegi toilet

4) Waktu mula2 jugak kene aturkan setiap 1 jam sekali tanya, nk 'nak kencing tak?', kalau dia kata x, lepas 1/2 jam tanya lagi.

5) Kalau mcm dah ok sela masa tu boleh dipanjangkan dari 1 jam ke 1 1/2 jam, dari 1 1/2 jam ke 2 jam. Memang kene selalu bertanya

6) Sepanjang masa ni mesti akan ada jugak terkucil di mana-mana tempat selain toilet, so bila kita bersihkan kita bagitau la dia 'kan teruk abah kene basuh dan mop kencing hasanah, lain lain nak kecing pegi toilet tau'. Sini sabar pun penting jugak. Kene pulak terkucil kat carpet

7) Waktu tidur tengah hari kene pakaikan pamper jugak, tapi bila dah pandai (mungkin selepas dah 3 bulan ajar) secara sendirinya dia bangun dgn bagitau yang dia nak kencing

8) Sama jugak kalau masa bawak anak berjalan atau shoping, pamper kene  always ready while kita always tanya sama ada dia nk kencing atau tak.

So far so good utk hasanah yg dh 3 tahun, targat x payah pakai pamper langusng bila dia dah 3 tahun setengah. Sekarang ni nk input utk hasanah tak payah pakai pampers full time.


Kini Hasanah (anaknya penulis asal matjoe) dah full time tak pakai pampers sejak 3 bulan lalu. Apabila kita selalu ajak anak kencing dalam keadaan bertinggung ataupun duduk, maka anak kita dengan sendirinya tidak lagi boleh kencing dalam keadaan baring. Untuk permulaan, perlulah suruh anak kita kencing dahulu sebelum tidur, kali pertama ni biarlah lapik dahulu dgn kain dan plastik in case  masih terkencing. 

So kalau percubaan pertama berjaya bolehlah continue, kalau gagal lagi, bagi dia pakai  pamper time tidur utk seminggu, kemudian cuba lagi. So sekarang saya dah jimat duit utk beli pampers, lagi awal lagi bagus. Moga boleh jadikan panduan utk semua.

Tambahan saya: Jangan lupa solat hajat dan bernazar, jika anak berjaya meninggalkan 'cengkaman dan belengu' pampers maka akan berpuasalah suami isterinya sehari etc...

Jangan putus harap mendidik anak dan janganlah menggunakan kekerasan kepada anak jika gagal membuang air di tandas atau bilik mandi. Maklumlah, saya terbaca ada anak2 yang memakai pampers sehingga berumur 7 tahun!!!

Bersabarlah, nescaya ganjarannya cukup besar buat anda sekeluarga...

Semoga berjaya!!!

RUJUKAN BLOG MATJOE

07 March 2012

Menuju Ke Madinah - Al Mawlid



Semoga diberi peluang oleh Allah untuk menziarahi Sang Kekasih SollALLAhu alaihi wa sallam...




Kelebihan MADINAH

Debu Tanah Madinah Mengubat Penyakit

Satu-satunya tanah yang Baginda Rasulullah s.a.w. sahkan boleh digunakan untuk mengubat penyakit dengan izin Allah S.W.T. ialah tanah di kawasan Tanah Haram Madinah.

Bermaksud:
“Dari `Aisyah r.a. bahawa Baginda Nabi s.a.w. bersabda kepada orang sakit: `Dengan nama Allah, debu tanah kita (yang dicampur) dengan air liur setengah daripada kita menyembuhkan dari penyakit kita dengan izin Allah.”
(Riwayat Bukhari)

Pernah diceritakan oleh al-Zurqani bahawa sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w. menziarahi orang-orang dari Bani Harith yang tinggal berhampiran suatu tempat bernama Syu`ib.  Mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa mereka mengidap demam.  Lalu Rasulullah s.a.w. mengajarkan mereka supaya mengambil debu tanah kawasan Syu`ib, memasukkannya ke dalam air, kemudian meludah air tanah itu dengan air liur dan membaca doa berikut:

Bermaksud:
“Dengan nama Allah debu tanah yang kita campur dengan air liur kita adalah sebagai penyembuh penyakit dengan izin Allah.”

Imam Nawawi juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membaca doa tersebut sambil membasahkan jarinya dengan air liurnya dan melekatkan debu tanah Madinah.  Baginda kemudiannya menyapukan debu itu ke tempat lukanya.


Keistimewaan Meninggal Dunia Di Madinah

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam hadithnya, seperti berikut:

Bermaksud:
“Dari Ibn `Umar r.a. bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: `Sesiapa berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di sana, kerana aku akan memberi syafa’at bagi pihak setiap orang yang meninggal dunia di situ.”
(Riwayat Al-Tirmizi)

Pernah diriwayatkan bahawa Saiyidina `Umar al-Khattab r.a. pernah berdoa agar baginda meninggal dunia di Madinah, dengan doa seperti yang berikut:

Bermaksud:
“Ya Allah, kurniakanlah aku mati syahid di jalan-Mu dan jadikanlah kematian yang menimpa aku itu semasa aku berada di Kota Rasul-Mu (Kota Madinah).”

Dan sebagaimana yang kita tahu, sememangnya doa Saiyidina `Umar r.a. ini dimakbulkan Allah S.W.T di mana beliau meninggal dunia di Madinah.


Kota Yang Dikawal Malaikat

Madinah merupakan salah satu dari dua kota suci Islam yang dikawal  para malaikat sepanjang masa.  Kawalan yang dibuat itu ialah bagi menghindari penyakit taun dan serangan Dajjal.  Seperti yang kita tahu bahawa di akhir zaman kelak, Dajjal akan muncul di setiap kota dan desa.  Namun begitu Madinah dan Mekah tidak dapat dimasuki Dajjal kerana ia dikawal oleh para makaikat yang diutus Allah S.W.T. bagi tujuan tersebut.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Dajjal akan muncul di setiap kota melainkan Madinah dan Makkah.  Dia tidak dapat masuk kerana Malaikat a.s. akan melindungi kedua-dua kota itu.

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud:
“Di lorong-lorong jalan Madinah banyak malaikat yang mengawalnya untuk mencegah penyakit taun dan Dajjal supaya tidak masuk ke dalamnya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Bukhari menceritakan bahawa Abu Bakrah bercerita yang Nabi s.a.w. bersabda bahawa Dajjal tidak masuk Madinah kerana pada masa itu terdapat tujuh pintu di Madinah yang mana setiap pintu itu dikawal oleh dua malaikat.

Tentang kawalan taun pula, sebuah hadith daripada Al-Bukhari meriwayatkan bahawa `Abdullah bin `Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bermimpi mengenai Madinah.  Baginda kemudiannya bersabda yang bermaksud:

                `Aku melihat seorang perempuan kulit hitam dengan rambut kusut masai keluar dari Madinah dan dia singgah di Mahyaah.  Aku mentafsirkannya sebagai taun Madinah yang telah dipindahkan ke Mahyaah iaitu Juhfa’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di atas adalah sedutan daripada buku,  Abdul Aziz Hussin. 1997. Nostalgia Masjid Nabawi. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), m.s. 4-7.

SUMBER: DI SINI




06 March 2012

Kurangkan Tiga Perkara.... Perjalanan Salik Menuju Cinta Allah...

Stairways to Heaven..

Assalamualaikum semua..

Tazkirah @ Suhbah yang ringkas untuk saya terutamanya..

Baru-baru ini Sheikh Mehmet memberikan suhbahnya kepada kami semua..

Perjalanan salik / ahli sufi yang sebenar hendaklah MENGURANGKAN TIGA PERKARA, iaitu:

1) Kurangkanlah MAKAN

2) Kurangkanlah TIDUR

3) Kurangkanlah BERCAKAP...

Insya Allah kalian akan selamat di dalam perjalanan menuju CINTANYA...

04 March 2012

Buku Kontroversi: 40 Hadis Popular Palsu YANG PALSU

Buku 40 Hadith Popular Palsu YANG PALSU



Buku ini telah tersebar di pasaran. Diterbitkan oleh PTS. Dan menurut penulis buku ini bahawa hadith yang didedahkan di dalam bukunya kesemuanya darjatnya adalah PALSU.

Adakah pendedahan penulis ini benar keseluruhannya ? Marilah kita sama-sama menelusuri hadith-hadith yang dihukum sebagai palsu di dalam buku terbitan PTS di atas :

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :

Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

 Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

 شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)

 أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

 جامع الأحاديث – (5 / 2)

 اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .

 مسند البزار – (1 / 55(

 وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

 الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86(

 الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

 والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis ini tidak palsu. Bahkan, banyak ulama' menilai hadis ini sebagai hasan seperti Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari. Sebahagiannya menilai hadis ini dha'if. Tetapi, tidak sampai tahap maudhu'.

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih .

Memang yang selalu kita dengar tentang kelebihan solat terawih pada setiap malam tu ada yang palsu. Namun ada juga hadith sahih yang menyatakan kelebihan solat terawih. Penjelasannya di sini : Fadhilat-fadhilat Sahih Solat Terawih

Hadis ke-15: " kita pulang dr jihad yg kecil kepd jihad yg besar".Para sahabat bertanya:"apakah jihad yang paling besar?"Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati( memerangi hawa nafsu)"

 Hadith ini juga bukan palsu bahkan sanadnya adalah sahih. Penjelasannya di sini : Status hadith : Jihad Al Akbar - Memerangi Hawa Nafsu

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmat

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyruwa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :

Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya. 

Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu 

Hadith ini bukan palsu. Sebab ada hadith yang bererti : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya".


Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin.

Tidak semua hadith mengenai kelebihan membaca Surah Yasin adalah palsu. Ada hadith sahih kelebihan membaca surah yasin.

 Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


 "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

 (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).

Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

 Rujuk : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

 Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

 Ini bukan hadith palsu

Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu :

 قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :
  "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali" 

(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)

 Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))

 Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat 

 Dijelaskan oleh Ustaz Ayman Akiti : di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa.

Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut: عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)

 Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta'ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat. Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:

 وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

 Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

 Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya. Penjelasannya ada di sini : Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah jelas buku di atas amat bermasalah dan melakukan jenayah ilmiyyah dalam hadith yang amat dahsyat sekali. Kepada asatizah/para pelajar/ibu ayah agar berhati-hati dalam membeli buku agama di pasaran. Apa akan jadi kepada anak-anak kita pada masa akandatang yang membentuk masyarakat dan Umat Islam apabila didedahkan dengan penulis yang mengelirukan umat Islam dan melakukan jenayah Ilmiyyah samada dalam perkara aqidah dan hukum hakam ?

Tolong sebar-sebarkan sebagai langkah mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wallahu'alam

SUMBER:  www.jomfaham.blogspot.com

03 March 2012

Pohon Doa Dari Semua, Sahabat Dipenjara Atas Tuduhan Membunuh


Semoga Alllah memberi kesabaran dan kekuatan kepada anak buah ana Ustaz Shuhaidi Mohamad atas ujian dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh.... Doakan beliau, isteri dan anak yang masih memerlukannya di sisi... Satu Malaysia kita doa dan solat hajat... Insya Allah..


Dua dipenjara 15 tahun sebabkan kematian

29/02/2012 7:27pm

SHAH ALAM - Seorang guru agama dan sukarelawan di Rumah Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang penghuni rumah kebajikan itu, empat tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman berkuatkuasa hari ini selepas berpuas hati bahawa pembelaan kedua-dua tertuduh, Mohammed Azizi Mohd. Vello, 29, dan Mohd. Shuhaidi Mohamad, 30, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi serta menetapkan ikat jamin berjumlah RM35,000 ke atas Mohammed Azizi dan RM30,000 ke atas Mohd. Shuhaidi.

Kedua-dua tertuduh didakwa menyebabkan kematian Megat Mohd. Amirul Adha Sobri, 23, di Perkid yang beralamat di No: 9, Jalan Sentosa, Batu 14, Hulu Langat, kira-kira pukul 11 pagi pada 26 Jun 2008.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda. - BERNAMA

01 March 2012

Ustaz Fatmi Fuad Imam Kuala Krau Bukan Perawat dan Cawangan KISWAH Kuala Krau

Ustaz Fatmi Fuad di tengah
Assalamualaikum..

Disebabkan ada beberapa kekeliruan di kalangan penduduk Kuala Krau Temerloh berhubungan dengan Imam 3 Masjid Kuala Krau dan merangkap guru Jqaf Us Fatmi Fuad yang disalah anggap bahawa beliau adalah perawat dan cawangan KISWAH Kuala Krau,

MAKA...

..dengan ini saya umumkan bahawa Us Fatmi bukanlah salah seorang perawat KISWAH. Beliau hanyalah agen produk yang datang ke pusat rawatan untuk membeli produk2 KISWAH secara borong dan menjualnya kepada penduduk Kerdau dan Kuala Krau serta kawasan sekitarnya.

Berkenaan rawatan yang dilakukannya di rumah serta kawasan sekitarnya, tidaklah saya tahu menahu bagaimana kaedah dan teknik yang digunakan serta dari mana beliau mempelajarinya. Beliau bukanlah anak didik KISWAH dan saya diberitahu olehnya bahawa beliau tidak pernah mendapat sebarang ijazah perubatan Islam dan tidak pernah belajar perubatan Islam secara formal.

Cuma beliau mendakwa, hanya merawat ketika emergency dan first aid sahaja daripada ilmu yang 'didengar' secara tidak langsung di mana-mana...

Tentang beliau merawat tanpa belajar dan mendapat ijazah secara khusus, saya tak terlibat apa-apa. Terpulanglah kepada pesakit...

Jadi segala tindakan beliau, teknik yang digunakan dan apa-apa yang berlaku kepada pesakit yang dirawat beliau tidak melibatkan KISWAH dan bukan di bawah tanggungjawab KISWAH. Ini kerana pengalaman yang sudah-sudah, segala komen pesakit terhadap 'cawangan2' KISWAH seluruh negara, ada di antaranya dirujuk kepada saya dan kebiasaannya HQ KISWAH lah yang dipersalahkan...

Sekian dimaklumkan...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

29 February 2012

Kaedah Membangkitkan Selera Anak Untuk Makan

Anak tak mau makan. Asyik minum susu kedarah jajan??? Inilah jawapannya...  Madu yang berkhasiat.

Surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
 
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Al hadith: Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah


Assalamualaikum semua..

Anak tak mau makan?

Anak asyik minum susu je?

Anak asyik makan coklat dan jajan jaaa?

Anak kurus kering sebab tak mau makan nasik?

Jawapan:

Ye la, ramai juga yang bagi anak makan vitamin Appeton etc...

Tapi yang cara mudah untuk membangkit selera anak makan  nasi dsb adalah:

Masukkan satu kecil madu tualang (eloknya telah diruqyah) pada air susu anak anda... Insya Allah anda akan lihat anak anda makin berselera untuk makan....

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Nak madu tualang (5 kali ganda lebih khasiat dari madu peliharaan), berkualiti, diiktiraf pelbagai agensi dan disyorkan oleh kementerian kesihatan (saya dimaklumkan begitu oleh pegawai kesihatan berkenaan madu yang saya ambil dari pembekal ini lalu diruqyah)??? Sila ke???

 

28 February 2012

Buah Zaitun Meningkatkan Kemahuan dan Kekuatan Seksual

Buah zaitun hijau dikatakan dapat menambahkan kejantanan lelaki

Buah zaitun hitam dikatakan dapat menambahkan keinginan seksual perempuan




Assalamualaikum semua..

Pernah saya menonton di dalam  saluran Asian Food Channel Astro membincangkan dakwaan yang mengatakan buah zaitun amat baik untuk meningkatkan daya dan kemahuan seksual lelaki dan perempuan..

Walaupun dikatakan masih tidak mendapat pengiktirafan secara klinikal dan saintifik, tetapi amat popular di kalangan masyarakat Barat bahawa memang benar dikatakan bahawa buat zaitun amat baik untuk memperbaiki mutu kehidupan seksual suami isteri...

Sejauh mana kebenarannya, kepada pasangan suami isteri yang 'dingin'.. anda cubalah sendiri...

...dan saya di KISWAH, jika terjumpa pesakit yang berhadapan dengan masalah ini juga menyarankan pengambilan buah zaitun secara berterusan selain mengamalkan MADU dan JUS DELIMA.

Cara pengambilan:

1) Buah zaitun dimakan setiap hari antara 3 -7 biji bersama nasi.

2) Satu sudu madu plus satu sudu jus delima bercampur air ruqyah diminum sejam sebelum apa2 pada waktu pagi dan..

3) Dua - Tiga sudu madu dan sesudu jus delima plus air ruqyah diminum setengah jam sebelum hubungan suami isteri...


SELAMAT MENCUBA!!! 

SUMBER:
http://www.ehow.com/facts_5928440_benefits-spanish-olives_.html

27 February 2012

Selawat Penutup Seminar KISWAH 25 Feb 2012

Assalamualaikum..

Taklah, taklah pandai langsung.. Tapi kerana CINTA kenalah buat2 pandai.. dah takde orang sangat nak selawat, jadi yang jahil ni la buat2 pandai... :)





Bagaimana Mungkin Kupuji…..

اللهم صلى وسلم على

سيدنا ومولانا محمد

عدد ما في علم الله صلاة

دائمة بدوام ملك الله



Bagaimana mungkin kupuji

Insan mulia berdarjat tinggi

Yang diberikan oleh Ilahi

Makam yang agung tidak terperi



Kerananya Allah mencipta

Semua makhluk di mayapada

Menjadi raja di alam semesta

Martabat tinggi kepunyaannya



Tiada siapa faham keagungannya

Begitu juga kecantikannya

Akal tak dapat membayangkannya

Segala rahsia hakikat dirinya



Kami datang dengan tiada apa-apa

Kecuali cinta dan taubat ini

Kerana kami kurang memujinya

Ampunkan kami ya Rabbi

Diterjemah oleh: KISWAH 1432 dari qasidah Sh Ali Sayed ; “How Can I Praise”

26 February 2012

Kenangan Seminar KISWAH Modul 1 di Temerloh 25 Feb 2012


Seronoknya seminar di tempat sendiri lain dari yang lain...


Assalamualaikum semua,.

Alhamdulillah seminar KISWAH Modul satu kali kedua di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh berlangsung dengan jayanya dengan izin Allah Rabbul Jalil jua...

Peserta yang hadir juga menepati sasaran saya. Alhamdulillah. Ada yang datang dari seluruh pelusuk negeri malah ada yang yang datang dari Segamat, Nilai, Lembah Klang dll.

Di kesempatan ini saya mengucapkan infiniti kesyukuran ke hadrat Allah Jalla wa Alaa kerana berkat inayah, iradah, qudrahNya akhirnya projek seminar kami menjadi kenyataan.

JazakALLAH khairal Jaza' kepada semua peserta yang hadir ke seminar kerdil kami pada kali ini. Keberadaan kalian dalam majlis ilmu ini menambahkan lagi keceriaan dan barakah dalam keluarga kecil KISWAH.

"Sesungguhnya tetamu itu mengundang rahmat dan memurahkan rezeki.."

Seperti biasa simulasi rawatan ruqyah pada waktu petang adalah sunnah seminar kami.. Di samping berseminar, belajar merawat dan dijuga 'dirawat'...
Love and salams juga kepada semua ahli kelurga yang hadir pada seminar kali ini yang tidak lokek menghulurkan bantuan dan sokongan kepada KISWAH. Antara yang hadir adalah Cikgu Adib, Abang Wan Hospital dan Ustaz Zulhaidi Bentong. Untuk pengetahuan yang betul2 menggerakkan seminar pada kali ini adalah saya dan pembantu; Saudara Lukman sahaja...Bayangkanlah. Agak keletihan.. Kekadang Abang Wan Hospital ada turun membantu mempromosikan seminar di masjid2 dan rapat2 umum.

Untuk pengetahuan semua, boleh jadi ini adalah seminar 1 yang terakhir pada tahun ini. Saya terpaksa menolak banyak jemputan seminar di seantero Malaysia pada tahun ini kecuali se dua seminar untuk memberi laluan dan tumpuan kepada seminar yang hanya dilangsung di pusat rawatan sahaja untuk sepanjang tahun ini.

..Kemungkinan besar juga saya akan membekukan semua seminar KISWAH pada tahun hadapan dan akan merombak semua silibus dan 'cawangan' KISWAH yang telah sedia ada kini.

Terima kasih kepada peserta yang hadir.. Terharu ada yang datang dari jauh... Jumpa lagi bulan depan 31 Mac
Perancangan saya adalah untuk menumpukan kelas tafaqquh rawatan Islam di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh sahaja untuk tahun hadapan sehinggalah anak2 murid saya pulang atau tamat pengajian di universiti-universiti tempatan dan luar negara. Saya akan menyerahkan kepada mereka segala gerak kerja melibatkan aktiviti2 ilmu dan program pembangunan dan pendidikan insan di dalam sebuah syarikat training centre yang khas.. Apapun itu masih dalam peringkat cadangan.. Doakan ye...

Taklah pandai, tapi dah tiada sangat orang bersolawat, yang jahil ni la buat2 pandai... Seminar KISWAH wajib ada selawat, maulid dan qasidah. Alhamdulillah...
Akhir kalam, harapan saya kepada semua peserta seminar KISWAH agar dapat istiqamah dengan majlis ilmu KISWAH pada masa-masa akan datang walaupun bilangan kita tidaklah besar. KISWAH yang kerdil dan akan terus kerdil senantiasa mengharapkan doa dan sokongan dari anda semua di luar sana, sama ada yang bergelar ahli KISWAH ataupun tidak..

Tidaklah menjadi satu kerisauan kepada saya jika dikatakan KISWAH ini hanyalah pusat rawatan yang kerdil dan terpencil sahaja.. Susah nak berkembang, kurang pengikut, kurang peserta seminarnya dsb. Tidak satu pun menggundah gulanakan hati saya selagi mana; guru kami merestui, meredhai dan sentiasa memberikan dustur dan doanya yang tidak putus2 kepada usaha dakwah kami... Mudah-mudahan... :)

Terima kasih semua,....

Jumpa lagi di seminar 3 KISWAH: Santau Saka Susuk dan Selusuh pada 31 Mac 2012 nanti..

Allahumma ij'alna minal qalil... Keluarga seminar 1 di KISWAH... Ukhuwwah fiLLAH lestari ke syurga....
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

24 February 2012

Kenangan Maulidurrasul 1433 di Jazatech

Assalamualaikum semua..

Bersama En Jazaruddin yang tawadduk dan senantiasa membantu KISWAH
Alhamdulillah, baru2 ni KISWAH dijemput oleh En Jazaruddin boss Jazatech Management, syarikat di bawah pusat rawatan kami untuk menjayakan sambutan maulidurrasul anjuran syarikatnya..

Maka yang hadir antara lain kakitangan SSM Temerloh dan pengurusnya. Kakitangan Public Bank dan kedai2 sekitar pusat rawatan kami. Tidak ketinggalan syarikat2 yang mendapat bimbingan syarikat pengurusan yang berkaliber ini.

Al Faqir dipanggil untuk mengepalai bacaan Tahlil dan bacaan Maulid Daibaie secara ringkas.. Peluang diambil al faqir untuk menyampaikan tazkirah pendek berkenaan kelebihan menyambut maulidurrasul saw dan penceritaan kelahiran baginda yang istimewa..

Sebenarnya Jazatech adalah sebuah syarikat yang banyak menyumbang kepada kelangsungan dan kesinambungan pusat rawatan KISWAH. Hampir tiap2 minggu al faqir dan isteri bertandang ke pejabat En Jaza untuk mempelajari selok belok perniagaan..




Ucapan En Jaza
Alhamdulilah berkat duduk bersama orang yang sangat pro dalam bidang pengurusan, kami sedikit sebanyak sudah mendapat panduan ke manakah halatuju syarikat kami dan bagaimana hendak mengembangkan lagi KISWAH pada masa yang akan datang..

Insya Allah dalam masa yang terdekat, akan ada lagi perkembangan yang menarik buat KISWAH. Doakan.

Al Faqir tidak mengharapkan KISWAH berkembang dengan cepat dan ekspress, cukuplah kami mempunyai sebuah syarikat yang kukuh dan menjalani amalan2 pengurusan yang kemas dan teratur..

Staff dan jemputan muslimah
Alhamdullilah walaupun Pusat Rawatan KISWAH baru setahun jagung dan kurang dikenali, rendah diri kami nyatakan bahawa KISWAH mempunyai kelulusan bukan sahaja SSM, kebenaran Ketua Balai Polis Temerloh, kebenaran Pejabat Kesihatan Temerloh, Lesen Perniagaan dari  Dewan Perbandaran Temerloh, pemfailan dan perakaunan yang teratur dan pendaftaran LHDN yang sah.

Astagfirullah, bukan seperti yang anda sangka. Bukannya untuk mendabik dada, kerana tiada perkara pun di sisi kami yang layak didabikkan dadanya.. Semuanya masih kurang..Walau apapun, dengan rendah diri kami nyatakan bahawa terlalu banyak lagi perkara yang masih belum diselesaikan... Semoga Allah membantu kami berkat keikhlasan yang mudah-mudahan senantiasa kami miliki. Itulah yang kami dambakan. Amin..

Insya Allah kami akan berurusan dengan PERKESO dan KWSP sedikit masa lagi serta beberapa projek kerdil bakal dilaksanakan.. Ini semuanya merupakan izin dari Allah, berkat doa guru yang mulia dan tuan2 yang prihatin lagi budiman.. Tiada yang kami punya, semuanya Allah punya....

Ole-ole dari Jazatech. Kalaulah semua syarikat mengadakan majlis sebegini secara annually. Alangkah indahnya!
Terima kasih En Jaza yang banyak membimbing kami selama ini. Seorang usahawan pengurusan yang berjaya, baik budi, pemurah sangat Islamik dan suka mengadakan majlis2 ilmu dan agama serta sering menjamu kami. :)

Insya Allah kami akan melantik beliau sebagai perunding dan penasihat pengurusan KISWAH...

Kami bertuah kerana berjiran dengan seorang yang sangat pemurah dan baik hati ini...

Thank You Allah...

Jamuan makan selepas maulid
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

23 February 2012

Jangan Lupa Seminar 1 KISWAH di Temerloh Esok 25 Feb 2012

Jangan lupa ye seminar KISWAH esok. Kepada yang dah mendaftar jangan lupa menghadirkan diri, Kepada ahli keluarga KISWAH di mana2. Dipersilakan datang untuk membantu...


Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah wa syukrulillah was solatu was salamu ala rasulillah saw...

Insya Allah seminar yang dijadualkan akan berlangsug pada hari esok...

Jangan lupa untuk menghadirkan diri kepada yang telah mendaftar...

Kepada yang belum mendaftar masih ada kekosongan..

KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 1 )”
Perihal Alam Jin dan Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah Al Quran

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN : RM 70.00 (Kos seminar, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta.. Makan tengahari tidak disediakan)


TARIKH : 25 Februari 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang


TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.

TENTATIF PROGRAM

8.00: Pendaftaran peserta
8.15: Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir
9.15: Keterlibatan Jin dan Sihir
10.00: Rehat - Minum pagi
10.30: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.
11.30tgh: Tanda-tanda gangguan ketika jaga dan tidur
12.00 tgh: Amalan pendinding
12.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur
2.00ptg: Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus
3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
4.00: Bacaan Hizib Bahar dan Selawat Tibbiah serta Taziah
4.30: Majlis Pengijazahan

Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > SMNR2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR2 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )

22 February 2012

Lencana / Badge Perak Lambang Uthmaniyyah Untuk Dimiliki. Stok Terhad!

Ottoman Coat of Arms


Ottoman Cresenct @ Osmanli Armasi

Every sultan of the Ottoman Empire had his own monogram, called the tughra, which served as a coat of arms. A modern coat of arms, (inspired by the European heraldic tradition) was created in the late 19th century. The final design was adopted by Sultan Abdul Hamid II on April 17, 1882. It included two flags: the flag of the Osmanli Dynasty which had a crescent and a star on red base and the flag of the Islamic Caliph which had 3 crescents on a green base.

Some graphic elements of the coat of arms of the Ottoman Empire such as the central oval and the vertically-oriented crescent and star were re-edited in the current semi-official emblem of the Republic of Turkey.


Dari cyprus..


Assalamualaikum semua..

Saya mempunyai beberapa lagi lencana Lambang Uthumaiyyah.. Bersamalah menghidupkan roh khilafah dalam hati sanubari kita...


Semua ahli keluarga KISWAH pakat2 pakai ye..


Alhamdulillah, guru2 kami sangat mencintai dan mengingati kegemilangan uthmaniyyah. Kalau di dergah, sangat banyak lambang2 ini dan juga ramai sekali masyayikh serta muridin yang memakai lencana ini.


Letak kat kolar boleh, letak kat baju boleh..
Semoga kegemilangan Islam kembali bersinar...

Siapa nak silalah ke: 



21 February 2012

Kenangan Klinik di Jengka 15 Pada 19 Feb 2012 ?


Assalamualaikum semua..

Saya dijemput oleh sepasukan ajk dari sebuah organisasi untuk mengendalikan slot rawatan Islam di satu karnival wanita di Jengka Semarak 15 pada 19 Feb yang lalu.

Walaupun agak keletihan kerana tidak cukup tidur dan program2 lainnya, saya berserta pembantu yang dedikasi Us Lukman dan Us Suffian menggagah dan menguatkan diri untuk  menghadirkan diri. Iyalah mengenangkan ini juga adalah perjuangan fi sabilillah.. Masyarakat memerlukan khidmat kami yang tidak seberapa ini, maka kami sedaya upaya penuhi...

Program kesihatan wanita yang baik untuk masyarakat setempat





Kami bertolak pada pukul 8 pagi dan sampai hampir pukul 9.. Sebaik sahaja tiba, program yang asalnya dijadualkan di padang telah berpindah ke masjid Jengka 15 kerana hari hujan.

Sebaik sahaja sampai, kami lihat program masih belum dimulakan lagi... Jadi saya beriktikaf sebentar di dalam masjid sambil menunggu program bermula..Kami diminta oleh pihak penganjur untuk menunggu di dalam masjid sementara program masih belum bermula.

Sedang saya beriktikaf sepasukan pemuda berpakaian putih, berkopiah putih dan memakai badge parti politik berwarna hijau masuk ke dalam masjid sambil berbincang dengan nada yang kuat:

"Kat mana kita nak merawat ni.. bla bla bla.. etc" ..sambil memegang plastik yang penuh dengan daun bidara..

Saya yang masih membaca al Quran meminta pembantu saya dengan rendah diri bertaaruf dan bertanyakan mereka, dari pusat rawatan mana dll?

Maka barulah saya tahu bahawa mereka adalah satu team dari sebuah pusat rawatan yang begitu terkenal dan berwibawa di seantero Malaysia dari daerah___________.

Saya pun cuba beramah mesra dan bertaaruf dengan mereka. Namun mungkin kerana kepenatan dan kesibukan mereka,maka sembang-sembang saya dengan mereka saya putuskan untuk diberhentikan sahaja...

Bersama Akhi Sufian sebelum berangkat pulang sebaik sahaja sampai
 Jadi tanpa memanjangkan kalam, saya memberi isyarat kepada pembantu saya agar beredar sahaja dari program tersebut memandangkan pusat rawatan yang lebih senior, berkaliber, terkenal dan mempunyai empayarnya yang luar biasa sudah hadir di majlis tersebut.

Prinsip saya, jika sudah ada pusat rawatan yang sedia berkhidmat, datang dari jauh pulak tu, malah lebih berpengalaman, cekap dan 'bersemangat' sudah ada di satu-satu majlis bersama dengan pusat rawatan saya, maka saya yang hina dina dan tak banyak pengalaman ini, tanpa lengah lagi sedia mengundurkan diri...

Bukannya tidak mahu berubat sekali, cuma pengalaman saya yang lepas2, jika ada dua pusat rawatan yang merawat sekali dalam satu majlis, sudah pasti sedikit sebanyak ..... 'entah tak tau macam mana nak cakap'..  Tapi itulah yang terjadi...

Jadi saya yang berasa rendah diri dan hati, rela berkorban demi memberi laluan kepada yang lebih berhak..

Siapalah kami.. :)

Jika situasi ini terjadi, bolehlah saya simbolikkan seperti:

"Satu kenduri kahwin, tuan rumah jemput dua syarikat catering sekaligus dan diarah untuk bersama2 memasak menyediakan menu yang sama di tempat yang sama..Sedikit sebanyak mungkin ada...."

Atau untuk pembaca lebih memahami situasi saya pada waktu itu adalah:

" Penganjur dengan tidak sengaja memanggil dua orang penceramah sekalilgus untuk memberikan sebuah ceramah maulidurrasul di tempat dan waktu yang sama; kerana tidak wujudnya perbincangan dan kata sepakat yang baik dari ajk-ajk bertindak yang menganjurkan program tersebut.."



Ajk muslimat yang tersilap memanggil dua pusat rawatan sekaligus
 Saya pun memohon dari penganjur untuk mengundurkan diri dan memberi peluang kepada abang2 dari pusat rawatan tersohor untuk memberikan khidmat mereka..Kami juga bimbang andaikata keberadaan kami di sana turut menyebabkan mereka tidak selesa dan terganggu...

Atau boleh jadi juga mereka langsung tidak tahu menahu tentang kedatangan sebuah lagi pusat rawatan lain yang kerdil dan tetap akan terus kerdil iaitu KISWAH di situ. Boleh jadi mereka juga tidak tahu menahu sehingga ke akhirnya tentang kedatangan kami di Masjid Jengka 15 pada hari yang berbahagia tersebut..

Ajk yang bertugas, memohon ampun maaf kepada kami, kerana difahamkan bahawa mereka telah mengalami masalah teknikal dan misscommunication sesama ajk yang bertindak.

Saya diberitahu bahawa ajk inilah yang ditugaskan untuk menjemput SATU pusat rawatan. Namun, ada pula ajk lain yang tidak semena-mena membuat tindakan sendiri menjemput pusat rawatan lain..

Bagi saya menjemput pusat rawatan mana2 pun tak salah.. Pusat rawatan tersohor yang dijemput juga tidak salah, malah kami sangat menghormati mereka dan mereka adalah dari institusi yang menjadi 'idola' pusat-pusat rawatan picisan macam kami ini..

Cuma saya agak terkilan dengan pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti pusat-pusat rawatan Islam. Itu sahaja... Sepatutnya mereka bertanggungjawab dengan pihak yang mereka jemput, tetapi dengan mudah sekali, mereka 'melepaskan kami balik' 'sebaik sahaja sampai..'

Sudahlah agak keletihan dan jadual agak padat, kami rela korbankan, namun...

Saya juga memohon sepuluh jari merayu ampun dan maaf dari abang2 senior dan pihak penganjur jika akhlak saya ada cacat celanya sepanjang pertemuan yang sangat singkat tersebut. Malah mungkin mereka terbaca posting dari al faqir wal haqir ini, maka saya pohon ampun buat kali yang seterusnya atas kurangnya adab saya...

Bersama keluarga Sufian di Sg Tekam
Kami mengambil kesempatan untuk menghantar akhir Suffian ke Felda Sg Tekam memandangkan beliau akan menamatkan tempoh perkhidmatan di KISWAH kerana kuliah USIM akan bermula minggu depan.

Alhamdulillah ada hikmahnya... Kalau tidak kerana program kali ini, taklah kami sampai ke Sg Tekam bertemu bonda dan ayahanda Suffian serta keluarga yang ceria dan bahagia...

Kami berwada' dan pulang ke Temerloh dengan perasaan yang puas dan gumbira sambil hujan renyai-renyai menambahkan lagi feeling saya dan lukman sepanjang perjalanan...

..petang dah nak merawat di Pusat Rawatan KISWAH dan itulah priority kami..

Alhamudlillah..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

20 February 2012

Jemputan Seminar 3 KISWAH (SANTAU, SAKA, SUSUK dan SELUSUH) 31 Mac 2012

Ahlen kepada semua...



KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“SANTAU, SAKA, SUSUK dan KAEDAH SELUSUH ( Modul 3 )”
Perihal Alam Jin dan Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah Al Quran

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN : RM 70.00 (Kos seminar, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta.. Makan tengahari tidak disediakan)


TARIKH : 31 Mac 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang

Syarat Penyertaan:
Sudah mengikuti Seminar 1 dan 2 KISWAH

TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.


Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > SMNR2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR2 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )

19 February 2012

Kenangan Ceramah Maulidurrasul saw di SK Desa Bakti





Pengisian seadanya dari khuwaidim tholabah al ilm as syarif


Assalamualaikum semua.

Pada 18 Feb 2012 bersamaan hari Jumaat yang lalu KISWAH telah menerima jemputan untuk memberikan ceramah maulidurrasul saw di Sek Kebangsaan Desa Bakti Mentakab Temerloh Pahang.Saya bersama Ustaz Sufian Usim dan Us Lukman bertolak ke sekolah tersebut pada pukul 7.30 dan sampai lebih kurang pukul 8.45 pagi... Kami disambut oleh para asatizah dan GPK yang ramah dan ceria.

Bersama GPK yang rendah diri lagi tawadduk; Cikgu Kalal

Kami dengan rendah diri hadir dengan harapan diberi kekuatan oleh Allah untuk berdakwah menyebarkan CINTA kepada ALLAH dan CINTA kepada RASULULLAH SAW.

Pengisian saya bertumpu kepada:

1) Kecintaan kepada Allah dan RasulNya
2) Kelebihan menyambut maulidurrasul saw dan dalilnya
3) Peribadi Rasulullah saw dan kisah kelahiran baginda
4) Adab2 penuntut ilmu dan rahsia2 kejayaan seorang pelajar muslim.
5) Menerapkan semangat dan budaya bersolawat di kalangan warga pelajar dan pendidik...

Guru dan pelajar yang sporting dan ceria sentiasa dari mula sampai ke akhir program..

Alhamdulillah kali ini cuba memberikan kelainan dengan mengalungkan solawat bersama-sama warga SK Desa Bakti.

Mengajak anak2 murid sama2 bersolawat. Ikutlah nak pukul macam mana, janji ada bunyi..

Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbiran dan guru-guru JQAF Desa Bakti yang telah bertungkus lumus menjayakan program Maulidurrasul saw pada tahun ini.

Para guru dan murid yang ceria!

Terima kasih kepada semua warga SK Desa Bakti yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan ceramah dan majlis solawat yang seadanya pada kali ini..

Ampun segala kekurangan..

Bersama Sebarkan CINTA....

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...