27 January 2014
Jemputan Sambutan Mawlidurrasul SAW Peringkat Temerloh Pada 28 Januari 2014
Assalamualaikum...
Sambutan mawlidurrasul saw peringkat daerah Temerloh. . Bersama mawlana Johari dan Ustaz Uwais al Qarani. Masjid Abu Bakar Mentakab 28hb Januari 2014.. Esok.. Sama2 kita meriahkan..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
26 January 2014
Sambutan Mawlidurrasul di Masjid Kg Tebal 24 Januari 2014 Bersama Penaung NGO KISWAH; Mufti Pahang
Assalamualaikum semua!
NGO KISWAH Mawlidurrasul saw di kg tebal bersama mufti pahang.. qadhi maran, timb qadhi temerloh dan ustaz uwais al qarni.. pada 24hb jan 2014..
Labels:
berita,
Dato Mufti Pahang,
mawlid,
NGO KISWAH
Sambutan Mawlidurrasul Anjuran Maahad Tahfiz Furqan Ustaz Syukri di Masjid Kg Paya Pulai Batu 4 Pada 18 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Pada 18 Januari 2014 yang lalu NGO KISWAH telah dijemput oleh Masjid Paya Pulai dan Maahad Tahfiz Furqan Ustaz Syukri untuk menjayakan bacaan mawlid sempena mawlidurrasul
Kami diberi berkesempatan berqasidah bersama Ustaz Mat Nor Maahad Tahfiz Berhala Gantang dan kumpulan qasidahnya yang hebat.
Terima kasih daun keladi kepada penganjur khususnya Us Anuar Masjid Temerloh yang sudi menjemput kami.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!.
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
20 January 2014
Bermawlid di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (SMKT) pada 10 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Pada 10 Januari 2014 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang bernaung di bawah Mufti Pahang telah diberi kesempatan untuk mengetuai pembacaan mawlid ad daibaie di sana.
Turut sama berselawat dan memberikan tausiyyah adalah Timb Qadhi Daerah Temerloh; Ustaz Amin Talib.
Terima kasih kepada semua warga SMKT atas jemputan dan layanan yang diberikan..
Semoga berjumpa lagi dalam majlis mawlid yang akan datang...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!..
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
19 January 2014
Sambutan Mawlidurrasul saw 1435 H Peringkat KISWAH pada 13 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Semenjak dua menjak ni agak sibuk sehingga tak sempat nak update blog ni..
Apapaun salam mawlidurrasul saw kepada semua..
Pada malam 12 RabiulAwwal bersamaan 13hb Januari 2014 yang lalu bertempat di KISWAH Temerloh, telah diadakan majlis mawlid yang gilang gemilang...
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan adab2nya. Solat Isyak, Solat Tasbih dan Solat Syukur. Kemudian disusuli dengan zikir khatm khawajakan dan bacaan mawlid daibaie..
Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli keluarga NGO KISWAH yang sudi hadir dan bertungkus lumus menjayakan majlis pada kali ini.
Semoga Allah membalas jasa kalian semua lantas berhak mendapat syafaat kekasih Allah di akhirat nanti..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...
Mubarak Ya RasulALLAH saw... !!!
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
08 January 2014
Majlis Akad Pembelian dan Penyerahan Kedai Makanan Sunnah Terbesar di Temerloh Oleh Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Pada 5 Januari 2014
Assalamualaikum semua..
Pada hari Ahad yang lalu bersamaan 5 Januari 2013, Pertububuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang dinaungi Mufti Pahang telah membeli sebuah kedai borong makanan sunnah terbesar di Temeloh; Kedai Air Gau Enterprise.. Semuanya dengan izin Allah Rabbul Jalil jua.
Kedai tersebut terletak di no 14 Jalan Bahagia Makmur 8/1 iaitu jalan utama yang mengubungkan Jalan Bahagia dan Temerloh Jaya.
Sekarang kedai tersebut dikenali sebagai:
"KISWAH SHOPPE"
"Menjual dan Memborong Makanan Sunnah, Buku Agama dan Perlalatan Ibadah"
Waktu beroperasi adalah seperti berikut:
BUKA 7 HARI SEMINGGU:
9 Pagi - 9 Malam
Kecuali Khamis hanya dibuka pada shift siang - 9 pagi hingga 6.30 petang.
Waktu rehat: Setiap solat 5 waktu kerana pembantu kedai ke surau berdekatan.
Juga pada pukul 12.30 - 2.00 petang
7.00 malam - 8.00 malam
Petugas di KISWAH SHOPPE adalah Saudara Syarifuddin Syamsuddin
Semoga Usaha Ini Diterima Allah..
Pohon Doa Semua Khususnya Ahli KISWAH; Khususnya Yang Menyertai Projek Kali Ini.
Syukur ya Rabbi. Majlis akad pembelian dan penyerahan KEDAI AIR GAU ENTERPRISE; kedai borong makanan sunnah terbesar di temerloh oleh NGO KISWAH..
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!
Labels:
berita,
KISWAH SHOPPE,
NGO KISWAH
04 January 2014
Jemputan Sambutan Mawlidurrasul 1435H di KISWAH Temerloh 13 Januari 2014
![]() |
| Semua Dijemput Hadir.... |
13 Januari 2014 bersamaan Malam 12 Rabiul Awwal
Bertempat di Pusat Rawatan Islam KISWAH
Jemputan: Semua Ahli KISWAH dan Masyarakat Umum.
Tentatif:
Malam:
7.15: Solat Maghrib Berjemaah
Pembacaan kisah kelahiran Rasulullah
8.30: Solat Isyak Berjemaah
Khatam Khawajakan
Solat Tasbih
Pembacaan Maulid ad Daibaie
11.00: Jamuan
12.00: Bersurai
Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin
Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...
Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.”
Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”
Telah berkata Saidina ‘Ali Karram ALLAHU wajhahu:
“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii
p/s: Jemputan Temerloh Bersolawat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Temerloh Pahang Sempena Sambutan Maulidurrasul saw pada 13hb Januari 2014 Selepas Maghrib… Jumpa di sana…. www.rawatanislam2u.com.
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH
31 December 2013
Amalan Rabu Terakhir Bulan Safar 1 Januari 2014
![]() |
| Safar al Kheir... Bulan Safar Bulan Kebaikan... |
Assalamualaikum semua... di sini saya terjemahkan tajuk SAFAR al KHEIR dari kitab Futuhat Sh Adnan
TAJUK: SAFAR AL KHEIR...
Merupakan salah satu dari bulan2 sunnah (diisi dengan amalan2 sunnah) dan dinamakan oleh baginda Nabi saw sebagai Safar al Khair ( Safar bulan kebaikan)...
Kebanyakan dari umat2 yang terdahulu dimusnahkan pada bulan ini...
Antara amalan sepanjang hari di dalam bulan ini; dgn niat penjagaan dari mala petaka:
1) Syahadatain 3 kali
2) Istighfar 300 kali
3) Sedekah harian dengan niat supaya terangkatnya bala. Nabi saw pernah bersabda... Sesiapa yang memberitakan kepadaku tentang berakhir bulan Safar, maka disunatkan pada 27 Safar untuk menyembelih haiwan (lalu disedekahkan) ikhlas kerana Allah Taala.
4) al Fil dibaca 7 kali
5) Ayatul Kursiy 7 kali setiap hari.
ADAB RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:
1) Syahadatain 3 kali
2) Istighfar 300 kali
3) Ayatul Kursiy 7 kali
4) al Fil 7 kali .... lalu diamalkan secara menyeluruh olehnya diri dan anggota keluarga...
Afdhalnya:
Pada waktu siang Rabu terakhir tersebut janganlan keluar dari rumah.
Kerana Sh Abdullah Faiz ad Daghestani qaddasaLLAHU sirrahu pernah berkata:
" Pada hari Rabu terakhir Safar, akan diturunkan 70 000 bala.... Sesiapa yang menjaga (seperti yang telah disebutkan tadi) insya Allah akan dipelihara Allah Taala...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam:
Berikut adalah tulisan adik angkat saya Us Hasif berkenaan KAIFIAT SOLAT SUNAT RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:
Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang al-faqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997. Inilah dia amalan tersebut : -
1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.
2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-
a. Surah al-Kauthar (17x)
b. Surah al-Ikhlas (5x)
c. Surah al-Falaq (1x)
d. Surah an-Nas (1x)
3) Selepas solat bacalah doa ini :
بسم الله الرحمن الرحيم.
اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى. وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.
يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ
إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ
يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ
يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ
أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى
فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم
**mulakan adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.
1. Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.
2. Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :
Kemudian berkata ia dengan doa ini :
اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.
Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).
JADI RABU TERAKHIR SAFAR ADALAH BERSAMAAN 1 Januari 2013 Rabu ni
JADI RABU TERAKHIR SAFAR ADALAH BERSAMAAN 1 Januari 2013 Rabu ni
Selamat beramal...
Rujukan dari sahabat: Us Hasif
RUJUKAN
1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58.
2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan)
3. al-Bahjatul Mardiyyah, as-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani
29 December 2013
Planner NGO KISWAH Untuk Tahun 2014 Seperti Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Agung
Planner Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 2014:
Januari: 13hb: Sambutan Mawlidurrasul r peringkat KISWAH di Pusat Rawatan dan program-program mawlid.
Februari: Program-program mawlid.
Mac: 1hb: Wacana Ilmu: Diskusi Kitab: 1) Kamus Tafsir
Mimpi. Di KISWAH Temerloh.
April: 26hb: Ziarah Johor (Jemaah Kota Tinggi dan Muar) –
Rawatan Ruqyah Perdana
Mei: 17hb:
Ziarah Teluk Intan - Rawatan Ruqyah
Perdana
Jun: 7hb: Ziarah Sungai Besar – Rawatan Ruqyah Perdana
Julai: 12hb: Ifthar Jamaie KISWAH. Buka puasa,
terawih, tazkirah dan mawlid Ramadan di KISWAH Temerloh.
23hb: 27 Ramadhan: Qiyamullail di KISWAH.
Ogos: 2hb: Makan-makan Eidulfitri KISWAH di Teratak
Mevlevi. (Raya ke 6 – Sabtu)
September: 27hb: SIMPOSIUM NGO KISWAH. (HIMPUNAN AHLI) DEWAN
SEMINAR MASJID BERA. Bersama Mufti.
Oktober: 5hb: Majlis Korban KISWAH di Batu Sawar. (Raya Pertama
- Ahad)
November: 28hb-30hb: Hari Sillaturrahmi; Hari Keluarga KISWAH
~ ROMPIN???.
Disember: 5, 6, 7 hb: Kem Anak Soleh KISWAH ~ Gunung Senyum ~ Ustaz Muhammad Shami
20 hb: Mesyuarat Agung KISWAH KETIGA ~ 20 Disember
2014.
Labels:
berita,
mawlid,
NGO KISWAH,
seminar dan ceramah
24 December 2013
Mesyuarat Agung Kedua Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) dan Senarai Ahli Jawatankuasa 2014. Diadakan Pada 21 Disember 2013
Assalamualaikum semua yang dihormati hanya kerana Allah Taala.
Pada 21 Disember 2013 bertempat di Masjid Darul Fikri Daerah Bera, Pertubuhan Pengamal Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang bernaung secara rasmi di bawah Mufti Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua ahli dari seluruh negara yang telah bersusah payah berkorban segala kepunyaan untuk hadir dalam majlis musyawwarah yang mudah-mudahan diredhai Allah hendaknya ini.
Pada majlis tersebut KISWAH berkesempatan melancarkan produk NGO terbarunya iaitu
AIR RUQYAH KISWAH
yang telah diruqyah berkali-kali di pusat rawatan selama hampir 4 bulan.
Kepada sesiapa yang ingin membeli secara online sila ke
atau
Terima kasih tidak terhingga kepada PAID Bera yang diketuai Tuan Qadhi Daerah Bera Ustaz Yusri dan Staff Masjid Darul Fikri Masjid Daerah Bera yang sudi membenarkan kami mengadakan mesyuarat agung di tempat yang penuh barakah ini.
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..!
Senarai Ahli Jawatankuasa ada di bawah:
Senarai Ahli Jawatankuasa ada di bawah:
AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM
RUQYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH)
Senarai Ahli
Jawatankuasa.
Pengerusi : : Ustaz Hayat al Mevlevi
Naib
Pengerusi : Ustaz Zuhaidi
Bin Mukapit
Setiausaha
Agung : Miljan Bin Majid
Bendahari : Puan Muliati Binti
Saad
Cadangan
Biro
1) Biro Aktiviti
dan Kebajikan : (K) Miljan Bin Majid
(T1) Abdul Jaes Bin Jaafar
(T2)
Ustaz Hanif Bin Esa
2) Biro Pembangunan Insan
: (K) Ustaz Shami Bin Husin
(T1) Ustaz Kamaruddin Bin Sulaiman
(T2) Ustaz Nazri Bin Shahrom
3) Biro Ekonomi dan Koperasi
: (K) Haji Abdul Hafiz Bin Abu
Bakar
(T1) Puan Shallizah BInti Shamsuddin
(T2)
Luqman Hakim Bin Zulkifli
(T3) Ahmad Syarifuddin bin Shamsuddin
4) Biro Riadah : (K) Saiful Hazreen Bin Shahiri
(T1) Md Rafi Bin Tarkip
(T2) Mohd Faizal Bin Ismail
(T3)
Mohd Adib Bin Haron
5) Biro Penerbitan dan
Publisiti : (K) Ahmad Syihan Bin Zaik
(T) Wan Ridzwan Bin Ibrahim
6) Biro Khas : AJK yang mewakili Negeri-Negari Malaysia:
Johor
1) Ust Azhari Bin Abidin (Kota
Tinggi)
2) Ust Mohd Junaidi Bin Sahlan
(Pasir Gudang)
3) Haji Abdul Hafiz Abu Bakar (Muar)
4) Puan Sallizah Binti Shamsuddin (Muar)
Pahang
1) En Wan Ridzwan Bin Wan Ibrahim
2) En Mohd
Nasaie Bin Nawawi @ Saad
3) En
Muhamad Luqman Nur Hakim Bin Zulkifli
Kedah
1) En Mohd
Hasif Bin Hashim
Sarawak
1)En Ibrahim
Bin Haling
Perak
1)Haji
Hassan Bin Md Yunus
2) Haji
Idris Bin Sulaiman
3) Puan Noor
Hayati Binti Salleh
4) Hawariah Binti
Yeop
Selangor
1)En Mohd
Nazri Bin Shahrom
2) En
Kamarudin Bin Sulaiman
Sabah
1)En Mohamad
Azwan Bin Abdullah
Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
1)En Afdzal
Ikhwan Bin Omar
Labels:
berita,
NGO KISWAH
Kenangan BBQ Perdana Bersama NGO KISWAH di Teratak Mevlevi Pada 21hb Dis 2013
Assalamuaalaikum semua..
Syukur Ya Rabbi.. Atas nikmat yang Dikau berikan tanpa sudah sudah...
Pada 21hb Disember 2013 yang lalu, Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) telah mengadakan barnamij ukhuwwah sesama ahli selepas Mesyuarat Agung Kedua yang diadakan pada siang harinya..
Syukran kathiran kathiran kathiraaa kepada semua adik beradik seukhuwwah yang sudi hadir pada malam tersebut. Majlis diakhiri dengan bacaan mawlid yang penuh berkat..
Majlis bbq perdana, makan2 dan mawlid ngo kiswah di teratak mevlevi. Sgt bahagia tatkala berukhuwwah kerana Allah Taala. . Lestari ke syurga mudah2an.
Allahu Haq!! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
event,
NGO KISWAH
11 December 2013
Rawatan Mudah di Rumah Untuk Sakit Belikat, Bahu dan Pinggang Dengan Menggunakan Set Bekam Yang Murah dan Herba Belalai Gajah
| KAEDAH PERTAMA:
Assalamualaikum semua..
Jika anda mengalami sakit belikat sama ada peringkat permulaan atau menyeksakan, ada satu kaedah mudah tetapi sangat efektif yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.
Iaitu menggunakan kaedah rawatan bekam kering..Ini kerana bekam kering tidak mempunyai kaedah dan peraturan yang banyak seperti bekam basah khususnya apabila ingin menepati ciri-ciri bekam sunnah. Kaedahnya:
1) Sila dapatkan set bekam murah
2) Cari waktu yang paling tenang dan sudah kerehatan. Seeloknya di awal pagi atau lewat petang.
3) Sapu kawasan belikat yang sakit dengan minyak zaitun. Seeloknya telah diruqyah.
4) Sila bekam di kawasan belikat dan bahu yang sengal, sakit dan menyeksakan. Bekam sekaligus di kawasan sakit atau sekitarnya. Permulaannya sedikit perit, kemudian menjadi agak selesa. Jangan bimbang. Sedut sahaja di tempat sakit.Tunggu sehingga 5 - 10 minit.
5) Kaedah ini tidak memerlukan anda untuk melukakan tempat bekam seperti bekam basah. Sementara cups tersebut menarik dan membetulkan struktur otot, urat dan tubuh anda.. di dalam hati berzikirlah dengan bacaan "Allah Huwa as Syafi"; Allah Taalah sahajalah yang Maha Menyembuhkan.
6) Buka cups tersebut... dan anda dapat merasakan kesakitan yang menyengat tadi sudah semakin reda. Kemudian sila minum rebusan daun katik murai @ belalai gajah (OPTIONAL: Kaedah sudah ditulis pada bahagian kedua kaedah rawatan di bawah)
7) Jangan bimbang sekiranya kesan hitam terdapat pada tubuh anda. Insya Allah dua tiga hari akan hilang dengan sendirinya. Lakukan kaedah bekam kering ini sekali seminggu atau ketika sakit. Bernazar jika sembuh ingin puasa sehari (contohnya) dan berdekahlah setiap hari.
Wassalam...
Jika ingin mendapatkan set bekam yang murah dan praktikal sila scroll ke bawah..
Set bekam dr china.kualiti:sederhana, harga:murah:rm35. Pehantaran rm8. Bank in ke maybank muliati binti saad 156057415555. Slpas tu sms nama alamat dan produk serta bila dan di mana bank in ke 017 9065131 us hayat kiswah.stok amat terhad.
Untuk belian set bekam murah ini sila ke: SINI: www.kiswah.lot.my/ KAEDAH KEDUA: ![]() |
| Daun katik murai yang sangat berkesan mengurangkan sakit belikat dan sakit badan. |
Assalamualaikum semua..
Antara rawatan sakit badan, sakit belikat terutamaya adalah:
Mengambil secara rutin rebusan air herba katik murai selama seminggu - 40 hari. Alhamdulillah pengalaman kami sekeluarga, jika sakit belikat dan bahu kerana 'masuk angin' akibat duduk terlalu lama, salah tidur dan sebagainya, herba katik murai sangat-sangat membantu...
Antara kaedah-kaedah sakit badan juga...
Urut / sakit badan / sengal / masuk angin – minyak zaitun, garam bukit, madu, cuka epal
Qurani:
Pegang dengan tangan kanan dan baca
Qurani:
Pegang dengan tangan kanan dan baca
Surah Ali Imran ayat 145 dan al Anbiya' ayat 30 serta Surah al Qadr sebanyak 7 kali.
2) Baca banyak kali bacaan bertikut sambil memegang tempat sakit:
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ
Tabie:
1) Urut kawasan sakit dengan campuran minyak zaitun + ma’ warad (air mawar).
2) Panaskan semangkuk garam bukit dan letak di dalam kain. Urut dengan garam panas tersebut.
3) Mandi ais setiap petang selama 7 hari sebelum Maghrib. Campuran segelas air ruqyah, sebaldi besar air paip, garam secawan dan limau purut. Jangan lap selepas mandi. Selepas 7 hari mandi jadi ketika perlu.
4) Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a. Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b. Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.
5) Sapu / urut dengan minyak zaitun sekerap mungkin. Pastikan sentiasa berminyak.
6) Sapu tempat kebas dan sesemut dengan minyak wangi ros / kasturi ruqyah.
7) Lemah badan: Madu 1 atau dua sudu, dua kali sehari, kismis 21 biji sejam sebelum makan apa2 waktu pagi. Boleh juga campurkan madu dan cuka epal sesudu di dalam segelas air ruqyah untuk lebih tenaga.
Surah Ali Imran ayat 145 dan al Anbiya' ayat 30 serta Surah al Qadr sebanyak 7 kali.
2) Baca banyak kali bacaan bertikut sambil memegang tempat sakit:
Anak murid saya Pak Cik Mat Saed yang memang mahir dalam perubatan berasaskan herba dan pucuk kayu juga menyatakan bahawa daun ini juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi khususnya untuk rawatan awal sakit buah pinggang.
Menurutnya alhamdulillah biizinillah dengan izin Allah, ada pesakit yang baru dikesan menghidap penyakit buah pinggang sembuh dengan izin Rabbul Jalil jua setelah hampir sebulan mengambil air rebusan daun ini. Alhamdulillah..
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
Daun Katik Murai/ Belalai Gajah
Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.
![]() |
| Hanya Allah yang menyembuhkan |
| Testimoni SEBENAR dari Pengguna |
Cara-cara menggunakannya:
Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.
Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.
Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.
Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari.
ATAU: paling kurang:
Secekak katik murai direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.
UNTUK MENDAPATKAN HERBA PENAWAR SAKIT BELIKAT; KATIK MURAI, MINYAK ZAITUN, GARAM BUKIT DLL YANGTELAH DIRUQYAH SILA KE ONLINE STORE RASMI KAMI: (KLIK DI BAWAH)
1 paket belalai gajah rm20. Hantar rm8 = RM28
Bank in Maybank 156057415555 Muliati bt Saad .Dah Bank in sms / whatsaap nama, alamat dan bukti bayar ke 0179065131 (Ustaz Hayat)
Sepaket belalai gajah untuk 2 minggu. Secekak belalai gajah rebus seperiuk kecil air. Habiskan minum dalam sehari. Esp sebelum tidur. Buat 40 hari. Minum panas2. Jangan campur gula.. Dapatkan DI SINI atau DI SINI atau ikut sahaja aturan pembelian di atas.
Sedekah hari2 dengan niat kesembuhan.. Sedekah memanjang umur dan mengangkat bala'
Bernazar: Jika sembuh akan berpuasa sehari / umrah / jamu fakir miskin etc
Sembelih seekor kambing dan buat kenduri Doa Selamat dan Solat Hajat. Minta tuan2 guru dan orang soleh mendoakan kesihatan kita...
Iklan Penawar Buah Pinggang:
Iklan Penawar Buah Pinggang:
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
produk,
rawatan islam
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































