**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 June 2016

Ngo KISWAH Menjayakan Tahsin Solat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Temerloh - 24 Jun 2016

Selesai tazkirah tahsin solat di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Temerloh Jumaat 24 Jun 2016.


Semoga peserta beroleh ilmu yang bermanfaat sepanjang program. Amin.

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

20 June 2016

Asam Garam Perawat Islam. Meruqyah Sepenuh Hati dan Seikhlas Hati - NGO Pengubatan Islam KISWAH Temerloh

"Dari bayi yg menangis malam sehingga pak cik strok terpaksa diruqyah dlm keadaan berpanas di dalam kereta kerana tak mampu naik ke pusat rawatan. Semuanya seikhlas hati lillahi taala. Tiada dikenakan yuran pendaftaran. Tiada ditentukan bayaran khusus. Tidak wajib beli barang. Semoga dibekalkan keikhlasan yg mudah2an senantiasa kami miliki. Berkhidmat pada masyarakat di jalan Allah. Semoga diberi kekuatan dan pesakit disembuhkan Allah Rabbul Jalil. Amin."

Semoga Allah Sembuhkan. Amin

Meruqyah Pesakit Lumpuh Di Dalam Kereta

Meruqyah Bayi
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Amalan Mengelak Penyakit Sihir Gila - Sihir Gila

"Kes rawatan yg paling menyentuh perasaan koi adalah sakit mental. Kesian ke anok kecik yg masih menyusu badan main2 dgn mok yg tiba2 'tak sedor - hilang akal'. Semoga pesakit yg dtg jauh dr lipis untuk diruqyah semalam disembuhkan Allah Rabbul Jalil berkat Ramadhan. Untuk mengelakkan penyakit gini eloklah sedekah hari2 dan baca Yaasin 'Hati al-Quran' tiap2 kali lepas Subuh. ALLAH HUWAS SYAFI"



Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Ramadhan 1437H - 2016 - KISWAH Dibuka Seperti Biasa

RAMADHAN 1437. Rawatan Ruqyah Kiswah-Sihir &Sakit Fizikal Dibuka Seperti Biasa.
PR BANDAR TEMERLOH ATS SSM SEBARIS PUBLIC BANK. Sabtu&Ahad sj.Pendaftaran 2.30ptg-3ptg.Jgn dtg lebih 3 ptg.
PR SEBERANG TEMERLOH SETENTANG HOSPITAL TEMERLOH. Isnin-Rabu. Pendaftaran 10pg-10.30pg.Jgn dtg lebih 10.30.Khamis Jumaat cuti. Upah seikhlas hati.


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Terima Kasih Kepada Penyumbang Karpet Di KISWAH Bandar Temerloh

Terima kasih kpd yg menyumbang. Semoga Allah memberkati rezeki tuan. Bahagia dunia akhirat. Amin..


Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Dikunjungi Ex Classmate KISAS - UStaz Ameer Hazim.

25 mei 2016. Pusat Kiswah Rawatan Islam Temerloh depan Hospital. Dikunjungi classmate kisas stpm 2000. Ustaz Ameer Hazim dari Klang. Terharu. Selepas 16 tahun baru berjumpa kembali. Semoga Allah Rabbul Jalil memberkati dan merahmati sahabatku ini sekeluarga.. Amin...




Kaedah Bekam Sunnah Di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh - 4 Dalam 1 - Urut - Bekam Urut - Bekam dan Ruqyah

17 syabaan - selasa. 24 mei 2016. Tarikh dan hari sunnah. Urut - urut bekam, bekam dan ruqyah.. 4 dlm satu... Semoga sihat. Amin...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Minyak Zaitun Dara Ruqyah KISWAH - Untuk Gangguan Makhlus Halus. Sakit Perut, Sakit Badan dan Masalah Kelamin - RM 18

Minyak Zaitun Dara Ruqyah. Diruqyah semasa seisi rawatan ruqyah sebenar. Untuk pening kepala, sakit kulit, kaedah celak untuk gangguan makhluk halus, sakit perut, gastrik, sakit lutut, sakit badan, mandul, masalah kelamin. 220ml - RM18. Sila whatsapp 0179065131 Ustaz Hayat Kiswah


Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

Duli Yang Maha Mulia - Gelaran Yang Tawaddu' dan Menginsafkan




Perkongsian ilmu bersama.
GELARAN SULTAN - “Duli Yang Maha Mulia”
Seringkali kita dipropagandakan oleh sesetengah golongan yang mengatakan bahawa ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” adalah haram hukumnya untuk digunakan kerana ianya dikatakan bahawa rakyat menyamakan ketinggian ataupun kemulian seorang sultan sama tahapnya dengan Allah. Saya masih teringat ketika masih di bersekolah dulu yang mana saya bersekolah di negeri Selangor, maka nyanyian lagu negeri yang bertajuk “Duli Yang Maha Mulia” mesti dinyanyikan tiap kali acara perhimpunan sekolah diadakan.
Jika dilihat, setiap Sultan pasti memegang satu gelaran sebelum perkatan Sultan bagi negeri yang mempunyai sultan atau raja yang bertakhta.
[1] SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
[2] Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah (Sultan Terengganu)
[3] DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Saladdin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Sultan Selangor)
[4] DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor)
[5] DYMM Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir (Negeri Sembilan)
[6] Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Pahang)
[7] Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Sultan Perlis)
[8] Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru’llahulahu (Sultan Perak)
[9] DYMM Sultan Muhammad Ke-V (Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra) (Sultan Kelantan)
Dalam isu “Duli Yang Maha Mulia(DYMM)” dan hampir semua sultan memakai gelaran ini. Kita mesti mengkaji semula sejarah frasa ini digunakan. Pertama kita perlu ketahui bahawa terma “Duli” mengikut laras Bahasa Melayu kuno bermaksud habuk. Habuk ini bolehlah disamakan dengan sifat seorang hamba. Makanya, “Duli” membawa pengertian tentang sifat seorang hamba.
Manakala, ungkapan “Yang Maha Mulia” pula dimaksudkan oleh orang Melayu lama sebagai Allah. Ini kerana Allah itu adalah tuhan bagi orang-orang Islam dan hanya Allah yang memiliki segala-gala yang berada di alam semesta ini. Yang Maha Berkuasa lagi Yang Maha Mulia. Maknanya, penggunaan ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” kepada sultan sememangnya tidak salah untuk digunakan kerana ianya adalah simbol ataupun lambang bahawa sultan-sultan adalah hamba ataupun khalifah kepada Allah di bumi untuk menjalankan hukum-hukum Allah.
Begitulah berseninya ketamadunan Melayu dalam menyampaikan laras bahasa. Maka kita sebagai generasi baru hari ini janganlah cepat melatah tanpa melakukan sebarang pengkajian usul periksa. Sesungguhnya ilmulah yang membezakan di antara mereka yang cerdik dengan mereka yang dangkal.
Penulisan : Khir Azril

19 Jun 2016. Ifthar Jamaie Ahli Ta'lim NGO KISWAH

19hb Jun 2016 - Ahad. Ifthar Jamaie ahli Majlis Tafaqquh dan Ta'lim KISWAH. Terima kasih kepada semua yg menyumbang dan berkongsi hidangan pada majlis yg penuh barokah ini. Ukhuwwah fillah lestari ke syurga..





Allahu Haqq! Hidayah Seluruh Alam!

Penagguhan Kelas al-Quran Ta'lim NGO KISWAH dan Pengijazahan Selawat - 31 Mei 2016

31 Mei 2016. Kelas Quran terakhir sebelum Ramadhan. Ada majlis penangguhan, baca kitab sikit bab puasa, pembacaan selawat syifa' dan tafrijiyyah serta pengijazahan dan jamuan kek pisang yg ditaja saudara razali hospital. Terima kasih.. jumpa lagi selepas raya nanti.



Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

I'tikad Manusia Tentang IRADAH ALLAH - Majlis Ta'lim NGO KISWAH

I'tikad manusia berkenaan SIFAT IRADAH ALLAH dan Asbab Musabbab. Apa dia ASBAB, MUSABBAB, DARUL ASBAB dan MUSABBIBUL ASBAB. Pengajian di Ta'lim KISWAH setiap Ahad 10 - 12 tgh.


Amalan Menyapu Mata Ketika Azan "Muhammadur Rasulullah.."

"Ketika azan selepas "Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah" kita baca doa ni sambil mengusap mata dgn atas ibu jari tangan dan kiri. - disebut dlm kitab mazhab syafie - I'anatut Tolibin dgn disebutkan sumbernya. In sya-Allah tak akan buta dan terkena penyakit mata.Setengah kitab menyatakan ia adalah riwayat dr Saidina Khidir alaihis salam.." pengajian di Ta'lim Kiswah pagi tadi.



Kenangan Seminar Fiqh 2 - Istihadah dan Nifas 22 Mei 2016

Kenangan "Seminar Fiqh Nisa 2 - Istihadah dan Nifas pada 22 Mei 2016 Ahad lepas. Anjuran NGO Pengubatan Islan Ruqyah Syariyyah (KISWAH) diKiswah Rawatan Islam Temerloh depan hospital. Semoga peserta mendapat istifadah dr program tempoh hari.





Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Suasana Di Kelas Mengaji al-Quran NGO KISWAH - Majlis Ta'lim KISWAH

Full house.. meriah sungguh malam ni... Semoga diberkati dan dipermudahkan Allah Jalla Jalaaluh...


Musibah Di Pusat Rawatan Bandar Temerloh Dinaiki Air - 15 Mei 2016

15 Mei 2016. " Pusat Kiswah Rawatan Islam Temerloh atas SSM Temerloh mengalami sedikit musibah apabila mengalami masalah paip dan banjir di Tingkat 3. Karpet terpaksa dibuang dan tidak boleh digunakan lagi. 

Kami dgn rendah hati mengalu2kan sumbangan berbentuk RM untuk menyediakan karpet baru yang dianggarkan bernilai RM600.Demi untuk keselesaan pesakit dan memudahkan NGO KISWAH terus berkhidmat membantu masyarakat yang memerlukan. 

Proses membersihkan sudah masuk hari kedua. Segala keperihatinan dan bantuan tuan puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.







Allahu HaQ Hidayah Seluruh Alam!

Kenangan Seminar Fiqh Nisa' - Haid dan Ibadah Muslimah - Pada 24 April 2016

24 April 2016 Seminar Fiqh Nisa' - Bab Haid dan Ibadah anjuran NGO KISWAH di Kiswah Rawatan Islam Temerloh depan hospital Temerloh. Lebih 100 peserta hadir. Terima kasih kpd semua ajk dan ahli Kiswah yg sudi taja jamuan. Semoga peserta mendapat faedah dr majlis ini. Ampun maaf segala kekurangan. Jumpa lagi di Seminar akan datang.










Allahu Haq! HIdayah Seluruh Alam!

Majlis Ilmu Setelah Setiap Kali Rawatan Ruqyah di KISWAH Tentang Rawatan Sendiri Di Rumah

Majlis ilmu bersama pesakit selepas setiap kali selesai seisi rawatan ruqyah tentang kaedah rawatan sendiri di rumah. Sabtu mmg agak ramai pesakit. Kami juga akan mengijzahkan amalan rawatan. Semoga lekas sembuh.. Amin....


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Dikunjungi Senior KISAS - 23 April 2016

23 April 2016. Dikunjungi oleh abang2 senior - legend2 ex kisas AbangAhmad Fakhrurrazi, Abg Mohd Rifahmi A Musikin dan Abg Hifdzi di Kiswah Rawatan Islam Temerloh. Ukhuwwah fillah abadan abada


Membaca Ruqyah Dengan Menggunakan Speakar

Ramadhan kareem Ya Ikhwani..

"Rawatan ruqyah di kedua2 pusat rawatan kami menggunakan speaker untuk menguatkan lagi suara bacaan 33 ayat manzil tersebut. Kami membacakan sepenuhnya ruqyah syariyyah beserta khutbah, doa kesembuhan dan selawat2 pilihan.. Biar bergema menusuk ke kalbu jin dan manusia..."



Allahu haq! Hidayah Seluruh Alam!

04 June 2016

Ahlan Sahlan Ya Ramadhan 1437 H / 2016 M Dari NGO Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia KISWAH

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1437H / 2016

Ahlan Ya Ramadhan...
Saya dan warga KISWAH mengucapkan RAMADHAN KAREEM kepada semua khususnya kepada ahli keluarga KISWAH dan semua muslimin muslimat di mana sahaja anda berada...
Semoga kita berjaya mengharungi ujian2 keimanan sepanjang madrasah Ramadhan ini. Semoga kita beroleh ijazah TAQWA sebagai hasil kepada amal soleh yang dilakukan ikhlas kepada Allah Taala sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga kita berjaya mendapat mutiara2 berharga yang hanya didapati di bulan Ramadhan untuk menjana kekuatan keimanan bagi menempuh ujian2 mendatang di 11 bulan yang berikutnya...
Di dalam satu hadis Nabi saw menyatakan bahawa jika baik prestasi Ramadhan seseorang pada tahun itu maka 11 bulan yang mendatang juga akan baik kerana Ramadhan adalah penghulu buat sekalian bulan... Baiklah penghulu maka baiklah 'anak2 buahnya'.
Semoga kita menjadi orang yang bertakwa dan menjadi INSAN RABBANI yang sejati... Berkata ulamak; apakah maksud insan rabbani": Merekalah: " Allazina Yamsyuna fil ard bi qulubi ahlil akhirah" Iaitu mereka yang berjalan di atas bumi sedangkan hatinya dinisbahkan kepada akhirat; hatinya adalah hati AHLI AKHIRAT.
Saya memohon jasa baik dari semua ahli keluarga KISWAH dan sahabat2 seperjuangan semua agar berdoa khusus di bulan Ramadhan ini agar Allah mengurniakan kecekalan, semangat juang yang tinggi, terhindar dari fitnah akhir zaman, dan keikhlasan luar biasa untuk meneruskan perjuangan memartabatkan perjuangan perubatan ISLAM yang sebenar di negara kita..
Saya juga mohon doa dari anda semua agar semua pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah dapat bersatu hati memartabatkan perubatan Islam di negara kita berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiada kita miliki.....
Ini kerana ribath ukhuwwah di kalangan mereka yang berjuang di jalanNYA merupakan prasyarat utama untuk mendapat NUSRAH; pertolongan dariNYA... Semoga Allah mengurniakan kita nikmat MALAM LAILATUL QADAR.... AmIn Ya RABB....
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....
Bersama2 Muhasabah dan Muaqabah diri untuk Muraqabah menuju Allah...:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...