**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 May 2012

Temerloh Berselawat; Masjid Temerloh Jaya 30 Mei 2012

Julung2 kali diadakan di bumi Temerloh yang dahagakan majlis solawat sebegini

 Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah KISWAH diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini. Kami ke masjid Temerloh Jaya setelah melakukan tugasan di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Temerloh...

bersama anak murid Saudara Syihan Suzuki
Saya pergi bersama al Fadhil Us Shami Husin atau lebih dikenali dengan panggilan Nassier Wahhab Mentakab...

Masya Allah, ramai sungguh hadirin yang hadir.. Sahabat2 lepasan Azhar pun turut kelihatan. Sahabat2 pondok dan 1001 lagi latarbelakang masyarakat yang hadir.
Patut dipuji selawat dan rawi dipaparkan di screen berserta terjemahan

Program diberi nama:

"Majlis Mahabbatur Rasul saw dan Cinta Masjid'.

Terima kasih masjid Temerloh Jaya, Kadi dan Timb Kadi Maran yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini walaupun daerah Temerloh bukan di bawah 'jajahan mereka', Darul Murtadza dan Habib Ali Zainal Abidin dan semua...

Bumi Temerloh memang tandus dengan majlis solawat dan majlis Rasululllah sebegini..

Inilah julung2 kalinya diadakan..
Terima kasih al habib atas ilmu yang diberi

Semoga dapat diadakan lebih kerap lagi... Orang2 Temerloh memang tidak biasa dengan majlis selawat berserta percussionnya sekali di dalam masjid.. Setahu saya, inilah pertama kali diadakan..

Majlis tamat dengan Solat Isyak berjemaah diiringi hujan rahmat yang mendinginkan jasmani dan rohani Insya Allah..
Majlis ilmu, solat Isyak maka bumi Temerloh dibasahi hujan rahmat. Alhamdulillah

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..

29 May 2012

Kenangan Seminar 4 KISWAH di KISWAH Temerloh 26 Mei

Alhamdulillah seminar berlangsung dengan meriah dan harmoni

 Assalamualaikum semua..

Di kesempatan ini saya mengucapkan infiniti terima kasih kepada semua peserta dan semua individu yang berusaha menjayakan seminar kita pada kali ini.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah bilangan peserta kali ini menepati sasaran KISWAH.

Terima kasih kepada Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) seluruh negara yang hadir pada seminar 4 ini.. Antara JURUS yang hadir adalah dari Teluk Intan, Sungai Besar, Kota Tinggi, Kuantan dan Bentong.

Tidak ketinggalan orang2 perseorangan yang hadir memeriahkan seminar..

Bacaan ruqyah oleh Ustaz Nazri JURUS Sg Besar

Majlis kali ini diselangselikan dengan bacaan qasidah yang dibawa oleh al Fadhil Us Nazri al Hafiz..

Seminar 4 padi kali ini bolehlah dikatakan sebagai seminar pertama (modul 4 pagar rumah kanser dan strok) dan terakhir pada tahun ini.

Praktikal juga kepada perawat ruqyah KISWAH

Kemungkinan juga saya tidak akan menganjurkan apa2 lagi seminar pada tahun depan kecuali untuk memenuhi beberapa 'ceramah pendek' anjuran badan2 sekitar Pahang tanpa ijazah.. Itupun jika diizinkan Allah. Ini kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada beberapa 'projek' KISWAH pada tahun hadapan.

Sesi rawatan ruqyah kepada peserta

Terima kasih Tuhan kerana nikmat yang tidak terhitung ini...



Ukhuwwah Fillah lestari selamanya

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

27 May 2012

Majlis Mahabbah Rasulullah Saw di Masjid Temerloh Jaya 30 Mei 2012



Assalamualaikum semua..

 Timb Qadi Daerah Maran Ustaz Amin memberi sms kepada saya berkenaan hebahan satu majlis "Maulid dan Solawat" yang julung-julung kalinya diadakan di Daerah Temerloh ini:

Majlis Mahabbah Rasulullah saw

Anjuran Masjid Temerloh Jaya

Bersama Darul Murtadza

Tetamu: Habib Ali Zainal Abidin 

30 Mei 2012

Di Masjid Temerloh Jaya

Waktu bermula: Maghrib

Semua muslimin dan muslimat sekitar Temerloh dijemput hadir.

25 May 2012

Jangan Lupa Seminar KISWAH Modul 4 Esok di KISWAH Temerloh



Asslamualaikum kepada semua peserta seminar KISWAH modul 4 yang pertama diadakan di Malaysia..

Ahlan bikum wa sahlan bikum..

Selamat Datang..

Welcome..

Kepada semua peserta yang sudah mendaftar melalui sms dan yang belum mendaftar ke teratak kami yang tidak seberapanya di Temerloh ini.

Segala kekurangan, kami dahulukan dengan ampun maaf tidak terhingga ikhlas dari lubuk hati kami yang paling dalam..

Ahlan wa sahlan ..

Kepada semua ahli keluarga KISWAH dari Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah dari seluruh negara yang bakal hadir pada besok hari..

Alangkah terharunya hati ini mengenangkan pengorbanan anda yang datang dari jauh semata-mata untuk menuntut ilmu yang sekelumit dari madrasah KISWAH yang terpencil dan tidak diketahui ramai ini...

Ahlan wa sahlan kepada semua..

Inilah medan kita kembali menautkan mahabbah dan mawaddah sesama kita para pejuang perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah di seluruh negara...

Bersamalah kita bersatu hati dan roh memperjuangkan khazanah Rasul saw yang tercinta..

Ribatkan ukhuwwah lestarikan ia sehingga ke syurga...

Ceria damaikan jalan perjuangan kalian menentang kesyirikan, takhayyul dan penipuan dengan belaian zikrullah dan qasidah di dalam dakapan kasih sayang Rabbul Jalil dan Rasul Bongsu saw...

Ahlan wa sahlan kepada semua...

Semoga Allah menganugerahkan rimbunan ukhuwwah kita dengan embunan keikhlasan dan memadamkan hati kita dari bara hasad dengki serta berburuk sangka...

Ahlan wa sahlan kepada semua..

Sesungguhnya Allah senantiasa Maha mengintai hati kita. 

Intai dan intiplah hatimu demi berwaspada dari dicerobohi bongkak takabbur yang hanya memakan pahalamu yang sedikit lagi muflis itu..

Justeru;  istikhlas dan ikhlaskan dirimu walaupun agak sulit sehingga diumpamakan ikhlas itu ibarat seekor semut hitam, di atas batu yang hitam, di dalam gua yang gelap di malam yang likat dengan kepekatannya.. 

Namun berusahalah....

AHLAN WA SAHLAN KE SEMINAR 4 KISWAH;

"PULIH RUMAH, RAWATAN STROK DAN KANSER'

5 RAJAB 1433 BERSAMAAN 26 MEI 2012

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

23 May 2012

Laylatul Raghaib.. Malam di Mana Benih Rasulullah 'Lekat' di Rahim Bondanya



Doa Abbas yang diamalkan dan diajarkan oleh guru kami. Doa diamal sepanjang bulan. Selamat menyambut bulan Rejab!!!


Selamat menyambut bulan Rajab al Murajjab..... Bulan yang sangat istimewa di dalam agama!

Seperti yang diberitahu oleh guru kami  bahawa Jumaat pertama di dalam bulan Rajab merupakan malam Lailatur Raghaib iaitu malam di mana Baginda Nabi Muhammad saw 'lekat' di dalam rahim bondanya Saidatina Aminah RA....

Di luar negara seperti di Syam dan Turki malam ini disambut meriah dengan zikrullah, khatam khawajakan, maulid dan solat malam...

Jadi sambutlah malam ni dengan amal ibadah.. paling kurang dengan zikir, selawat dan bangun solat malam...

Selamay Menyambut Laylatur Raghaib!!!

We ask support from our master, and we ask for support from our Lord Almighty and from
the Prophet (s). Tonight is a very precious night laylat ar-raghaib,
'the Sacred Night of Desires'. It is one of the most important nights
in Islamic history for all human beings. It is the night that the
...Prophet (s) was transferred from his father to his mother's womb.
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

22 May 2012

Pengijazahan Hizib Imam Nawawi, Solawat Munjiyah dan Solawat Fatih Pada Seminar 4 KISWAH Sabtu 26 Mei 2012 Minggu Ini

Semoga Allah merahmati pertemuan kita di Seminar 4 KISWAH pada kali ini. Amin Ya Rabb...
 
Assalamualaikum semua...

Kepada semua yang sudah mendaftar Modul 4 Seminar KISWAH pada 26 hb Mei Sabtu ini jangan lupa untuk menghadirkan diri ye..

Ini adalah seminar 4 yang pertama setelah hampir 3 atau 4 tahun seminar KISWAH dianjurkan. Seminar 4 yang berikutnya boleh jadi akan diadakah kembali hanya pada tahun depan.

Pada kesempatan ini saya memaklumkan bahawa beberapa pengijazahan akan diberikan pada penutup seminar pada kali ini.

IJAZAH RUQYAH SYARIYYAH

HIZIB IMAM NAWAWI

SOLAWAT MUNJIYAH

SOLAWAT FATIH

Insya Allah kita berjumpa pada hari seminar nanti.. Jangan lupa untuk datang awal.

Semoga Allah tidak jemu membekalkan kita dengan ketulusan dan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiasa kita miliki. Insya Allah..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Kepada yang belum mendaftar. Sila daftar di:





Ahlan Wa Sahlan Kepada Semua....

KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH

“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 4 )”

Pulih Kediaman, Rawatan Strok dan Kanser

TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja"

Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.com/

ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH

YURAN PENYERTAAAN : RM 70.00 (Kos seminar, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta)


TARIKH : 26 MEI 2012 ( Sabtu )


MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang


TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.

TENTATIF PROGRAM

8.00: Pendaftaran peserta

8.30: Tanda-tanda rumah berhantu

9.15: Kaedah Pulih Rumah

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

11.30tgh: Rawatan Strok

12.30 tgh: Rawatan Kanser

1.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.30ptg: Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus

3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.00: Bacaan Hizib Imam Nawawi dan Selawat Fatih serta Azimiyyah

4.30: Majlis Pengijazahan

5.00: Solat Asar

5.15: Bacaan Ringkas Sairus Salikin dan Maulid

5.45: Fotografi dan Jamuan Ringan


Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip;SMNR4, Nama Penuh:__, No.KP:__,  Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR4 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH

Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…

Pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:

017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )

21 May 2012

Ahlan Wa Marhaban Ya Syahra Rajab al Murajjab 1433H



Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Rajab al Murajjab, 1 Rajab jatuh pada tanggal 22 Mei 2012. Antara sambutannya adalah malam Laylatur Raghaib (Jumaat malam pertama Rajab; malam di mana benih Rasulullah saw lekat di rahim bondanya) dan Malam Isra' Mi'raj (27 Rajab)...

Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Nabi saw bersabda,""Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku".


KEUTAMAAN BULAN RAJAB


Beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menunjukkan kelebihan bulan rajab:

1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2.Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3.Kemuliaan Rajab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4.Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5.Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6.Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7.Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8.Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).

9.Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi
minum air dari syurga.

10.Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa itua.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11.Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12.Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar,dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan -

"Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa."

- "Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TA’AALA."

"Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat."

- "Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan."

- "Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga."

- "Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.:

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini ?"

Maka berkata Jibrilb a.s.:

"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca sholawat untuk engkau dibulan Rajab ini".

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM melalui sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’AALA.
Lalu saya bertanya kepada beliau:

"Ya Rasulullah mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda :

"Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka". Sabda beliau lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur".
Tsauban bertanya:

"Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?" Sabda beliau: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat karena ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi:
"Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku". "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Satu lagi hadist yang cikup menggetarkan hati, Rasulullah bersabda :

"Apa bila datanghari kiamat berserulah malaikat 'Dimanakah orang orang yang suka menghormati bulan Rajab?' lalu keluarlah sebuah NUR dan malaikat Jibril dan Mikail 'Alaihi salam mengikuti Nur itu, serta merta mengikutlah orang orang yang menghormati bulan Rajab, kemudian mereka melewati Sirthatal Mustaqim secepat kilat yang menyambar. Bersujudlah mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta'aala karena bersyukur dapat melewati Sirath dengn selamat, lalu Allah Berfirman : "Wahai orang orang yang suka menghormati bulan rajab, angkatlah kepalamu pada hari ini, kamu telah menunaikan sujud dunia pada bulanku, sekarang berangkatlah menuju tempat tempatmu "

Allah Subhanahu Wa ta'aala.Malaikat Jibril dan Mikail Alaihi Salam memanggil orang orang yang menghormati bulan rajab dengan RAJABIYYUUN...

Sahabat Ku,mengenai riwayat siapa dan dhoif atau tidaknya hadist diatas Wallahu'alam Bishowab..

Yang Paling penting adalah Inna a'maalu Bin Niiyah.., Niat kita berpuasa, berdzikir, juga bersholawat Nabi, semata mata hanya ingin lebih dekat lagi dengan Allah, ingin berbuat amal kebajikan se banyak banyaknya, ingin bisa memasuki surgaNya, ingin mendapat Rahmat dan Ridhonya, kalau saya pribadi ingin sekali menjadi HambaNya dipanggil RAJABIYYUUN, Insya Allah saya akan memakai moment ini untuk lebih dekat dan dekat lagi kepada Allah....

Perkara diterima atau tidaknya amal Ibadah Kita Bukanlah manusia yang menentukan, tapi itu semua adalah Hak Allah semata...

Semoga bermanfaat....

PS : 1 Rajab Jatuhnya hari Senin Tanggal 3 Jun 2011

oleh :Al habib Abu Bakar Alhabsyi



Etiquette of Rajab(Adab dan Amalan Bulan Rajab al Murajjab)
Rajabun Shahrullah - 'Rajabis the month of Allah'

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ إِلَىالْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ
لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

"Praise be to God Who has enraptured His servant by night from the
Sacred mosque (Mecca) to the Farthest Mosque (Masjid al-Aqsa)." [17:1]


:
Nightly Devotion

1. Wake up two hours before Fajr.
2. Niyyat:

Nawaitul Arbain
Nawaitul Atikaf
Nawaitul Khalwa
Nawaitul ‘Uzla
Nawaitur Riada
Nawaitus Suluk
Lillahi Ta’alal ‘Adhim fi hadhal masjid (or fi hadhal jami’)

3. 2 rakaat salat al-wudu
4. 100x Ya Halim (for removing anger)

100x Ya Hafiz (for removing affliction)

(Imagine yourself in the blessed Garden in front of the maqm of the
Prophet (s) (al-Rawda) facing Rasulallah and saying 100x “Allahumma
salli ‘ala Sayyidina Muhammadin wa ‘ala ali Muhammadin wa sallim”,

To have the intention that Allah makes me meet spiritually with
Rasulallah (s), Imam Mehdi (as) and Mawlana Shaykh)

5. Du’a

(i) “Ya Rabbi ‘izzati wal ‘azamati wal Jabbarut”

(ii) Move 3 steps forward, right leg first, facing qiblah and say,

“Ya Rabbi, I am moving and stepping forward for Maqam al-Fana fil Lah,
Oh Allah Subhana wa Ta’ala, I am asking you to vanish me in Your
Existence and, Ya Rabbi, I am moving toward your ocean of Unity, the
Ocean of Wahdaniyyah, Ya Rabbi, don’t reject me until I reach the
unique Maqam al-Fardani.”

“Ya Rabbi, since this month is your month – Rajabun ShahrulLah – I
came to you as a weak guest and intending to worship You, without
asking anything in return. My aim, my goal s You and that is why I am
coming, please don’t reject me.”

“Ya Rabbi, all my life I spent in kufr and shirk and bad behavior and
I am declaring 100% that I did not do any ‘amal that is accepted by
You. You are Allah, Ant Allah, Who never threw away anyone that came
to Your door. Ant Allah that no one came to Your door by his ‘amal
but by Your grant and reward.”

“Ya Rabbi, I am coming o your door and coming to you, declaring and
confessing that I am wrong and I want to declare and announce my Islam
and enter into Islam newly. Ya Rabbi, I have given everything into
Your hands – my life, my death, after my death, Judgment Day and all
my things I have transferred to You and You are the One Who controls
me.”

“Ya Rabbi, I don’t possess anything with my nafs and my soul. I
cannot give good to myself or bad to myself, or life to myself or
death to myself, but I have transferred all my accounts and all your
judgment on me and all your questions to me and all my answers I have
transferred to you. Whatever You want to do with me, You do. My neck
is in Your hand. I am helpless from answering Your questions, even
the smallest answer I cannot answer. With all this weakness and
helplessness and hopelessness I am coming to Your door.”

“Ya Rabbi, if you had 2 doors for your servant to enter through; one
for the believers from Your servants and one for the kafir from Your
servants, I am coming to You from the door that the kafir needs to
come through and I am declaring that believing that this is the only
door for me to come through. I am saying to you that I have to renew
my Iman and Shahada and this ‘amal and this Shahada is the 1st ‘amal
for me after I am pronouncing the Shahada and entering Islam and You
are my Wakil.”

a) “Ya Wakil. Hasbun Allah wa Ni’mal Wakil. Wa la
hawla wa la quwwata `illa bil Lahil ‘Aliyyul ‘Adhim.

cool.gif (Shahada 3x with raised finger)

“Ya Rabbi, as Grandshaykh Shaykh Abdullah al-Fa`izi ad-Daghistani and
my Shaykh Mawlana Shaykh Muhammad Nazim al-Qubrusi al-Haqqani as they
made seclusion in this month and whatever niyyat (intention) they
made, Ya Allah, let me be joined with their niyyat, because my tongue
cannot say what is necessary to be said, so please share my niyyat
with theirs. With this intention I come to your door.

“Ya Rabbi, from the day of Alastu bi Rabbikum, Qaalu bala – whatever
there was of promise from me to You, I accept and promise to do it
all. Ya Rabbi, Ya Allah, from the day You created my atom, my Dharra
and from the day You brought up my soul, and from the day my soul came
from absolute abstract to existence, until our day, how much of the
disobedience has appeared from me and my Dharra and from my soul and
my body spiritually or physically - Zahiran wal Baatinan, I am
regretting them all and regretting what I did and coming back to You
asking forgiveness and repentance.”

“Ya Rabbi, I entered and I moved into the ocean of blessings of Your
praised month. Ya Rabbi don’t reject me from your door and don’t
leave me to my ego for the blink of an eye and I am asking forgiveness
by saying,” (Astaghfirullah 70X)

6. Now sit down

a) Cover yourself with light white cloth

cool.gif Light candle

1. Fatiha – (with intention of being dressed with the
manifestations (tajallis) that come down to Mecca)

2. Amana Rasul

3. 7x Alam Nashrak

4. 11x Surat al-Ikhlas

5. Surat al-Falaq

6. Surat al-Nas

7. La ilaha `illal Lah 10x

8. Salawat 10x

9. Du’a “Ila Sharafin Nabiyyi (s) wa `alihi wa
sahbihil kiram, wa ila mashayyikhina fit tariqatin Naqshbandiyyatil
‘Aliyya, khassatan ila ruhi imamit Tariqa wa Ghawthil khaliqa Shah
Bahauddin Naqshband Muhammadil Uwaysil Bukhari, wa `ila Mawlana
Sultanil Awliya Shaykh ‘Abdullah al-Fa`izi ad-Daghistani, wa Shaykhun
Mawlana Shaykh Sultanul Awliya Shaykh Muhammad Nazim al Haqqani”

10. Surat al-Fatiha (with intention of being dressed with the
manifestations (tajallis) that came down to Medina)

11. 5000x Allah (silent)
5000x Allah (loud)

12. Salatul Najat

13. Salatush Shukr

14. Salatut Tasbih

15. Salatut Tahajjud

16. Salawat 1000x

17. Surat al-Ikhlas 100x (intention for one juz Qur`an)

18. Salawat 100x (instead of Dala`il ul Khayrat)

19. 500x Ya Samad (intention to eliminate the bad aspects of the ego)

20. 500x Astaghfirullah (intention that from the day of creation of
my soul to the present day for Allah to forgive my sins)

21. 500x Astaghfirullah (intention that from the present day to the
last day on earth Allah will protect against sins)

22. 500x Alhamdulillah (because Allah did not create me from the
nation of other prophets)

23. 500x Alhamdulillah (because Allah has created me from the nation
of Rasul Allah and honored me by Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, Abdul
Khaliq al-Ghujdawani, Shaykh Sayyid Sharafuddin ad-Daghistani, and
honored me by Grandshaykh Shaykh Abdullah al-Fa`izi ad-Daghistani and
honored me by making me a follower of Mawlana Shaykh Muhammad Nazim
al-
Haqqani)

{{{{{{{{{{{{{ Invocation (du`a) for month ofRajab}}}}}}}}}}}}}}}}}}

This is the du'a of the Saint ofRajab. to be read 3x daily as
prescribed by our Grandshaykh Mawlana Shaykh Muhammad Nazim and his
deputy Shaykh Hisham al-Kabbani.

audu billahi min ash-shaytan ir-rajeem

The du'a is:

Bismillah ir-Rahman ir-Raheem

Allahuma innee istaghfiruka min kulli maa tubtu lahu ilayka thumma
'udtu feeh. wa istaghfiruka min kulli maa 'aradtu bihi wajhika wa-
khaalatanee feehi maa laysa feehi ridaak. wa istaghfiruk li-ni`am
allatee taqawwaytu biha `ala ma`aseeyatik. wa istaghfiruka min aadh-
dhunub allatee laa ya`lamahu ghayruka wa laa yattali`u `alayha ahadu n
siwaak wa laa yasa`uha illa rahmatika wa la tunjee minha illa
maghfiratuka wa hilmuka. laa ilaha illa-Anta, subhaanak! innee kuntu
min adh-dhaalimeen.

Allahuma innee istaghfiruka min kulli dhulmin dhalamtu bihi `ibadaka.
Fa ayyaama `abdin min `ibaadik aw `amatin min 'imaa'ika dhalamtu fee
badanihi aw `irdihi aw maalih fa `atihi min khazaa'inik allatee laa
tanqus. Wa as'aluka an tukrimanee bi-rahmatika allatee wasi`at kulla
shay wa laa t`uheenanee min `adaabik wa ta`teeayanee maa as'aluka fa-
innee haqeequn bi-rahmatik ya arham ur-Raahimeen. wa salla-Allahu `ala
Sayiddina Muhammadin wa `ala alihi wa sahbihi ajma`een. wa laa hawla
wa laa quwatta illa billah il-`Alee ul-'Aadheem

In the name of Allah, the All-Beneficent, the All-Merciful

O Allah, I ask forgiveness of You for everything for which I repented
to You then returned to. And I ask forgiveness of You for everything I
displeased You with and all that concerns me with which You are
displeased. And I ask forgiveness of You for the favors which I used
for increasing my disobedience towards You. And I ask forgiveness of
You for the sins which no one knows except You and no one sees except
You and nothing encompasses except Your Mercy and nothing delivers
from except Your forgiveness and clemency. There is no god except You
alone. You are the Most High, and I was one of the [self] oppressors!

O Allah, I ask forgiveness of You for the injustice I committed
against Your servants. Whatever of Your male or female servants whom I
have hurt, physically or in their dignity or in their property give
them of Your bounty which lacks nothing. And I ask You to honor me
with Your mercy which encompasses all things. Do not humble me with
Your punishment but give me what I ask of You, for I am in great need
of Your mercy, O Most Merciful of the merciful. May Allah send
blessings upon Muhammad and upon all his companions. There is no power
and no might except in Allah the High, the Exalted.

Blessings and Peace upon Sayyidina Muhammad, his Family, and his
Companions.

Selamat Beramal!

20 May 2012

Video Maulid Terakhir Bersama al Marhum Sheikh Raja Ashman di Malam Kemangkatan Baginda




Assalamualaikum semua, dustur wa madad...

Ini adalah video maulid terakhir al Marhum Tuanku Sh Raja Ashman beberapa jam sebelum dijemput Ilahi pada malam Jumaat dan suasana dingin dan dihujani tangisan alam... Kebetulan hamba yang hina dina ini menziarahi Tuanku Sheikh di zawiyah dan kebetulan terasa benar2 ingin merakamkan maulid pada malam tersebut, padahal sangat jaranglah hamba merakam maulid di zawiyah...

Pulang dari majlis zikir pada malam 29 30 Mac, tuanku sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah as Sulthani dijemput kembali bertemu KEKASIHNYA yang abadi Rabbul Jalil..

Sebenarnya diri ini amat berat hati untuk mengupload video ini, kerana apabila menontonnya maka diri ini berasa amat tidak kuat untuk  menahan rindu kepada al Marhum. Namun atas permintaan ramai untuk menyaksikan video tersebut, maka hamba yang serba kekurangan ini meng'upload' dua video ini untuk tatapan semua...



Kepada al Marhum Shaykh Raja Ashman kita hadiahkah bunga2 pahala al Fatihah kepada baginda.. Al Fatihah...

Kisahnya terdapat di link sini:

http://www.rawatanislam2u.com/2012/04/selamat-jalan-guruku-al-fatihah.html

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Bihurmatil Habib al Fatihah..

19 May 2012

Majlis Mahabbah Rasululah saw di Pondok Pak Kob Chenor


Abang Wan, Cikgu Adib dan Us Shami

 Assalamualaikum semua...

Pada hari Sabtu 19 hb Mei saya dan KISWAH telah dijemput oleh Us Barakatullah, Pondok Pak Kob Kg Pantai Chenor Pahang untuk menghadiri Majlis Mahabbah Rasulullah saw dan kenduri perkahwinan beliau..


Masya Allah Tabarakallah, hamba yang hina dina ini diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadiri majlis yang dihadiri para tok guru dan alim ulamak yang disegani ummah. Terasa kerdil, jahil dan lemah benar hambaMu ini Ya Allah..

Tuan Guru Tokku Hj. Ibrahim Muhamad Alsyathariy Pulau Manis (kiri) dan al Fadhil Tuan Guru Ustaz Syed Suhaimi b Syed Hasan Abdul Hadi

Antara tetamu yang hadir pada majlis ini adalah Mudir Madrasah Bukit Jong Terengganu, al Fadhil Tuan Guru Ustaz Syed Suhaimi b Syed Hasan Abdul Hadi yang memberikan tausiyyah yang cukup bertenaga pada hari tersebut dan Tuan Guru Tokku Hj. Ibrahim Muhamad Alsyathariy Pulau Manis berserta rombongan masing2.

Nur, nur, nur.. Anwar...
Saya difahamankan terdapat dua buah bas yang membawa jemaah dari Terengganu. Masya Allah suasana pagi yang dimulai bacaan qasaid dari kumpulan selawat Pondok Bukit Jong dan disusuli tausiyyah dari Tuan Guru Syed Suhaimi dan doa yang menggetarkan jiwa dari Tokku Ibrahim membuatkan majlis pada kali ini cukup meriah dan barakah...

Mahallul Qiyam

Masya Allah kami jemaah kecil dari KISWAH berasa sangat takjub dan beruntung diberi peluang menghadiri majlis sebegini yang turut dihadiri para alim ulamak, tok-tok guru sekitar negeri Pahang berserta anak2 murid masing2... Sementara dari KISWAH yang turut serta pada kali ini adalah Cikgu Adib al Qadahi, Sheikh Wan Chenor dan Ustaz Shami Husin Alif Laam... JazakALLAH khairal jaza' kerana sudi menjemput kami.

Taman Syurgawi, maka bumi Chenor dihujani keberkahan dari Allah hendaknya..
Semoga Allah memberkati lagi bumi Pahang dengan majlis-majlis Rasulullah saw sebegini... Pada waktu-waktu begini, tiba-tiba terkenangkan wajah guru yang mulia serta al Marhum Tuanku Sheikh dan belaian tarbiyyahnya yang lembut dan bijaksana.. Terharu terkenangkan baginda.. Al Fatihah...

..dan besarlah harapan hambaMu yang muflis ini Ya Rabb agar diberi peluang olehMu untuk diadakan majlis-majlis sebegini di bumi Temerloh @ Kuala Semantan sebagai satu khidmat kepada baginda Nabi Muhammad saw satu hari nanti...atau terbinanya sebuah teratak zawiyah kayu yang diwasiatkan oleh al Marhum Tuanku Sheikh.. Doakan Insya Allah.. Amin Ya Rabb.....


Berjumpa lagi di waktu akan datang. Insya Allah..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

15 May 2012

Usaha Menterjemah Mathnawi Maulana Jalaluddin ar Rumi Ke Dalam Bahasa Melayu

 

Maulana Jalaluddin ar Rumi

 10 bulan terjemah Mathnawi Rumi

 
Seperkara yang luar biasa sepanjang menyiapkan Mathnawi akui Dr. Syyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus ialah dia telah diberikan kesihatan yang baik. 
 
PROFESOR bahasa Turki Uthmani, Arab dan Parsi yang terkemuka, Reynolds Alleyne Nicholson mengambil masa selama 40 tahun untuk menterjemah karya agung Maulana Jalaluddin Rumi, Mathnawi Rumi, lebih satu abad yang lalu.

Maka tidak hairanlah sewaktu idea untuk menterjemahkan karya tersohor penyair terunggul Islam yang hidup lebih dari 800 tahun lalu itu diutarakan kepada seorang profesor dari Iran dalam tempoh 10 bulan untuk ia diterjemahkan ke bahasa Melayu, ia dianggap mustahil.

Bahkan, pensyarah Sastera Amerika, Sastera Inggeris dan Sastera Dunia di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Syyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus turut dikatakan berfikiran tidak waras apabila secara tegas meletakkan tempoh 10 bulan untuk usaha itu direalisasikan.

Pun begitu, kata-kata berbaur sinis yang dilemparkan, langsung tidak mematahkan keinginan pensyarah kursus Lanjutan Bahasa Inggeris dan Penulisan Tesis di institusi itu.

Malahan semangatnya semakin membuak-buak apabila menerima kata-kata perangsang berbunyi: "Profesor, kamu tidak memilih Rumi tetapi Rumi memilih kamu."

Kata-kata yang cukup indah itu akui Mohamed Ajmal, sudah cukup menyejukkan dan mendamaikan hatinya.

Berkongsi mengapa beliau terpanggil melakukan terjemahan karya Jalaluddin Rumi dan mengapa gerangan Rumi yang menjadi pilihan, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu berkata, beliau sendiri tidak mempunyai jawapan yang konkrit bagaimana ilham itu datang.

Mohamad Ajmal, 53, yang berkampung dan membesar di Melaka menambah, apatah lagi, dengan kesibukan tugas hakikinya sebagai seorang pensyarah pelajar lepasan ijazah.

Mawlawiyyah


Satu ibadat

"Ia datang dengan tiba-tiba dan tanpa saya rancang. Ia seolah-olah diilhamkan oleh Allah SWT. Saya sendiri pelik mengapa saya pilih Maulana Rumi, walaupun bidang pengkhususan saya ialah sastera dan tumpuan semasa mendapat ijazah-ijazah pengajian tinggi ialah dalam bidang sastera Barat iaitu, sastera Amerika dan sastera Inggeris.

"Meskipun salah satu daripada pengkhususan saya untuk ijazah doktor falsafah ialah sastera dunia dan saya pernah terbaca hasil karya Rumi ketika itu tetapi pada masa itu ilham itu tidak tercetus langsung di minda.
"Sebab itulah ramai yang pelik dan terkejut. Ini kerana terjemahan sepenuhnya, belum lagi dilakukan oleh ramai orang walaupun karya-karya Maulana Rumi adalah buku berkenaan Islam yang paling laris terjual di Amerika Syarikat untuk 30 tahun lalu," terang Mohamed Ajmal dalam satu wawancara eksklusif dengan Mega, Utusan Malaysia di pejabatnya, baru-baru ini.

Kata Mohamed Ajmal, keyakinan itu turut bersandarkan kepada cubaannya menterjemah kitab Rubaiyat Omar Khayyam yang sekadar 100 muka surat pada April 2008. Pun begitu, sebaik memulakan usaha penterjemahan Mathnawi pada 1 September tahun yang sama iaitu pada hari pertama bulan Ramadan, barulah diketahui bahawa ia terdapat dalam enam jilid.

The Whirling Dervish
 
"Saya mula terbayangkan buku yang saya usahakan sebelum ini, walaupun nipis tetapi bahasanya cukup mencabar. Sebab itulah ia mengambil masa hampir empat tahun untuk siap. Inikan pula buku yang sebanyak enam jilid dan tebal pula.

"Namun, dengan niat untuk menjadikan usaha saya ini sebagai satu ibadat, saya duduk antara lapan hingga 13 jam sehari dengan menulis tangan dan ada ketikanya juga saya menghabiskan sehingga 16 jam sehari. Ini tidak termasuk kerja penyemakan bahasa dengan merujuk beberapa kamus," kata Mohamed Ajmal.
Apa yang diusahakannya itu adalah sebuah karya sunni walaupun karya asalnya adalah dalam bahasa Parsi dan Arab.

Akhirnya, pada 23 Jun 2009 iaitu dalam jangka masa sembilan bulan 23 hari. Kiraan penuh dari mula kerja terjemahan dan suntingan, ia memakan masa setahun, tujuh bulan, 21 hari.
Produk yang telah disempurnakan itu telah menjejak dengan rapi prinsip-prinsip penterjemahan yang kebetulan serasi dengan Nicholson.

Dalam bahasa Melayu juga ia tepat dengan karya asal dan tidak cuba membezakan maksud batin daripada lahir. Karya ini memberikan makna harfiah perkataan-perkataan yang diterjemahkan tanpa menjelaskan, sama ada metafora atau makna mistiknya.

Pendekatan sedemikian membolehkan seseorang memahami isi kandungan buku itu dan mengetahui apakah makna atau makna-makna yang mampu dibawanya. Ia bebas daripada pengaruh penterjemah.
Mohamed Ajmal boleh dihubungi menerusi emel al-aidrus@iium.edu.my

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

13 May 2012

Dalil Penggunaan Tasbih dan Jualan Tasbih 100 dan 200 Biji

Hukum Menggunakan Biji Tasbih

Hukum Menggunakan Biji Tasbih :


Soalan :

Adakah menggunakan biji tasbih dikira sebagai suatu yang bid'ah di dalam Islam atau ia sesuatu yang digalakkan oleh Syarak ?


Jawapan :

Membawa biji tasbih bukanlah satu ibadah, tetapi ia adalah sebahagian daripada adat. Tetapi membilang bacaan tasbih dan zikir dengan benda tersebut bukanlah sesuatu yang bid'ah, kerana RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mengakui perlakuan seorang yang membilang bacaan tasbih dengan menggunakan anak batu atau biji tamar,

Biji tasbih termasuklah dalam kategori-kategori benda-benda itu, bahkan ia lebih baik daripada yang lain kerana kebersihan, penjagaan dan tidak mencemarkan suasana. Oleh itu, membawanya dan menjadikannya sebagai alat untuk mengira bacaan zikir adalah lebih baik daripada menggunakan benda-benda yang terkena najis atau kekotoran.

Untuk itu, saya ingin mengemukakan sebilangan dalil berhubung masalah ini :

1. sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi daripada Safiyyah katanya : RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam pernah masuk untuk menemuiku dan di hadapan ku ada empat ribu biji-biji tamar yang aku gunakan untuk membilang tasbih dengannya, lalu baginda bersabda : "Engkau bertasbih dengan benda ini? Mahukah aku ajarkan kamu sesuatu yang lebih banyak daripada apa yang kamu jadikan untuk membilang tasbih dengannya?" Sofiah berkata: "Ajarkanlah daku". Maka RasuluLLah menyambung : Ucapkanlah :

SubhanaLLah 'adada kholqiHi

Yang boleh dijadikan dalil di sini ialah RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam tidakpun menegah perempuan tersebut daripada mengunakan biji-biji tamar itu untuk mengira tasbih, tetapi baginda hanya mengajar sesuatu yang lebih afdhal daripada itu. Sesuatu yang bukan afdhal bukan semestinya dikira bid'ah.

2. Abu Sofiyah , seorang bekas hamba yang dibebaskan oleh RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam dihampar untuknya hamparan dan dibawakan kepadanya satu bekas yang berisi anak-anak batu, lalu dia bertasbih dengan menggunakan anak-anak batu itu sehingga ke tengahari, kemudian diangkat hamparan. Apabila dia mengerjakan solat (zuhur), dibakan semula lalu dia bertasbih dengannya sehinggalah ke petan." Kisah diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitabnya Zuhud.

3. Ibnu Saad juga meriwayatkan di dalam kitabnya 'At Thabaqat bahawa Fatimah binti Husain bin Ali bin Abi Talib radiyaLLahu 'anhu pernah bertasbih dengan menggunakan benang yang disimpul padanya.

4. Imam Ahmad juga meriwayatkan di dalam kitabnya az Zuhud bahawa Abu Hurairah mempunyai seutas benang yang padanya terdapat dua ribu simpulan. Beliau tidak tidur sehingga beliau bertasbih (sebanyak itu).

Athar-athar (kata-kata dan perlakuan sahabat) berhubuung dengan masalah ini terlalu banyak. Tetapi ini sudah cukup untuk menyekat peluang supaya tidak menghukumkannya sebagai satu bid'ah.

Ibnu Taimiyyah menyatakan dalam Majmu' Fatawanya Jili 5, Hal 225 :

Adapun menghitung zikir dengan biji-biji tamar dan anak-anak batu dan yang sepertinya, maka itu suatu amalan yang baik. Sesungguhnya telah ada sebahagian sahabat RadiyaLlahu 'anhum yang mengamalkan cara ini. RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam sendiri telah melihat Ummu Mukminin radiyaLlahu 'anhum iaitu isteri-isterinya bertasbih dengan anak-anak batu, lalu Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam memperakuinya. Sebagaimana diriwayatkan sesungguhnya Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu telah bertasbih dengan anak-anak batu.


Di dalam athar : Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam kitabnya Tarikh al Kabir jilid 9, hal 99 ertinya :

Berkenaan Abu Sofiah, khadam RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam : "Diriwayatkan daripada Yunus bin Ubaid, beliau berkata kepada ibunya : "Apakah yang pernah engkau tengok mengenai amalan Abu Sofiah?" Jawab ibunya: "Aku telah melihat Abu Sofiah yang merupakan salah seorang sahabat RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dari golongan muhajirin, bertasbih dengan biji-biji tamar".
(Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim, Imam Ibnu Abdul Barri, Imam Abu Hatim al Raazi, Al Hafiz Ibn Hajar al Asqolani dan Ibnu sa'ad)


Rujukan :

1. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

2. Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan

RUJUKAN: www.jomfaham.blogspot.com


Tasbih 200, atau dikenali sebagai tasbih rasmi Naqshbandi. Juga dikenali sebagai Tasbih Sheikh Abdullah Faiz. Kayu: Teras Asam...

Tasbih 100, Kayu Teras Asam

Tasbih 100 Berukir, Kayu Teras Asam

Tasbih 100 Kayu Koka Indonesia
  
Jika berminat, sila click di link di bawah untuk pembelian secara online:

Dapatkan yang original di online store rasmi kami. www.deanjungkiswah.com


11 May 2012

Jualan Burdah / Rida' / Shawl / Selendang Berkualiti dan Dalil Pemakaian Burdah


Soalan kepada Habib Munzir berkenaan Burdah / Rida’ / Shawl

selendang - 2010/01/13 14:37 ا سلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mg sntiasa dlm keadaan kbaikn disisi Allah~

habib, blh bntu sy dalam mcari dalil utk sunnah selendang? pelajar2 seperti habib sendiri dan pelajar2 psentrn/pondok selalu pakai, dan guru mulia habib habib omar pun selalu memakaikanya,, syukrn habib, ana pun ingin amalkannya!! insyaAllah

jazakaAllahu khairan.. maaf jika mganggu habib~ semoga dalam kelembutan rahmat ilahi~


Re:selendang - 2010/01/15 07:46 Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
lebih dari 25 riwayat shahih Bukhari bahwa Rasul saw memakai rida (selendang). para sahabat beliau saw, lagi ratusan riwayat lainnya pada Shahih Muslim dan riwayat shahih lainnya.

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a'lam


Rasulullah memakai rida’

Memakai rida’ (semacam selendang) dan membalik posisi rida’ disunnahkan. Sebagai contoh dalil pemakaian rida’ / burdah  shawl ini berlaku ketika Rasulullah saw menunaikan solat  istisqa, iaitu dengan menaruh kain yang disebelah kiri ke sebelah kanan, dan kain yang ada di sebelah kanan ke sebelah kiri.
Hadis-hadis yang menyatakan dianjurkannya hal ini sangatlah banyak, diantaranya hadis Abu Hurairah, hadits Abdullah bin Zaid, hadis ‘Aisyah yang sudah disebutkan.


Pemakaian dan tindakan membalikan rida’ ini dapat dilakukan setelah berdoa, sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah, atau ketika hendak berdoa, sebagaimana hadits Abdullah bin Zaid Radhiallahu’anahu :

خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المصلى فاستسقى . وحول ردائه حين استقبل القبلة
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam keluar menuju lapangan untuk istisqa’. Beliau membalik rida’-nya ketika mulai menghadap kiblat” (HR. Muslim, no.894)

Budah Coklat Line Hijau

Burdah Hitam Line Coklat Emas

Burdah Biru Line Hijau

Burdah Merah Line Hijau Nipis

Burdah Coklat Line Coklat Cerah

Burdah Hijau Line Hijau Gelap
Semua burdah di atas bersaiz 45 x 70 bidang atau 1 meter x 2.2 meter. Besar dan berkualiti.

Untuk dapatkan Burdah / Selendang / Rida' / Shawl berkualiti Jenama Basrah dari sahabat saya Habib Ahmad Jakarta Indonesia ini Sila dapatkan di:


08 May 2012

Kursus Umrah di KISWAH 4 Mei 2012

Assalamualaikum semua,

Sebahagian gambar kenangan kursus umrah ringkas di KISWAH pada 4 Mei yang lalu. Penceramah jemputan adalah al Fadhil Ustaz Abdul Wahhab al Azhari yang didatangkan khas dari Gemilang Travel.


Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.. Kebanyakan saudara mara saya.

Ayahanda, Haji Abdul Rahman bin Umar, hampir 10 tahun menjadi agen umrah Gemilang Travel.

Pelbagai ilmu yang baru berkenaan ibadah umrah. Terima kasih Us Abd Wahhab yang sangat berpengalaman

Ustaz Abdul Wahhab yang bersahaja menyampaikan pengisian yang sangat informatif. Syukran lakum kepada al Fadhil Ustaz yang sanggup datang dari jauh... BarakALLAHU fikum....

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir berjumlah lebih kurang 40 orang pada hari yang sangat barakah tersebut. Majlis ilmu merupakan taman syurga...
Terima kasih Allah atas nikmatMU yang tidak terkira dan terhingga ini..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

07 May 2012

Usaha Menjatuhkan Mufti Mesir Dr Ali Jummah oleh Wahhabi dan Ikhwan Mesir

Sohibus Samahah al Alim al Allamah ad Duktur as Shaykh Ali Jumaah, Grand Mufti of Egypt.

 
Isu Semasa

Perkembangan terkini dari Al Fadhil Ustaz Muhammad Husni Ginting;(Musnid Hadis Asia yg berada di Kaherah Mesir)

Puak wahabi dan Ikhwan  muslimin ingin menjatuhkan DR Ali jum`ah dari jabatannya sebagai mufti Mesir, sebahagian orang menghina dan dan mengejeknya dan menganggapnya pengkhianat kerana ziarah ke Baitul maqdis.


Mukadimah
  1. "Fatwa" terkini dari Ikhwan Muslimin tak mengherankan kerana dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin dah banyak wahabi. Mereka Wahhabi mengambil peluang ini utk menjatiuhkan  Mufti yang Islam ASWJ. Harap doakan agar Syeikh Ali Jum'ah tidak di singkirkan.
  2. Puak Wahhabi menjadikan masalah lawatan Syeikh Ali ke MBaitul Muqaddis sebagai isu
  3. Berikut adalah penerangan Syeikh Husuni Ginting mengenai dalil melawat ke Baitul Muqaddis
  4. Penegahan sebilangan Ulama' ke Masjidil Aqsa bersandarkan kepada dalil-dalil yang yang dibina atas dasar kaedah maslahah ummah dan melihatkan kepada realiti ummah semasa. Kita memahami dan menerimanya.
  5. Namun demikian, hukum boleh berubah dengan berubahnya masa dan ketika. Tambahan terdapat dalil asal yang jelas sunnah ziarah ke sana. Maka dilihat dari kaedah maslahah ammah kembali mana yang lebih .dominan ketika ini. Apatah lagi Syeikh Ali Juma'ah ke sana memberi maslahah besar untuk ummah di sana dan seluruhnya.
  6. Syeikh Ali Juma'ah telahpun menjelaskan ziarah beliau ke sana TANPA menggunakan visa Israel dan hujah-hujah lain yang kukuh.
Pandangan  serta munaqashah ringkas Al-Fadhil Ustaz Muhammad Husni Ginting:
"Tidak ada dalil yang kuat yang mengaharamkan ziarah dan shalat di Masjid Aqsha, saya sudah lihat dalil2 yang di gunakan Syeikh Ysusf Qardhawi , tetapi dalil tersebut boleh di munaqasyahkan di antara perkara2 yg perlu di perhatikan :

Hadis2 yang menganjurkan Syaddur rihal ke Masjid Aqsha,

2 - Hadis 2 yang menceritakan fadhilah shalat di masjid Aqsha,

3 - Tidak ada fatwa pengharaman dari dulu oleh Ulama2 walaupun Baitul Maqdis di bawah jajahan kaum salib dan lain2,

4 - Rasulullah berziarah ke Baitul Maqdis ketika masih di bawah penjajahan Romawi,

5 - Rasulullah umrah ke kota Makkah yg masih di bawah kekuasaan kafir quraisy,

6 - Tidak ziarahnya kita ke Baitul Maqdis membuat penduduk Baitul Maqdis hidup terkucil dan terputusnya silatur rahim antara umat islam,

7 - pengharaman ziarah ke Baitul Maqdis menguntungkan Yahudi Laknatullah, sebab sudah berpuluh tahun hukum tersebut dijalankan namun tidak ada manfaatnya bahkan yahudi laknatullah semangkin merajalela,

8 - Tidak ada di dalam al-Qur`an dan hadis yg mengharamkan ziarah baitul MAqdis, bahkan sebaliknya di sunnhkan,

9 - Menziarahi umat islam Baitul Maqdis membantu perekonomian mereka,

10 - jika salah seorang dari saudara kamu di masukkan penjara dengan secara zholim, kemudian kamu minta izin sm penjaga penjara agar menjenguknya, apakah itu di nilai menyetujui hukuman tersebut bagi saudara anda, sama sekali tidak sebab anda berziarah untuk kasih sayang adik anda yg di zolimin,

11-tanah anda di curi orang dan orang tersebut menganggap tanahnya, apakah haram anda menziarahi tanah milik anda sendiri yang anda cintai,

12 - Negeri Fathoni dan Singapura adalah negeri islam yang dijajah orang thai dan china, adakah ulama yang mengharamkan berkunjung ke Singapura dan Fathoni Thailand? , dan lain2....."
 Muhammad Husni Ginting
Khabar penting ! Setelah orang-orang wahabi berusaha bagaimana untuk menjatuhkan Azhar Syarif baik dari Syeikh Azhar maupun Mufti , maka mereka mencoba untuk menghancurkan Azhar lewat perlemen, anggota dewan perlemen salafi wahabi Ali Qathomisy meminta kepada perlemen agar membuat undang-undang menjadikan Azhar bukan satu-satunya sumber dasar agama islam di Mesir , dengan begitu mereka ingin hancurkan peranan Azhar di Mesir yang telah berjalan beratus-ratus tahun- ini salah satu permintaan mereka dan ada lagi yang lainnya tertulis di surat kabar Youm Sabi`.

 Rujukan: Shaykh Muhammad Husni Ginting Musnid Asia Mesir

P/S: Tulisan ini tiada kena mengena dengan suasana politik kepartian di Malaysia. Ampun Maaf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...