**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 July 2014

Dalil Dibolehkan Memasang Pelita Pada Malam Tujuh Likur Jika Tidak Mempunyai Fahaman Karut


(Nak buat takpe, tak buat takpe..takde sapa paksa... Yang buat tak pernah pula dengar kata wajib, yang tak nak buat, jangan pula dikata syirik dan haram. Barulah rukun dan bersatu anak beranak, keluarga dan masyarakat kita...)

"Asal sesuatu hukum itu adalah harus; kecuali didatangkan kemudiannya dalil mengatakan ia haram. Malam 7 Likur.. Pasang pelita.. Bagi saya tidak menjadi satu kesalahan. Mengatakan ia sebagai amalan hindu, menerangi rumah supaya roh keluarga yang sudah pergi, mampu jumpa jalan lantas datang menjenguk, malaikat nampak sikit rumah kita bila pasang pelita adalah kata2 penghinaan, perli dan fitnah kepada amalan yang baik ini. Maka, takdirnya, jika ada orang yang berpegang begitu; memang tidak syak lagi ia salah. Jika tiada; maka tidaklah mengapa...

Malah sesuatu yang nabi saw tak buat tidak boleh diistinbatkan ia haram.. Kaedah Usul Fiqh menyatakan; " Tarkus Syai' (binnisbati ilan nabi saw) la yaqtadi tahrimahu." Sesuatu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw; tidak boleh dihukumkan kesemuanya haram.. (Nabi saw tak pernah buat, jadi haram hukumnya kita buat:) Ini satu kaedah fiqh yang salah.. Jika tidak, banyaklah benda haram yang kita buat sebab nabi saw tidak pernah buat..

Orang dulu pasang pelita, lampu dan sebagainya khusus pada malam2 likur (malam ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan; 21; 1 likur, 23; 3 likur, 25; 5 likur, 27; 7 likur, 29; 9 likur) ada sebab2nya:

1) Memeriahkan malam2 terakhir bulan Ramadhan. Kalau di Mesir, mereka memasang 'tanglung arab'; dipanggil 'FANOOS' adalah amalan biasa mereka di sana. Khusus untuk membangkit biah meriah di dalam hati muslimin di sana. Al kisahnya seorang pembesar Mesir pada abad ke-10 bernama Al Hakim Biamrillah yang mahu menyalakan lampu jalan-jalan di Kaherah pada malam Ramadan. Dia mengarahkan semua ahli jemaah masjid menggantung tanglung yang boleh diterangi dengan lilin.

2) Mewujudkan feel dan biah 'jaga malam' untuk beramal ibadah. Malam tidak gelap gelita lantaran ada orang yang bangun untuk beramal ibadah; maka mereka memasang pelita lampu untuk tujuan memudahkan aktiviti dan urusan di malam hari.

3) Orang2 kampung dulu sangat prihatin kepada mereka yang beriktikaf di masjid. Lantaran itu mereka ingin mendapat sahamnya dengan menerangi jalan-jalan kampung agar memudahkan orang kampung menuju ke masjid surau tanpa perlu membawa lampu picit, obor dll.

4) Mengkhususkan pasang pada 27 Ramadhan pun tiada salahnya.. Lebih2 lagi ada qaul mengatakan bahawa malam Laylatul Qadar banyak terjadi pada malam 27. Qaul yang paling diterima pakai adalah malam2 ganjil 10 malam terakhir Ramadan. Apapun pendapat malam 27 ada sandarannya.. Tetapi tidaklah muktamad.

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
lailatul qadar ialah malam ke 27

(Direkodkan oleh Imam Ahmad 4793 daripada hadis Ibn Umar dengan sanad sahih, dan Abu Dawud1386 daripada hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan)
Imam Muslim merekodkan (762) daripada Ubay bin Kaab r.a. bahawa beliau pernah bersumpah mengatakan malam 27 adalah malam lailatul qadar.

begitu juga Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada Zurr bahawa beliau pernah ditanya tentang lailatul qadar, maka jawabnya :
“Adalah Umar, Huzaifah dan sebahagian sahabat tidak menyesyaki lagi bahawa malam 27 adalah lailatul qadar”
(al-Durr al-Manthur, tafsir surah al-Qadr)

Antara dalil-dalil syarak yang boleh dijadikan hujah ialah kisah seorang lelaki yang bermimpi melihat malam qadar pada malam 27 ramadan,
lantas Nabi bersabda :

أرى رؤياكم في العشر الأواخر فاطلبوها في الوتر منها
Aku melihat mimpi-mimpi mu pada sepuluh terakkhir maka carilah nya pada malam-malam witir daripadanya
(Bukhari 2015)

Sesetengah tempat; seperti di Mesir seolah2 telah menetapkan malam 27 itulah malam Lailatul Qadar.(Di luar negara khususnya Arab dan Turki malam 27 adalah malam semalam). Antara dalil yang digunakan oleh sebahagian ulamak adalah rahsia di dalam Surah al Qadr.

Lailatul Qadr disebut 3 kali di dalam al Quran dan ejaan setiap lailatul qadar di dalam bahasa Arab adalah 9 huruf. Jadi 9 x 3 kali adalah = 27...

Mantan Mufti Mesir; Sh Dr Ali Jumaah dalam kitab himpunan fatwanya; ad Din wal hayah menyatakan:Pernah sekali Saidina Jabir RA bersumpah bahawa malam Laylatul Qadar adalah pada malam 27. Hendaklah kita berjaga2 pada sepuluh malam terakhir. Khususnya pada malam ganjil.'Khususnya pada malam 27 atau 29'"

Apapun hukumnya tak lah wajib mahupun sunat. Harus je. Bila bab harus ni, nak pasang tak pe.. tak pasang pun takpe.. Jangan mewajibkan sesatu yang sedia tak wajib, dan jangan pula mengharamkan sesuatu yang tak diharamkan Tuhan.. Janganlah sampai membidaah, menyesat dan mengkafirkan tok, nenek, pak sedara, mak sedara, sepupu sepapat kita yang masih beramal dengan pemasangan pelita ni. Malah menyamakan mereka sedarjat dengan penganut Hindu dll.. Berat tu bro....

Teruskanlah amalan memasang pelita ni.. Insya-Allah kheir..


(Nak buat takpe, tak buat takpe..takde sapa paksa... Yang buat tak pernah pula dengar kata wajib, yang tak nak buat, jangan pula dikata syirik dan haram. Barulah rukun dan bersatu anak beranak, keluarga dan masyarakat kita...)

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!..

22 July 2014

Selamat Mencari Malam Laylatul Qadr 1435H


Assalamualaikum semua!
Sempena 10 terakhir Ramadhan, KISWAH mengucapkan selamat beribadat pada malam Lailatul Qadar... Kalau di Mesir dan Syria; 10 malam terakhir, orang ramai tidur dan beriktikaf di masjid2 seluruh negara; tidak pulang ke rumah.
Sesetengah tempat; seperti di Mesir seolah2 telah menetapkan malam 27 itulah malam Lailatul Qadar.(Di luar negara malam 27 adalah malam ni). Antara dalil yang digunakan oleh sebahagian ulamak adalah rahsia di dalam Surah al Qadr.
Lailatul Qadr disebut 3 kali di dalam al Quran dan ejaan setiap lailatul qadar di dalam bahasa Arab adalah 9 huruf. Jadi 9 x 3 kali adalah = 27...
Apapun qaul yang paling rajih adalah tidak diketahui bilakah berlakunya Lailatul Qadr namun yang pasti adalah malam2 ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.
Bertuahlah sebahagian murid yang mengikut jalan salikin; sesetengah guru mursyid mengkhabarkan akan rahsia; bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr setiap tahun...
Apapun, beramallah pada setiap malam akhir Ramadhan... Allah merahsiakannya supaya kita saban malam senantiasa mengejar malam yang diibaratkan 1000 bulan = 82 / 83 tahun tersebut.
Antara amalan yang boleh dilakukan apabila tiba malam Lailatul Qadr seumpama yang tercatat di dalam kitab Futuhat ; Sheikh Adnan Thohir:
Niat untuk menghidupkan malam kerana Allah
Selepas itu Solat Isyak, ba'diah dan adab2 tarekat
Niat untuk mengerjakan puasa esok hari
Solat terawih 20 rakaat
Solat Tasabih 4 rakaat secara berjemaah
Solat sunat Syukur 2 rakaat secara berjemaah
Solat Witir
Khatam dan zikir
Menghidupkan malam dengan bacaan al Quran sekadar yang mampu sehingga terbit fajar.
Disunatkan solat sunat Tahajjud dari 20 - 100 rakaat semalaman.
Sembelih dua ekor korban pada siang esoknya. Satu kaffarah untuk kekurangan puasa kita dan tebusan untuk ahli tarekat dan umat Nabi Muhammad saw lalu dibahagi2kan pada faqir miskin. Sunnah ini tidak pernah ditinggalkan oleh Sheikh Abdullah Faiz ad Daghestani.

21 July 2014

Tazkirah Dhuha Berkenaan Al Quran dan Adab2 Membacanya di Rumah Mak Anjang Taman Jaya 20 Julai 2014

Tazkirah Dhuha sempena Khatam al-Quran; Tajuk:Al-Quran kelebihan dan adab2 membacanya di Rumah Mak Anjang Taman Jaya 2.. Terima kasih ats jemputan semalam..






Buka Puasa Bersama Anak Murid di Batu Sawar 19 Julai 2014

 Kunjungan anak2 murid ke rumah mentua di Batu Sawar.Buka puasa.. berterawih..muzakarah..i'tikaf... qiyam.. bersahur dan berzikir bersama.. Syukran atas kunjungan. Tetamu mengundang rahmat.jangan serik nak dtg ye..anakanda Ahmad Farihi Ramli dan kawan2 serta Ahmad Akmal Idris...





13 July 2014

Ceramah 'Ramadan dan Keinsafan' Kepada Bekas2 Penagih Anjuran AADK Temerloh Di Masjid Chatin 11 Julai 2014

Ceramah 'Ramadan dan Keinsafan' Kepada Bekas2 Penagih Anjuran AADK Temerloh Di Masjid Chatin 11 Julai 2014








Ifthar Jamie NGO KISWAH Pada 12 Julai 2014 di Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah Syariyyah


Assalamualaium semua,

Buka puasa, terawih dan mawlid bulanan pada 12 Julai 2014 yang lalu di Pusat Rawatan Islam Ruqyah Syariyyah KISWAH Temerloh. JazakAllah kepada semua sahabat yg hadir..






05 July 2014

Marhaban Ya Ramadan 1435H, Ramadan Kareem Dari KISWAH dan Qasidah Ahlan Ya Ramadan...


Ramadan Kareem Dari Keluarga KISWAH 1435


Ahlan Ya Ramadhan...


Saya dan warga KISWAH mengucapkan RAMADHAN KAREEM kepada semua khususnya kepada ahli keluarga KISWAH di mana sahaja anda berada...

Semoga kita berjaya mengharungi ujian2 keimanan sepanjang madrasah Ramadhan ini. Semoga kita beroleh ijazah TAQWA sebagai hasil kepada amal soleh yang dilakukan ikhlas kepada Allah Taala sepanjang bulan yang mulia ini.

Semoga kita berjaya mendapat mutiara2 berharga yang hanya didapati di bulan Ramadhan untuk menjana kekuatan keimanan bagi menempuh ujian2 mendatang di 11 bulan yang berikutnya...

Di dalam satu hadis Nabi saw menyatakan bahawa jika baik prestasi Ramadhan seseorang pada tahun itu maka 11 bulan yang mendatang juga akan baik kerana Ramadhan adalah penghulu buat sekalian bulan... Baiklah penghulu maka baiklah 'anak2 buahnya'.

Semoga kita menjadi orang yang bertakwa dan menjadi INSAN RABBANI yang sejati...

Berkata ulamak; apakah maksud insan rabbani":

Merekalah: " Allazina Yamsyuna fil ard bi qulubi ahlil akhirah"

Iaitu mereka yang berjalan di atas bumi sedangkan hatinya dinisbahkan kepada akhirat; hatinya adalah hati AHLI AKHIRAT.

Saya memohon jasa baik dari semua ahli keluarga KISWAH dan sahabat2 seperjuangan semua agar berdoa khusus di bulan Ramadhan ini agar Allah mengurniakan kecekalan, semangat juang yang tinggi, terhindar dari fitnah akhir zaman, dan keikhlasan luar biasa untuk meneruskan perjuangan memartabatkan perjuangan perubatan ISLAM yang sebenar di negara kita..

Saya juga mohon doa dari anda semua agar semua pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah dapat bersatu hati memartabatkan perubatan Islam di negara kita berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiada kita miliki.....

Ini kerana ribath ukhuwwah di kalangan mereka yang berjuang di jalanNYA merupakan prasyarat utama untuk mendapat NUSRAH; pertolongan dariNYA...

Semoga Allah mengurniakan kita nikmat MALAM LAILATUL QADAR....

AmIn Ya RABB....

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....

Bersama2 Muhasabah dan Muaqabah diri untuk Muraqabah menuju Allah...:



Amalan setiap hari Ramadan:

Membaca Bait2 Syair ini Sejam Sebelum Azan Maghrib Setiap Hari Sejam Sebelum Berbuka Puasa...

Di dalam Kitab Futuhat karya Sheikh Adnan:

Qasidah Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Ramadhan,(selamat datang wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas solat Asar; dari 1 - 15 Ramadhan...


Qasidah al Wada' al Wada' Ya Syahra Ramadhan, (selamat tinggal wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas Asar... dari 15 - 29 / 30 Ramadhan.....



RAMADAN DUA ZAMAN



RAMADAN DUA ZAMAN



Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya



puasa sekadar lapar dan dahaga

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...