30 January 2013
Kenangan Mawlidurrasul bersama Habib Mahdi dan Al Mawlid di Kg Tekal Pahang
Assalamaualaikum semua..
Alhamdulillah malam semalam bersamaan 30hb Januari 2013 KISWAH diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri majlis mawlidurrasul saw di Kg Kuala Tekal Kuala Krau Temerloh Pahang.
Kami sempat mendengar tausiyyah yang amat berharga dari dua orang habib berkenaan kecintaan kepada Rasulullah sollALLAHU alaihi wa sallam.
Apabila bertemu sahaja dengan Amer Munawer terus sahaja terpacul di mulutnya. Ana baru sebut nama inta semalam.... ????.. Rupa2nya semalam mereka bermawlid di Tenggaroh dan bertandang di hadrat sahabat kami Shaykh Syahrulrizal as Syazuli an Naqshbandi serta bermawlid di Pusat Rawatan KISWAH Ustaz Azhari Abidin yang merupakan ketua KISWAH Johor di Tenggaroh...
Saya juga sempat bersembang sedikit sebanyak dengan ahli kumpulan al mawlid yang sangat tawadduk ceria dan bersemangat dalam perjalanan dakwah menyebarkan CINTA RASUL sollALLAHU alaihi wa Sallam..
Saya sempat bersembang dakwah dengan Amer Munawer serta sahabat2 seperjuangan berkenaan dakwah dan pelbagai perkara. Antaranya berkenaan al Marhum Tuanku Shaykh Raja Ahsman yang pernah ditemui beliau. Kebetulan sewaktu Saudara Amer menemui al marhum Tuanku, saya juga berada di zawiyah apda ketika itu. Beliau menyatakan, walaupun perjumpan dengan al marhum sekejap cuma tetapi rasa begitu lama dan dekat di hati. Beliau menyatakan kenangan bersama al marhum begitu harum dan kekal sehingga kini.
Saya menyatakan itulah kami, sentiasa menyambung delegasi perjuangan al marhum. Membawa mesej2 guru tercinta dan menyebarkan nur dan senyuman al marhum kepada seluruh umat juga mendekatkan para salik Naqshi dengan pada ahbab dan turuq yang lain.
Saya memohon doa mereka agar satu hari nanti, hasrat al marhum untuk membina sebuah zawiyah kayu di negeri Pahang esp Temerloh menjadi kenyataan satu hari nanti...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
29 January 2013
Kitab Ta'lim Muta'alim.. Kitab Berkenaan Adab Penuntut Ilmu yang Wajib Dimiliki
Adab Ya Huu!!! (Slogan Ahli Sufi) Ya Allah ajarkan aku ADAB... |
INTISARI KITAB TA’LIM MUTA’ALIM
BAB I
PENGHORMATAN TERHADAP GURU
Adab yang tidak boleh dilakukan terhadap guru sebagai berikut :
Ø Tidak berjalan di depan guru.
Ø Tidak menduduki tempat yang di duduki seorang guru .
Ø Tidak mendahului bicara di hadapan guru kecuali dengan izinnya.
Ø Tidak bertanya dengan pertanyaan yang membosankan guru.
Ø Tidak mengganggu istirahat guru.
Ø Tidak menyakiti hati guru.
Ø Jangan duduk terlalu dekat dengan guru.
BAB II
TUNTUNAN PENUNTUT ILMU
Ø Biasakan bangun malam untuk beribadah.
Ø Menjaga Wudhunya dengan Istiqomah.
Ø Belajar atau Berdzikir dipermulaan (antara Magrib dan Isya) dan akhir malam
(Sahur).
Ø Perbanyak Puasa Sunnah dan menjalankan Sholat Sunnah.
Ø Memperbanyak membaca Shalawat atas Nabi Muhammad SAW.
Ø Menghadap Kiblat ketika Belajar atau Berdzikir.
Ø Memulai suatu pekerjaan hari Rabu.
Ø Biasakan bersiwak dan meminum madu.
Ø Tidak melonjorkan kaki ke depan Kiblat.
Ø Menghindarkan makan Ketumbar dan Apel Asam.
Ø Hindarkan untuk melihat salib dan membaca tulisan pada nisan.
Ø Hindarkan tidur setelah Sholat Shubuh.
BAB III
MENDATANGKAN DAN MENOLAK REZEKI
a). Yang menyebabkan fakir
Tidur
diwaktu Shubuh, tidur telanjang lepas pakaian, kencing dengan telanjang
bulat, makan dalam keadaan junub, makan dengan berbaring, mengabaikan
remukan hidangan sisa makanan, membakar kulit bawang merah dan bawang
putih, menyapu rumah dengan kain, menyapu rumah dimalam hari, menyapu
sampah tidak langsung dibuang, berjalan di muka orang tua /
mendahuluinya, memanggil kedua orang tua hanya dengan menyebut namanya,
mencukuti sela – sela gigi dengan benda keras, mencuci tangan dengan
tanah dan debu, duduk di atas tangga atau sikai, bersandar pada salah
satu kaca – kaca pintu, berwudhu di tempat peristirahatan, menjahit
pakaian pada badannya (sedang dipakai), menyapu muka dan keringat dengan
gombal (kain majun), tidak mau membersihkan rumah laba – laba di rumah
mempermudah /mempercepat dalam
mengerjakan Sholat (tidak mau merendah dan khusu’), segera keluar dari
masjid setelah sholat Shubuh, berpagi – pagi benar berangkat ke pasar,
menunda – nunda pulang dari pasar, membeli barang atau makanan dari
fakir miskin yang meminta –
minta, mendoakan jelek pada anak, tidak mau menutupi bejana, dan
memadamkan lampu dengan tiupan napas, menulis dengan pena atau pulpen
yang diikat sudah rusak, bersisir dengan sisir yang sudah pecah – pecah,
tidak mau mendoakan baik kepada kedua orang tua, memakai surban dengan
duduk, memakai celana sambil berdiri, bakhil / pelit,
b). Mempermudah datangnya rezeki
Ø Mengerjakan Sholat dengan penuh hormat, khusu’ dengan menyempurnakan yang rukun, wajib, sunnah dan disiplin moral (adab) nya.
Ø Banyak bersedekah.
Ø Datang ke masjid sebelum adzan.
Ø Membiasakan bersuci (bila hadats selalu berwudhu)
Ø Sholat Sunnah sebelum Shubuh, Sholat Witir di rumah..
Ø Tidak memperbincangkan masalah dunia setelah Sholat Witir.
Ø Menjauhi banyak duduk – duduk bersama para wanita kecuali ada hajat.
BAB IV.
YANG DAPAT MEYEBABKAN UMUR PANJANG
Ø Taqwa.
Ø Hormat kepada orang tua dan tidak menyakitinya.
Ø Menyambung kekerabatan atau silaturahmi.
Ø Hendaklah tidak sampai memotong pohon yang masih hidup dan basah kecuali dalam keadaan darurat..
Ø Menyempurnakan Wudhu.
Ø Mengerjakan Sholat dengan penuh kehormatan.
Ø Menunaikan ibadah Haji dan Umrah secara bersama atau Qiran.
Ø Menjaga kesehatan.
Adab Ya Huu!!! (Slogan Ahli Sufi) Ya Allah ajarkan aku ADAB... |
RUJUKAN: ILHAM'S SITE
27 January 2013
Kenangan Mawlid Di Masjid Pangsenam 25 Disember 2013
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah program Jaulah Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Pangsenam berlangsung dengan penuh suasana mahabbah dan ceria..
Majlis dimulakan dengan bacaan dan pengijazahan Ratibul Haddad. Solat Maghrib berjemaah. Bacaan Mawlid Daibaie, Tahnik, Tausiyyah oleh Tuan Qadhi Maran Tuan Haji Syarifuddin bin Mohammad.
Terima kasih kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh yang sudi menjemput kami untuk memimpin bacaan Mawlid Daibaie khususnya kepada Tuan Qadi Daerah Temerloh dan Timb Qadi..
Bersama VVIP |
Terima kasih juga kepada semua ahli Mevlevi Mawlid Ensemble yang berusah payah datang untuk menjayakan misi CINTA kita pada kali ini..
Sesungguhnya kenangan di Pangsenam sama sekali tidak dapat dilupakan.. Susah payah orang kampung dan pengorbanan mereka mudahan diterima Allah sebagai persembahan amalan soleh yang ikhlas kepadaNya..
Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program tersebut.. Bersama-sama menyebarkan CINTA RASUL SAW...
Ini adalah jadual jaulah selepas ini:
Februari:
2 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Gong Halt Kuala Krau.
8 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Purun (Menghala ke Gunung Senyum dari Jalan Bawah Jambatan Temerloh)
9 : Sambutan Mawlidurrasul di saw Madrasah India Muslim (Masjid Lama Mentakab)
15: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Kampung Chatin, Mentakab.
16: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Bakti Mentakab (Menghala ke Lanchang)
23: Sambutan Besar-besaran Penutup Jaulah Mawlidurrasul saw di Dataran Tok Gajah Temerloh.
Bersama PAID Temerloh
… dan kumpulan Mevlevi Mawlid Ensemble Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
Aturcara Majlis:
6.00 petang: Ketibaan orang ramai dan jemputan
6.15 petang: Bacaan Ratib al Haddad
7.15 petang: Solat Maghrib berjemaah
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Ayat-ayat Suci al Quran
: Ucapan Aluan
: Ucapan Perasmian
: Bacaan Qasidah Mawlid ad Daibaie
: Tahnik anak-anak kecil
: Tausiyyah dari penceramah jemputan
: Bacaan Qasidah dan Selawat
: Penyampaian Cenderahati Tokoh Perasmi
: Solat Isyak Berjemaah
: Jamuan Makan dan Bersurai…
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir…
Februari:
2 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Gong Halt Kuala Krau.
8 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Purun (Menghala ke Gunung Senyum dari Jalan Bawah Jambatan Temerloh)
9 : Sambutan Mawlidurrasul di saw Madrasah India Muslim (Masjid Lama Mentakab)
15: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Kampung Chatin, Mentakab.
16: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Bakti Mentakab (Menghala ke Lanchang)
23: Sambutan Besar-besaran Penutup Jaulah Mawlidurrasul saw di Dataran Tok Gajah Temerloh.
Bersama PAID Temerloh
… dan kumpulan Mevlevi Mawlid Ensemble Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
Aturcara Majlis:
6.00 petang: Ketibaan orang ramai dan jemputan
6.15 petang: Bacaan Ratib al Haddad
7.15 petang: Solat Maghrib berjemaah
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Ayat-ayat Suci al Quran
: Ucapan Aluan
: Ucapan Perasmian
: Bacaan Qasidah Mawlid ad Daibaie
: Tahnik anak-anak kecil
: Tausiyyah dari penceramah jemputan
: Bacaan Qasidah dan Selawat
: Penyampaian Cenderahati Tokoh Perasmi
: Solat Isyak Berjemaah
: Jamuan Makan dan Bersurai…
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir…
CINTA RASUL MENYATUKAN UMMAH
Allahu ! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
24 January 2013
Kenangan Mawlidurrasul SAW KISWAH 1434H
Mambaca Mawlid Daibaie |
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah thumma alhamdulillah Sambutan Mawlidurrasul saw berlansung dengan jayanya Insya Allah di KISWAH Temerloh malam tadi. Untuk makluman semua majlis di Temerloh ini telah mendapat dustur dan keizinan dari yang mulia guru kami Shaykh Abdul Razak.. Terima kasih guru..
Agenda dan aturcara adalah seumpama yang diajarkan oleh guru2 kami bermula dengan solat maghrib berjemaah, wirid2 selepas maghrib.. Jamuan malam. Solat Isyak, Solat Sunat Syukur dan Tasbih dan diikuti dengan zikir khatam khawajakan, penceritaan kelahiran Rasulullah saw, bacaan mawlid daibaie dan diikuti dengan jamuan sekali lagi.
Saya dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timb Qadi Temerloh yang sudi hadir, semua ahli NGO KISWAH, anak-anak murid seramai 4 biji kereta dari KIPSAS, sahabat2 dari Kuantan, Bentong, Johor dan semua hadirin yang dirahmati Allah.
Anak-anak yang paling ceria |
Terima kasih juga kepada pembantu yang gigih dan setia Bro Luqman dan Syihan. Khususnya Luqman yang bertungkus lumus menyiapkan tempat program bersama-sama serta mengemas pusat rawatan sehingga hampir jam 4 pagi.
Syukur Ya Rabbi atas nikmat yang tidak terhingga ini.
Saya memohon ampun dari pihak NGO KISWAH sekiranya terdapat kekurangan sama ada di sedari atau tidak sepanjang majlis berlangsung.
e kumpulan mawlid maahad 08 |
Saya juga berdoa kepada Allah dan memohon agar tuan puan sidang pembanca mendoakan; satu hari nanti mudah2an majlis KISWAH dapat berlangsung di tempat yang lebih selesa. Moga-moga perancangan pembinaan zawiyah kayu Shaykh Raja Ashman menjadi kenyataan satu hari nanti..
Sebarkan Cinta
Di Ambung Pintu Istana Cinta Rasulullah Sollallahu alaihi Wa Sallam..
Ukhuwwah Fillah Syafaat Ke Syurga.. |
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!.
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
22 January 2013
Tak Sabar Menunggu 12 Rabiul Awwal 1434H Besok! Di Mahligai Cinta Rasulullah SAW...
"Di Istana Cinta Rasulullah SAW" |
"Tak sabar rasanya menunggu tanggal 12 Rabiul Awwal malam besok.. Tiba2 terasa sedih terkenangkan al marhum tuanku, guru yang telah pergi menemui kekasihnya.. Tahun ni tak dapat menyambut mawlid bersama al marhum seumpama tahun2 sebelum ini. Semoga Allah merahmati rohnya yang mulia.. Al Fatihah.." (Jangan lupa mawlid di KISWAH Temerloh malam esok..)
Sambutan Mawlidurrasul Peringkat Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 1434
23 Januari 2013 bersamaan Malam 12 Rabiul Awwal
Bertempat di Pusat Rawatan Islam KISWAH
Jemputan: Semua Ahli KISWAH dan Masyarakat Umum.
Tentatif:
Malam:
7.15: Solat Maghrib Berjemaah
Pembacaan kisah kelahiran Rasulullah
8.30: Solat Isyak Berjemaah
Khatam Khawajakan
Solat Tasbih
Pembacaan Maulid ad Daibaie
11.00: Jamuan
12.00: Bersurai
Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin
Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...
Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.”
Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”
Telah berkata Saidina ‘Ali Karram ALLAHU wajhahu:
“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii
p/s: Jemputan Temerloh Bersolawat di Pusat Rawatan Islam KISWAH Temerloh Pahang Sempena Sambutan Maulidurrasul saw pada 23hb Mac 2013 Selepas Maghrib… Jumpa di sana…. www.rawatanislam2u.com.
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
20 January 2013
Jualan Darbuka Mesir Murah Untuk Mawlidurrasul saw 1434H. Dapatkan Segera!!!
Jualan Darbuka Biasa Mesir: RM 430 dan Penghantaran RM20
Darbuka
Mesir Murah untuk anda miliki sempena mawlid 1434H..cepat sebelum
disambar.. darbuka biasa (besi).. corak kosong gerutu.. bunyi bass
sedap. Orang lain jual RM550.. Saya jual RM430.. boleh nego....PM saya
atau sms
017 9065131 (Ustaz Hayat)...
RM430 |
RM430 |
RM 430 |
Jualan Darbuka Biasa Bercat: RM 450 dan Penghantaran RM20
Darbuka Mesir Murah untuk anda miliki sempena mawlid 1434H..cepat sebelum disambar.. darbuka biasa (besi) bunyi sedap bassnya walaupun takde corak.. Saya jual rm450 boleh nego lagi.tak masuk kos penghantaran.orang lain jual mahal lagi....PM saya atau sms 017 9065131 (Ustaz Hayat)...
Darbuka Mesir Murah untuk anda miliki sempena mawlid 1434H..cepat sebelum disambar.. darbuka biasa (besi) bunyi sedap bassnya walaupun takde corak.. Saya jual rm450 boleh nego lagi.tak masuk kos penghantaran.orang lain jual mahal lagi....PM saya atau sms 017 9065131 (Ustaz Hayat)...
RM 450 |
Hitam: RM 450 |
Biru: RM450 |
Maroon RM450 - SOLD!!!!! Siapa lagi yang membelinya kalau tak USTAZ ZUHAIDI MUKAPIT dari KISWAH BENTONG... |
Jualan Darbuka 'Seramik' Corak Arab: RM650 dan Kos Penghantaran RM20
RM 650... Ada 6 je... Dua Sudah Dimiliki!!!! Tinggal lagi 4... |
Darbuka Mesir Murah untuk anda miliki sempena mawlid 1434H..CEPAT SEBELUM HABIS DISAMBAR..LEAD.... bunyi lenting sikit/ boleh adjust..Orang biasa jual RM700 dan rm seribu lebih pun ada.. Saya jual RM 650 .Boleh nego saya kalau memang minat.PM saya atau sms 017 9065131 (Ustaz Hayat)...
RM 650 - SOLD TO USTAZ AREEF ABD MAJID, BILAL MASJID JOHOR |
SOLD!!!! |
RM 650 - Seramik Corak Dam dan Bintang Merah (masih belum bertuan).. Ada dua bijik |
RM650: Corak Merah Bulat di Atas Bintang Hitam di bawah.. (Tak da sapa punya lagi) |
Jualan Darbuka Campuran: Design Anggun Terbaru Corak Kayu: RM800 (boleh nego) dan RM20 Penghantaran
RM800.. kalau betul2 berminat.. saya suka hati untuk merendahkan lagi harganya. Janji nak let go |
Darbuka
Mesir Murah untuk anda miliki sempena mawlid 1434H..cepat sebelum
disambar.. campuran seramik dan besi.. corak kayu.RARE.. Jarang dimiliki orang. Design terbaru... bunyi seimbang bass
dan lead. Orang lain jual RM830.. Saya jual RM800.. boleh nego....PM
saya atau sms 017 9065131 (Ustaz Hayat)...
Ampun.. Darbuka yang cantik ni dah DIMILIKI!!! |
RM800..RARE.. Corak kayu penuh. takpe boleh kurang.. cantik sangat.. |
RM800..Corak kayu bersilang.. RARE.. Boleh kurang lagi. Janji call saya.. |
Labels:
produk
19 January 2013
"Jaulah Sambutan Mawlidurrasul saw, Temerloh Bersolawat 1434H
Datanglah beramai-ramai |
Assalamualaikum..
Jemputan Menyertai Majlis Jaulah Sambutan Mawlidurrasul saw; Temerloh Berselawat 1434H
Ayuhlah beramai-ramai ke:
Januari:
23: Sambutan Mawlidurrasul saw di KISWAH Temerloh, atas SSM Temerloh
25: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Pangsenam, Jalan Triang Temerloh.
Februari:
2 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Gong Halt Kuala Krau.
8 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Purun (Menghala ke Gunung Senyum dari Jalan Bawah Jambatan Temerloh)
9 : Sambutan Mawlidurrasul di saw Madrasah India Muslim (Masjid Lama Mentakab)
15: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Kampung Chatin, Mentakab.
16: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Bakti Mentakab (Menghala ke Lanchang)
23: Sambutan Besar-besaran Penutup Jaulah Mawlidurrasul saw di Dataran Tok Gajah Temerloh.
Bersama PAID Temerloh
… dan kumpulan Mevlevi Mawlid Ensemble Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
Aturcara Majlis:
6.00 petang: Ketibaan orang ramai dan jemputan
6.15 petang: Bacaan Ratib al Haddad
7.15 petang: Solat Maghrib berjemaah
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Ayat-ayat Suci al Quran
: Ucapan Aluan
: Ucapan Perasmian
: Bacaan Qasidah Mawlid ad Daibaie
: Tahnik anak-anak kecil
: Tausiyyah dari penceramah jemputan
: Bacaan Qasidah dan Selawat
: Penyampaian Cenderahati Tokoh Perasmi
: Solat Isyak Berjemaah
: Jamuan Makan dan Bersurai…
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir…
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
15 January 2013
Ahlan Wa Sahlan Ya Rabi' al Awwal dan Amalan di Bulan Rabiul Awwal
Qasidah Marhaban Ya Rabial Awwal yang dibaca pada tiap2 hari sepanjang bulan ini. Slpas 15 Rabiul Awwal 'Marhaban Ahlan Wa Sahlan' ditukar kepada 'al Wada' al Wada' "
Assalamualaikum semua...
Ahlan wa Sahlan ya Syahras Solawat... Selamat datang bulan Maulid, bulan solawat, bulan kebaikan, bulan barakat, bulan tajalliyyat minar Rahman, bulan kelahiran Rasulullah saw.... BULAN RABIUL AWWAL...bulan di mana lahirnya sang bulan purnama saw, bulan hijrahnya saw ke Madinah, bulan baginda saw berpindah ke rafiqil a'laa. Pada 12 Rabiul Awwal Nabi saw dilahirkan dan pada 19hbnya diberikan nama MUHAMMAD saw... Perbanyakkanlah solawat di bulan ini...
Dalam kesempatan ini marilah sama2 kita berkongsi tentang amalan pada bulan yang mulia ini menurut Futuhat Sh Adnan qs.
Kelebihan bulan ini diibaratkan seumpama kelebihan Nabi Muhammad saw atas sekalian makhluqat.. Di dalamnya terdapat adab dan wirid2 yang penting ke atas para salikin dalam tarekat Aliah ini.
Dibolehkan khalwah dan riyadah dari permulaan sehingga 10 Rabiul Thani khusus untuk mendapat tajaliyat berupa mahabbah dari Allah Taala dan RasulNya saw yang tercinta sehingga sampailah si salik tadi ke makam FANA' fi Rasulillah saw.
Antara adab2nya adalah:
Apabila masuk sahaja bulan ini maka muridin hendaklah mandi sunat menyambut bulan yang mulia ini.. Kemudian;
-Solat wudu'
-Adab2 tarekat dan kemudiannya membaca qasidah marhaban ahlan wa sahlan. Selepas 15 hb ditukar dengan al wada' al wada'. Kemudiannya membaca doa yang mathur dari Sultanil Awliya'
- Pada setiap hari membaca Surah Al A'na'm.
- Membaca satu hizib dalailul khayrat
-1000 kali selawat dan 100 yang terakhir hendaklah dilakukan secara berdiri menghadap qiblat lalu dihadiahkan kepada Rasulullah saw dan mengambil berkat dengan maulidnya...
- Kalau ada jemaah maka lakukan sambutan maulidur rasul saw.
Setiap malam Isnin, Khamis dan Jumaat diadakan zikir khatam.
Adab malam 12 Rabiul awwal:
- Berhimpun muridin yang kasihkan Rasulullah saw selepas solat Isya'
* Adab tarekat
*Khatam khawajakan
*Maulid as Syariff
* Solat Tasbih 4 rakaat
* Solat Syukur 2 rakaat.
* Kemudian menghidupkan malamnya dengan selawat dan salam kpd nabi Muhammad saw, berzikir sehingga terbit fajar (solat Subuh)..
* Disunatkan mandi pada 12 Rabiul Awwal... Pada siangnya sebagai tanda syukur kepada Allah Taala dan hadiah ke hadaratNya, Nabi Muhammad saw menyembelih dua ekor korban sebagai tanda syukur kepada Allah Taala lalu diagihkan kepada faqir miskin...
Ini juga disunatkan pada hari ke 19 Rabiul Awwal hari di mana nabi Muhammad diakikahkan dan diberi nama Muhammad (hari ke tujuh kelahiran baginda saw)
Adab2 ini sehingga hari ke 10 Rabiul Thani...
Wajib kepada para muridin menjaga adab2 ini dan wiridnya dan masa yang sesuai adalah:
- Sejam / dua jam sebelum azan Subuh sehingga waktu syuruq
- Dari Azan Asar ke waktu Maghrib
- Dari Azan Maghrib ke waktu Isyak
Selamat Beramal...
13 January 2013
Mufti Pahang Penaung Rasmi NGO KISWAH - 13 Januari 2013
KISWAH bersama Mufti Kerajaan Pahang Sohibus Samahah Dato' Haji Abd Rahman bin Haji Osman |
Assalamuaalikum semua...
Labels:
artikel,
berita,
NGO KISWAH
09 January 2013
Habib Sech Abd Qadir di RTM Kuantan 10 Januari 2013
Habib Sech Abd Qadir Asseggaf bersama Ahbabul Mustafa
Program Majlis Penutup Majlis Marhaban Berzanji Peringkat Negeri Pahang 1434H
Dewan Auditorium RTM Kamunting Kuantan, Pahang.
9 Malam.
Muslimin Muslimat Dijemput Hadir.
07 January 2013
Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia.. Doakan Tiada Bala dan Kecelakaan Berlaku... Serta Amalan Rabu Terakhir Bulan Safar
Assalamualaikum semua...
ALERT !!!! ALERT!!!...ALERT!!!...Ribut Tropika Sonamu akan melanda MALAYSIA terutama PANTAI TIMUR...Ia dijangka pada 8 JAN (SELASA)...
Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
sumber : http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=english
Awani Pahang:
Semalam ada sidang media dengan pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang di
SUK. Maklumat terbaru dari Jabatan Meteorologi, SONAMU akan tiba ke pantai
timur mulai 7/8hb dan Pahang akan kena teruk pada 9hb dan 10hb.
Tapi pada 9hb,
tak ada berlaku air pasang. Air pasang hanya berlaku pada 10hb. JIKA pada 9hb
tu hujan lebat.... 10hb diyakini berlaku banjir besar. Kawasan terjejas teruk
ialah di Jerantut, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sebenarnya semua
agensi kerajaan dah bersedia nak hadapi ribut ini. Sebagai contoh di Kerajaan
Negeri Pahang saja dah sedia 1 batalion tentera dan TUDM dah standby 3
helicopter. Untuk Pahang, dijangka tahap maksima ribut pada 9hb (Rabu).
Diharap penduduk
jauhi aktiviti pantai, kerana ombak dipesisir pantai jangka setinggi 4.5 meter.
Di sini saya terjemahkan tajuk SAFAR al KHEIR dari kitab Futuhat Sh Adnan
TAJUK: SAFAR AL KHEIR...
Merupakan salah satu dari bulan2 sunnah (diisi dengan amalan2 sunnah) dan dinamakan oleh baginda Nabi saw sebagai Safar al Khair ( Safar bulan kebaikan)...
Kebanyakan dari umat2 yang terdahulu dimusnahkan pada bulan ini...
Antara amalan sepanjang hari di dalam bulan ini; dgn niat penjagaan dari mala petaka:
1) Syahadatain 3 kali
2) Istighfar 300 kali
3) Sedekah harian dengan niat supaya terangkatnya bala. Nabi saw pernah bersabda... Sesiapa yang memberitakan kepadaku tentang berakhir bulan Safar, maka disunatkan pada 27 Safar untuk menyembelih haiwan (lalu disedekahkan) ikhlas kerana Allah Taala.
4) al Fil dibaca 7 kali
5) Ayatul Kursiy 7 kali setiap hari.
ADAB RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:
1) Syahadatain 3 kali
2) Istighfar 300 kali
3) Ayatul Kursiy 7 kali
4) al Fil 7 kali .... lalu diamalkan secara menyeluruh olehnya diri dan anggota keluarga...
Afdhalnya:
Pada waktu siang Rabu terakhir tersebut janganlan keluar dari rumah.
Kerana Sh Abdullah Faiz ad Daghestani qaddasaLLAHU sirrahu pernah berkata:
" Pada hari Rabu terakhir Safar, akan diturunkan 70 000 bala.... Sesiapa yang menjaga (seperti yang telah disebutkan tadi) insya Allah akan dipelihara Allah Taala...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam:
Labels:
berita
Subscribe to:
Posts (Atom)