|
Ahli
hikmah: “ Jika perut kenyang; laparlah segala anggota, jika perut lapar kenyanglah
segala anggota." Berusaha agar betul-betul lapar ketika berpuasa dengan
mengurangkan sahur. |
ADAB-ADAB DI BULAN
RAMADAN
1)
Paling penting: Menjaga lidah – tidak berdusta,
mengumpat, mencaci dan campur urusan orang.
2)
Menjaga pancaindera – Mata, telinga, tangan, kaki
3)
Menjaga perut dari menelan perkara yang haram
ketika berbuka.
4)
Periksa a) Makanan yang anda berbuka. b) tempat siapa anda berbuka.
5)
Pelihara diri dari sebarang maksiat zahir dan
batin.
6)
Jangan terlalu banyak tidur di waktu siang.
7)
Jangan terlalu banyak makan di waktu malam – Jika
tidak syahwat akan bergelora.
8)
Hendaklah meninggalkan KEMEWAHAN dalam serba
serbi. Cth – makanan lazat lagi membazir.
9)
Jangan jadikan bulan Ramadan PESTA DAN FESTIVAL
MAKANAN.
10) Pelihara a)
Syahwat. b) Dengki. Dua perkara yang
menghapuskan berkat puasa.
11) Mengurangkan
segala adat keperluan setiap hari untuk mengekang syahwat. Kurangkan!
12) Lebihkan
amal ibadah siang dan malam setiap hari.
13) Jangan
terlalu banyak libatkan diri dengan urusan dunia melainkan yang perlu sahaja.
14) Menyegerakan
berbuka puasa dengan ringkas dan solat Maghrib terlebih dahulu.
15) Lewatkan
makan berat kerana hukumnya adalah sunat dan mendapat pahala.
16) Berusaha
untuk tidak terlalu kenyang kerana kenyang menghalang dari nur melimpah di hati
dan menjadi punca kekerasan dan kelalaian hati serta malas untuk beribadah.
17) Ahli
hikmah: “ Jika perut kenyang; laparlah segala anggota, jika perut lapar kenyanglah
segala anggota. Berusaha agar betul-betul lapar ketika berpuasa dengan
mengurangkan sahur.
18) Mengundang
orang ramai khususnya saudara mara dan tok-tok guru untuk berbuka puasa.
19) Jangan
cuaikan solat terawih di masjid pada tiap-tiap malam. Eloklah dibuat 20 rakaat.
20) Kerjakan terawih
dengan tenang, khusyu’ & khudu’. Bermujahadahlah. Boleh jadi ini adalah
terawih yang terakhir di dalam hidupmu. 20 rakaat lebih baik dari ceramah
antara terawih yang memakan masa.
21) Alang-alang
bangun sahur, solat tahajjud jangan dilupa walau 2 rakaat.
22) Sepuluh
malam terakhir ‘BERUZLAH dan BERI’TIKAF di masjid. Jika tidak mampu sediakan
satu bilik khas di rumah untuk tujuan mengasingkan diri dari anak bini untuk
tujuan beribadah. (zawiyah).
23) Berusaha
mencari LAILATUL QADAR: Jumpa / tidak bergantung kepada ibadah kita sebelumnya.
24) Memperbanyakkan
membantu anak yatim, fakir miskin dan janda. Beri sendiri dengan tangan
sendiri.
25) Peringati
NUZUL AL QURAN dan peristiwa PERANG BADAR pada 17 hb Ramdan dan FATHUL MAKKAH.
26) Bersedihlah
ketika hampir meninggalkan Ramadan seolah-olah ini Ramadan terakhir kita.
27) Zakat
jangan dilupa. Paling afdhal pada pagi hari raya sebelum solat eidulfitri.
Diberi sendiri dengan tangan.
28) Pelajarilah
adab-adab menyambut HARI RAYA yang diamalkan Rasulullah dan jangan membazir.
29) Puasa enam
jangan ditinggal. Jadilah RABBANIYYUN dan bukan RAMADANIYYUN.(hanya ibadah dlm
Ramadan)
* Hayat al Mevlevi
{Rujukan: “Sebahagiannya
dari Kitab an Nasaih oleh Imam Habib Abdullah Haddad dan Sairus Salikin
oleh Sheikh Abd Somad al Falimbani”}
*Pengisian KISWAH dalam Tausiyyah Ambang Ramadan