**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 May 2014

Sultan Perak Mangkat Tanggal 28 Mei 2014

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun ..AL FATIHAH 

Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Ayahanda kepada Shaykh kita yang dimuliakan Allah a Marhum Shaykh Raja Ashman  iaitu Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.
Sekian. 

28hb Mei,2014
1.38pm

27 May 2014

Kenangan Majlis ZIkir, Mawlid Daibaie, Diskusi Handbook Ruqyah dan Pengijazahan di Teluk Intan Pada 24hb Mei 2014

Assalamualaikum semua..

Pada 24hb Mei 2014 yang lalu; Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Teluk Intan telah program Majlis ZIkir, Mawlid Daibaie, Diskusi Handbook Ruqyah dan Pengijazahan kepada warga Perak..

Syukur Ya Rabbi sambutan yang menggalakkan dari warga Perak. Kami mengharapkan semua peserta dapat mengamal dan mempraktikkan amalan Ruqyah Syariyyah ini dengan sehabis baik... Insya Allah. 

Apapun terima kasih kepada semua ahli KISWAH khususnya Us Nazri al Hafiz yang berusaha menjadikan program kali ini satu realiti.. dengan izinNya jua.

Kepada sesiapa yang berminat mengadakan program program yang sama di tempat anda; bolehlah menghubungi kami.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..




Rawatan Ruqyah Perdana di Surau Taufiqiyyah Teluk Intan Pada 24 Mei 2014


Assalamualaikum semua..

Pada 24hb Mei 2014 yang lalu; Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Teluk Intan telah program RAWATAN RUQYAH PERDANA kepada warga Perak..

Syukur Ya Rabbi sambutan yang menggalakkan dari warga Perak. Kami mengharapkan semua pesakit yang menerima rawatan pada hari tersebut disembuhakan Allah Taala.. Insya Allah. 

Apapun terima kasih kepada semua ahli KISWAH khususnya Us Nazri al Hafiz yang berusaha menjadikan program kali ini satu realiti.. dengan izinNya jua.

Kepada sesiapa yang berminat mengadakan program RAWATAN RUQYAH PERDANA di tempat anda; bolehlah menghubungi kami.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..






Kenangan Seminar Kamus Tafsir Mimpi KISWAH di Teluk Intan 24 Mei 2014

Assalamualaikum semua..

Pada 24hb Mei 2014 yang lalu; Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) Teluk Intan telah mengadakan Seminar Diskusi Buku Kamus Tafsir Mimpi Kaedah al Quran terbitan KISWAH PUBLISHING HOUSE.

Syukur Ya Rabbi sambutan yang menggalakkan dari warga Perak. Majlis diterjah oleh kempen BN; Dato Hishamuddin Tun Hussein sempat menghadiri majlis kami dan memberi sepatah dua kata..

Apapun terima kasih kepada semua ahli KISWAH khususnya Us Nazri al Hafiz yang berusaha menjadikan program kali ini satu realiti.. dengan izinNya jua.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..












18 May 2014

Al Habib Muhammad bin Alwi bin Abbas al Maliki Mengatakan Berkenaan Ayat Ruqyah / Ayat Manzil / Ayat 33



Mengenai bacaan Ruqyah / Mazil / Ayat 33..:
Dalam kitab Syaraful Ummah al Muhammadiyyah; Prof. Dr. Al Muhaddith al Habib Muhammad bin Alwi bin Abbas al Maliki seorang ulamak Mekah yang terkenal berkata:
“Sesiapa yang membaca di malam hari 33 ayat ini, dia tidak akan mendapat gangguan binatang buas, perompak dan dengan izin Allah , dirinya, keluarga dan hartanya akan diselamatkan Allah sehingga ke pagi hari.”

16 May 2014

Secebis Kisahku... Sempena Hari Guru 16 Mei 2014

Terima kasih kerana mengajarkan diriku erti kehidupan...


Tinggal ni je hadiah
hmmm...
Terima kasih kepada yang masih ingat kpd ustaz dan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' Sempena 16 Mei ni walaupun ustaz tahu ustaz bukanlah yang terbaik. Banyak kesilapan ketika mendidik anak2 murid dulu khususnya pada tahun 2007 dan 2008 di Maahad SAS Jengka. Sepermukiman ustaz di bumi barakah Maahad SAS bagaikan musafir yang singgah sebentar menuju ke destinasi hakiki. Banyak kenangan manis dan pahit di sana.

Ternyata yang PAHIT adalah lebih banyak dari yang manis. Cuma yang manisnya adalah begitu bermakna kerana Allah pertemukan ustaz dengan anakanda2 yang soleh dan solehah yang sebahagian kecil darinya masih istiqamah dengan madrasah tarbiyyah ustaz seperti Ahmad Farihi Ramli,Muhammad Soafian NaharMohd Nazrin Abdul Razak Alkahafi Ibnu Mansor,Atif Afwan Kauthar Ahmad Akmal Idris dll, tetapi kebanyakannya adalah anak2 didik yang masih menentang ustaz kerana jalan yang ustaz pilih.Itulah hikmah terbesar dalam hidup ustaz apabila dipertemukan dengan anak2 murid yang setia dan mulia.

Sesampainya di sana, ustaz masih ingat, kedapatan suara2; yang berkempen bagi memberhentikan bacaan Yaasin malam Jumaat di maahad, dan menyatakan bahawa puasa di bulan Rajab dan Syaaban adalah bahlol dan juhala'. Mawlid dan qasidah pula dikatakan memuja dan menyembah nabi macam Nasrani. Sehingga seorang guru agama berkelulusan Al Azhar, begitu benci dan marah dengan bacaan mawlid nabi; melontar buku Mawlid Ad Daibaie di depan semua pelajar ketika kuliah; menggambarkan kebenciannya yang luar biasa kepada amalan bermawlid... Selain isu ini, isu kebojokan akhlak pelajar dan salah laku pendidik juga menjadi agenda dakwahku...

Maka, Allah permudahkan ustaz untuk mendekati anak2 murid 'hepi go lucky' (tak la masalah sangat; tapi kaki enjoy) lalu terbentuklah satu kumpulan mawlid yang dianggotai mereka yang dicop guru lain sebagai bermasalah. Sehingga dipanggil membuat persembahan di majlis PPD, kenduri kahwin etc.Mereka begitu bahagia berqasidah sehinggalah ada tangan2 dari hati yang busuk mula menyebarkan fitnahnya sehinggalah akhirnya dibubarkan dgn istilah diserap ke kelab kesenian.....

Sebenarnya ustaz telah bersumpah untuk tidak menjejakkan kaki lagi di bumi Maahad SAS kerana luka yang terguris di hati ini masih berdarah lagi .. (ayat jiwang). Ustaz masih ingat wajah2 yang berjuang siang dan malam agar ustaz keluar dari Maahad khususnya dari mereka yang berfahaman W*****i dan pendengki. Mereka berusaha menamatkan riwayat profesion ustaz sebagai warga pendidik. Ustaz memaafkan mereka, tetapi sikap buas mereka menghina, menfitnah dan menabur kebencian sesama muslim khususnya kepada guru2 ustaz, itu Allah Taala sahaja yang menanganinya.

Namun itu tidak mematahkan semangatku. Ustaz telah berusaha sedaya upaya mendidik dan metarbiyyah anak2 bangsa walaupun gaji hanya RM300 ldan kemudiannya dinaikkan ke RM700 lebih sahaja. Diperuntukkan gaji bukan ijazah kepada ustaz walaupun ustaz sudah berijazah. Dek kerana sayangkan maahad ustaz sanggup menerima gaji yang sangat tidak berpadanan dengan kelulusan demi anak2 murid yang tercinta. Sudahlah begitu, siang dan malam menjaga anakanda2 di asrama pula dan mengajar pelajaran STAM yang memang sukar......Sehingga akhirnya, fitnah bersilih fitnah, kebencian bersilih kebencian, maka cerita pelbagai cerita yang tidak baik ini heboh seantero Pahang dan dijadikan bahan tajuk teks khutbah pada minggu tersebut..Dilucutkan jawatan sebagai Penasihat Badan Dakwah dan Kelab Mawlid yang diasaskan telah dibubar..Malah satu sumber menyatakan bahawa terdapat tangan2 ghaib yang menyorok Surat Tawaran ustaz untuk menyambung pelajaran dalam Diploma Pendidikan di IPG Kuala Lipis.

Lalu terbuanglah ustaz dari bumi Jengka kembali ke bumi Temerloh yang permai.. Maka, ke mana2 ustaz pergi khususnya di wilayah Jengka dipandang hina lagi dina, tak tahu mana nak letak muka..

Hidup pun agak susah apabila nak memulakan perjuangan KISWAH ni sebab pada awalnya tida siapa pun yang nak datang ke pusat rawatan kami. Orang ramai masih tidak kenal atau percaya. Namun ustaz usaha dan dengan izin Allah; sehingga dakwah KISWAH ini tersebar ke seluruh pelusuk negara Malaysia. Sehingga kini KISWAH mempunyai cawangan di Johor, Perak dan Selangor...dan mudah2an masih berkembang Insya Allah.

Namun segalanya ada hikmah. Ustaz sudahpun berhenti menjadi pendidik secara formal.. dan menjadi pendidik dalam ruang lingkup yang lebih besar...KISWAH adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya kepada hidupku. KISWAH ini diberikan namanya oleh guru ustaz al Marhum Shaykh Raja Ashman, yang merestui perjuangan ustaz di dalam wadah rawatan Islam di Malaysia. Ustaz dipertemukan dengan anak2 murid yang 'lebih tua' dan mereka menjadi buah hati ustaz sehingga kini seperti Ustaz Zuhaidi Mukapit,Aredeep Haron , Saiful Hazreen Shahiri , Muhammad Rafi, Ust Miljan As-sandakani, Us Abu Faidh Hanif, Anas Al Wasi'ie , Shami HusinSyihan Al-QarniLuqman HakimJurus D' KiswahAzhari AbidinMohd Junaidi Sahlan, dll..Terima kasih pula ustaz kepada mereka yang berusaha 'membuang' diriku dahulu.. Kalau tidak kerana asbabnya begitu, maka masakan akan tercapai ke tahap begini...

Namun untuk kembali ke institusi madrasah, ustaz dah takde hati....

Jauh disanubariku, berdoa sempena hari guru ini, sambil memandang baki 2 hadiah hari guru yang pernah dihadiahkan anak muridku, agar Allah memuliakan semua para asatizah dan tullabul ilmi yang benar ikhlas menuntut ilmu akhirat. Dalam masa yang sama berdoa agar penyebaran fahaman W******i kepada anak2 Sekolah Menengah Agama Pahang dibendung serta membawa masuk ustaz2 Arab W*****i ke SMAN dihentikan..

Kembalilah ke pendidikan Islam yang sebenar dengan merujuk kepada pembawakan ulamak2 muktabar, berpegang kepada tradisi Ahlus Sunnah wal Jamaah yang kita anuti sejak zaman berzaman.Berakidah al Asyairah wal Maturdiyyah. Bermazhab Syafie.. dan bertasawwuf.... Selamatkan SMAN Negeri Pahang yang tercinta dari fahaman W*****i.

Terima kasih Maahad Sas kerana mengajarku butiran2 kecil mutiara pengalaman kehidupan yang sementara...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

07 May 2014

Inna Lillah Wa Inna Lillahi Rajiun. Al Fatihah. Guru Kami Mawlana Shaykh Nazim al Haqqani Telah Kembali Ke RahmatuLLAH pada 7 Rajab 1425H

..Dikau sentiasa hidup dalam rabitah...

Tiada istilah salam perpisahan wahai guru.. hidup dan mati tidak sekali kali mampu 

memisahkan kita...tidak sekali2....kewujudan jasadi tiada ertinya dlm alam ruhani....






Assalamu alaikum...
Allah....Allah....Allah....Innalillahi wa inna ilaihi rojiuuun
Our Beloved Master; Maulana Sheikh Nazim Al Haqqani just passed away.
Al Fateha


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُاَ
للّبسم الله الرحمن الرحيمهُ


اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سيّدنامُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ آلِ سيّ

دنا Ù…ُØ­َÙ…

It is with a very heavy heart that i am breaking the news of the sad loss of our beloved Sultan Awliya Maulana Sheikh Nazim Adil Haqqani. He left us within this hour. May Allah rest his soul. He touched many of our lives and his legacy will always live on.

We will do a 3 days tahlil for Maulana starting tomorrow nite. Programme will be as follows :

Date : 8th of May, 2014

9th of May, 2014

10th of. May, 2014

Venue : 26 28 Jalan Setiabudi
Bukit Damansara
Time : 8.45 pm

May Allah bless his soul and place him in the highest Maqam.

Raja Eleena



Muslim spiritual leader Shaykh Nazim passes away
Muslim spiritual leader Shaykh Nazim passes away

World famous Muslim scholar Shaykh Nazim al-Haqqani has passed away at the age of 92 in the Turkish Republic of Northern Cyprus.

World Bulletin / News Desk
World famous Muslim scholar Shaykh Nazim al-Haqqani has passed away at the age of 92 in the Turkish Republic of Northern Cyprus.
Shaykh Nazim had been receiving intense care since April 17 when he rushed from his home in Lefke to the Near-East University Hospital in Lefkosa (Nicosia) after suffering from respiratory problems and heart failure.
Shaykh Nazim was the leader of the Naqshibandi-Haqqani Sufi order which traces its roots back to 11th-century Sufi Saint Abdul Qadir Jilani and 13th-century mystical poet Jalaluddin Rumi.
He inherited the leadership of the order from Shaykh Abdullah Fa'izi ad-Daghestani after he passed away in 1973 and has millions of followers all over the world.
Having lived in Turkey, Syria and the United Kingdom, Shaykh Nazim then settled in his hometown in the TRNC. He was fluent in English, Turkish, Arabic and Cypriot Greek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...