**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 November 2011

Amerika Memasuki Perairan Syria. Rusia Akan Bertindak Jika Syria Diserang.

 

Kapal Perang Pengangkut Peluru Berpandu Admiral Kuznetsov

Moscow akan menggerakkan kapal perang mereka di pangkalan di pelabuhan Syria Tartus. Misi jangkamasa panjang yang telah lama dirancang,  pada ketika ini dapat membantu mengelakkan potensi berlakunya konflik di negara Timur Tengah yang strategik dan penting ini.
Kumpulan kapal perang Rusia akan terdiri daripada tiga kapal yang dibawa oleh kapal pesawat pengangkut yang turut dilengkapi dengan peluru berpandu diketuai oleh Admiral Kuznetsov. Pegawai tentera Rusia menegaskan bahawa langkah itu tidak mempunyai kaitan dengan krisis yang berterusan di rantau ini dan telah dirancang tahun lalu, berdasarkan laporan akhbar Izvestia. Selain dari Syria, kapal pembawa pesawat pejuang dan kapal-kapal pengiring akan melawat Lubnan, Beirut, Genoa di Itali dan Cyprus, kata bekas Ketua Turus Tentera Laut, Laksamana Viktor Kravchenko.








Amaran dari President Rusia, Dmitry Medvedev
Klick “CC” untuk subtitle pada video di atas

Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa kehadiran ketenteraan selain dari NATO amat berguna untuk rantau ini, kerana “ia akan menghalang wabak konflik bersenjata,” memetik kata Izvestia Kravchenko. Kesatuan Soviet, Admiral menyarankan untuk mencipta satu skuad tentera laut khas untuk menghalang tentera Barat di Laut Mediterranean. Untuk membaiki dan membekalkan kapal-kapalnya, Moscow memerlukan asas penyelenggaraan sendiri di rantau ini, dan sumber asas dapat digunakan di Tartus.


Berita kerahan tentera laut Rusia di Tartus muncul tidak lama selepas kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear AS USS George HW Bush berlabuh di Syria, bersama-sama dengan kapal tentera laut tambahan . Kumpulan pertempuran AS kekal di Mediterranean, kononnya untuk menjalankan operasi keselamatan maritim dan misi sokongan sebagai sebahagian daripada Operations Enduring Freedom dan New Dawn.  6 Armada Amerika Syarikat juga meronda kawasan itu, berdasarkan laporan Interfax.


 
Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear AS USS George HW Bush


Misi bermula pada awal Disember, apabila Admiral Kuznetsov memulakan perjalanan di Laut Barents, disertai oleh kapal Armada Utara Rusia yang lain serta kapal ASW Laksamana Chabanenko. Kumpulan itu akan melalui benua Eropah dari barat dan memasuki Mediterranean melalui Selat Gibraltar. Kemudian, mereka akan disertai oleh kapal Ladny frigat Angkatan Laut Hitam Rusia. Ia akan bergerak melalui Bosphorus, dan singgah di Malta, Valletta.
“Sudah tentu angkatan tentera laut Rusia di Mediterranean akan tidak seimbang dengan Armada Amerika Syarikat (AS) ke-6, yang termasuklah satu atau dua kapal pengangkut pesawat serta beberapa kapal pengiring,” . Admiral Kravchenko menjelaskan. ”Tetapi hari ini, tiada satu pun percakapan tentang kemungkinan pertempuran tentera, dan sekiranya berlaku serangan ke atas mana-mana kapal Rusia, ianya akan dianggap sebagai suatu pengisytiharan perang secara besar-besaran”.


Admiral Kuznetsov akan membawa lapan jet pejuang Sukhoi Su-33  berkeupayaan menyesuaikan diri pelbagai cuaca, dua Kamov Ka-27 helikopter anti kapal selam dan beberapa jenama baru jet pejuang MIG-29K. Jet Pejuang MIG telah dibina untuk tentera udara India dan sepatutnya menjadi “ujian” semasa tugasan pertama mereka. Pegawai tentera telah menegaskan bahawa semua penerbangan akan dilakukan di perairan terbuka, jauh dari pantai Syria.

UDAV-1

Tidak seperti kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, sebahagian besarnya sebagai landasan terapung, Admiral Kuznetsov dilengkapi dengan pesawat membawa senjata berat. Persenjataan utamanya, antara lainnya adalah 12 peluru berpandu granit anti-kapal pelayaran jarak jauh permukaan-ke-permukaan, 6 sistem senjata api peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak dekat Kinzhal, 8 sistem peluru berpandu jarak dekat di pertahanan udara Kashtan dan 2 sistem UDAV-1 anti-kapal selam. Admiral Kuznetsov telah membuat 2 kali ke pelabuhan Tartus semasa tugasan di Mediterranean dan Lautan Atlantik pada tahun 1995 dan 2007.

p/s: Adakah perkembangan panas ini akan menjadi tunas memulakan adegan2 perang akhir zaman?? Malhamatul Kubraaa / Armageddon?????

Sumber dari RT dan Pilot .
Olahan ~ MR.Z

29 November 2011

Rawatan Atritis - Sup Sumsum Tulang

Amalkan sup tulang / sumsum tulang / gear box semangkuk setiap hari Insya Allah penyakit atrritis dan sendi2 anda akan pulih... Selamat mencuba..
 Assalamualaikum semua...

Baru2 ni adalah anak murid bertanya kepada Maulana Sheikh kami:

Murid: Isteri saya sakit atritis; sakit sendi2 tulang.

Sheikh: Amalkan makan sup tulang satu mangkuk sehari. Makanlah isi tulang tersebut / sum sumnya.. (Orang panggil sup gear box)..


Insya Allah penyakit atritisnya akan berkurangan

*Tambahan saya: Eloklah sendi2 tersebut disapu senantiasa dengan minyak zaitun Syam, Extra Virgin Olive Oil... Insya Allah sakit akan berkurangan...

Selamat mencuba.

28 November 2011

ZikruLLAH Sumber Kekuatan Jihad; Kisah Perang Pejuang Sufi Chechnya - Aslan Maskadov

 
Aslan Maskhadov Presiden Syisyan, syahid pada 8 Mac 2005 .. Merupakan pengikut Qadiri dan Naqshbandi dan juga merupakan anak murid kepada guru kami yang mulia.
 (Petikan temuramah Majalah 'The Muslim'* dengan Aslan Mashkadov, Presiden Chechen yang disiarkan pada tahun 1999. Tajuk artikel ini ialah "Zikrullah, Sumber Kekuatan Jihad)".

Presiden Aslan Mashkadov bertanya: "Tahukah anda berapa orang tentera kami semasa kami menumpaskan Russia? Jumlah keseluruhan tentera Mujahidin tidak lebih dari 4,000 orang di seluruh Chechya. Hanya 837 Mujahidin sahaja berada di Grozny, ibu kota Chechya. Tentera Russia yang mengepung Grozny berjumlah 12,0000 orang! 837 Mujahidin telah menewaskan 12,0000 orang tentera Russia!"

Beliau terus bertanya: "Bagaimana ini boleh berlaku? Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa dengan bantuan Allah, SubhanalLah, sekecil manapun jumlah kamu, kamu boleh mengalahkan ribuan dan ribuan orang kuffar."

Sambung beliau: "Tahukah kamu kenapa kami begitu berjaya, mengalahkan tentera Russia dengan hanya sejumlah kecil tentera? Islam datang kepada kami di Chechya, Daghestan, Russia dan Tataristan serta negara-negara di sini melalui kaum sufi. Dan Islam telah terpelihara semasa zaman Komunis dari generasi ke generasi dalam masa yang panjang adalah kerana Tasawuf. Tahukah kamu bagaimana ia dipelihara? Melalui zikrullah dan selawat ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam. Kami ini kaum Qadiri dan Naqshabandi di Chechya. 
 Sebelum kami bertolak ke mana-mana medan tempur, kami akan duduk dalam bulatan dan mengalunkan Qasidah Burdah Al-Bushiri. Kami mengalunkannya dalam satu suara, dengan KUAT – kamu akan mendengarnya sebagai satu suara, kemudian kami akan berselawat kepada Nabi sallaLalhu alaihi wassalam, kemudian zikir, kemudian kami akan keluar dan berperang, dengan barakah selawat-selawat ini ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam, dan zikrulLah ini."
  ...* ketika saya di Cyprus Turki dahulu, saya sempat berkawan dengan seorang sahabat bekas pejuang Chechnya yang merupakan pengikut Qadiri dan Naqshbandi dan menyatakan bahawa perang yang awal dahulu memang merupakan perang jihad yang suci dan disertai semua murideen turuq di sana... Kemudian meletusnya perang yang dipropaganda pengikut Wahhabi Ekstremis kemudiannya yang tidak disertai mereka kerana kurang keberkatannya... " WALLAHU A"LAM...
Credit to Ustaz Amir Azmi.

27 November 2011

Al Fatihah Dengan Niat Kesembuhan Kepada Qari Cd Ruqyah KISWAH, Al Fadhil Ustaz Wan Ahmad Tirmizi


Kenangan Semasa Merakam Cd Ruqyah KISWAH

Alfatihah kepada al Fadhil Ustaz Wan Ahmad Tirmizi (ex ki SPM 98 5/12 Madulas dan merupakan rakan sekelas saya Form 4 & Form 5 di Kolej Islam Sultan Alam Shah KISAS - Klang); QARI cd ruqyah KISWAH yang accident di Kelantan.. Doakan keselamatan beliau. Kereta dihempap pokok waktu drive.. Keadaan didoakan agar tidak serius, tangan patah dan kaki ke bawah tidak boleh bergerak.. Al Fatihah dengan niat kesembuhan.
Ustaz Tirmizi merupakan Qari Ruqyah untuk cd ruqyah KISWAH
  Perkembangan terbaru, keadaan Ustaz Tirmizi stabil. Tangan kanan patah, kaki kiri masih bengkak dan masih tidak dpt bergerak, esok akan buat MRI dan CT Scan utk tengok saraf belakang. Sekarang di wad cempaka katil 18. Isteri Ustaz mengandung dua bulan dan anak-anaknya Alhamdulillah selamat. 
 Doakan moga2 Ustaz Wan Ahmad Tirmizi kembali sihat seperti sediakala.
Al Fatihah dengan niat kesembuhan.. Al Fatihah..

26 November 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Muharram dan Amalan Muharram

Ahla wa Sahlan Ya Muharram al Haram..


Assalamualaikum semua...

Warga KISWAH mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia umumnya dan semua ahli keluarga KISWAH serta para pesakit yang pernah berkunjung ke KISWAH khususnya...

Bulan Muharram adalah bulan yang mulia dan merupakan salah satu dari bulan haram...

Muharram adalah bulan yang agung dan setiap hari yang berlalu di dalam bulan ini mempunyai kelebihan dan tajalliyat dan berpuasa di dalam bulan ini adalah mustahab..; sunat.

Secara kebiasaannya, pada bulan ini para wali mendapat makam 'wilayah' kewalian dan paras syuhada' mendapat makam 'syahadah'

Di dalam bulan ini mengandungi haru yang amat mulia iaiatu hari Asyura.. Sabda Nabi saw: " Sesiapa yang berpuasa pada sepuluh hari pertama Muharram sehingga Asyura' maka dia akan mewarisi Jannatul Firdausil A'la" - Futuhat Haqqaniah. Berpuasa pada hari tersebut adalah sunnah muakkadah... Hendaklah kita mengapit puasa tersebut sehari sebelum atau selepasnya...


Hari Asyura' adalah hari kemenangan:

Dicipta dan dipilih Nabi Adam as

Diangkat Nabi Idris ke syurga

Bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi

Nabi Ibrahim dipilih sebagai KhalilullAH...

Dikembalikan kekuasaan Nabi Sulaiman

Disembuhkan Nabi Daud as

Dikeluarkan Nabi Yunus dari Huut.. Ikan Nun / Ikan paus selepas 40 hari

Dipertemukan Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf selepas 40 tahun

Hari dilahirkan Nabi Isa dan diangkat ke langit

Nabi Muhammad saw berkahwin dengan Saidatina Khadijah ra

Hari Allah mencipta langit dan bumi

Hari Allah mencipta 'Qalam', Nabi Adam as, Hawwa'..... Semuanya pada hari Asyura...



Antara amalan yang diajar oleh guru kami sepanjang bulan ini adalah:


  • Maulana Sheikh asked us all to add to our daily Zikirs:
40 times Salawat Tunjina
100 times Hasbuna Allah Rabbuna Allah
100 times Bismillah r- Rahman r- Rahim
100 times Ikhlas al Sharif
100 – 1000 times Salawat al Sharif
  • For those uncertain, this is the Salawat Tunjina:



 




Selamat beramal.. Semoga tahun baru ini menambahkan CINTA kita kepada Allah.....

24 November 2011

Sambutan Awal Muharram dan Kelas Tafaqquh KISWAH


Ahlan wa Sahlan Ya Muharram....

Assalamualaikum semua...


Sukacitanya saya maklumkan bahawa satu program akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad ini bersamaan  26 Disember 2011 yang akan datang:


Sambutan Awal Muharram dan Kelas Tafaqquh KISWAH

Masa: 6.30 Petang - 11 Malam

Tentatif:

Bacaan Doa Akhir Tahun

Solat Maghrib Berjemaah

Bacaan Doa Awal Tahun

Tazkirah Ringkas

Solat Isyak berjemaah

Kelas Tafaqquh Perubatan

Maulid

Jamuan Ringkas

Bersurai...


Semua ahli Usrah Ruqyah Syariyyah seluruh negara dijemput hadir memerihakan program kita pada kali ni...

Sila call / SMS saya untuk memaklumkan kehadiran anda....

Allahu Haq... Hidayah Seluruh Alam...

23 November 2011

Tiga Perkara Yang Membahayakan, Nylon, Hormon dan Konkrit / Simen

Assalamualaikum semua..

Baru2 ni Maulana Guru kami menyeru agar umat ISLAM kembalilah kepada NATURE........

Tinggalkan segala perkara yang TIRUAN dan kembalilah kepada ALAM ciptaan ALLAH....

Sesungguhnya segala bahan yang tiruan biasanya akan membawa keburukan kepada manusia.

Berkata Maulana, antara lain misinya adalah mengembalikan manusia kepada alam ciptaan Allah dan melupakan semua bahan makanan, binaan, pakaian yang terhasil dari bahan tiruan / artificial..

1) Konrit dan simen:

 Ini kerana simen dan konkrit yang dicipta manusia sebenarnya mempunyai unsur negatif yang berbahaya kepada manusia... Manusia akhir zaman cenderung kepada penggunaan bahan ini yang Maulana katakan mampu mengubah kejadian dan tabiat serta kecenderungan manusia. Bahan ini juga adalah tidak tahan gempa bumi dan bencana alam.. Ia amat tidak meraikan rohani dan merosakkan kejadian lahir dan batin manusia..

Sebab tulah baru2 ini Sheikh Raja menyuruh kami di Pahang membina zawiyah daripada KAYU...

Kalau orang Melayu kita; kembalilah kepada binaan orang dulu yang secocok dengan kejadian natural kita..KAYU..

Kalau di negara Arab dan Turki, kembalilah kepada senibina Uthmaniyyah yang membina rumah dari batu bata tanah liat. Amat menyamankan.



 2) Nylon

Ini kerana bahan tiruan ini membawa kerosakan kepada tubuh badan manusia, spiritual dan mampu menganggu  kestabilan emosi manusia.. Inilah pesana Maulana Sheikh...

Kembalilah kepada pemakaian pakaian yang diperbuat dari cotton (kapas)... Ini lebih sesuai dengan kejadian manusia dan meraikan kerohanian seseorang.. Oleh tu jom la pakat2 ubah segala pakaian kita kepada kapas...

Kalau tak silap baju Melayu orang dulu dan baju Melayu sekolah kita juga adalah dari kapas...

Janganlah memakai 1001 jenis fabriks dan tekstil yang sebenarnya tanpa kita ketahui merosakkan diri kita.



3) Hormon


Sama ada dari sudut ubat-ubatan kimia yang sarat dengan bahan hormon yang menganggu keseimbangan tubuh ataupun makanan daging dan sayuran yang disuntik hormon penggalak pertumbuhan dan baja...

Kembalilah kepada makanan dan ubatan alam ciptaan Allah dan pemakanan sunnah.



Kembali kepada garam yang asli / garam bukit:
Sebagai contoh, tinggalkanlah terus penggunaan garam laut / garam yang direfined.. Gunakan garam yang asli (garam bukit / himalaya) yang cocok dengan hadis kehebatan garam. Garam bukit yang tidak direfined membantu perjalanan darah dan menyahtoksinkan segala racun dalam badan.

Amalkan secubit garam bukit sebelum makan.


Badan sihat dan segar:
Amalkan makan ulam tomato yang dilumur garam bukit untuk menambahkan kesihatan dan kesegaran badan. Maulana sheikh menyatakan bahawa orang Uthmaniyyah dahulu mengamalkan pemakanan ini, begitu sihat jika melihat mereka berjalan di jalanan terasa kagum kita dek kerana merahnya pipi, tanda sihat mereka.


Demam dan selsema:
Maualana juga mengatakan bahwa beliau tidak pernah selsema dan demam.. Ini kerana beliau mengamalkan rawatan secara natural.. tiap2 hari minum jus limau pahit 3 kali sehari.




Begitu juga rawatan kanser..
Amalkanlah bawang merah / holland setiap hari. Jus bawang diminum paling kurang sebiji sehari. Maulana Sheikh mengatakan bahawa jus bawang ini akan memburu setiap sel kanser dan sel2 rosak dan keji di dalam badan serta saluran darah manusia dan membawanya keluar dari badan..

Maulana sheikh mengatakan dahulu kala orang2 lama sudah menjadi satu menu harian, kelihatan makcik2 menumbuk bawang untuk mengambil jusnya, diminum sebagai satu supplement terbaik untuk badan...

Lupakan rawatan2 moden yang membahayakan, menggunakan dadah dan hormon yang mengganggu fungsi semulajadi organ di dalam badan...

Tambahan saya:

(Begitu juga cucuk2 bayi semasa membesar. ...Lupakan cucuk2 ni.. Apa yang Allah Taala cipta iaitu susu ibu tidak sempurna..??????????? Tidak cukup baik??????????Susu ibu adalah yang terbaik.. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Rutinkan susu ibu setiap masa.. Insya Allah anak akan siihat...

2) Pil perancang....!!! Sangat berbahaya untuk tubuh badan. Saya berjumpa ramai wanita yang sakit dan mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur atau istihadah kerana mengamalkan pil ini. Tubuh badan akan rosak binasa... Malah sekiranya termengandung juga maka akan menyebabkan anak menjadi cacat. Sifat pil ini panas kerana bertujuan mematikan benih. Jika ada yang berjaya menjadi janin.. janinnya tidak sempurna dan cacat. Menysu bayi itulah perancang keluarga yang terbaik. Bila menyusu secara tegar, rahim akan mengecut... )


Lupakanlah hormon!

SAY NO TO CONCRETE, NYLON, HORMON!!!

p/s: Kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua!.... Insya Allah sama2 usahakan...

22 November 2011

Syair Rintihan Raja Melayu; Ahlul Bait

Para Salatin Melayu, gambar yang undated....
 SYAIR RINTIHAN RAJA MELAYU

Assalamualaikum pemula bicara,
Kepada semua isi negara,
Hamba rakyat raja di pura,
Moga selamat aman sejahtera.

Pujian kepada Allah yang Esa,
Salawat junjungan Nabi sentiasa,
Ahlul-baitnya dirahmat sentosa,
Juga kepada sahabat (RA) berjasa.

Bicara kita bukan sembarang,
Terbit dari kalbu nan bimbang,
Ingin berkongsi sejarah gemilang,
Buat ibarah pedoman yang terang.

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Tulus budi tinggi martabat,
Memegang adat menjunjung syariat,
Pernah menempa zaman nan hebat.

Dimana raja di situ kerajaan,
Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,
Raja Melayu nobat kedaulatan,
Hamba Melayu menjunjung sultan.

Demang Lebar Daun bangsawan gahara,
Asal leluhur keluarga bendahara,
Sang Nila Utama dijadikan putera,
Ijabkabulkan dengan si dara.

Sang Nila Utama bangsawan bertuah,
Demang Lebar Daun mengurnia daulah,
Negeri Palembang kerajaan diserah,
Raja Melayu ditabal sudah.

Raja-Bendahara satu zuriat,
Iskandar Zulkarnain asal hakikat,
Memutus bicara bersatu wa’ad,
Daulat! Bertambah daulat!

Demikian adanya sumpah setia,
Asal Melayu Bendahara tuannya,
Hamba Melayu amanah pundaknya,
Nila Utama diserah tonggaknya.

Wa’ad Melayu sudahlah terang,
Bangsa Melayu adatnya terbilang,
Raja Melayu manikam benderang,
Bendahara Melayu permata gemilang.

Tersebut kisah negeri Melaka,
Rakyat jelata berkapal belaka,
Ramai pedagang membuat harta,
Pesat dan masyur seisi kota.

Raja Melaka mendapat firasat,
Bermimpi Nabi (SAW) memberi amanat,
Allah hendak memberi mandat,
Supaya baginda menyebar syariat.

Raja Melaka gelisah nan amat,
Terkenang mimpi dapat hidayat,
Sekonyong baginda jadi terperanjat,
Anu baginda telah disunat.

Sayyid Abdul Aziz seorang ulama,
Dari Jeddah membawa amanat,
Mengajar raja syahadah azimat,
Maka zahirlah segala alamat.

Ulama keturunan Rasulullah (SAW),
Jolokan AHLUL-BAIT dalam risalah,
Sama mendokong tugas dakwah,
Diberi kemuliaan duli Khalifah.

Sultan Muhammad nama diberi,
Menggerak dakwah tak kira hari,
Syariat Islam sudah terdiri,
Wajah bercahaya penuh berseri.

Maka masyurlah titah Sultan,
Agama Islam menjadi anutan,
Amal hakikat mencetus kesan,
Melaka menempa zaman keemasan,

Ulama syariat ulama tariqat,
Membimbing Raja amalan muafakat,
Gotong royong amalan rakyat,
Seisi negeri mendapat berkat.

Kesultanan Melayu rantaian khilafah,
Ajaran Tauhid menjadi falsafah,
Mengikut amalan sunnah Rasulullah (SAW),
Sejahtera dunia serta akhirah.

Raja Melaka mencurah jasa,
Pencetus tamadun budaya bangsa,
Agama dan adat diadun mesra,
Bangsa Melayu jadi perkasa.

Bukanlah maksum Raja Melaka,
‘Aib peribadi ada belaka,
Namun rakyat tetap dijaga,
Lindungi bangsa dari celaka.

Sultan Muhammad jasa tak hilang,
Sultan Muzaffar da’iee cemerlang,
Sultan Alauddin taqwa terbilang,
Sultan Mansur menempa gemilang.

Sultan Mahmud sejarahnya malang,
Mengikut kata fitnah petualang,
Bala turun Portugis menyerang,
Namun raja tetap berjuang.

Raja Melaka bermacam sejarah,
Suka dan duka dibuat ibarah,
Jasa dan bakti tetap dicurah,
Tonggak Melayu sedikit tak goyah.

Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,
Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.

Orang Melayu penuh budiman,
Akhlak dan budi penuh santunan,
Namun agama jangan perlekehkan,
Badan dan nyawa galang gantikan.

Orang Melayu bertasawuff belaka,
Hubungan Allah sentiasa dijaga,
Bila si kafir nak buat celaka,
Jihad sabil isytihar senegara.

Bila penjajah isytihar perang,
Ulama ke depan beri perangsang,
Bersama rakyat jadi hulubalang,
Raja Melayu turut berjuang.

Pesanan cerdik pandai terbilang,
Jikalau daulah hendak cemerlang,
Nawaitu agama perlu dipegang,
Nescaya terbit kerajaan gemilang.

Jika dibuat kerana Allah,
Umat Islam tak akan mengalah,
Nyawa dan badan sanggup diserah,
Bersama Tuanku duli Khalifah.

Umat mengharap syurga menunggu,
Di medan jihad saling membantu,
Walau maut muncul di pintu,
Wajah berseri sedikit tak buntu.

Zaman berzaman begitu keadaan,
Ulama umara satu fahaman,
Raja dan rakyat seperti sebadan,
Bangsa Melayu Allah daulatkan.

Apa nak buat dah takdir zaman,
Umat ditimpa penyakit Al-Wahn,
Cinta dunia takutkan kematian,
Fitnah rempuh berasak-asakan.

Sampai waktunya sudah tersurat,
Petualang Melayu mendapat kudrat,
Dengan Inggeris ambil muafakat,
Dari Illahi putuslah rahmat.

Petualang bangsa buat mudarat,
Pedoman baru berganti tempat,
Siapa kuat dia kudrat,
Tanah Melayu jangkitnya melarat.

Ditolak ketepi benar dan salah,
Dinilai kira, menang dan alah,
Sesuka hati adat diubah,
Akhirnya Melayu mendapat tulah.

Aturan lama tiadalah tempat,
Pusaka bangsa kini merempat,
Inggeris durjana masihlah sempat,
Agama dan adat sering diumpat.

Aturan Melayu Inggeris membenci,
Ke sana-sini mencaci-caci,
Aturan bangsanya sering dipuji,
Konon sempurna tiada yang keji.

Bangsa Melayu binasa adat,
Raja Melayu luput hakikat,
Tanah Melayu hilanglah daulat,
Bumi bertuah Inggeris mendapat.

Sudah suratan apalah malang,
Petaka bangsa tak dapat dihalang,
Warisan murni runtuhlah tiang,
Permata Melayu sudahlah hilang.

1957 Malaysia merdeka,
Sorak sorailah semua belaka,
Apalah malang musibah tak leka,
Bangsa Melayu masih celaka.

Mengapa daulah tidak dipulangkan,
Kepada yang berhak institusi kesultanan,
Sebagaimana dahulu resmi kerajaan,
Sebagai mengikut aturan Tuhan.

Mengapa sekular negara diserah,
Kepada bangsa menjadi barah,
Kemelut Melayu tak sudah-sudah,
Semakin lama semakin parah.

Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,
Hibanya hati nenda nan sayu,
Payungi kembali agama wahyu,
Jangan biarkan bangsa melayu.

Istilah Melayu hakikatnya terang,
Ciri tasawuff bukan sembarang,
Tawadhu’ diri sifat cemerlang,
Ujub takabbur semuanya hilang.

Bangsa Melayu tinggi ruhaniyyat,
Dengan Allah diri diikat,
Alam akhirat selalu diingat,
Membuat kebajikan itulah tekad.

Wahai cucunda Raja Melayu sekelian,
Rintihan nenda sila dengarkan,
Tampil kembali sila ke depan,
Bangsa Melayu perlu ketuanan.

Perintah negeri amanat Tuhan,
Telah sedia adat dan aturan,
Pelihara rukun zaman berzaman,
Bangsa Melayu tetaplah aman.

Demi Allah demi RasulNya (SAW),
Cunda semua peganglah daulahnya,
Jadi payungan Melayu semula,
Jadi pelindung adat agama.

Pulihkan semangat, maruah bangsa,
Hakikat Melayu kembalikan bisa,
Walau kuasa yang tinggal sisa,
Jangan sekali berputus asa.

Ketuanan Islam harap kembalikan,
Keluhuran adat tolong pulihkan,
Adat dan agama jangan pisahkan,
Ia umpama nyawa dan badan.

Raja Melayu menjaga negeri,
Umat Melayu kembali berdiri,
Bersama meredah onak dan duri,
Naungan Allah pasti kembali.

Kita berjumpa di akhirat kelak,
Berkumpul sama jemaah umara,
Dengan Allah kita menghadap,
Moga diterima amal mujarab.

Sekian bicara kita adanya,
Raja Melayu dari makamnya,
Kepada semua raja rakyatnya,
Moga mendapat faedah darinya.

DAULAT TUANKU!!!!
 
Kredit tu Amirul Syafiq...

21 November 2011

Kitab-kitab Berkenaan Kuda dan Kehebatan KUDA ARAB (2)

Benarkah Kuda Arab Terbaik di Dunia ?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sejarah Kuda Di Dunia
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kuda sudah lama berada dibumi dan berselerak diseluruh dunia. Kuda telah disimpan dan diternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.
Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ),
Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah).
Dari kuda-kuda manusia mula menjinakkannya dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sarkas, sukan, pertandingan dan sebagainya.

Benarkah Kuda Arab Terbaik di Dunia ?

Kuda Arab adalah satu baka kuda yang sangat cerdik, bersemangat dan mempunyai stamina yang luar biasa serta kaki kecil yang bertulang sangat kuat. Dengan bentuk kepala yang tersendiri seakan-akan hidungnya melengkung dan ekor yang tinggi mudah terangkat walaupun ketika berlari, yang menyebabkan kuda Arab sangat mudah dikenali berbanding baka lain di dunia ini. Kuda Arab adalah baka kuda yang tertua di dunia. Tedapat bukti kajian purba yang menunjukkan penemuan kuda moden ini berasal dari baka kuda purba dari 4500 tahun dahulu yang dipercayai berasal dikawasan padang pasir di Timur Tengah.
Dizaman dahulu samada zaman kerajaan Islam atau sebelumnya, Kuda arab ini digunakan secara meluas untuk tujuan perjalan dari satu tempat ke satu tempat dan juga digunakan untuk peperangan. Dalam apa jua keadaan cuaca, kuda ini dengan mudah untuk berlari sejauh 200 km sekalipun dipadang pasir yang kering kontang. Yang menjadikan kuda ini sekarang menjadi pujaan ramai penggemar kuda ialah kerana kuda arab ini adalah kuda yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat R.A. Mereka menggunakan kuda-kuda sebagai kenderaan terpenting dalam menyebarkan Islam samada melalui peperangan ataupun dakwah. Maka sesiapa yang memiliki kuda dengan niat sunnah Nabi s.a.w., maka dia akan mendapat pahala dari Allah taala.

Antara kuda-kuda Rasullullah saw yang masyhur ialah:1. Al-Sakaf ( Memenangi di peperangan Uhud)
2. Al-Zarab
3. Al-Lizaz
4. Al-Sabaha (As Subbah)
5. Al-Murtajis
6. Al-Sanjah
Nama Kuda-Kuda Lain Yang Masyhur ialah:
Bucephalus dimiliki oleh Alexander The Great
Morengo dimiliki oleh Napolean Bonarparte
Copenhagen oleh General Wellington

Kuda Arab telah diakui diseluroh dunia bahawa mereka adalah kuda asli Arab yang dapat dijejaki oleh peminat kuda sejak 3000 tahun dahulu. Oleh-orang barat mengakui bahawa Kuda Arab yang terdapat dinegara-negara Arab saperti Arab Saudi, Yemen, Syria, Iraq, Libya, Iran, Mesir adalah tempat-tempat asli terdapatnya kuda ini.
Sekarang hampir semua kuda-kuda hebat di dunia termasuk kuda Inggeris Thoroughbred, Dartland, Barb, Criollo dan sebagainya sedikit sebanyak mempunyai pertalian darah dengan Kuda Arab.
Disebalik kehebatan kuda-kuda lain didunia, pasti adalah didalam badan mereka, mengalir darah Kuda Arab.
Begitulah hebatnya Kuda Arab.
Namun yang paling sedihnya, Kuda Arab yang terbaik masa kini bukanterletak di negara-negara Arab, malah Australia,Perancis, Hungary, Poland adalah tempat-tempat yang ternama untuk mendapatkan baka Kuda Arab.
Malah di Australia sahaja terdapat beratus-ratus ribu baka kuda Arab 'pure' yang baik-baik.

Dikalangan negara Arab, Mesir dianggap negara paling kedepan dalam menternak dan membiak baka kuda arab yang baik dan bebepara tahun terakhir ini, kita dapati U.A.E. telah memulakan langkah menternak dan membiak baka kuda arab asli.

Baka Kuda Arab
Antara baka-baka kuda arab ini yang mashur seperti keturunan Ansata, El shaklan, Sheikh el arab, Estopa, Sabah, Saklawi, kazmin, Sheik dan lain-lain lagi.

kuda baka El shaklan
Kuda baka Ansata Halim
Baka Kuda Estopa
Baka Kuda Salkawi

Dikalangan penternak kuda kita dapati nama-nama kuda saperti'Straight Egyptian, Kuda Arab Polish, Russia, Amerika, Crabbet Arabian,
Kholonial Arabian dan lain-lain kuda Arab adalah hampir sama.
Cuma yang bezanya mereka mendapatkan kuda-kuda Arab asli ini dari negara-negara Arab saperti Yemen, Arab Saudi, Syria, Iraq, Lebanon, Egypt dan lain-lain.
Untuk mengekalkan identiti negara tersebut, maka lahirlah baka kuda arab yang dipanggila ' Straight Egyptian, Crabbet Arabian, Kholonial Arabian, dan sebagainya.
Hakikat sebenarnya kuda-kuda tersebut adalah hampir sama dari segi keturunan atau istilah kuda dipanggil 'strain'- baka. 100 % baka Arab tulin' Dilihat pada Surat kelahirannya terdapat baka yang ditulis 'El-Segrawi' Begitu juga kuda-kuda Arab lain mengandungi dalam darahnya baka dari kuda Arab Mesir, Kuda Aran Yemen dan Kuda Arab dari Saudi,..
"Islam begitu memberi perhatian dan sanjungan terhadap kuda. Dapat dilihat betapa banyaknya kitab-kitab dalam Bahasa Arab yang menyatakan perihal kuda termasuk sejarah kuda, ternakan, asal-usul, kaedah pemakanan, teknik menunggang, keistimewaan kuda, kaedah berlumba dan mencari baka kuda yang baik dan lain-lain.
Diantara kitab-kitab yang menyatakan perihal kuda ialah:-
1. Kitab Al-khayal oleh Attabi

2. Kitab Al-Khayal al-kabir oleh Ahmed Abi Tahir

3. Kitab Khalq al-faras oleh Asmai

4. Kitab al-sarj wal-lijam oleh Asmai

5. Kitab khalq al-faras oleh Washsha

6. Kitab Khasyl al-saghir & Kitab al-sarj wal-lijam oleh Ini Durayd

7. Kitab al-khayl bi khatt al-Kufi oleh Ahmed Habib

8. Kitab al-khayl al-sawabik oleh Khawlani

9. Kitab nasab al-khayl oleh Muhammad bin Ziad

10. Kitab al-khalq as faras oleh Ibrahim al-Zujaj
 

20 November 2011

KUDA DALAM ISLAM dan Kuda Arab (1)

Kuda baka Arab

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kuda baka Arab
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kuda Dalam Islam
Syarat-Syarat Pertandingan Kuda Mengikut Tradisi Islam dan Arab Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Diantara sayarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-
1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.
2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.
3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.
4. Kemenangan muktlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ketempat akhir pertandingan.Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaanya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.

Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.
Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui 'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.


Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol
Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Beduin mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'

Tanda Ibu jari Rasullullah saw dileher
Kuda Arab....
Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari dilehernya.Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab.Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai 'Baka Arab' ! Wallahhuallam.
Kuda Dalam Al-Quran
Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali.
Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda'
sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.
Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan. ( bukan perjudian) Mengikut catitan dari buku kuda " Fadl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab dipergunungan..Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).Mengikut kitab al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah saw, kemudian dizaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.
Dalam Kitab "Hidayah" juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dikalangan suku kaum Arab diwaktu itu ialah:-
Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
Separuh Arab ( bapa arab, ibu dari luar )Khalifah Harun al-Rashid


Penaklukan Palestin
Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dikalangan negara-negara Arab kerana kemasyhurannya menakluk dan membebaskan negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba kuda.Kuda baginda bernama - Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi oleh anaknya.Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma'i untuk menulis satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda.Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk berbagai tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.


Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:
Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-
Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral wazifatatayn fil yadain).Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda putih didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda putih dikuku kaki.Bentuk badan yang menarik al-a-ali , al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis senjata dengan sempurna.

Pandanga Empat mazhab Imam
Imam Abu Hanifa dan Iman Shafie menyatakan bahawa lumba kuda tidaklah haram.
Imam Malik dan Imam Ahmed hanbali menyatakan tidak menggalakkan pertandingan unta atau keldai dan beranggapan hanya kuda boleh dipertandingkan dalam perlumbaan.


Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati didalam Islam. Malah didalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri,
Keunikan kuda arab antaranya ialah:
1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak.
Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kaki kuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.
Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda.
Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavalry'Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'.Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas. Kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik .Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasuklah ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.Untuk menguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.

Hadith-hadith Tentang Kuda.

DiRiwayat oleh Ibn Banin bahawa Rasullullah saw mengajurkan pertandingan lumba kuda dimana yang pertama diberi hadiah 'sabiq' tiga, 'musalli dua, tiga satu kuda, keempat satu dinar, kelima satu dirham, yang ke6 satu qasabah.
Rasullullah bersabda
" Sesungguhnya Berkat Allah kepada kamu yang memang 'sabiq' dan yang kalah 'fiskil'.
Al-Baladhuri menyatakan:
Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."
Mengikut riwayat Dar Qutni
Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira."Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Pertandingan Kuda

Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah saw sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatih kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan.Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya "Masnad' dimana Anas telah ditanya " Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?" Anas menjawan "Ya""Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira." Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniya sehingga Masjid Banu Zurayk. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.


Jarak Pertandingan

Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-
Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) untuk kuda dewasa
Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk ( 10 ghalwa = 1 batu ) untuk kuda muda.
Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut dimana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali.Rasullullah saw amat gemar menunggang kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda.
Berikut adalah beberapa keratan tentang minat bagida Rasullah saw terhadap kuda, antaranya:-
" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" ( Kitab Masnab)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)
Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw
Kuda hitam, terdapat jalur putih di kepala dan mempunyai warna putih di bibir bahagian atas.
 Tiba2 rasa nak posting berkenaan kuda pulak.. Mana la tau esok lusa, Allah Taala perkenankan KISWAH buka stable ke untuk memberi peluang kepada muslimin belah sini mengamalkan sunnah nabi ke?? Doakan...


RUJUKAN: IZAM VETERINAR

19 November 2011

Rahsia Nak Sihat dan Nasihat Saya Kepada Pesakit

Fan from fanatic... Don't be a  ' fan of SYAITAN'
 Assalamualaikum,
 Sedih, kecewa apabila pesakit tidak mahu menerima nasihat kita dan masih terlampau taksub, obses kepada jin dan makhluk halus. Terus terang mengikiraf betapa kuatnya makhluk bernama jin itu. Malah ada unsur macam berbangga2 pulak ada gangguan. Tak puas hati kalau dia takde gangguan... pelik, pelik...
 Sebab tu antara rahsia nak sihat:
 1) Jangan pandang rendah perubatan dengan membaca ruqyah.. Ini adalah cara Rasulullah, para sahabat dan orang2 soleh merawat... Yakinlah dengan kehebatan KALAMULLAH. Jangan sampai kata2mu akhirnya merendahkan al Quran; kalam Tuhan dan meninggikan makhluk tuhan yang bernama jin... Selepas menerima rawatan, TAWAKKAL lah sekuat dan sebanyak2nya kepada Allah. Serahkan haq menyembuhkan kepada Allah dan bukan kepada ustaz yang merawat serta barang2 rawatan yang digunakan.. Semuanya asbab sahaja..
 2) Jangan pening2 fikir hikayat kenapa kita sakit dan cerita2 kita sakit.. berubat je.. fokuskan doa kita pada Allah, jangan ingatan kita pada jin dan 'kehebatannya' menghijab dari raja' (harapan) kita kepada Allah dan rahmat MAHA PENYEMBUHNYA..Kalau tak percaya, kekadang 10 bomoh 10 versi cerita. Jadi mana yang nak percaya.. Alih2 Mak Limah pening kepala siang malam dok fikir cerita mana yang betul dan nak 'tele' kan jugak dengan jiran yang dia tak suka.. Last jiran kena tuduh.. Jadi mangsa.... Janganlah ada unsur2 menilik dan menujum akan sakit2 kita..
 3) Buanglah segala peralatan sihir2 sama ada berupa tangkal, cincin yang 'diisi' dan senjata2 lama yang ada khadamnya.. Jangan terlampau percaya kepada perkara2 dan peralatan2 mistik..
 4) Janganlah merasa dan mengiktiraf bahawa makhluk itu kuat dan terlampau mengingatkan mereka... sikit2 jin sikit2 jin.... Berkata guru saya, "saya boleh membaca ruqyah pada kamu.. Insya Allah jin keluar. Tetapi dua minit lepas tu jin masuk balik. Kenapa?? Kerana selepas itu kamu terlampau memikirkan makhluk itu.. Jin Jin Jin Jin Jin... Akhirnya membuka pintu dirimu untuk dimasuki balik oleh makhluk itu...
 5) Ikutlah sungguh segala arahan perawat.. Jangan buruk sangka dan buat segala arahan yang diberi dengan sungguh2.. Insya Allah sembuh.... Sedekah dan Nazar jangan ditinggalkan..
Kekadang naik bosan, ada yang mengatakan perubatan baca al Quran ni tak power laaa...Habis tu apa yang powernya? Jin? Syaitan tu lagi power? Atau bomoh yang menngamalkan kesyirikan?.Astagfirullah, habis kalau tidak berubat dengan cara orang Islam menggunakan al Quran, nak guna apa lagi...???? Itulah kalau dah terlampau banyak berubat dengan kaedah syirik dan perbomohan..


Kadang2 bukan kerasukan dan dialog jin tetapi.... :

Kekadang bukannya kerasukan... sekadar psikologi dan emosi yang lahir dari tekanan hidup yang kronik sehingga dirasakan tindak tanduk itu luar biasa dan 'dialog' itu sebagai kata2 jin....... padahal tidak lebih dari perasaan dan emosi yang terhasil dari bisikan syaitan semata2... bukannya 'jin itu yang berdialog' tetapi anda yang 'berjiwa lemah'lah sebenarnya yang melakonkan watak jin itu...

Buktinya bila DIBERITAHU dan DIARAH supaya jangan mengamuk dan cakap yang bukan2 sebelum rawatan.. Eh boleh pulak pesakit duduk diam dan mendengar bacaan ruqyah dengan khusyuk dan berdisiplin. Malah apabila dirawat sesetengah tidak menunjukkan tanda2 gangguan jin pun!  Tetapi apabila perawat TERLUPA memberi pesanan "JANGAN MENGAMUK' sebelum rawatan...semua pakat2 melolong, mengamuk, bersilat, merangkak, jadi ular, tomoi, menari dan macam2 aksi lagi....... Jadi macam mana ni...


Tidaklah saya menolak akan adanya kaedah dialog dengan jin, malah saya sendiri dengan izinNYA terlampau banyak kesah berdialog dengan jin. Ia pun banyak tercatat dalam kesah2 rawatan perawat Timur Tengah di dalam kitab2 perubatan Arab. Cuma banyak terjadi sebenarnya yang kita berdialog itu sebenarnya adalah 'pesakit sendiri' yang merasakan diri mereka kerasukan. Jadi cara saya adalah tidak terlampau mudah melayan aksi2 dialog begini kerana

a) Kebiasaannya ia adalah dari jiwa pesakit.. Jadi ia adalah perkara yang membuang masa. Perawat yang matang dan berpengalaman sahaja dapat membezakan antara ia benar2 dialog jin yang kerasukan atau mainan minda dan mind set pesakit yang dah bajet dari awal2 akan bercakap begitu sahaja...

b) Kalau betulpun dialog, 90% kata2 makhluk ni tak boleh dipakai. Kebanyakannya membohong saja... Banyak sekali yang memfitnah orang tidak berdosa...

c) Akhir2 ni seboleh2nya saya mengelakkan untuk berdialog, ini kerana apabila saya merawat lebih dari seorang dalam satu2 masa, ia menganggu pesakit lain dan mengurangkan tempoh bacaan ruqyah, memanjangkan masa merawat dan meletihkan pesakit dan perawat.. Kasihan pesakit2 lain....


Nasihat saya kepada semua anak2 murid KISWAH; rawatlah 'direct to da point'.. Jangan terpengaruh dengan cerita dan tindak tanduk pesakit yang merasakan diri kerasukan dan 1001 aksi, padahal tidaklah sekronik yang disangka...

Tugas saya adalah merawat sambil berdakwah dan mendidik... Kalau tidak boleh terima nasihat saya... dan masih menagung2kan kisah jin yang menjelma apabila dirawat oleh orang lain..... hmmm susah juga saya nak cakap. Kecewa...

Ni semua tak lebih tak kurang adalah 'bekas tangan TARBIYYAH' orang2 yang merawat sebelum ini samada yang bergelar ustaz atau tak ustaz.. senantiasa menyogok pesakit dengan hikayat2 mistik sehingga cerita2 dan takwil itu menjadi AKIDAH mereka.. Kalau macam tu berubat la dgn sapa saja... Susah nak sembuh sebab sentiasa saja ada 'JIN' itu dan 'JIN' ni di sepanjang episod kehidupan kita... hmm
 
p/s: Kalau saya ni kaki pembohong, dah lama rasanya saya eksploitasi ketaksuban pesakit2 macam ni.. Contohnya... oh ni ada 5 jin dalam badan awak... Satu jin harga rm1000 untuk keluarkan... Jadi RM1000 kali 5 jadi RM5000 laaaa... Boleh?? Pesakit: "Oh gitu..... hmmmm kalau begitu ok laaaaa.. Janji sihat" Saya : :)

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam...

18 November 2011

Kenangan Ceramah Perdana Kg Jengka Batu 13




Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah program Ceramah Perdana KISWAH di Masjid lama Kampung Jengka Batu 13 berlangsung dengan penuh meriah..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ajk masjid khususnya Tuan Pengerusi dan Abang Zaaba serta Abang Wan yang bertungkus lumus menjayakan program pada kali ini..

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir memeriahkan malam tersebut. Malah ada yang datang dari Kuantan semata-mata untuk bersama dengan KISWAH pada malam yang sangat meriah ini.

Tidak dilupakan kepada ahli keluarga KISWAH yang berkorban masa, tenaga di jalanNYA. Hanya Allah yang mampu membalasnya... Hadir sama, abang Wan Hospital, Abang Kasim dan Musa, Azwan Sabah dan Wan Amirul KIPSAS dan pembantu setia Thoha al Hafiz dan Lukman Kuala Krau....

Majlis dimulakan dengan majlis selawat maulid daibaie dan sedikit pengisian berkenaan sihir. Kemudian selepas Isyak majlis disambung dengan jamuan dari pihak masjid. Terima kasih daun keladi diucapkan...

Selepas itu majlis ditutup dengan sesi rawatan ruqyah syariyyah beramai2.. Semoga semua pesakit yang menerima rawatan pada malam penuh bersejarah ini semakin sembuh dengan izinNYA...

On the way balik kami singgah makan2 bersilatrruhami.... dan selepas itu terus ke KISWAH dan masing2 pulang dengan 1000001 kenangan.. Alhamdullillah thumma alhamdulllah...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam.. Semoga berjumpa dalam program berikutnya..

Wassalam..

Hayat Ali Ridzha al Khiyami... 1.24 am 19 Nov 2011..

17 November 2011

Jangan Lupa Ceramah Perdana KISWAH di Kg Jengka Malam Ni


Jangan Lupa Ceramah KISWAH dan rawatan beramai-ramai di Masjid Kg Jengka Batu 13 Malam Ni!!!!?????


Assalamualaikum semua..

Seperti yang saya maklumkan sebelum ni Insya Allah malam ni satu Ceramah Perdana KISWAH akan diadakan di Kg Jengka... Jumpa di sana yaaa....


Satu ceramah KISWAH akan diadakan pada 18 Nov 2011 di Masjid Lama Kampung Jengka Batu 13 Jalan Maran. (Bukan Jengka 13)

Tentatiif:

Solat Maghrib

Pengisian berkenaan Sihir

Solat Isyak

Rawatan Beramai2

Jamuan ringan

Bersurai..

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir memeriahkan majlis kita..

Sedikit jualan barang2an makanan sunnah untuk perubatan Islam diadakan selepas program.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam.

Jumpa di SANA malam ni!

16 November 2011

Amalan Pendinding Rumah Yang Mudah

Bacalah ayat 39 Surah al Kahfi:  Wa Laula - Illa Billah ... atau "Masya Allah" dan "La Quwwata Illa Billah" .. sebelum masuk ke rumah...

Assalamualaikum semua..

Baru2 ni, setelah diperdengarkan bacaan Surah al Kahfi pada hari Jumaat beliau telah mengajarkan satu amalan untuk 'weqayah' : penjagaan dan pendinding rumah dan kebun / ladang.....

Bertitik tolak dari ayat 39 Surah al Kahfi.

Bacalah ayat 39 Surah al Kahfi:  Wa Laula - Illa Billah ... atau 

1) "Masya Allah" dan 
2) "La Quwwata Illa Billah" .. sebelum masuk ke rumah atau kebun / ladang.....

Maulana menceritakan pernah dua orang lelaki yang setiap orang dari mereka memiliki sebidang tanah. Mereka duduk berjiran. Salah seorang darinya memang membaca ayat ni sebelum masuk ke dalam  kebunnya.. Yang satu lagi tidaklah pernah dia amalkan ayat ini.. Dengan izin Allah, malapetaka terjadi, tanah pemilik yang tidak mengamalkan ayat tersebut habis terbakar manakala seorang lagi yang mengamalkannya selamat dari bencana tersebut.


Masuklah ke rumah dengan membaca dua ayat tersebut dan janganlah takut.. Jikalau bencana yang sangat bahaya datang sekalipun... Insya Allah dengan izinNYA penghuninya akan selamat... Insya Allah amalan para solehin ini ada rahsia, fadhilat, khasiat  dan keberkatannya...

Apapun semuanya di tangan Allah Subhanahu wa Taala jua..... Yang memberi mudarat dan manfaat hanyalah ALLAH.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...