31 March 2013
Kenangan Tahlil, Mawlid di Istana Perak dan Ziarah Makam Shaykh Raja serta Tok Temong 30 Max 2013
Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 30mac yg lalu kami diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadiri majlis tahlil dan mawlid di istana iskandariah kuala kangsar perak. Tetamu yg hadir adalah Shaykh Bahauddin Adil dari Cyprus Turki. Kiswah juga sempat menziarahi makam guru mulia Tuanku Shaykh Raja Ashman bersama para jemaah dan berzikir bersama Sh Bahauddin. Setelah solat Asar di Masjid Ubudiyyah kami bergerak ke Makam Tok Temong untuk sesi ziarah bersama Shaykh Bahauddin... Kemudian barulah kami pulang ke Temerloh.. Allahu Haq.. Hidayah seluruh alam...
27 March 2013
Permohonan Sumbangan Untuk Zawiyah (Surau @ Madrasah) KISWAH di Pahang
Bersedekah Adalah Kaedah Penyembuhan Paling Berkesan!
Untuk pengetahuan semua,
Sebahagian dari pendapatan KISWAH melalui seminar, kem, jualan cd, ebook dan handbook dimasukkan ke:
TABUNG PERUBATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH UNTUK MENYEMPURNAKAN FASILITI, KELANCARAN PERGERAKAN, AKTIVITI PERUBATAN, PEMBINAAN PUSAT RAWATAN BARU DAN MUSOLLA KISWAH, TEMERLOH PAHANG.
Ustaz Hayat al Azhari: 017 9065131
Ini adalah perancangan jangka masa panjang kami untuk merealisasikan pembinaan pusat rawatan dan surau di tanah yang bakal dibeli nanti..
Sebarang sumbangan untuk pembangunan pusat rawatan baru dan surau KISWAH bolehlah disampaikan oleh pembaca yang budiman dalam bentuk derma, zakat, wakaf, kafarah dan nazar bolehlah menghubungi pihak KISWAH atau terus ke akaun:

No Akaun Bank Islam: 06028020377680
Labels:
NGO KISWAH
24 March 2013
Al Fatihah Kepada al Marhum Shaykh As Syahid Said Ramadan Al Buti
PANDANGAN HABIB UMAR BIN HAFIDZ TERHADAP KEMATIAN SYEIKH AS SYAHID DR SA'ID RAMADHAN AL-BUTI..:-)
Tanggapan ini beliau sampaikan dalam mauidzah hasanah Juma’at pagi tanggal 22 Mac 2013 selepas ziarah di Jannatul Zanbal Tarim, Hadramaut Yaman.
“Rasulullah Saw. melarang umatnya membunuh kafir dzimmi (kafir yang dilindungi). Barangsiapa yang membunuh mereka maka ia tidak akan masuk surga. Begitulah balasan bagi yang membunuh kafir dzimmi. Lalu bagaimana balasan orang yang membunuh muslim yang sholeh lagi alim?
Dalam Hadits dikatakan bahwa siapa yang meninggal dalam keadaan belajar ilmu untuk meninggikan Islam, maka ia wafat dengan martabat yang sangat dekat dengan para Anbiya’ di dalam surga. Apalagi jika orang itu wafat dalam keadaan mengajar untuk meninggikan Islam.
Asy-Syahid Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouthiy wafat di waktu yang mulia, yakni di antara Maghrib dan Isya di malam Juma'at (21/3), di tempat yang mulia, yakni masjid dan di majlis yang mulia, yakni majelis ilmu.”
As Shaykh Buti dimakamkan disebelah Makam Sultan Salahuddin al Ayubi yang terletak bersebelahan Jami' Umawi yang dikatakan ulamak sebagai tempat turunnya Nabi Isa di Manaratul Baida' Jamie Umawi yang terletak di Bandar Dimasyq Syam Asy Syarif..
P/S: Al fatihah kepada al marhum shaykh as syahid said ramadan al buti.teringat selalu solat jemaah bersama beliau di jami' labu sahah syamdin di kaki jabal qasiyun dimasyq syam as syarif.rumah naqshibendi kami tak jauh dr rumah al marhum dan jami' buti...
23 March 2013
Temuramah Pelajar KIPSAS di KISWAH 20 Mac 2013
Assalamualaikum semua...
Pada 20 Mac 2013 yang lalu, KISWAH dikunjungi oleh dua orang pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Mereka sedang melakukan penyelidikan dan kajian berkenaan konsep TERAPI RUQYAH SYARIYYAH dalam PERUBATAN ISLAM.
KISWAH mengalu-alukan kedatangan mereka yang bersusah payah datang dari Kuantan.
Perbincangan berlangsung secara dua hala dengan kondisi yang kondusif...
Saya secara peribadi berharap agar perkongsian ilmu tersebut dapat dimanfaatkan semaksima mungkin sama ada dari sudut pelajaran atau di luar kampus untuk kegunaan seharian.
Saya juga telah mengijazahkan dua buku terbitan KISWAH Publishing House iaitu, 'Handbook Ruqyah' dan 'Rahsia Air Jampi' untuk rujukan dan pengamalan mereka.
Semoga lebih ramai pelajar2 universiti sama ada IPTA atau IPTS membuat tesis, bahath, assignment atau kajian berkenaan dengan teknik perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah.
JazakALLAH kheir kepada anak2 murid muslimah yang sudi hadir... Harap maaf sebarang kesulitan. Jangan serik lagi untuk datang ke KISWAH. Bawalah pula rakan2 yang lain untuk menimba setitis ilmu dan pengalaman di teratak kami yang serba kekurangan ini.
Ahlan wa sahlan kepada semua ke teratak KISWAH.
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!!!
Labels:
berita,
rawatan islam,
temuramah
19 March 2013
Kenangan Majlis Diskusi Ilmu Bersama Ulamak Mekah Habib Umar Al Jailani di SBP Integrasi Temerloh 18 Mac 2013
Assalamualaikum ..
Syukur Ya Rabbi pada 18 Mac 2013 yang lalu kami diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri satu majlis ilmu "Diskusi Ilmu' bersama ulamak Mekah yang terkenal Habib Umar al Jailani di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh.
Program anjuran Jabatan Agama Islam Temerloh dan ADUN Kerdau, YB Syed Ibrahim ini mensasarkan guru2 jQaf sekitar Temerloh sebagai peserta program.
Mevlevi Mawlid Ensemble dari Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) di bawah naungan mufti Pahang diberi kesempatan membacakan beberapa qasidah sementara menunggu kehadiran al Habib yang mulia. Syukran lakum kepada semua ahli KISWAH yang bersusah payah hadir ke program tersebut.
Terima kasi atas jemputan.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
.
Labels:
berita,
event,
mawlid,
NGO KISWAH
15 March 2013
12 March 2013
Mufti Mesir Shaykh Dr Ahli Jumaah: Wahhabi adalah Khawarij Pada Zaman Ini
Mufti Mesir Shaykh Dr Ahli Jumaah: Wahhabi adalah Khawarij Pada Zaman Ini..
11 March 2013
Kenangan Mawlidurrasul di Surau Taman Jaya 3 Temerloh 9 Mac 2013
Assalamualaikum...
Sambutan
Mawlidurrasul saw di Taman Jaya 3 pada 9 Mac 2013 lalu berlangsung
dengan penuh warna warni dan ceria... Kami diberi peluang orang penduduk Taman Jaya 3 untuk mengepalai bacaan mawlid daibaie pada
majlis tersebut.
Majlis diserikan dengan kedatangan al Fadhil Ustaz Amin Talib; Timb Qadi Daerah Temerloh yang sempat memberikan sedikit tazkirah kepada jemaah yang hadir.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga Mevlevi Mawlid Ensemble yang bersusah payah untuk hadir dan menjayakan program kali ni..
Tak
lupa kepada semua penduduk taman yang telah bergotong royong sejak
awal lagi untuk menyediakan jamuan dan tempat untuk kami bertandang pada
malam yang penuh bersejarah tersebut..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
mawlid,
NGO KISWAH,
sufi
05 March 2013
Rawatan Sakit Gigi Kaedah Perubatan Islam - Cuka Asli dan Garam Bukit Ruqyah
Sakit gigi – cuka, garam bukit, bunga cengkih,
bawang putih
Qurani:
1) Baca tujuh kali ke atas pesakit ayat 13 Al Ana’m
dan ayat 4 Surah al Mulk:
Tabie:
1)
Sakit gigi: Panaskan cuka asli ruqyah +garam bukit dan kumur – tempat yang sakit.
2)
Sumbatkan bawang putih yang dihancurkan ke lubang gigi yang sakit.
3)
Kunyah bunga cengkih dan sumbat ke lubang gigi yang sakit.
4)
Putihkan gigi: Tumbuk arang dan campurkan dengan garam. Tenyeh di gigi.
Automatik gigi akan putih!
Selamat Mencuba!!!
SIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN CUKA ASLI dan GARAM BUKIT RUQYAH SILALAH KE ONLINE STORE KAMI:
Labels:
produk,
rawatan islam
03 March 2013
Sambutan Mawlidurrasul di Surau Taman Jaya 3 Jalan Maran Temerloh Pada 9 Mac 2013
Assalamualaikum semua...
Sambutan
Mawlidurrasul SAW di Surau Taman Jaya 3 Jalan Maran. Berdekatan
Hospital Temerloh. Bersama Mevlevi Mawlid Ensemble dari Pertubuhan
Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) di bawah
naungan Mufi Pahang. Solat Maghrib, Bacaan Mawlid Daibaie, Tausiyyah
Ringkas dan Tahlil serta Solat Isyak.
Muslimin muslimat dijemput hadir..
Labels:
berita,
event,
mawlid,
NGO KISWAH,
seminar dan ceramah,
sufi
02 March 2013
Jemputan Diskusi Kitab "Soal Jawab Ilmu Tauhid" di Pusat Rawatan Islam KISWAH 20 April 2013
Assalamualaikum semua...
Semua dijemput untuk menghadiri:
Diskusi kitab: "Soal Jawab Yang Wajid Dalam Ilmu Tauhid
Pegangan al Asyairah wal Maturidiah" karya Ustaz Hayat al Mawlawi dan
Perjumpaan NGO Pertubuhan pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia
(KISWAH)
Di
Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, Temerloh Pahang
20 APRIL 2013
Masa: 8 pagi - 12 Tengahari
Tentatif:
9 pagi: Pendaftaran dan pembelian buku.
9.30 pagi: Mula diskusi buku
11.00 pagi: Bacaan Mawlid Nabi SAW
11.30 pagi: Sambungan diskusi dan kesimpulan.
12.30 tengahari: Sambungan solawat dan wada'
REHAT
2.30 petang: PERJUMPAAN NGO KISWAH
4.30 petang: Solat Asar
Pembacaan kitab, Solawat dan Wada'
Yuran: FREEEE!!!! (makan tengahari sendiri - bebas)
CUMA BAWA RM UNTUK BUKU iaitu lebih kurang RM20.
Golongan sasaran:
Semua muslimin dan muslimat sekitar Temerloh dan
ahli NGO KISWAH khususnya dari Temerloh, Bentong, Kuantan, Johor, Selangor,
Perak dan tidak ketinggalan Kuala Kubu Baru...
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
mawlid,
NGO KISWAH,
seminar dan ceramah
Subscribe to:
Posts (Atom)