**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 December 2009

Sumbangan anda dinanti!!!!!


Assalamualaikum dan salam Jumaat!! Juma'h Mubarakah!!!

Sumbangan anda masih diperlukan untuk dana pusat rawatan yang baru... Terima kasih kepada anda yang sudah menderma....

Salurkan wang anda ke:

Akaun Bank Islam / Online Bank Islam Biz:

14162020055479
Muliati Saad


ATAU

Mungkin anda ingin menghulur bantuan dari segi peralatan dan harta benda berupa:

  1. Peralatan pejabat
  2. Tirai atau langsir
  3. Peralatan bekam yang sempurna seperti sterilizer dan pen bekam serta katil
  4. Tikar getah
  5. Set speaker besar untuk tujuan membaca ruqyah
  6. .... dan macam-macam lagi
Bayangkanlah selagi mana barang2 tersebut digunakan untuk kebaikan nescaya selagi itulah pahala datang mencurah-curah kepada anda!!!!

Silalah berbuat demikian dengan menghubungi saya

Us Hayat (017 906 5131)


Bahan-bahan yang biasa dibuat berjampi









Antara bahan-bahan yang boleh dan biasanya dibuat penawar dengan cara dijampi (diruqyah) adalah:
  1. Air mutlak Detailnya dalam post yang akan datang. Insya Allah!!!
  2. Minyak zaitun
  3. Kurma dan kismis
  4. Madu
  5. Minyak wangi
  6. Makanan dan minuman sunnah: Spt: Za'faran, habbatus sauda', badam dsb
  7. Bahan utk rawatan sihir: Limau, garam, air kelapa dsb
  8. Air susu kambing....
..... dan sebagainya.....

Petikan eBook Rahsia Air Jampi: Edisi Lakukan Sendiri Di Rumah. Rahsia Perawat Islam!!! Nantikan kemunculannya! Sila dapatkannya ye!!!!

Sila dapatkan ebook air jampi di:

28 December 2009

Syarat ke atas sekolah histeria


Berikut adalah syarat yang dikenakan terhadap sekolah yang mengalami histeria jika ingin mendapatkan rawatan dari perawat-perawat Islam khususnya DARUL HIKMAH. Perkara ini dibangkitkan semasa perjumpaan perawat-perawat Islam TAQ Darul Hikmah seluruh negara di Kedah di tempoh hari:

1) Sekolah tidak dibenarkan sekali-kali membawa walau seorang pun bomoh untuk tujuan kesembuhan di sekolah terbabit sepanjang tempoh rawatan. Apalagi untuk bekerjasama dengan mereka!


2) Pihak sekolah mesti mengumpulkan ke semua warga sekolah dari kalangan guru dan kakitangan serta semua ibu bapa pelajar yang terlibat untuk diberi penerangan dan tazkiran berkenaan proses rawatan dan konsep perubatan Islam oleh perawat Islam yang bertauliah dan berijazah...

Barulah perawat Islam memulakan rawatannya!

p/s: Kebiasaannya pihak sekolah tidak dapat memenuhi permintaan dari perawat Islam kerana terikat dengan perbomohan atau ibu bapa menerjah ke kawasan sekolah dengan menarik tangan bomoh bersama mereka.

27 December 2009

Senarai 6 Ayat Syifa' di dalam al Quran!


Diriwayatkan bahawa Abu al Qasim al Qusyairi (Risalah Qusyairiah) pernah menghadapi kesusahan disebabkan anaknya sakit tenat sehingga dia menjadi hampir-hampir berputus asa untuk mengubatinya. Keadaan ini sangat mencemaskan sehingga pada suatu malam beliau bermimpi bertemu mengadap Rasulullah saw lalu mengadukan penderitaanya kepad a baginda. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah saw pun bertanya dengan penuh kasih sayang:

“Tidakkah dikau menggunakan ayat-ayat Syifa’ iaitu penyembuh?”

Imam al Qusyairi pun tersedar dengan serta merta. Beliau mencari ayat-ayat itu sehingga beliau memperoleh ayat-ayat tersebut pada enam tempat di dalam al Quran iaitu:-

14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan menyembuhkan (memuaskan) hati orang-orang Yang beriman

At Taubah:[ 14]

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

Yunus: [57]

69. Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

An Nahl: [69]

82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Al Isra’: [82]

80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

As Syuara’: [80]


44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".

Fussilat:[ 44]

Maka Imam al Qusyairi berkata:

"Saya pun menuliskan ayat-ayat tersebut di atas satu lembaran kertas kemudian saya membasuhnya dengan air lalu saya memberi minum kepada anak saya.

Lantas dengan izin Allah Jalla Jalaluh sembuhlah penyakit anak saya dengan serta merta!"

Petikan eBook RAHSIA AIR JAMPI: edisi lakukan sendiri di rumah (Rahsia Perawat Islam)... Nantikan pelancarannya bulan ini!!!!

20 December 2009

Kempen Dana Pusat Rawatan TAQ Pahang










Kelihatan 'pusat rawatan' yang sedia ada sekarang... Itulah ruang tamu, ruang makan, ruang tempat anak bermain, ruang rawatan sihir, ruang rawatan bekam, ruang urut, ruang kuliah perubatan, ruang muntah dan ruang ludah serta ruang mengamuk dan bersilat pesakit yang berkunjung ke "pusat rawatan merangkap rumah saya ini..."


Hayat an Naqshbandi,
Perawat Terapi Al Quran Darul Hikmah,
Temerloh, Pahang.

----------------------------------------------------------------------------

Para muhsinin seperti anda,
Di mana-mana jua di muka bumi Allah ini. 20 Disember 2009

Tuan / Puan,

Assalamualaikum,

Kutipan sumbangan untuk dana Pusat Rawatan Islam Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang

Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak kami memerlukan sumbangan ikhlas anda untuk mengisi dana bagi membolehkan pusat rawatan kami beroperasi di tempat yang sepatutnya serta dalam keadaan yang selesa.

3. Ini kerana pusat rawatan yang ada sekarang tidak sesuai lagi dijadikan tempat rawatan kerana lokasinya yang boleh mengganggu jiran tetangga dan keluarga perawat sendiri.

4. Memandangkan bilangan pengunjung dijangka akan meningkat pada tahun hadapan, ruang kecil di rumah perawat ini tidak sesuai langsung untuk dijadikan pusat rawatan.

5. Pengasas TAQ Darul Hikmah juga menggesa agar semua perawat TAQ seluruh negara mempunyai pusat rawatan yang profesional bagi melayakkan ia digelar pusat rawatan yang mampu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pesakit.

6. Pusat rawatan ini memerlukan hampir RM11 000 untuk menyempurnakan prasarananya. Memandangkan perawat tidak mempunyai kewangan dan modal yang cukup maka sumbangan anda amatlah diharapkan. Kos pusat rawatan terdapat di dalam lampiran I.

7. Setakat kempen dana ini dilancarkan, sumbangan dari dermawan masih kurang. Setelah dana dilancarkan hampir seminggu yang lalu jumlah yang terkumpul, alhamdulillah setakat ini adalah RM0.00. Kami masih sabar menunggu naluri keprihatinan tuan.

8. Kepada pihak yang ingin menyumbang bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke "Akaun Bank Islam / Online Banking Bank Islam Biz: 14162020055479 Muliati binti Saad."

9. Semoga Allah Taala membalas segala kebaikan tuan. Fikirkanlah... Semua ini adalah untuk kebajikan para muslimin, cabang dakwah dan perjuangan untuk menyelamatkan akidah mereka di sebelah sini malah bukan sekadar 'bisnes' perawat sahaja (yang tidak seberapa malah cukup makan sahaja setakat ini).

Sekian, terima kasih.


"Bersedekah sumber kesembuhan"


Yang benar,

Hayat an Naqshbandi,
Perawat TAQ Darul Hikmah Pahang...



Lampiran 1

Kos Permulaan Pusat Rawatan TAQ Darul Hikmah Pahang. (sewa)

1) Sewa dan deposit awal RM 1500

2) Banner simple
RM 300

3) Partition RM 5000

4) Papan tanda bercahaya RM 3000

5) Peralatan bekam
(sterilizer, katil rawatan dsb) RM 500

6) Peralatan pejabat
(meja, kerusi, rak, karpet dsb) RM700

Jumlah RM11000

19 December 2009

Rawatan untuk pesakit 'gila' Bahagian 2:

KAEDAH KEDUA:

Kaedah kedua sebenarnya adalah 'support' / alternatif untuk kaedah pertama:

Dalil:
Diriwayatkan dari Ibn Dharis dari Said bin Jubair RA, bahawa sesunggunya beliau pernah membaca Surah Yaasin kepada seorang lelaki gila, maka akhirnya pesakit itu sembuh!

Sesungguhnya YAASIN adalah hati al Quran... Apabila jin mendengarnya maka ia akan diam dan mendengar dengan teliti ayat al Quran tersebut...

Fiman Allah Taala: (Surah Jin: Ayat 1 dan 2)
"......Katakanlah wahai Muhammad..."Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: Sekumpulan jin telah mendengar (Al Quran), lalu mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengarkan al Quran yang menakjubkan." (Yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan sekali-kali kami tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami..."

Penerangan:
Berbekalkan keberkatan al Quran, akal mangsa akan bebas dari cengkaman jin. Gila berpunca dari jin. Kebiasaannya gila memang berpunca dari serangan dan cengkaman jin ke atas otak manusia.

Apabila diulang bacaan al Quran khususnya YAASIN kepada jin yang mendengar, insya Allah ia akan berambus dari akal yang dicerobohnya...

Bacaan al Quran dalam bentuk ruqyah kepada jin adalah:

1) Untuk jin Islam: Ingatan, teguran, dakwah dan ancaman kepadanya.

2) Untuk jin kafir: Ancaman, tempikan, templak dan peringatan kepadanya.

Apabila dibacakan / diperdengarkan YAASIN secara bertalu-lalu, diberi minum dan mandi air YAASIN sekaligus, nescaya jin akan berambus dari akal penderita. Lebih-lebih lagi jika dibaca secara berjemaah dengan niat yang satu iaitu kesembuhan pesakit!!!

Allah Taala Maha Penyembuh dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu... Insya Allah... Yakinlah!!

Insya Allah sembuh!!!!!!

.... cara kedua dipetik dari kitab ... "A'lij Nafsaka bil Quran", Abul Fida' Muhammad Izat Irfan, Mesir"...

Rawatan untuk pesakit 'gila' Bahagian 1:


Baru tadi saya merawat pesakit muslimah yang kurang siuman. Alangkah meruntunnya hati saya memerhatikan keadaannya. Tambahan pula anaknya yang masih bayi masih memerlukan belaian kasih sayang dan jagaan rapi seorang ibu...

Jadi, dalam post ini izinkan saya mencatit sedikit sebanyak maklumat berkenaan "GILA" dan rawatannya....

Jenis-jenis gila:

1) Gila babi (sawan; serangan jin)

2) Gila meroyan (terjadi kepada ibu di dalam pantang atau kematian bayi)

3) Gila isim (salah amalan dan mengambil amalan tertentu tidak berguru)

4) Histeria (termasuk di dalam kategori gila kerana hilang akal)

5) Gila kerana tekanan dan masalah hidup

6) Gila kerana disihir

7) Gila kerana kemalangan; kerosakan otak.... tiada kaitan dengan jin...

Semua gila adalah disebabkan campurtangan JIN kecuali jenis yang ketujuh... Di dalam bahasa Arab, orang gila dipanggil 'MAJNUN' bermaksud: ORANG YANG DIJINKAN"

RAWATAN GILA:

KAEDAH PERTAMA

1) Dibacakan ruqyah kepada si pesakit.

2) Kalau peakit tidak bertempik: Hendaklah diulang ruqyah sebanyak tiga kali. Sekiranya masih tidak berkesan dengarkan;

a) CD ayat-ayat ruqyah
b) al Baqarah
c) Hud
d) al Hijr
e) as Soffat
f) Qaff
g) ar Rahman
h) al Mulk
i) al Jin
j) al A'laa
k) al Zalzalah
l) al Humazah
m) al Kafirun
n) al Falaq
o) an Naas

....... setiap hari sehingga sembuh... Selalunya pesakit akan bertindak balas secara ekstrim dengan bacaan al Quran khususnya untuk 15 hari pertama dan beransur-ansur kurang selepas itu... Selepas 15 hari, mainkan ruqyah syariyyah sahaja.

4) Jangan bagi makan ubat hospital kerana akan merosakkan pesakit (dadah penenang/ sedative) dan mengganggu proses rawatan.... pernah tengok filem "The Exorcism of Emily Rose"..tentu anda akan faham...(orang hospital jangan marah aaaaa...)

5) Rawatan kerusi elektrik amat digalakkan kerana teknik ini sangat baik dan berperanan menyakitkan jin.

6) Kemungkinan rawatan kurang dari sebulan atau lebih. Mungkin juga akan berlanjutan selama 3 bulan atau mungkin juga lebih.....bergantung kepada Allah Taala jua....

7) Jauhkan pesakit dari maksiat: cth merokok, mendengar lagu-lagu haram, tabarruj etc.

8) Kalau pesakit mengalami sakit perut...Mungkin termakan makanan sihir... beri minum air yang dibacakan ruqyah sepanjang tempoh rawatan dengan harapan untuk memusnahkan makanan sihir di dalam perut atau memuntahkannya..

... kaedah pertama dari kitab ... as Sorimul Battar karangan Wahid Abd Salam Bali, Mesir...

Sambungan.....Bahagian kedua: Kaedah kedua...

17 December 2009

Rawatan / petua untuk mendapat anak




1) Baca atau dengar keseluruhan surah as Soffat pada sebelah pagi.
2) Baca atau dengar keseluruhan surah al Ma'arij sebelum tidur.
3) Baca ke atas minyak habbatus sauda' ayat-ayat berikut:
- Surah al fatihah
- Ayatul Kursiy
- Akhir Surah al Baqarah...(Amanar Rasul... hingga habis)
- Akhir Surah Ali Imran ayat 190-200
- 3 Qul (al Ikhlas, al Falaq. an Nass)

....lalu disapu pada dada, dahi dan belakang badan (tulang belakang) sebelum tidur.

4) Baca ayat yang sama pada madu asli: Makan satu sudu tiap-tiap hari satu jam sebelum makan apa-apa.
5) Ayat-ayat ruqyah (jampi) mestilah didengar tiap-tiap hari.....
Proses rawatan: Paling kurang 40 hari..... sehingga beberapa bulan..... bersabar, berdoa dan jangan putus harap dari Allah Taala..... Insya Allah anda akan dikurniakan cahaya mata permata ayah bonda... Amiiiiinnn....

15 December 2009

Salam Maal Hijrah! + Dana Pusat Rawatan TAQ Pahang!


Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua!!!

Dari kami ahli keluarga TAQ Pahang...

Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini.

Secoret rasa:

Alhamdulillah saya baru pulang dari Kedah selepas hampir 4 hari di sana... Sempatlah berzikir dengan ikhwan Naqshbandi di rumah al Marhum Sheikh Abd Rahman al Lidani al Muluki guru rohani pertama Sheikh Abd Malek; Sheikhul Mualij TAQ Darul Hikmah. Almarhum Sheikh Abdul Rahman adalah merupakan seorang anak murid besar Maulana ...meninggal sekitar tahun 2002. Zikir dipimpin Sheikh Rosli an Naqshbandi. Sempat juga memberi sohbet / suhbah / tazkirah pada malam Jumaat atas tu atas permintaan Sh Rosli.

JazakALLAH khairal jaza' kepada Abang Malek bagi ana tidur rumah inta malam Jumaat tuh!

Sempat juga meluangkan masa menziarahi makam Di Raja Langgar dan makam Sheikh Abd Rahman di Kg Telok Jawa, Jln Gunung Keriang; berkat kesabaran adik angkat saya Ustaz Hasif  membawa saya ke sana ke mari...

Alhamdulillah ziarah ke Kedah menggamit segala warna warni kenangan saya semasa mangaji di Kedah dulu; Insaniah di samping berulang ke pondok Derang, pondok-pondok lain dan masjid-masjid sekitar AS seperti Masjid Sultanah Bahiyah, Masjid Rafeah etc... Malah saya mengenali tarekat dan perubatan Islam juga semasa saya berada di Kedah yang penuh barakah ini..

Sempat juga mengunjungi TAQ Darul Hikmah Kedah @ Headquarters TAQ Darul Hikmah seluruh Malaysia.... Ustaz Majdi dan Ustaz Hassan; dua perawat di pusat rawatan sentiasa sibuk merawat pesakit sehingga kadang-kadang mencecah 30 orang sehari!!!

Nampaknya pusat rawatan Kedah sudah banyak kemajuan... Kelihatan Ustazah Husna; kerani baru Sheikh Malik dengan pc barunya tekun melayan pengunjung. Tidak ketinggalan zaujah Sh Malek; Ustazah Ira sibuk membantu suaminya! Maklumlah sayap kiri perjuangan la katakan... Ustazah Safiah; perawat muslimah baru 3 hari menjadi warga TAQ cepat belajar merawat pesakit yang kerasukan. Produk-produk baru termasuk bio sawda' (dijangka hit) kelihatan di rak produk. Sheikh Malek menghabiskan kira-kira 150 000 dan memerlukan hampir 170 000 lagi untuk proses pengilangan produk dan pengiklanan!!!

Kami sempat mendengar temuramah Sh Malek dengan deejay RMK Kedah berkenaan perubatan Islam secara live. Sh Malek on air hampir 3 kali seminggu di Radio Kedah! Dahsyat!!!

Saya sempat juga merawat beberapa orang pesakit di pusat rawatan dan berkunjung ke rumah sahabat saya di Pondok Bukit Pinang untuk merawat keluarganya...

Sebenarnya tujuan saya ke Kedah adalah untuk menghadiri satu mesyuarat khas bersama Sheikh Malek... Mesyuarat yang diadakan pada hari Ahad baru-baru ini dihadiri beberapa figure besar dalam TAQ. Antara yang hadir Abang Zailan TAQ Klang (Tuan Admin Forum TAQ), Abang Din TAQ Ipoh (bakal dilancarkan), Ustaz Imam (bakal dilancarkan: TAQ KL) dan saya sendiri TAQ Pahang (cover Pantai Timur sekali; insya Allah).

Topik utama perbincangan tidaklah boleh saya storykan secara khusus kerana ia adalah rahsia..Apapun perbincangan berkisar kepada hala tuju TAQ Darul Hikmah tahun hadapan...Antara yang saya boleh catatkan di sini adalah pembukaan beberapa pusat rawatan lagi terutamanya di KL, Ipoh dan satu lagi di Perak. Promosi yang bakal diadakan di Radio Ikim, radio-radio negeri, akhbar harian dan TV3 insya Allah...

Saya pun pulang dengan membawa 1001 memori indah... Tasyakkur kepada Ustaz Hasif yang sanggup menjadi 'pemandu pelancong; saya selama di Kedah. Tq bagi menumpang umah inta 2 malam!!!

BAB LAIN:

Justeru....sempena tahun baru dan ekoran mesyuarat tersebut:

Saya bercadang untuk berpindah ke kedai yang lebih sesuai untuk tujuan perubatan setelah setahun berjalan di rumah sendiri... Maklumlah kurang profesional kata Sh Malek.. Tambahan pula kita sudah berkeluarga... Minggu lepas seorang ibu yang gila meroyan mengamuk dan meludah-ludah di dalam pusat rawatan @ ruang tamu rumah saya... tempat yang sama anak nak merangkak.. kan tak sesuai.... Tambahan kita nak masuk tahun baru hijrah dan masehi... Jadi kenalah semua baru!!!! Ye tak??!!

Jadi saya berharap tahun baru yang diiringi azam dan cita-cita untuk memajukan lagi TAQ Pahang menjadi realiti berkat doa anda semua, walaupun hakikatnya kami masih kesempitan duit dan dana untuk menyiapkan kemudahan pusat rawatan ke tahap yang 'sepatutnya'.

Saya terpaksa menabung untuk untuk merealisasikan hasrat Sh Malek dan segenap lapisan pengunjung dan anak-anak murid agar pusat rawatan TAQ seluruh Malaysia khususnya di Pahang ini dijalankan di tempat yang lebih 'proper'.

Harapnya TAQ Pahang semakin diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan serta dana untuk pusat rawatan baru ini mencukupi untuk perpindahan awal tahun hadapan.... Doakan kami!!!

Untuk itu TAQ Pahang melancarkan
DANA PUSAT RAWATAN BARU TAQ DARUL HIKMAH PAHANGkhas untuk membantu kami mendapat pusat rawatan yang lebih sesuai dan selesa. Kepada anda yang budiman apalah kiranya anda infaqkan sebahagian 'kepunyaan' anda ke:

Akaun Bank Islam / Online Banking Bank Islam Biz:

14162020055479
Muliati binti Saad
Selamat menyumbang dan menderma!!!

06 December 2009

Rawatan menggunakan minyak zaitun (ruqyah)

buah zaitun; buah barakah; tersebut di dalam al Quran & hadis!!!

Pohon zaitun; tanaman yang tertua di dunia!!!

Al Quran:
1) Firman Allah Taala:
“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)
2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith:
1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kehebatan sebagai penawar penyakit!!! Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam...

Antara kegunaan minyak zaitun (kebanyakannya adalah anjuran mursyid saya):

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah:
Disapu di wajah sebelum tidur:
2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur.
Sapu pada jerawat dan parut.
3)
Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:
4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...

6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9)
Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama / masukkan satu atau dua sudu sebagai tambahan ke minyak masak biasa anda...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)

11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!

12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!

13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.....

..... dan 10 001 lagi khasiat...... apalagi kalau dibacakan ruqyah syariyyah....

Dengan itu, TAQ Pahang memperkenalkan:

MINYAK ZAITUN RUQYAH SYAM AS SYARIF




Minyak zaitun ini telah diterapi oleh Ustaz Hayat dengan ayat al Quran dan doa-doa khas untuk kesihatan anda!!!

Jika berminat sila kunjungi online store kami:

04 December 2009

Chat muzakarah tentang jin!!!


Berikut adalah isi chatting saya dengan seorang sahabat dari Perlis... Minta izin ya sahabat nak siarkan....

Al: assalamualaikum

hayat_annaqsyabandi: waalaikumussalam

Al: harap saya tak mengganggu

hayat_annaqsyabandi: takpe...

Al: boleh saya tau dengan sapa saya chat skrg?

hayat_annaqsyabandi: http://terapialquranpahang.blogspot.com/

Al: saya panggil en. hayat jer la yer?

Al: ustaz hayat

Al: yer

Al: saya berminat dengan perubatan secara islam

Al: masalahnya saya terlalu jauh untuk mengikuti

hayat_annaqsyabandi: alhamdulillah....

hayat_annaqsyabandi: dok di mana?

Al: dah 2 hari saya menunggu untuk bersembang dengan ustaz

Al: perlis

hayat_annaqsyabandi: ooh dekat la dengan ustaz malek.... jalan langgar...

Al: oh iya

Al: saya sebenarnya dah lama nak mendalam ilmu-ilmu seperti

ni

hayat_annaqsyabandi: pernah join kursus perubatan Islam ke?

Al: tak per nah

Al: cuma pernah mengikuti kursus berbekam jerk

Al: buat masa sekarang saya tinggal kat s.p

hayat_annaqsyabandi: Sabtu dekat ni ada seminar perubatan Islam di Masjid Sultanah Bahiyah.... oleh Ustaz Malek..... oooh esok....!

Al: oh iya

Al: mmm

Al: pukul berapa yer?

hayat_annaqsyabandi: kejap saya check...

Al: ok

hayat_annaqsyabandi: Seminar Perubatan Islam

SIHIR, SAKA DAN SANTAU

Penceramah: TUAN USTAZ ABDUL MALEK BIN LAZIM

Tarikh: 5/12/2009

Masa: 9am – 12pm

Tempat: Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Yuran: RM50

Makanan tengah hari dan sijil disediakan

Pendaftaran boleh dibuat sekarang.

Hubungi Pejabat Darul Hikmah ditalian 0194715232

Al: kat perlis mmg tak ada cawangan kan?

Al: ustaz ada kenal ker sesaper kat s.p

hayat_annaqsyabandi: takde cawangan di Perlis... ramai kawan di SP tapi bukan geng mengubat la..kenapa...

Al: saja bertanya

Al: kalau2 ada kawan yang dok pondok

hayat_annaqsyabandi: ye

Al: saya ada satu kemuskilan sebenarnya

Al: antara nak percaya atau pun tidak

hayat_annaqsyabandi: ...

Al: saya ada seorang kawan

Al: baru2 ni dia sakit tenat

Al: ibarat seluruh badan dia mcm kena bakar n disiat2

Al: setelah dibawa berubat

Al: dia mempunyai kebolehan

Al: dia dapat berubat pulak

Al: saya ada pernah bersembang2 dengan dia

Al: di pendekkan cerita

Al: kebolehan dia ni turun temurun

Al: dia dapat berubat n nampak perkara2 ghaib yang tak

nampak oleh mata kasar

Al: dia juga kata ilmu ni sebenarnya daulat dari raja dulu

Al: dia ada connecttion adik beradik dengan raja dulu la

Al: apa pendapat ustaz

Al: ???

Al: kiranya dia ni antara cucu yang terpilih

hayat_annaqsyabandi: kalau ikut cerita ni... nampak macam kes saka...

hayat_annaqsyabandi: apapun kena bawak mengubat la.... nak confirmkan semua abilities tu daipada JIN

Al: dia pernah bercerita

Al: orang yang macam dia ni kalau buat salah

Al: allah akan balas serta merta

hayat_annaqsyabandi: bawak la jumpa ustaz malek... dia dok mana?

Al: dia ada kat k.l

Al: suami dia juga pernah bercerita

hayat_annaqsyabandi: kalau macam tuh bawak le ke TAQ Klang...Us Zailan

Al: kalau isteri dia (yang ada ability tersebut) ada melakukan dosa dengan suami

Al: secara automatik, isteri dia akan jadi lemah

Al: saya akan cuba berckap dengan dia nanti

hayat_annaqsyabandi: Darul Hikmah Klang,hubungi En Zailan 018-

2027559 No 63A Lorong Sanggul 1D, Bandar Puteri, Klang, Selangor

Al: terima kasih

Al: ustaz

Al: saya nak tanya satu kes lagi ni

Al: kalau tak keberatan la

Al: saya ada kenal dengan sorang adik beradik kawan

Al: saya ada kenal dengan sorang adik beradik kawan saya

Al: dia punya anak baru form 5

Al: sebelum SPM hari tu

Al: kalau tak silap la yer

Al: dia mengalami demam

Al: dipendekkan cerita

Al: dia punya study makin meningkat

Al: bila guru mengajar

Al: dia cepat paham berbanding sebelumnya

Al: lagu satu dia ada ability untuk mengubat

Al: ayah dia pernah bercerita yang bersamanya adalah puteri 7

Al: puteri tujuh ni la yang menjaga, mengajar berubat,

mengajar supaya tak tinggal sembahyang

Al: 2-3 minggu lepas

Al: puteri 7 tersebut menyuruh dia pergi menunaikan hajat

Al: iaitu mandi di gunung jerai

Al: ......

Al: apa pendapat ustaz?

Al: sekeliling saya banyak yang saya berjumpa dengan benda-benda mcm ni

Al: kadang2 boleh jadi konfius

Al: saya dulu belajar kat sekolah agama

Al: jadi benda2 macam ni menjadi satu masalah bagi saya

hayat_annaqsyabandi: menurut cerita ni tak syak lagi ini JIN!!

Al: sama ada nak percaya atau tidak

hayat_annaqsyabandi: Sifir dia macam ni....

hayat_annaqsyabandi: sesiapa yang pandai mengubat tanpa belajar maka

gurunya adalah jin.... kecuali wali2 Allah

hayat_annaqsyabandi: yang mengajarnya adalah Allah,,,,

hayat_annaqsyabandi: walau macam mana baik dia tu suruh buat baik dsb

hayat_annaqsyabandi: selagi dia berdamping dengan manusia maka itu adalah dosa buat jin!

hayat_annaqsyabandi: mereka boleh menyamar macam2... bila keadaan

macam tu... perumah (budak tadi) sebenarnya akan mengalami sakit 2

pelik

Al: dahsyat yer mainan jin ni

hayat_annaqsyabandi: lama kelamaan...

Al: kadang2 boleh kelirukan manusia

hayat_annaqsyabandi: ini kes yang biasa... banyak terjadi....

hayat_annaqsyabandi: mengaku jadi Nabi Khaidir, Abd Qadir Jailani dsb...banyaklah...

Al: fuhhh

hayat_annaqsyabandi: dan budak ni berpotensi kena cancer dan penyakit yang pelik2... percayalah

Al: takut dibuatnya

Al: cancer?

hayat_annaqsyabandi: ye dan bila jin tu lari... segala kebolehan dia juga akan hilang..

Al: terima kasih ustaz

hayat_annaqsyabandi: nak kate wali... orang macam dia boleh jadi wali ke?

Al: sebanarnya penjelasan tu yang saya lama tercari

Al: mmg susah nak jadi wali

Al: bukan sebarangan orang boleh jadi wali

Al: cuma apa yang kita patut pegang adalah

Al: perlu ada guru untuk belajar

Al: betul kan?

hayat_annaqsyabandi: betul...guru manusia sebab kita manusia...

hayat_annaqsyabandi: buat apa cari jin.. zahir saje baik.. sebenarnya jin ni ada agenda tersembunyi untuk menghancurkan budak tu dan keluarganya....!!!

Al: saya berminat dengan perubatan islam ni

Al: sebabtu saya tercari cari untuk belajar

Al: dan beramal

hayat_annaqsyabandi: bagus...thats de spirit!!!!

hayat_annaqsyabandi: silalah ke masjid sultanah esok!!!

Al: dah lama saya tercari

Al: cuma susah kadang2 orang nak paham

Al: insyaallah

Al: saya akan usahakan

hayat_annaqsyabandi: saya pun akan ke Kedah sabtu depan ada urusan

dengan ustaz malek

Al: harap2 suatu hari nanti kita dapat bersua

Al: ustaz

hayat_annaqsyabandi: Insya Allah... guru saya berkata syaitan ada 800

cari memperdaya manusia... antaranya.. cara2 beginila'

Al: terima kasih banyak2

Al: saya akan lebih berhati2

Al: sebelum ni pun ada seseorang bagi satu ilmu

Al: iaitu

Al: mmm

hayat_annaqsyabandi: kasih diterima.....sama2 banyak!!

Al: apa yer diorang panggil

Al: wali 7

Al: ya

Al: wali 7

Al: tapi saya tak amal ler

Al: saya masih takut dan was2

Al: perlu bertanya orang yang lebih arif

Al: ustaz

Al: saya nak minta sesuatu ler

Al: kalau boleh ..

Al: sana nak tau amalan zikir apa yer yang perlu diamalkan

untuk melindungi kita dari pada sayatan2 ni yer

Al: sesambil jalan pun kita boleh lakukan

hayat_annaqsyabandi: .... nak amal kena tengok gurunya....

Al: maksudnya

hayat_annaqsyabandi: siapa gurunya dan sanadnya....

hayat_annaqsyabandi: jgn dok main amal je... jumpa guru yang muktabar

dan seeloknya dalam kes ni jumpa lah ustaz malek

Al: tak pe la ustaz

Al: saya rasa tu la cara terbaik

Al: saya perlu jumpa dulu dengan ust malik

Al: bila dah kenal

Al: dah belajar

hayat_annaqsyabandi: amalan yang baik dan antara yang praktikal adalah

Al: boleh berbincang kemudian

hayat_annaqsyabandi: : baca la Ilaha illallah wahdahu la syarikalah lahul

mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit..... selepas subuh 100 kali...

Al: wa yumitu wa huwa ala kulli shai ein qodiiir... sampai

habis kan?

hayat_annaqsyabandi: ye...... wirid biasa kita buat tu...

Al: ok

Al: terima kasih

Al: saya minta halal n minta berkat yer ustaz... ilmu yang ustaz

ajarkan tu

Al: ustaz

Al: saya minta diri dulu yer

Al: nanti ada masa

Al: boleh kita bersua lagi

Al: shukran jazilan

Al: assalamualaikum

hayat_annaqsyabandi: ye waalaikumussalam... insya ALlah doakan saya ye.... gembira chat dengan tuan!!!!

Al: insyaallah

Al: jangan berbahasa tuan dengan saya

Al: saya ibarat anak murid

Al: gembira chat dengan ust juga

Al has signed out. (17/12/1430 10:32 Ù…)

Last message received on 17/12 at 10:31


Jadi kalau saya online.... jangan lupa chat ye...... boleh kongsi ilmu!!!

03 December 2009

Kenapa kita ingin menjadi perawat Islam?


Dewasa ini, masyarakat kita dibanjiri ramai perawat baru muda dan tua ekoran dari ribuan kursus, seminar malah kelas intensif yang dianjurkan oleh pelbagai pihak silih berganti...

Nampaknya semakin ramai individu yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang digambarkan sebagai mutiara berharga di laut yang paling dalam ini, 'rare', unik dan jarang ditemui....

Ramai yang ingin menjadi perawat; namun apakah sebenarnya niat yang bertakhta di hati apabila mengikuti program rawatan Islam yang beraneka tersebut?

Antara jawapannya:
1) Saya nak cari duit melalui perubatan Islam!
2) Saya suka mengaji jadi saya belajarla!
3) Saje suka-suka, nak habiskan cuti hukung minggu.
4) Nak la belajar sikit-sikit. Sebagai first aid kan...mana tau ada keluarga kita yang kena...
5) Saya belajar sebab sejarah keluarga saya..Isteri saya sakit lama...
6) Ehem, ehem.... mestilah nak tunjuk kat orang aku hebat! Pandai mengubat! Baru terkenal..
7) Nak bukak Darul ...... la. Nak celen Darul Syifa'. Ada pengikut dan anak murid sendiri yang ramai dan wajib cium tangan aku!!!!!

......dan berbagai-bagai lagi......

Jawapan saya...... SEBAB NAK KENAL ALLAH TAALA DAN MEMENANGI CINTANYA.....

"Mengubat itu kulitnya, ma'rifatullah dan memenangi cinta (mahabbatullah) Allah itu isinya"

Merawat itukan ibadat bermakna merupakan proses taqarrub kepada Allah... Itupun bergantung kepada kemurnian niat perawatnya terlebih dahulu dan teknik yang direstui syarak!

Teringat saya ketika mula merawat 8 tahun dulu... Kali pertama membacakan ruqyah kepada pesakit dengan izin Allah pesakit muntah dan sihat seperti sedia kali... takjub dan meremang bulu roma mengenangkan kehebatan AL QURAN. Hebatnya KALAM ALLAH!!!

Begitu juga ketika merawat di Mesir dan Syria...... hadir kehebatan Allah dalam diri....Contohnya ketika merawat seorang pelajar muslimat di Iskandariah Mesir yang menderita penyakit kanser otak. Darah keluar dari telinga dan hidungnya... Doktor kata 'no hope' dah. Umur dia pun dah expired...tetapi semangatnya sahaja menyebabkan dia masih hidup... Maka saya dan sahabat-sahabat berkunjung dan merawat menggunakan teknik ruqyah saratan (ruqyah kanser)... Alhamdulillah dengan izin Allah Taala penderita tersebut sembuh sedia kala... inilah kehebatan Al Quran..... takjubnya saya ketika itu.... hebat!!! Doktor yang merawat dia pun turut terkejut sakan!!! Tiada teknologi boleh menandingi teknologi rabbani al Quran.....selangkah menuju Allah....

Itulah saya...... merawat bermakna 'taqarrub ila ALLAH'. Kalau kata nak kaya dengan merawat, sampai sekarang tak kaya-kaya... Saga 86 buruk saya tulah saya guna nak masuk 3 tahun, hi hi.

...dan saya tak faham kenapa ramai perawat baru sekarang ini banyak menggunakan kaedah yang pelbagai dan pelik-pelik.... mungkin mereka mempunyai alasan dan dalilnya....tak salah kot??? tetapi bagi saya..... saya berpegang kepada mutiara kata Ustaz Malek... cukuplah sekadar membaca al Quran dan doa sebagai ubat.... Selebihnya serahlah pada Allah sama ada untuk menyembuhkan atau tidak... itu bukan kerja kita.... Sekiranya anda melihat al Fadhil Ustaz Malek merawat... tiada yang istimewa dan bombastik pun..... baca al Quran dari mula sampai akhir.... secara lahiriahnya tiada apa-apa 'super power' yang kelihatan... "OOhhh baca Quran je, aku pun boleh," kata seorang hamba Allah.... tapi sebenarnya baca Al Quran tulah Super Ultra Power sekali dalam dunia!!!! Dia baca tak sama macam awak baca la..........

Maksudnya, perawat Islam yang sebenar mempunyai kuasa rohani yang murni berbekalkan perubatan yang berijazah dan amalan kerohanian @ kesufian dari didikan mursyid yang muktabar.... Penting bab ijazah dan sanad ni..Orang yang merawat tetapi tiada sanad atau ijazahnya seumpama anak yang tiada mak dan ayah yang sah.... istilahnya 'anak haram'. Dikhuatiri apabila kita tidak berguru maka mulalah kita mengguna, mencipta, mengolah teknik yang bukan-bukan...manalah tahu rupa-rupanya terselit di situ campur tangan dan tipu daya jin atau syaitan...TAQ Darul Hikmah sangat mementingkan pengijazahan ruqyah syariyyah dan sanad perubatan Islam agar perubatan anda benar-benar bersih dan berkat serta bimbingan guru rohani...!!!

Bagi saya; konsep sebenar perubatan menggunakan ruqyah syariyyah ini adalah menyerahkan sepenuhnya hak penyembuhan kepada Allah sehingga 'tubik' haibah atau kehebatan Allah dalam jiwa dan terhijab kehebatan serta angkuh dalam diri kita!!!

Ustaz Malek pernah berkata kepada saya; "Mengubat tu mudah je, yang payahnya adalah menghadirkan kehebatan Allah dan yakin semata-mata kepadaNya sebagai Sang Maha Penyembuh!!!" Barulah pesakit sembuh di tangan Allah Taala jua.....

Ibarat kata, Tuan Admin forum Terapi al Quran merangkap perawat TAQ Darul Hikmah Klang, Abang Zailan, "Kami tukang baca Quran dan doa je, Allah lah yang menyembuh!!!"

Guru saya pernah berkata, sekiranya pesakit sembuh di tangan kita pastikan kita berkata; alhamduillah sembuh dengan 'biiznillah'.... DENGAN IZIN ALLAH!!!

Perubatan ruqyah juga sebenarnya adalah dakwah. Mendekatkan lagi masyarakat kita yang jahil dan anti al Quran kepada al Quran malah kepada non muslim!!! Malah ramai di luar sana ada non muslim yang masuk Islam setelah berubat dengan perawat Islam yang menggunakan teknik dan energy al Quran!!!... 'Memasyarakatkan al Quran......!'

Bukankah membaca al Quran itu ibadah dan berpahala... Orang yang dengar dapat pahala malah jin yang dengar pun dapat pahala!!!! Kita kan kurang baca al Quran.... apabila baca ruqyah ni secara tidak langsung tertunailah tuntutan membaca al Quran kita pada hari tu... Barulah biah dan atmosfera al Quran sentiasa bersemarak di dalam kehidupan kita seharian....

Al Quran menyeksa jin??? Sape kate?? Di dalam kitab "Alij nafsaka bil Quran" pengarang berkata, falsafah membaca al Quran dalam proses rawatan sihir adalah:

1) Untuk jin Islam: Sebagai peringatan untuk menimbulkan bibit keinsafan dalam diri jin...

2) Untuk jin kafir: Sebagai ancaman dan dalam masa yang sama dakwah kepada Islam....

Sila baca tafsir Surah al Jin...... Bukankah al Quran itu rahmat dan pengubat penyakit rohani dan jasmani.... Al Quran adalah hidayah dan perawat adalah penebar hidayah; perawat adalah pendakwah ke jalan Allah! Walaupun dalam masa yang sama tidak dinafikan al Quran mampu membakar jin dengan kaedah dan niat tertentu... (kerana tercatit di dalam hadis dan sirah, kaedahnya terdapat di sesetengah kitab perubatan Islam berbahasa Arab..namun ini merupakan last choice!!! Pilihan terakhir!!!)

Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Guru saya dahulu selalu berkata, "Ingat Hayat, hadis nabi menyatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain!!!"

Saya tidaklah mendakwa dan mendabik dada bahawa saya pandai a.k.a hebat.... Cuma sekadar berkongsi persepsi saya yang mungkin meleset pada pendapat anda tentang perubatan Islam menggunakan kaedah al Quran, (ruqyah syariyyah)....

Harapnya lebih ramai perawat muda yang muncul berganding bahu mendaulatkan perjuangan perubatan Islam di negara kita... AMIIIIINN!!!!

02 December 2009

TERHARU....!!!


Tiga orang sahabat yang budiman lagi bercahaya wajahnya baru pulang dari rumah saya sebentar tadi. Mereka yang menetap di Raub Pahang datang menyatakan keinginan untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang unik ini. Dua orang dari mereka adalah graduan Darus Syifa'. Mereka berhasrat untuk mentahqiqkan lagi ilmu mereka mengikut acuan tarbiyah Ustaz Abd Malek kaedah Darul Hikmah. Ahlan wa sahlan...

Saya berasa terharu kerana mereka sanggup berulang dari Raub ke Temerloh setiap minggu selama setahun semata-mata untuk menadah kitab perubatan Islam.. Perjalanan biasanya mengambil masa 1 jam setengah... Bayangkanlah pengorbanan mereka!!!

Saya akan doakan khas buat mereka; semoga Allah mengurniakan mereka ilmu yang diidam-idamkan...BarakALLAHU fikum!

Setakat ini yang paling jauh berulang ke pusat rawatan untuk mengaji kitab perubatan adalah seorang Ustaz JQAF dari Chini Pahang.

Seorang sahabat lagi yang menetap di Terengganu juga menyatakan hasrat sebegitu. Namun saya berasa serba salah mengenangkan perjalanannya yang jauh untuk mendapatkan ilmu dari saya yang jahil ini....takut tidak berbaloi...Apapun saya akan fikirkan nanti alternatif agar pengajian kita dapat dikongsi bersama..

Walaubagaimanapun, penyertaan halaqah kedua dari orang tempatan masih kurang dan saya masih ternanti-nanti respond anda. Moga-moga Allah Taala membalas jasa pengorbanan anda kerana niat yang tulus murni mendaulatkan perubatan Islam yang sebenar di negara kita...

Kelas pengajian TAQ Pahang terbuka untuk semua golongan... Ada yang bertanya, "Kelas untuk level ustaz ke?" Jawapannya tidak! Kelas sesuai untuk semua golongan... Batch yang pertama ada ustaz yang baru pulang dari Mesir, Ustaz JQAF, peniaga, SB Polis, pesara Petronas, cikgu sekolah dan macam-macam lagi...

JADI...

PENYERTAAN MASIH TERBUKA UNTUK BAKAL PERAWAT SELURUH PAHANG; HALAQAH KEDUA TAQ PAHANG....

WALAU SIAPA PUN ANDA, AYUH KITA MENYEMARAKKAN LAGI TAFAQQUH FID DIN TIDAK KIRA LATARBELAKANG AGAMA (USTAZ) ATAU TIDAK...

..pintu kami masih terbuka untuk anda yang budiman..... Saya berjanji akan mendidik anda bersungguh-sungguh sehingga menjadi perawat Islam (mualij) yang bertakwa dan murni bersih!!! (walaupun wajah ini masih kekotoran dengan noda dan dosa! Ampunkan Aku ya Allah!)

p/s: Kemungkinan kuliah bulanan saya di TAQ Bandar Seri Putri Klang akan bermula ?? /1/2010... Doakan segala urusan dipermudahkan ALLAH!!!

Sila daftar ye...

30 November 2009

Rawatan termudah sakit kepala!!!


Anda selalu sakit kepala? Nak cari ubat yang paling mujarab dan cepat!!!??? Cari-cari, belek-belek tak jumpa panadol????

Di dalam kitab A'lij Nafsaka Bil Quran ada menyatakan teknik yang mudah dan praktikal:

1) Pegang kepala anda dengan menggunakan tangan kanan. Jari telunjuk di sebelah dahi kiri dan ibu jari di dahi belah kanan, lekapkan ke atas kepala. (dlm bahasa Arab baina sodaghaini: antara dua tepi dahi /kepala)

2)Bacalah al Fatihah 7 kali dengan keyakinan penyembuhan dari Allah... Niat untuk kesembuhan masa baca 'Iyyaka....".

3)Tawakkal kepada Allah setelah mencuba!!! Insya Allah sembuh!!!

...Masih tak sembuh...cubalah berbekam sunnah!!! Banyakkan bersedekah!!! Semoga sembuh!!!

p/s Masya ALLAH!!! Telah banyak kali saya cuba dan berikhtiar.... Alhamdulillah kepala saya segera sembuh dengan izin Allah!!!!! Hebatnya KALAMULLAH!!! Sebaik-baik perubatan adalah AL QURAN!!!! Yakinlah!!! Marilah sama-sama mempromosikan al Quran sebagai sumber kesembuhan!!!!!


Cubalah hari ini!!!

25 November 2009

Salam Eidul Adha; Eid Mubarak dari Warga TAQ Pahang!!!!



Selamat menghidupkan malam mulia malam arafah dan malam hari raya...moga2 hati senantiasa hidup di waktu kebanyakan manusia MATI HATI....... Salam Iduladha 1430 untuk sahabat seperjuangan semua dari saya sekeluarga dan warga KISWAH Pahang!! Selamat berkorban!!! Eid Mubarak!!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...