**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

27 July 2011

Berpuasalah Pada Khamis Terakhir Syaaban!



Dipetik dari kitab Futuhat; Sheikh Adnan:

...dari Nabi saw pernah bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa Khamis pertama dan Khamis terakhir di dalam bulan Syaaban, maka berhaklah dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.."

...aw kama qala Saidina Muhammad saw....

Jadi berpuasalah pada hari esok!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

26 July 2011

Nazim 1st Birthday dan Makan Besar PR KISWAH







Assalamualaikum semua...

Selamat Hari Lahir yang pertama kepada anakanda putera kedua Muhammad Nazim. Semoga sentiasa sihat dan menjadi pengikat kasih bonda ayahanda...

Kebetulan hari ini juga adalah hari lahir Anas...

Kalau tarikh hijriyah Nazim lahir bertepatan dengan 15 Syaaban yang merupakan hari kelahiran Saidina Ali KarramALLAHU wajhahu... (Kebetulan semasa saya di Turki sebahagian rakyatnya menyambut kelahiran Saidina Ali pada 15 Syaaban).

Alhamdulillah, sempat juga buat sambutan ringkas untuk Nazim di PR KISWAH Temerloh dgn dihadiri anak2 murid; Sufian, Syihan, Anas, Zahid yang baru pulang 40 hari dari India dan Bangladesh dan Lutfi DQ.

Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Us Anas, jamuan makan dan tangkap2 gambar..:)

Terima kasih kepada yang hadir...

Doakan kami sekeluarga...

25 July 2011

Mengenal Khatam Nubuwwah dan Dalilnya

Mengenal “Tanda Khatam Nubuwwah” di belakang Tubuh Nabi

picture00041


Gambar pada kulit/sampul Kitab Mukhtasar Al Hizbul Azam adalahn Gambar Tanda/Cap Khatamun Nubuwwah Rasulullah SAW.

Untuk keterangan sila baca Syamail Tirmidhi Bab 2 , m.s. 21-30.

khatam-nubuwwah-sambul-kitab-alhizbul-azhom-2

Tarjamahan Baris Kanan :

“tawajjahu khaitsu syi-ta”

Kamu hadap kearah manapun

Tarjamah Baris Kiri :

“fa innaka manshurin”

Maka sesungguhnya kamu akan dibantu

**Mengenal kitab Al Hizbul azam**

Penulis : Mulla Ali Qaru Rah . (Ali Bin Muhammad Sultan Al-Hawari) wafat : 1014 H/1605 M

sedangkan kitab Mukhtasar Al Hizbul Azam adalah ringakasan dari kitab tersebut.

Penulisnya : Syaikh sufi Muhammad Iqbal dari Madinah Al-Munawarah.

Riwayat tentang tanda Khatam Nubuwwah Dari Kitab as-Syamailul Muhammadiyyah: Bentuk Khatamun Nubuwwah


Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:

“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.

w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’

Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”

(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Is

mail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:

“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah s

ebesar telur burung dara.”

(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada

cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:

“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.

Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bi

n Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”

(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, ia

itu Rumaitsah)

Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:

“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., m

aka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:

“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’

Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’

Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”

(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari

‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)

Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:

“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’

Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’

Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan

membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasu

lullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’

Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘

HIdangkanlah!’

Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasu

lullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi

, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di anta

ranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a.

Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebata

ng pohon yang mati.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’

Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’

Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menana

minya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”

(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)

Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al

-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:

Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.

Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:

Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau

sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, ak

u menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:

‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’

Beliau pun menjawab:

‘Bagimu juga.’

Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya:

‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu?’

Ia menjawab:

‘Ya, dan juga untuk kalian!’

Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud:

“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang

-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)

(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)

RUJUKAN: "SALAFY TAUBAT"


Jadi sesiapa yang ingin mendapatkan khatam nubuwwah sebagai bertabarruk maka boleh dapatkan di kedai online kami selagi stok masih ada. Tak banyak yang tinggal:


DEANJUNGKISWAH ONLINE STORE: KHATAM NUBUWWAH


Atau sesiapa yang ingin memiliki ta'weez Naqshbandi untuk hiasan dinding yang bersumber dari Sh Abdlullah Faiz ad Daghestani Syam as Syarif:


DEANJUNGKISWAH ONLINE STORE: TA'WEEZ

Selamat Memiliki!

24 July 2011

Jadual KISWAH di Bulan Ramadan dan Syawwal

Ucapan sambutan Ramadan: "Ramadan Kareeem..."
Jawapan: "WAllahu Akram"


Assalamualaikum para pembaca blog yang setia..

Masya Allah wal Hamdulillah!!!!

Sedar tak sedar, kita dalam pecutan terakhir untuk bersiap sedia menghadapi Sayyidus Syuhur, penghulu sekian bulan, Ramadan al Mubarak. Countdown Ramadan kian terasa kehangatannya...

Allhumma bariklana fi Rajab wa Syaaban wa baligna Ramadan; "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Syaaban serta sampaikanlah kami bertemu dengan bulan Ramadan..

BULAN AL QURAN

BULAN CAHAYA

BULAN IJTIMA'

BULAN FUQARA'

BULAN TAUBAT DAN RUJU'

BULAN DOA DAN I'TIKAF

BULAN FUQARA' DAN DUAFA'

BULAN IHSAN

BULAN MUNAJAT DAN TASABIH

BULAN KEJAYAAN

BULAN DAKWAH DAN IRSYAD

BULAN TARAWIH DAN QIYAM

BULAN IFTHAR DAN SAHUR

BULAN MALAIKAT DAN SALAM

BULAN GANJARAN

BULAN SABAR DAN SIYAM (PUASA)

BULAN KEBAHAGIAAN

BULAN KUNCI SYURGA

BULAN KASIH SAYANG

BULAN KEAMPUNAN

BULAN KEAMANAN

BULAN IHSAN

BULAN ANAK2 YATIM

BULAN RAHMAT

BULAN KELEPASAN DARI NERAKA

BULAN YANG MANA DITURUNKAN DI DALAMNYA AL QURAN

... itulah nama2 yang diberikan oleh para solehin.. Masya Allah! Hebatnya bulan Ramadan.


Pesta Ibadah pun bermula!


Sehubungan dengan itu, jadual KISWAH Temerloh pada bulan Ramadhan:


Pusat Rawatan KISWAH AKAN DITUTUP pusat rawatan pada bulan Ramadan kecuali: pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu kecuali 6 Ramadan 10 pagi - 12 tengahari telefon dahulu sebelum datang !


Program Madrasah Ramadan:

13 Ramadan bersamaan hari Sabtu 13 Ogos 2011:

Akan diadakan Ifthar, Terawih, Tafaqquh dan Moreh di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh; Semua ahli kelas, Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) seluruh negara dan sesiapa sahaja dijemput hadir.


20 Ramadan bersamaan hari Sabtu 20 Ogos 2011:

Akan diadakan bengkel whirling derwish (maulawi / zikir daurani / sama) di Pusat Rawatan Temerloh... terbuka kepada ahli naqshbandi sahaja. Ifthar, solat terawih di pusat rawatan.




JADUAL SYAWWAL:


12 Syawwal bersamaan 10 September 2011

Open House KISWAH di Pusat Rawatan dan Gathering KISWAH - Maulid Maahad - Ex Badan Dakwah Sek Agama Negeri Pahang. Semua dijemput hadir!



Diharap kepada sesiapa yang mempunyai persoalan sila call saya di talian : 017 9065131


Semoga kerja buat ini diredhai ALLAH jua...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!








22 July 2011

Majlis Bersama Dr Sh Jamal Farouq ad Daqqaq al Hasani dan Habib Ali Zainal Abidin

Ulamak Qiraat Mesir Fadhilatus Sheikh Jamal Farouq ad Daqqaq al Hasani dan penterjemah Habib Ali Zainal Abidin

Majlis Selawat memeriahkan lagi majlis tersebut

Sempat bergambar bersama Sh Jamal dan Habib Ali


Sh Jamal Farouq meninggalkan majlis


Saya bersama Us Tijani pondok Pangsenam sempat bertabarruk mengambil ijazah dari Habib Ali Zainal Abidin



Assalamualaikum semua,

Bertempat di Masjid Omar Abd Aziz Kerdau pada 20 Julai bersamaan hari Rabu yang lalu, kami ahli keluarga KISWAH sempat menghadiri majlis ilmu, maulid dan selawat bersama Fadhilatus Shayikh ad Duktur Jamal Farouq ad Daqqaq dan Habib Ali Zainal Abidin.

Pada malam tersebut masjid dibanjiri dengan hadirin dan berlangsung dengan meriah..dan turut sama pada malam tersebut rombongan dari Sahah Baa'lawiyyah KL . Majlis dihiasi dengan bacaan selawat dari sheikh2 dari Mesir dan Yaman dan pada malam tersebut Sh Jamal Farouq berkenan memberi suhbah dan peringatan khususnya berkenaan TAUHID dan Habib Ali Zainal Abidin sebagai perterjamah...

Dr Sh Jamal memberikan suhbah berkenaan ta'rif tauhid dan permasalahan dalam bab TAUHID. Pada pengakhiran suhbah beliau, fadhilatus sheikh mengingatkan kami supaya berhati2 dgn mereka yang mengaku SALAFi yang membezakan tauhid kepada dua bahagian Rububiah dan Uluhiyyah sedangkan TAUHID itu adalah satu... Sedangkan zaman salafus soleh pembahagian ini tidak pernah ada...

Majlis diakhiri dengan solawat, solat Isyak dan jamuan... Saya sempat berjumpa Sheikh Jamal untuk taswir dan memohon tabarruk dari Habib Ali melalui beberapa ijazah yang bersanad sampai kepada al Habib Umar bin Hafiz RA...

Alhamdulillah, kami diberi izin oleh Allah untuk bersama dengan para ulamak dan berdoa agar kami diberi peluang untuk selalu bersuhbah dengan para solehin....

Sesungguhnya memandang wajah ulamak dan orang soleh itu mendapat PAHALA di sisi ALLAH....

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!

19 July 2011

Seminar 1 dan Klinik di Kolej Profesional Mara Kota Tinggi 30 dan 31 Julai


Seminar Perubatan Islam Menangani Gangguan Makhluk Halus Menggunakan Kaedah al Quran 28 Syaaban 1432 / 30 Julai 2011 (Sabtu) Bertempat di Surau Kolej Profesional Mara Bandar Penawar


Anjuran:
Kolej professional mara Bandar penawar
Kota tinggi johor




Oleh: Ybhg. Ustaz Hayat *BA Hons Syariah Al Azhar
Pengarah Urusan dan Pengasas KISWAH
Terapi Ruqyah Syariyyah

Blog: rawatanislam2u.com
Forum: rukyahsyariah.com
Online Store: deanjungkiswah.portalniaga​.com
Cd Ruqyah: cdruqyah.com
Facebook Group: KISWAH Group Perawat
Facebook Page: cdruqyah

Kolej Profesional Mara Bandar Penawar akan mengadakan seminar rawatan islam seperti butiran yang dilampirkan.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan kami. Borang pendaftaran boleh didapati bersama kami sebelum 20 Julai 2011.

Sekiranya terdapat pelajar yang ingin membawa ibu bapa bersama, amat dialu-alukan. Bagi yang berminat, bolehlah mendapatkan borang sekarang selewat-lewatnya 20 Julai 2011.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak :

Pelajar : RM30
Ibu Bapa : RM50


8.00: Pendaftaran peserta
8.15: Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir
9.15: Keterlibatan Jin dan Sihir
10.00: Rehat - Minum pagi
10.30: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.
11.30tgh: Tanda-tanda gangguan ketika jaga dan tidur
12.00 tgh: Amalan pendinding
12.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur
2.00ptg: Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus
3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
4.00: Bacaan Hizib Bahar dan Selawat Tibbiah serta Taziah
4.30: Majlis Pengijazahan
5.oo: Solat Asar, wada’ dan sesi fotografi ukhuwwah.

Yuran pendaftaran seminar sebanyak RM50 sahaja bagi setiap seorang.
( yuran termasuk bahan seminar, sijil dan makan tengahari)

Bagi yang berminat boleh membuat pembayaran ke akaun BANK ISLAM KESWAR (No. Akaun : 01069010028222 ) selewat-lewatnya 3 hari sebelum seminar. Sila bawa bersama salinan bukti pembayaran (slip atau cetakan bayaran secara online) semasa pendaftaran. Penyertaan secara ‘walk-in’ juga dialu-alukan.

Klinik Rawatan Islam
31 Julai 2011 (Ahad; 9 am – 4pm)

Klinik Rawatan Islam ini terbuka kepada semua pelajar dan orang luar serta proses memulihkan asrama dan tempat dari gangguan. Bertempat di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.

Rawatan dibuka kepada pelajar kolej yang terkena gangguan:
a) pelajar : upah minimum RM20 atau lebih seorang
b) orang luar : upah minimum RM35 atau lebih seorang


Pulih kediaman kolej :
a) Sebilik RM15 atau lebih
b) sila bawa 7 botol air mineral untuk satu bilik
c) minyak wangi sebotol
d) disyorkan memiliki CD Ruqyah KISWAH (tidak wajib)




Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi :

Puan Wan Arliza Wan Zainal
0135074374

En. Muhammad Zaki b. Mohd Zuki
0134741267

Saudara Nur Haffifuddin B. Ismail
0127659734

Saudari Aizzah Abd Kadir
0179263207

18 July 2011

Kenangan Seminar 1 di Hosptal Kuantan

Haji Nasir, perawat Darussyifa' merupakan pengerusi biro agama HTAA dan nadi utama seminar.


Simulasi rawatan. Kelihatan Cikgu Adib berposing di situ

Bilangan peserta mencecah angka 60 lebih

Ahli keluarga KISWAH


Teknik rawatan yang dikongsi...



Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Rabbul Jalil, seminar di Hospital Besar Kuantan pada 17 Julai yang lalu berlangsung dengan jayanya.

Saya mengucapkan infiniti terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Haji Nasir yang bertungkus lumus menjadikan seminar ini satu realiti. Beliau yang merupakan pengerusi biro agama HTAA adalah tonggak utama seminar pada kali ini. Alhamdulillah Haji Nasir yang juga merupakan perawat Darussyifa' sudah beberapa kali menyertai seminar KISWAH bagi menimba ilmu perubatan Islam.

Ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga KISWAH khususnya Cikgu Adib, Ir Kamarul, Syihan, Wan Amirul Syafiq, Anas Maahad Tahfiz, Suffian dan Abang Mat yang berkorban masa membantu KISWAH pada kali ini.

Seperti biasa sesi pagi diisi dengan pengisian berkenaan asas rawatan Islam dan alam jin. Manakala pada waktu petangnya peserta didedahkan dengan teknik rawatan, simulasi rawatan beramai2, bacaan hizib bahar dan selawat2 pilihan serta pengijazahan...

Alhamdulillah syukur sekali lagi kepada Allah, dan saya berdoa agar Allah memberikan kami peluang seterusnya utk menyebarkan ilmu perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah dari semasa ke semasa...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

17 July 2011

Kenangan Sambutan Nisfu Sya'ban





Sambutan Nisfu Syaaban yang diceriakan dengan warna warni mahabbah dan ukhuwwah fiLLAH.... Ukhuwwah fiLLAH Lestari Selamanya!!!



Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, sambutan nisfu syaaban (dengan bacaan Yaasin 3 kali; bukan hanya ceramah!), tafaqquh, maulid dan reunion maulid maahad berjaya dilangsungkan dengan jayanya berkat rahmat Allah jua...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan infiniti TERIMA KASIH kepada semua ahli kelas yang hadir; dekat dan jauh dan juga teristimewa buat semua anak2 murid di dalam kumpulan maulid maahad yang sanggup datang untuk reunion pada malam tersebut...

Hampir 20 lebih hadirin yang menyertai program pada hari yang penuh warna warni mahabbah dan ribath ukhuwwah fiLLAH tersebut!

Terima kasih dan tahniah juga kepada bidadari tercinta yang bertungkus lumus menyediakan hidangan dari siang hingga ke malam seorang diri pada hari tersebut... Perjuangan seorang mujahidah di samping suami tercinta... :)

Majlis bermula dengan tazkirah berkenaan sambutan nisfu syaaban, bacaan Yaasin 3 kali, kelas rawatan Islam; teknik rawatan dengan Yaasin, rawatan sakit mata, sakit dada, sakit telinga dsb, solat berjemaah, zikrulLAH dan maulid.

Majlis diakhiri dengan jamuan dan sesi fotografi...

Syukur Ya Allah atas kesempatan yang diberikan ini!

Allahu Haq! Hidayah seluruh alam!

15 July 2011

Jangan Lupa Sambutan Nisf Syaaban Malam ni dan Seminar Hospital Kuantan Esok!


Doa Nisfu Syaaban




Seminar Esok di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan


Assalamualaikum semua...

Jangan lupa kepada semua ahli kelas tafaqquh perubatan Islam, KISWAH, semua ahli maulid dan JURUS ye...

Malam ni program kita di PR KISWAH Temerloh...


dan

kepada semua peserta yang sudah mendaftar untuk seminar 1 KISWAH esok di Hospital Besar Kuantan; hadirkan diri anda seawal mungkin agar program kita dapat berjalan tepat pada masanya dan tidak2 tertunggu2 peserta untuk hadir...



Semoga program2 ni berjaya dilangsungkan dengan cemerlang dan mendapat keredhaan Allah Taala berbekalkan niat yang ikhlas yang mudah2an kami selalu miliki....


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

13 July 2011

Wangian KASTURI KIJANG RUQYAH


Wangian KASTURI KIJANG Ruqyah


Wangian ROSE Ruqyah


Sila dapatkan SEKARANG!!!


Wangian KASTURI KIJANG Ruqyah


Wangian ROSE Ruqyah



"Diruqyah oleh Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah"


Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)


Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya :-


* Menenangkan hati dan jiwa

* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak

* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

* Menghilangkan debaran jantung

* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)

* Menyedarkan orang pengsan

* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh

* Menghilangkan rasa gementar

* Menghilangkan rasa sejuk tubuh

* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.

* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.

* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). "Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud."

* Mencegah wabak penyakit dan virus.

*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw


(dan ditambah beberapa amalan dan anjuran ulamak serta para solehin):-

* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.

*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.

*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.

*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!


Antara teknik rawatan: Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi:


Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:


“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.


Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!


Tekniknya adalah;


1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.


2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.


3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:


20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”


Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.


Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….


KASTURI DAN ROSE:

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi dan Rose. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Bau Rose pula menjadi kegemaran mursyid saya. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.

Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi yang banyak disebut di dalam hadis.

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)


Kesimpulannya; cara penggunaan:


1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur seperti di atas sebelum tidur.

*Boleh dimakan; sapu dilidah sebelum minum air jampi untuk wangian 'dari dalam'.



2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.

*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.



3) Untuk Hubungan Intim: Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang

* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
Dapatkan YANG ASLI di KISWAH


Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)

Dapatkan Yang Asli di: 017 9065131 Ustaz Hayat al Azhari

Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah No 16 Tingkat 2 Jln Ahmad Shah Temerloh. (Atas SSM sebelah Public Bank)


12 July 2011

Sekitar Pemasangan Sliding dan Aircond PR KISWAH




Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, demi keselesaan pesakit dan perawat dengan izin Allah Taala rahmat kurniaannya serta doa2 guru yang tercinta dan anda semua yang prihatin, walaupun dengan kos yang tinggi; KISWAH Temerloh kini sudah beraircond dan dipasang sliding door untuk memberikan lebih privacy ketika merawat.

Walaupun berpendapatan terhad dan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan pusat rawatan yang tinggi. alhamdulillah impian memasang aircond dan sliding ini berjaya dilaksanakan setelah berdikit2 menyimpan duit. Maklumlah PR berkembang dengan simpanan peribadi dan bukan dari mana2 pinjaman.

Saya memohon doa semua agar KISWAH lebih maju dan tabah dalam perjuangan merawat dan menyelamatkan masyarakat dari kesyirikan perbomohan dsb..berbekalkan niat yang dimurnikan senantiasa oleh Allah Taala ikhlas berjuang di jalannya

Dalam masa yang sama....

Saya juga berasa amat kasihan kepada pesakit strok, orang2 tua dan pesakit yang tidak larat berjalan terpaksa diangkat dan memanjat pusat rawatan yang tinggi (tingkat 3).

Kini saya dalam usaha untuk membina pusat rawatan sendiri di kampung khusus untuk pesakit2 kritikal dan orang2 tua serta dalam masa yang sama membina sufi centre (surau) di situ. Untuk tujuan tersebut sumbangan anda amat2lah dialu2kan; sebarang infaq, tabarru', kafarah, zakat, derma, nazar anda bolehlah disalurkan ke:

AKAUN BANK ISLAM:

06028020377680

" Sedekah adalah kaedah penyembuhan yang luar biasa"

Selamat menderma dan terima kasih.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

11 July 2011

Sambutan Nisf Syaaban,Tafaqquh dan Reunion Maulid Maahad SAS 16 Julai


Sebarkanlah CINTA, CINTA tidak akan sesekali mengecewakan!


Assalamualaikum semua!

Di sini ada satu pengumuman kepada semua ahli kelas tafaqquh KISWAH, Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) dan semua bekas ahli Maulid Maahad SAS seluruh negara dan sesiapa yang berminat.

KISWAH akan menganjurkan

SAMBUTAN NISFU SYAABAN dan TAFAQQUH

pada ketetapan berikut:

16 Julai 2011

Sabtu Malam Ahad

Bermula Solat Maghrib - 12 malam


Pengisian:

Solat Maghrib
Bacaan 3 kali Yaasin dan Doa Nisf Syaaban
Solat Isyak
Zikir khatam saghir
Kelas tafaqquh perubatan Islam
Maulid
Jamuan ringkas

... dan team KISWAH akan bertolak ke Kuantan selepas program kerana keesokan harinya akan diadakan seminar di Hospital Besar Kuantan.

Sesiapa yang ingin hadir sahkan kehadiran anda dengan menghubungi saya.... Kepada ahli kelas, JURUS dan bekas ahli maulid Maahad SAS jangan lupa dan sebar2kan ye...


Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

10 July 2011

Kenangan Seminar di Maahad Tahfiz Kuantan













Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah seminar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang berlangsung dengan jayanya..

Seminar yang disertai lebih dari seratus orang pelajar banin dan banat; dari tingkatan 1 sehingga pelajar Diploma mendapat respond yang baik dari pentadbiran, tenaga pengajar dan peserta.

Seminar yang dianjurkan oleh MPP MTNP diilhamkan oleh anak murid saya yang memegang jawatan lajnah tarbiyyah di situ iaitu Us Anas Amri. Beliaulah figure utama yang menjayakan program pada kali ini.

Saya sekeluarga dan dua pembantu kesayangan, Sdr Syihan dan Us Sufian Nahar USIM ke Kuantan sehari lebih dan kami menumpang di rumah Cikgu Adib dan Dr Haz sekali lagi. Layanan yang diberikan adalah AMAT ISTIMEWA>.. terima kasih Adib, Haz dan Isha...

Pada hari yang dijanjikan; saya, Syihan, Us Sofian, Us Wan KIPSAS, dan Cikgu Adib bergerak menuju ke Maahad. Sesampainya di sana Us Anas dan Ir Kamarul sudah menunggu.

Seminar bermula hampir pukul 9 pagi dan seisi pagi di isi dengan pengisian2 berkenaan rahsia alam jin dan asas perubatan Islam. Pengarah Maahad Tahfiz Dato Zulkifli al Hafiz dan isteri berkenan menjengah seminar kami pada sesi pagi

Pada waktu petang; modul ditumpukan kepada praktikal, simulasi, bacaan hizib bahar dan selawat2 pilihan.. Rawatan beramai2 menyaksikan ada pelajar2 Tahfiz dikhuatiri mempunyai gangguan dan saranan saya; maklumkan kepada ibu bapa dan bawalah ke pusat rawatan ruqyah yang berdekatan... Seminar diselang selikan dengan koleksia selawat dari team CINTAKASIH RASUL KISWAH.

Seminar berakhir pada waktu Asar.

Saya dimaklumkan oleh oleh Us Anas, seminar pada kali ini mendapat feed back yang baik dari tenaga pengajar dan para pelajar. Alhamdulillah.

Selepas wada', kami ke Pantai Sepat yang berdekatan untuk sesi rekreasi minda.. dan kemudian pada malamnya, ahli keluarga KISWAH di Kuantan berkumpul di Ana Petai Tanjung Lumpur untuk makan malam ukhuwwwah...

Malam yang kedua kami bermalam lagi di rumah Cikgu Adib dan Haz.

Ahad: Tengahari; kami semua bergerak menuju rumah Ir Kamarul dan Ros untuk makan tengahari di Sg Karang..... Terima kasih kepada Kamarul sekeluarga kerana hidangan tengahari yang menyelerakan tersebut..

Setelah membeli belah kami berangkat pulang dan kami tiba di Temerloh pada pukul 6.45 petang...

Syukur kepada Allah memberikan kami pengalaman berharga; berseminar di Maahad Tahfiz tersohor ini...Kami juga berterima kasih kepada semua warga MTNP khususnya Tuan Pengarah, pentadbiran, pelajar dan khususnya ajk pelaksana kerana memberi peluang kepada kami menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini...

Semoga ada di kalangan adik2 bakal menjadi para pejuang perubatan Islam berasaskan pembacaan al Quran (ruqyah) suatu masa nanti...


Terima kasih semua!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...