28 March 2017
Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Rajab Syahrullah Al Murajjab 1438H
"Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Rajab al Murajjab al Mutohhir, al Murajjam, al Asom, Al Asob, Al Mukarram, Antara sambutannya adalah malam Laylatur Raghaib (Jumaat malam pertama Rajab; malam di mana NUTFAH Rasulullah saw lekat di rahim bondanya) dan Malam Isra' Mi'raj (27 Rajab)..". ~ Love and Salams; Keluarga KISWAH.
Dari Ahli Keluarga NGO KISWAH.
Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Nabi saw bersabda,""Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku".
Allahu HaQ Hidayah Seluruh Alam!!!
Labels:
artikel
Kesembuhan Milik Mutlak Allah. Sembuh Selepas Ruqyah
Ramai arini. Full house. Diharap semua pesakit disembuhkan Allah. Ada makcik yg berdiri2 saja dah pitam. Masuk sepital da tp doc kata takde penyakit. BiizniLLAH.. Lps ruqyah terus boleh jalan pelan2. Katanya dah ok sikit. Syukur ya Rabbi.. Semuanya izin Allah.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
artikel
Di Saat Dunia Bersengketa...
Di saat dunia tegang berkrisis bersengketa tak kira siapa siang malam... Slps seharian majlis tafaqquh dan rawatan ruqyah di Kiswah Rawatan Islam Temerloh - khidmat kpd ummah; kita santai mencari ketenangan sambil menjentait baung sg pahang di Pangsenam bersama squad memancing KISWAH "Jemaah Jentait seKiswah"
Labels:
artikel
Suami Pulang Semula Ke Rumah Selepas Sesi Ruqyah
"Syukur Ya Rabbi. Alhamdulillah. Iradat Tuhan menentukan تعلق تخصيص , Qudrat Tuhan mengadakan تعلق تأثير. Sehari selepas ruqyah, suami yg sudah lama tidak pulang, kembali ke rumah si isteri yg dtg berikhtiar. Seronok mendengarnya.. BiiznilLah..."
Labels:
artikel
RM1 Seringgit Yang Barakah
'Rm1 yg barakah... mudah2an berkat 'upah' seikhlas hati tuan / puan yg hanya singgit ini memberi keberkatan dan memurahkan rezeki pusat rawatan kami. Amin... Rawatan ruqyah dari 10.30 - 1 ptg.. Terima Kasih Allah. Bukti keadilan Allah. Baik sangka kepadaNya...'
Labels:
artikel
07 March 2017
4 Mac 2017 : Hari Keluarga Keempat Majlis Tafaqquh KISWAH; NGO KISWAH di Pantai Kempadang Kuantan
Asslamualaikum tuan puan dan para muhibbin.
Acara : Hari Keluarga Majlis Tafaqquh Kiswah; NGO KISWAH
Tarikh : 4 Mac 2017
Kehadiran : Lebih 20 Keluarga
Lokasi : Pantai Sepat (Kg Kempadang) Kuantan
Tarikh : 4 Mac 2017
Kehadiran : Lebih 20 Keluarga
Lokasi : Pantai Sepat (Kg Kempadang) Kuantan
Imam Al Syafi'ie berpesan :
“Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali”
“Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali”
Imam Hasan Al Bashri rahimahullah menasihatkan, “Perbanyaklah berteman dengan orang – orang yang beriman. Kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”
............................................................................
............................................................................
Segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya terlaksana satu program yang cukup indah tersemat di sanubari kami ahli Majlis Tafaqquh Kiswah; kelolaan Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH).
"Ukhwah fillah lestari selamanya menjadi syafaat ke syurga."
Kami dipertemukan Allah Rabbul Jalil dengan barakah al Quran dan Pengajian Kitab; Tafaqquh Fid Din. 2 tahun usia ukhuwwah yang terjalin dan 2 tahun juga lah Kiswah Pengajian Al-Quran Temerloh beroperasi. Medium ilmu menyatukan kami. Walaupun kami datang dari background yang berbeza namun matlamat kami satu iaitu menggapai MARDHATILLAH. Sesuai dengan sabdaan baginda kekasih kami Rasulullah saw menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim.
Terima kasih JazakALLAH Khairal Jaza' diucapkan kepada semua ahli MTK di samping keluarga yang sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit, dan segalanya untuk menjayakan Fourth Family Day yang serba singkat dan sederhana pada tahun ini.
Terima kasih kepada Saudara Hairul Faisal Handset yang menaja seekor kambing untuk dijadikan santapan BBQ. Besar pengorbanan beliau. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Tidak lupa kepada jemaah muslimin, Madi, Duan, Gopeng dan Din yang memerap kambing pada malamnya.
Begitu juga Kak Syahrizan dan suami Abang Nizam serta Kak Liza Aziz dan suami Abang Bad yang bersusah payah menyediakan ayam perap. Kak Liza Farmasi Berkat dan Kak Azizah yang menaja ikan patin, Cikgu Ridhauddin dengan jagungnya..Serta semua ahli yang membawa POTLUCK yang tidak dapat saya sebutkan namanya satu persatu namun tidak mengurangkan sedikitpun penghargaan saya kepada mereka semua yang berjasa.
Mabrouk juga kepada ketua kelas Abg Duan dan Kak Timah yang banyak membantu serta semua ahli yang bersusah payah berabih untuk menjayakan. Semoga dinilai Allah sebagai amalan soleh di sisiNya.
Terima kasih kepada Tuan Timb Pengerusi Kiswah al Fadhil Ustaz Zuhaidi Mukapit yang turut membantu dan ahli senior KISWAH Cikgu Tuan Aredeep Haron yang turut meluangkan masa untuk hadir memeriahkan acara ukhuwwah ini.
Tak lupa kepada puan Bidadari Ustazah Mulia Karimah yang menjadi mastermind di sebalik Family Day Keempat ini. Tanpa beliau maka program ini sukar terlaksana.
In sya-Allah tahun hadapan kita akan mengadakan sekali lagi Hari Keluarga yang kelima... Mungkin dalam suasana yang berbeza pula. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki olehNya.
“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR. Muslim)
......................................................................
Pengajian Al Quran dan Fardu Ain berkitab di bawah kelolaan Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia yang dinaungi oleb Sohibus Samahah Mufti Negeri Pahang. Kami adalah pertubuhan sah yang berdaftar di bawah ROS yang menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Pengajian Al-quran dewasa muslimin dan muslimat serta pengajian fardu ain dewasa berkitab dibuka kepada sesiapa yang berminat. Tidak mengenakan sebarang yuran khusus namun sumbangan dari tuan tuan sangat dialu-alukan. Maka atas hikmah tersebutlah ukhwah kami begitu erat seperti isi dengan kuku, dakwat dengan kertas
Loves and Salams;
Hayat Kiswah; Khuwaidim Tholabah Ilm as Syarif...
Hayat Kiswah; Khuwaidim Tholabah Ilm as Syarif...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
(Credit tu Katering Aiskrim Temerloh for the outline)
Labels:
berita,
NGO KISWAH
Subscribe to:
Posts (Atom)