**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 December 2013

Amalan Rabu Terakhir Bulan Safar 1 Januari 2014

Safar al Kheir... Bulan Safar Bulan Kebaikan...


Assalamualaikum semua... di sini saya terjemahkan tajuk SAFAR al KHEIR dari kitab Futuhat Sh Adnan

TAJUK: SAFAR AL KHEIR...

Merupakan salah satu dari bulan2 sunnah (diisi dengan amalan2 sunnah) dan dinamakan oleh baginda Nabi saw sebagai Safar al Khair ( Safar bulan kebaikan)...

Kebanyakan dari umat2 yang terdahulu dimusnahkan pada bulan ini...

Antara amalan sepanjang hari di dalam bulan ini; dgn niat penjagaan dari mala petaka:

1) Syahadatain 3 kali

2) Istighfar 300 kali

3) Sedekah harian dengan niat supaya terangkatnya bala. Nabi saw pernah bersabda... Sesiapa yang memberitakan kepadaku tentang berakhir bulan Safar, maka disunatkan pada 27 Safar untuk menyembelih haiwan (lalu disedekahkan) ikhlas kerana Allah Taala.

4) al Fil dibaca 7 kali

5) Ayatul Kursiy 7 kali setiap hari.



ADAB RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:

1) Syahadatain 3 kali

2) Istighfar 300 kali

3) Ayatul Kursiy 7 kali

4) al Fil 7 kali .... lalu diamalkan secara menyeluruh olehnya diri dan anggota keluarga...


Afdhalnya:
 
Pada waktu siang Rabu terakhir tersebut janganlan keluar dari rumah.

Kerana Sh Abdullah Faiz ad Daghestani qaddasaLLAHU sirrahu pernah berkata:

" Pada hari Rabu terakhir Safar, akan diturunkan 70 000 bala.... Sesiapa yang menjaga (seperti yang telah disebutkan tadi) insya Allah akan dipelihara Allah Taala...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam:


Berikut adalah tulisan adik angkat saya Us Hasif  berkenaan KAIFIAT SOLAT SUNAT RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:


Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang al-faqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997. Inilah dia amalan tersebut : -



1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.



2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-

a. Surah al-Kauthar (17x)

b. Surah al-Ikhlas (5x)

c. Surah al-Falaq (1x)

d. Surah an-Nas (1x)



3) Selepas solat bacalah doa ini :



بسم الله الرحمن الرحيم.

اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى. وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.

يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ

إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ

يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ

يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ

أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى

فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم

**mulakan adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.

1. Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar :




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.



2. Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :







Kemudian berkata ia dengan doa ini :



اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.



Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).

JADI RABU TERAKHIR SAFAR ADALAH BERSAMAAN 1 Januari 2013 Rabu ni


Selamat beramal...
 

Rujukan dari sahabat: Us Hasif


RUJUKAN
1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58.
2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan)
3. al-Bahjatul Mardiyyahas-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani

29 December 2013

Planner NGO KISWAH Untuk Tahun 2014 Seperti Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Agung



Planner Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 2014:
Januari: 13hb: Sambutan Mawlidurrasul r peringkat KISWAH di Pusat Rawatan dan program-program mawlid.

Februari: Program-program mawlid.

Mac: 1hb: Wacana Ilmu: Diskusi Kitab: 1) Kamus Tafsir Mimpi.  Di KISWAH Temerloh.

April: 26hb: Ziarah Johor (Jemaah Kota Tinggi dan Muar) – Rawatan Ruqyah Perdana

Mei:  17hb: Ziarah Teluk Intan  - Rawatan Ruqyah Perdana

Jun: 7hb: Ziarah Sungai Besar – Rawatan Ruqyah Perdana

Julai: 12hb: Ifthar Jamaie KISWAH. Buka puasa, terawih, tazkirah dan mawlid Ramadan di KISWAH Temerloh.
           23hb: 27 Ramadhan: Qiyamullail di KISWAH.

Ogos: 2hb: Makan-makan Eidulfitri KISWAH di Teratak Mevlevi. (Raya ke 6 – Sabtu)

September: 27hb: SIMPOSIUM NGO KISWAH. (HIMPUNAN AHLI) DEWAN SEMINAR MASJID BERA. Bersama Mufti.

Oktober: 5hb: Majlis Korban KISWAH di Batu Sawar. (Raya Pertama - Ahad)

November: 28hb-30hb: Hari Sillaturrahmi; Hari Keluarga KISWAH ~ ROMPIN???.

Disember: 5, 6, 7 hb: Kem Anak Soleh KISWAH ~  Gunung Senyum ~ Ustaz Muhammad Shami

                   20 hb: Mesyuarat Agung KISWAH KETIGA ~ 20 Disember 2014.

24 December 2013

Mesyuarat Agung Kedua Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) dan Senarai Ahli Jawatankuasa 2014. Diadakan Pada 21 Disember 2013

Assalamualaikum semua yang dihormati hanya kerana Allah Taala.

Pada 21 Disember 2013 bertempat di Masjid Darul Fikri Daerah Bera, Pertubuhan Pengamal Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) yang bernaung secara rasmi di bawah Mufti Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua ahli dari seluruh negara yang telah bersusah payah berkorban segala kepunyaan untuk hadir dalam majlis musyawwarah yang mudah-mudahan diredhai Allah hendaknya ini.

Pada majlis tersebut KISWAH berkesempatan melancarkan produk NGO terbarunya iaitu 

AIR RUQYAH KISWAH

yang telah diruqyah berkali-kali di pusat rawatan selama hampir 4 bulan.

Kepada sesiapa yang ingin membeli secara online sila ke


atau


Terima kasih tidak terhingga kepada PAID Bera yang diketuai Tuan Qadhi Daerah Bera Ustaz Yusri dan Staff Masjid Darul Fikri Masjid Daerah Bera yang sudi membenarkan kami mengadakan mesyuarat agung di tempat yang penuh barakah ini.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..!

Senarai Ahli Jawatankuasa ada di bawah:










AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM
RUQYAH SYARIYYAH MALAYSIA (KISWAH)

Senarai Ahli Jawatankuasa.

Pengerusi :                         : Ustaz Hayat al Mevlevi
Naib Pengerusi                 : Ustaz Zuhaidi Bin Mukapit
Setiausaha Agung            : Miljan Bin Majid
Bendahari                         : Puan Muliati Binti Saad

Cadangan Biro

1) Biro Aktiviti dan Kebajikan              :  (K) Miljan Bin Majid
                                                                    (T1) Abdul Jaes Bin Jaafar
                                                                     (T2) Ustaz Hanif Bin Esa

2) Biro Pembangunan Insan              :  (K)   Ustaz Shami Bin Husin
                                                                   (T1) Ustaz Kamaruddin Bin Sulaiman
                                                                   (T2) Ustaz Nazri Bin Shahrom

3) Biro Ekonomi dan Koperasi           :  (K) Haji Abdul Hafiz Bin Abu Bakar
                                                                   (T1) Puan Shallizah BInti Shamsuddin
                                                                    (T2) Luqman Hakim Bin Zulkifli
                                                                    (T3) Ahmad Syarifuddin bin Shamsuddin

4) Biro Riadah                                       :  (K) Saiful Hazreen Bin Shahiri
                                                                   (T1) Md Rafi Bin Tarkip
                                                                   (T2) Mohd Faizal Bin Ismail
                                                                   (T3) Mohd Adib Bin Haron

5) Biro Penerbitan  dan Publisiti         :  (K) Ahmad Syihan Bin Zaik
                                                            (T) Wan Ridzwan Bin Ibrahim

6) Biro Khas : AJK yang mewakili Negeri-Negari Malaysia:

Johor
1)  Ust Azhari Bin Abidin (Kota Tinggi)
2)  Ust Mohd Junaidi Bin Sahlan (Pasir Gudang)
3) Haji Abdul Hafiz Abu Bakar (Muar)
4) Puan Sallizah Binti Shamsuddin (Muar)

Pahang
1) En Wan Ridzwan Bin Wan Ibrahim
2) En Mohd Nasaie Bin Nawawi @ Saad
3) En Muhamad Luqman Nur Hakim Bin Zulkifli


Kedah
1) En Mohd Hasif Bin Hashim

Sarawak
1)En Ibrahim Bin Haling

Perak
1)Haji Hassan Bin Md Yunus
2) Haji Idris Bin Sulaiman
3) Puan Noor Hayati Binti Salleh
4) Hawariah Binti Yeop

Selangor
1)En Mohd Nazri Bin Shahrom
2) En Kamarudin Bin Sulaiman

Sabah
1)En Mohamad Azwan Bin Abdullah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1)En Afdzal Ikhwan Bin Omar


Kenangan BBQ Perdana Bersama NGO KISWAH di Teratak Mevlevi Pada 21hb Dis 2013

Assalamuaalaikum semua..

Syukur Ya Rabbi.. Atas nikmat yang Dikau berikan tanpa sudah sudah...

Pada 21hb Disember 2013 yang lalu, Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) telah mengadakan barnamij ukhuwwah sesama ahli selepas Mesyuarat Agung Kedua yang diadakan pada siang harinya..

Syukran kathiran kathiran kathiraaa kepada semua adik beradik seukhuwwah yang sudi hadir pada malam tersebut. Majlis diakhiri dengan bacaan mawlid yang penuh berkat..

Majlis bbq perdana, makan2 dan mawlid ngo kiswah di teratak mevlevi. Sgt bahagia tatkala berukhuwwah kerana Allah Taala. . Lestari ke syurga mudah2an. 








Allahu Haq!! Hidayah Seluruh Alam!

11 December 2013

Rawatan Mudah di Rumah Untuk Sakit Belikat, Bahu dan Pinggang Dengan Menggunakan Set Bekam Yang Murah dan Herba Belalai Gajah

KAEDAH PERTAMA:


Assalamualaikum semua..

Jika anda mengalami sakit belikat sama ada peringkat permulaan atau menyeksakan, ada satu kaedah mudah tetapi sangat efektif yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Iaitu menggunakan kaedah rawatan bekam kering..Ini kerana bekam kering tidak mempunyai kaedah dan peraturan yang banyak seperti bekam basah khususnya apabila ingin menepati ciri-ciri bekam sunnah. Kaedahnya:

1) Sila dapatkan set bekam murah

2) Cari waktu yang paling tenang dan sudah kerehatan. Seeloknya di awal pagi atau lewat petang.

3) Sapu kawasan belikat yang sakit dengan minyak zaitun. Seeloknya telah diruqyah.

4) Sila bekam di kawasan belikat dan bahu yang sengal, sakit dan menyeksakan. Bekam sekaligus di kawasan sakit atau sekitarnya. Permulaannya sedikit perit, kemudian menjadi agak selesa. Jangan bimbang. Sedut sahaja di tempat sakit.Tunggu sehingga 5 - 10 minit.

5) Kaedah ini tidak memerlukan anda untuk melukakan tempat bekam seperti bekam basah. Sementara cups tersebut menarik dan membetulkan struktur otot, urat dan tubuh anda.. di dalam hati berzikirlah dengan bacaan "Allah Huwa as Syafi"; Allah Taalah sahajalah yang Maha Menyembuhkan.

6) Buka cups tersebut... dan anda dapat merasakan kesakitan yang menyengat tadi sudah semakin reda. Kemudian sila minum rebusan daun katik murai @ belalai gajah (OPTIONAL: Kaedah sudah ditulis pada bahagian kedua kaedah rawatan di bawah)

7) Jangan bimbang sekiranya kesan hitam terdapat pada tubuh anda. Insya Allah dua tiga hari akan hilang dengan sendirinya. Lakukan kaedah bekam kering ini sekali seminggu atau ketika sakit. Bernazar jika sembuh ingin puasa sehari (contohnya) dan berdekahlah setiap hari.

Wassalam... 

Jika ingin mendapatkan set bekam yang murah dan praktikal sila scroll ke bawah.. 






Set bekam dr china.kualiti:sederhana, harga:murah:rm35. Pehantaran rm8. Bank in ke maybank muliati binti saad 156057415555. Slpas tu sms nama alamat dan produk serta bila dan di mana bank in ke 017 9065131 us hayat kiswah.stok amat terhad.

Untuk belian set bekam murah ini sila ke:

SINI: www.kiswah.lot.my/



KAEDAH KEDUA:


Daun katik murai yang sangat berkesan mengurangkan sakit belikat dan sakit badan.
Assalamualaikum semua.. 
Antara rawatan sakit badan, sakit belikat terutamaya adalah: 
Mengambil secara rutin rebusan air herba katik murai selama seminggu - 40 hari. Alhamdulillah pengalaman kami sekeluarga, jika sakit belikat dan bahu kerana 'masuk angin' akibat duduk terlalu lama, salah tidur dan sebagainya, herba katik murai sangat-sangat membantu...
Antara kaedah-kaedah sakit badan juga...
Urut / sakit badan / sengal / masuk angin – minyak zaitun, garam bukit, madu, cuka epal

Qurani: 
 Pegang dengan tangan kanan dan baca
 Surah Ali Imran ayat 145 dan al Anbiya' ayat 30 serta Surah al Qadr sebanyak 7 kali.

2) Baca banyak kali bacaan bertikut sambil memegang tempat sakit:

بِسْمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ

Tabie:

1)  Urut kawasan sakit dengan campuran minyak zaitun + ma’  warad (air mawar).

2) Panaskan semangkuk garam bukit dan letak di dalam kain. Urut dengan garam panas tersebut.

3) Mandi ais setiap petang selama 7 hari sebelum Maghrib. Campuran segelas air ruqyah, sebaldi besar air paip, garam secawan dan limau purut. Jangan lap selepas mandi. Selepas 7 hari mandi jadi ketika perlu.

4)  Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a.      Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b.      Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.

5) Sapu / urut dengan minyak zaitun sekerap mungkin. Pastikan sentiasa berminyak.

6) Sapu tempat kebas dan sesemut dengan minyak wangi ros / kasturi ruqyah.

7) Lemah badan: Madu 1 atau dua sudu, dua kali sehari, kismis 21 biji sejam sebelum makan apa2 waktu pagi. Boleh juga campurkan madu dan cuka epal sesudu di dalam segelas air ruqyah untuk lebih tenaga.
 Anak murid saya Pak Cik Mat Saed yang memang mahir dalam perubatan berasaskan herba dan pucuk kayu juga menyatakan bahawa daun ini juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi khususnya untuk rawatan awal sakit buah pinggang.
Menurutnya alhamdulillah biizinillah dengan izin Allah, ada pesakit yang baru dikesan menghidap penyakit buah pinggang sembuh dengan izin Rabbul Jalil jua setelah hampir sebulan mengambil air rebusan daun ini. Alhamdulillah..
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –
 Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
Daun Katik Murai/ Belalai Gajah

Ubat dan penawar: Sakit buah pinggang (permulaan), sakit pinggang, urat saraf, sakit - sakit badan dan barah.
Hanya Allah yang menyembuhkan
Testimoni SEBENAR dari Pengguna

Cara-cara menggunakannya:

Rebus 1 bungkus dan campurkan air satu setengah liter sehingga mendidih. Dijadikan stok pati dan disimpan di dalam peti sejuk. Untuk kegunaan minum selama 7 hari, 3 kali minum sehari.

Sebelum minum panaskan atau bancuhkan dengan air panas.

Minum secawan 3 kali sehari selama 40 hari atau sehingga 3 bulan.

Persediaan: 1 bungkus untuk kegunaan 7 hari. Minum secawan sebanyak 3 kali sehari.
 ATAU: paling kurang:
Secekak katik murai direbus dengan dua gelas air ruqyah / biasa sehingga menggelegak. Minum ketika suam. Jangan diminum ketika sejuk atau dicampur gula.
  UNTUK MENDAPATKAN HERBA PENAWAR SAKIT BELIKAT; KATIK MURAI, MINYAK ZAITUN, GARAM BUKIT DLL YANGTELAH DIRUQYAH SILA KE ONLINE STORE RASMI KAMI: (KLIK DI BAWAH)


1 paket belalai gajah rm20. Hantar rm8 = RM28

Bank in Maybank  156057415555  Muliati bt Saad .Dah Bank in sms / whatsaap nama, alamat dan bukti bayar ke 0179065131 (Ustaz Hayat)

Sepaket belalai gajah untuk 2 minggu. Secekak belalai gajah rebus seperiuk kecil air. Habiskan minum dalam sehari. Esp sebelum tidur. Buat 40 hari. Minum panas2. Jangan campur gula.. Dapatkan DI SINI atau DI SINI atau ikut sahaja aturan pembelian di atas.

Sedekah hari2 dengan niat kesembuhan.. Sedekah memanjang umur dan mengangkat bala'

Bernazar: Jika sembuh akan berpuasa sehari / umrah / jamu fakir miskin etc

Sembelih seekor kambing dan buat kenduri Doa Selamat dan Solat Hajat. Minta tuan2 guru dan orang soleh mendoakan kesihatan kita...

Iklan Penawar Buah Pinggang:



Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

08 December 2013

Jualan Djembe Mahagoni 14 Inchi Untuk Mawlid. Bass Yang Power

Assalamualaikum..

Jualan djembe power utk mawlid.kayu mahagoni. Base: BOOOM!!! BERGEGAR SYILING UMOH. Lebar diameter 14 inchi...pm / sms  017 9065131 jika berminat..... 

Cara pembelian:

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar barangan tersebut ke alamat anda.











04 December 2013

Isu Bala di Bulan Safar dan Amalan-amalan di Bulan Safar (Versi: 1435 H)

Ahlan wa Sahlan Ya Syahra Safar el Khair.. Apabila ditanya; apa amalan ketika hendak bermusafir di bulan Safar... Syaykhah Raja Eleena menjawab.. "Sebelum bermusafir hendaklah bersedekah terlebih dahulu....."
Bulan Safar tiba lagi. Alhamdulillah...bagi para auliya' dan solihin mereka mengisi pelbagai program ibadah-ibadah sunnah. Amalan-amalan ini telah diamalkan oleh para ulama' silam dari dahulu hingga kini. Berikut al-faqir memuatkan beberapa amalan-amalan yang telah diamalkan oleh para ulama' sufi bagi jalan kami dengan merujuk kepada kitab FUTUHAT  karangan Syeikh Adnan Kabbani (qs) mukasurat 419 :

Dan daripada adab wazifah bagi murid itu hendaklah dia melazimi setiap hari melakukan beberapa perkara berikut di dalam bulan safar al-khair :

1)Syahadah (3x)
2)Istighfar (300x)
3)Sedekah dan di niatkan tolak bala'
4)Membaca setiap hari Surah al-Fil (7x)
5) Ayatul Kursi (7x)

Dan adab wazifah bagi hari Rabu terakhir bulan Safar ialah membaca :
1) Syahadah (3x)
2) Istighfar (300x)
3) Ayatul Kursi (7x)
4) Surah al-Fil (7x)
5) terlebih afdhal pada petang atau siang hari Rabu terakhir bulan Safar tidak digalakkan keluar daripada tempat tinggal atau rumah (kecuali atas sebab mencari nafkah dan hal yang benar2 mustahak).


AMALAN-AMALAN PARA ULAMA' SUFI NUSANTARA DAHULU PADA BULAN SAFAR


1.                  Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar : 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ  وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.


2.                  Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم  hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :


Kemudian berkata ia dengan doa ini :

اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.  

Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).

Bersambung pada bahagian ketiga, inshaAllah….

MENANGGAPI PERTIKAIAN PENDAPAT MENGENAI BALA' DALAM BULAN SAFAR

GAMBAR HIASAN : TOKOH ULUNG NUSANTARA 
'ALIM RABBANI SYEIKH DAUD AL-FATHANI (r.a)

CATATAN : SEGALA TULISAN INI AL-FAQIR SALIN SEMULA DENGAN SEDIKIT OLAHAN DARIPADA KITAB بدائع الزهور (Bada-i'uz Zuhur) - SEGUGUS BUNGA NAN INDAH KARYA AL-'ALIM AL-'ALLAMAH AZ-ZAKI SYEIKH WAN AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI YANG DI HIMPUN SEMULA OLEH ALMARHUM TUAN GURU HJ. WAN MJOHD SHAGHIR ABDULLAH. 

 Koleksi Khazanah Fathaniyah

Menurut setengah daripada kalangan 'Arif Billah daripada Ahlil Kasyaf wat Tamkin bahawa bala' itu turun pada tiap-tiap tahun sebanyak 320,000. Dan adalah semua bala' itu turun pada hari Rabu yang terakhir pada bulan Safar. Maka adalah hari itu ( hari Rabu terakhir pada bulan Safar) merupakan sepayah-payah segala hari di dalam setahun.

Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani memetik dari beberapa buah kitab yang di karang oleh ulama' sufi khasnya daripada kitab Fat-h al-Mulkil Majid yang beliau nyatakan pada bahagian mengenai ini dengan katanya;"Intaha Fat-h al-Mulkil Majid". Selain itu dalam hal yang sama beliau juga merujuk kepada kitab "Jawahir al-Khamis", seperti yang beliau nyatakan selanjutnya. Jika di lihat banyak kitab baik di dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu yang menyebut perkara tersebut selain daripada sumber kitab di atas antaranya ialah Aurad al-Khawajah Mughnid Din oleh Syeikh Kamil Fariduddin Syukur Kanji, Kitab al-Firdaus oleh Imam al-Buni, Kitab Mujarrabat oleh Syeikh Ahmad Dairobi as-Syafie.

                                            











Oleh kerana banyak kitab yang di tulis berkenaan perkara ini di dalam bahasa Arab maka para ulama kita di alam melayu telah menyalinnya lalu di muatkan dalam karya-karya mereka untuk tatapan dan ambilan faedah generasi kita. Di antara beberapa ulama' nusantara yang membicarakan bab ini lagi ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitabnya Jam'u Fawaid, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam al-Bahjatul Mardhiyah, Syeikh Abdul Hamib Kudus, yang mana beliau pernah menjadi Khatib dan Imam Besar Mazhab Syafi'ie di Masjidil Haram Makkah yang beliau naqalkan dalam kitab beliau iaitu Kanzin Najah was Surur di dalam bahasa Arab.

Seterusnya al-Faqir catatkan muatkan beberapa catatan Al-Marhum Tn.Guru Hj.Wan Mohd Saghir tentang beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala' yang ditinjau dari segi ilmu sejarah : -

1) Pada 24 Safar Nabi Muhammad s.a.w bersama Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq masuk ke Gua Tsur kerana bersembunyi daripada musuh-musuhnya.

2) Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani menulisnya dalam Badrut Tamam, katanya, "Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul Madarijus Shu'ud. Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.

3) Sayyidina Hasan cucunda Nabi Muhammad s.a.w hari-hari yang paling lama penderitaan sakitnya kerana racun, juga dalam bulan Safar tahun 50 Hijrah. Lama sakitnya 40 hari, sehingga beliau wafat pada 5 Rabi'ul Awwal 50H.

4) Pada 1 Safar 60 H, kepala Sayyidina Hussain cucunda Rasulullah s.a.w.di arak masuk ke Damsyik oleh Bani Umaiyah, iaitu setelah mereka berhasil membunuhnya pada hari asyura' (10 Muharram 60 H). Pada 20 Safar 60 H kepala Sayyidina Hussain di arak dalam kota.

Maka apabila kita kaji sejarah masih banyak lagi peristiwa yang melibatkan bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala'. Oleh itu apa yang disebut oleh para ulama' Sufi bahawa pada hari Rabu akhir bulan Safar bahawa Allah menurunkan 320,000 bala' itu ditinjau dari segi perbandingan berbagai-bagai sejarah yang terjadi dalam Islam adalah mempunyai asas.

Perkataan mereka perlu dikaji dari segenap aspek, kerana itulah PARA ULAMA' BESAR yang faham berbagai-bagai disiplin ilmu termasuk ilmu hadith turut memperkatakan hal yang tersebut (di atas) di dalam kitab-kitab mereka. Wallahu'alam.


 FADHILAT SOLAT PADA HARI RABU AKHIR BULAN SAFAR. 

GAMBAR HIASAN : Solat Tiang Agama
gambar di ambil daripada  http://sainssolat.wordpress.com

Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang al-faqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997.  Inilah dia amalan tersebut : - 

1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.

2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-
    a. Surah al-Kauthar (17x)
    b. Surah al-Ikhlas (5x)
    c. Surah al-Falaq (1x)
    d. Surah an-Nas (1x)

3) Selepas solat bacalah doa ini : 

بسم الله الرحمن الرحيم.
اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى.  وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.
يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ
إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ
يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ
يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ
أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى
فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم
**mulakan adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.



RUJUKAN
1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58.
2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan) 
3. al-Bahjatul Mardiyyahas-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani

RUJUKAN : USTAZ HASIF: THANK YOU RASULULLAH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...