**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 November 2021

NOTA MINDA USTAZ HAYAT KISWAH 34: KEAJAIBAN MINYAK ZAITUN UNTUK IKHTIAR KANSER




 NOTA UHK 34: KEAJAIBAN MINYAK ZAITUN UNTUK IKHTIAR KANSER

بسم الله الرحمن الرحيم
Di dalam kitab perubatan Islam ‘Aalij Nafsaka Bil Quran’ Karya Sh Abil Fida’ Mesir ada menyatakan beliau berpengalaman merawat pesakit kanser seramai 114 orang dengan kaedah pembacaan RUQYAH SARATAN (RUQYAH KANSER) dan Minyak Zaitun. Alhamdulillah disembuhkan Allah jua.
Dialog ini terjadi di Pusat Rawatan Kiswah sekitar tahun 2010.
Mak Cik Anne: Mak Cik disahkan kanser _ tahap 4. Doktor kata dah takde harapan. Lagi 3 bulan jangka hayat...
Ustaz Hayat: Pastu Mak Cik buat apa?
Mak Cik: Mak cik minumlah minyak zaitun setiap hari.. Mak Cik togok je dari botol. (Minyak Zaitun 0% kolesterol)
Ustaz Hayat tahu bila doktor kata ni??
Ustaz Hayat: Bila Mak Cik Anne?
Mak Cik Anne: 10 tahun dulu....
Ustaz Hayat: Ma Sya Allah hebatnya perubatan secara makanan sunnah...
Jom amalkan minyak zaitun...
Minyak Zaitun Kiswah Untuk Kesembuhan for RM20.00. Get it on Shopee now! https://shopee.com.my/product/228369811/4119614756...
Semoga bermanfaat.
- Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -
……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
Bank Rakyat: 1101587095
Maybank: 556057503843
Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Kiswah Shoppe
Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

NOTA MINDA USTAZ HAYAT KISWAH 33: SOAL JAWAB ALAM JIN (Bahagian 1)






 NOTA UHK 33: SOAL JAWAB ALAM JIN (Bahagian 1)

بسم الله الرحمن الرحيم
Pengetahuan kita berkenaan alam jin memberi nilaitambah kepada pendinding diri lantas mambantu melawan kejahatan makhluk yang mengganggu manusia tersebut.
1) Apakah asal-usul kejadian jin?
Diciptakan oleh Allah Taala daripada nyalaan api. Sebelum diciptakan Nabi Adam. Jin berasal dari bapak jin (Jaan): Azazil.
Dalil: Ayat 27 Surah al Hijr:
“dan Kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
2) Apakah jenis-jenis jin?
Hadis Abu Tha’labah: Jin itu mempunyai tiga jenis; 1)satu jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, 2)satu jenis yang berupa ular dan anjing, dan 3)satu lagi jenis yang menetap di suatu tempat dan berpindah randah.
Ada jenis kelas tinggi dan rendah. Ada beragama Islam dan kafir.
3) Apakah tempat tinggal jin?
-tempat sepi dari manusia
-tempat kotor
-biasanya tinggal di tandas
-tempat berlubang
-tempat buangan najis binatang
-pembuangan sampah
-padang pasir, gunung, hutan, laut
-‘tempat pertemuan’ –air terjun , muara sungai dsb
4) Makanan dan minuman jin
-tulang dan sisa makanan
-najis binatang ternakan
-asap (paling digemari)
-makanan dan minuman yang tidak disebut nama Allah
-binatang yang tidak disembelih
-makanan dan minuman yang syubhat
5) Jin masuk ke dalam tubuh manusia
Jin masuk ke dalam tubuh manusia melalui 32 point rongga pada tubuh semua hujung jari,telinga, mata, hidung, mulut, payudara, pusat, kemaluan depan belakang.
Kemudian jin duduk di anggota tertentu khususnya otak untuk mengawal perbuatan, emosi dan tingkah laku mangsa (60%). Ada juga duduk di anggota lain untuk memberi impak sakit kepada manusia.
BERSAMBUNG…..
Semoga bermanfaat.
- Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -
……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
Bank Rakyat: 1101587095
Maybank: 556057503843
Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Kiswah Shoppe
Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

NOTA MINDA USTAZ HAYAT KISWAH 32: ZIKIR UNTUK MERAWAT GANGGUAN JIWA / KEMURUNGAN / KERESAHAN / DEPRESSION / ANXIETY

 





NOTA UHK 32: ZIKIR UNTUK MERAWAT GANGGUAN JIWA / KEMURUNGAN / KERESAHAN / DEPRESSION / ANXIETY

بسم الله الرحمن الرحيم
Mutakhir ini kes sakit jiwa dan mental semakin banyak dan membimbangkan. Selain dari rawatan di hospital dan ruqyah syariyyah, pesakit disarankan melakukan latihan atau riadah ruhiyyah untuk merawat jiwa yang tidak tenteram.
ZIKIR UNTUK PESAKIT JIWA: ALHAMDULILLAH
1) Guru saya berkata bahawa zikir yang sesuai diamalkan adalah memperbanyakkan kalimah TAHMID; iaitu ‘ALHAMDULILLAH’. Diriwiyatkan oleh sesetengah ulamak bahawa inilah zikir Saidatina Halimatus Saadiah sebelum menerima kedatangan Rasululullah SollAllahu alaihi wa Salam dalam kehidupannya. Walaupun beliau merupakan orang termiskin di kampung Bani Saad, namun beliau tetap berasa gembira dan cukup serta bahagia dengan pilihan Allah kepada dirinya. Akhirnya Allah Taala utuskan penghulu segala makhluk untuk lebih membahagiakan beliau.
2) Semakin banyak kita menyebut ALHAMDULILLAH, semakin mudahlah penyakit kemurungan akan hilang dari diri kita. Kebahagian dan ketenangan akan menyapamu bertalu-talu tanpa dapat tertahan-tahan lagi.
3) Caranya adalah; berzikirlah dengan menyebut ALHAMDULILLAH sebanyak-banyaknya selama 3 hari berturut-turut dari Subuh sehingga Zuhur. Keresahan adalah penyakit rohani yang perlu dirawat dengan cara rohani juga. Jika perlu bolehlah diteruskan lagi dan lagi dan lagi…
4) Zikir ALHAMDULILLAH akan memberi keberkatan kepadamu dan dunia ini. Wajahmu akan semakin bercahaya dan hatimu akan disentuh lembut dengan cahaya nyaman yang terang benderang. Wajahmu akan bertambah menarik, indah dan terserlah jiwa penyayangmu.
5) Ketahuilah bahawa golongan yang tenggelam di dalam zikir ALHAMDULILLAH akan menjadi orang yang disayangi Ilahi dan mulia di sisiNya bahkan sebaris para kekasih Allah yang lainnya.
6) Apabila kita berzikir ALHAMDULILLAH dan menjadi darah daging kita; nescaya tiada siapa dapat mengapa-apakan kita. Sebutlah ALHAMDULILLAH dan dirimu akan menjadi SULTAN…
7) ALHAMDULILLAH adalah menifestasi jiwa hamba sejati yang sentiasa REDHA dengan segala ketentuanNya sama ada baik atau buruk. ALHAMDULILLAH melambangkan kebahagiannya dan keredhaan hamba atas segala iradah dan qudrah Allah; lantas Allah ‘gembira’ dengan hambaNya yang berbahagia dan Qada’ QadarNya.
Semoga bermanfaat.
- Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -
……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
Bank Rakyat: 1101587095
Maybank: 556057503843
Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Kiswah Shoppe
Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...