![]() |
Ahlan wa Sahlan kepada Semua Pencinta.... |
30 July 2013
Qiyamullail Perdana KISWAH 3 Ogos 2013; Semua Ahli NGO Dijemput Hadir
Assalamualaikum semua ahli NGO KISWAH...
Dimaklumkan
bahawa pada Sabtu Malam Ahad ini akan diadakan qiyamullail perdana di
KISWAH.... 3 Ogos .. Mula dengan tarawih, mawlid, 100 rakaat solat sunat tahajjud (mudah-mudahan),
tasbih, najat dan witir.
Diakhiri dengan Sahur dan Jemaah Subuh.. Semua ahli
KISWAH dijemput hadir...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
29 July 2013
Trend Baca Quran Besar; Ayat Panjang Semasa Solat Tarawih Sehingga Banyak Kesalahan
![]() |
Apapun yang penting kita istiqamah menunaikan Tarawih... |
"Disebabkan
trend, masjid dan surau kampung pun imam tarawihnya dok baca ayat2 susah pada
al Quran besar. Tapi bacaan imamnya banyak salah baris, tajwid dan waqaf.
Apabila jadi begini, barulah faham kenapa ulamak2 nusantara menyarankan agar dibaca
ayat2 lazim saja semasa tarawih memandangkan kapasiti dan keupayaan orang2
melayu kita. Sheikh Nuruddin pun menegaskan bacaan ayat2 lazim lebih afdhal
kerana lengkap ceritanya. Lagipun lebih mudah, susah tersalah dan tidak
membebankan orang kita..Kalau nak baca ayat2 panjang pun kenalah mentelaah dulu
surah2 tersebut di rumah.."
Tidaklah
salah trend begitu.. Tapi kenalah kaji ayat2 yang bakal dibaca apabila jadi
imam nanti. Ada
tok imam yang malu baca ayat2 lazim kerana semua dok pakat baca ayat panjang..
Maka digagahi bacaan pada al Quran besar dengan keadaan LEBAT kesalahannya...
hmmm.. sekadar lontaran minda...
..
kalau tanya saya... feel bacaan imam2 kampung yang baca... al Ikhlas rakaat
kedua 1 - 15 Ramadan dan al Qadr rakaat pertama 15 - 20 Ramadan memang lain
dari yang lain.. tenang je...
Lainlah
kalau dah masjid tu khas untuk para huffaz mengulangkaji hafazan atau makmum
yang gagah2 ; satu juzuk semalam yang dibaca oleh para huffaz yang pakar..
Yallaa... Tafaddhal...
Labels:
artikel
28 July 2013
Jualan Tasbih 200 Nashbandi Teras Asam @ Tasbih Shaykh Abdullah Faiz ad Daghestani
Assalamualaikum semua..
Jualan tasbih 200 naqshbandi teras asam...dua jenis buah. 1) biji bulat. 2) biji leper...
Sapa berminat...sila sms saya... di talian 017 9065131 (Ustaz Hayat)
Jualan tasbih 200 naqshbandi teras asam...dua jenis buah. 1) biji bulat. 2) biji leper...
Tasbih 200 memang
istimewa.. siapa pandai guna.. senang nak kira zikir untuk ratus2 dan ribu2...
berbanding dengan 100... adab2 naqshbandi senang buat.. di samping awrad dan
khatam khawajakan.. kiraanya semua dah ada di tasbih... kalau di syam.. tarekat
lain nampak saja kita pegang tasbih ni, mereka pun jerit.. Naqshbandi!!! Juga dikenali
sebagai tasbih Syakh Abdullah Faiz; Khatimul Awliya' iaitu Shaykh kepada Shaykh
Muhammad Nazim al Haqqani.. Stok terhad....
Sapa berminat...sila sms saya... di talian 017 9065131 (Ustaz Hayat)
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
produk
24 July 2013
Kenangan Ifthar, Tarawih dan Mawlid Ramadan 1434 H KISWAH bersamaan 20 Julai 2013
Assalamualaikum semua...
Kenangan mawlid semasa Ifthar Jamaie dan tarawih di KISWAH tanggal 20 Julai 2013... Bersama ahli keluarga NGO KISWAH dan anak murid Maahad SAS..
Ustaz Farihi Ramle Allah3 |
Qasidah dan hadrah Ramadan |
Keluarga KISWAH, anak2 murid Maahad SAS dan NGO KISWAH |
![]() |
Keluarga ceria KISWAH |
![]() |
Buka puasa di dalam talam mengeratkan ukhuwwah |
![]() |
Moreh time.. Terima kasih kepada yang menyumbang |
![]() |
Beribadah bersama-sama |
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH,
sufi
20 July 2013
19 July 2013
Kelahiran Anakanda Ketiga; Puteri Comel; 9 Ramadan 1434 bersama 18 Julai 2013
Assalamualaikum..
Syukur ya Rabbi, bimadadihi wa iznih.
Kelahiran Anakanda Ketiga; Puteri Comel; 4:30 am; 9 Ramadan 1434 bersama 18 Julai 2013
Hadiah Ramadhan yang sangat bermakna...pengikat kasih ummi dan abi..
Terima kasih atas ucapan dan semarak ukhuwwah yg dilahirkan.
Allah saja dpt membalas kebaikan kalian.
Semoga dpt mencintai sprt Rasulullah saw mencintai S Fatimah azzahra anakanda baginda...
Terasa kekok dpt bby girl..sblum ni dua2 hero.. :) .
Syukur Ya Rabbi..
![]() |
Ketika mula2 bertemu... |
![]() |
Pengikat kasih ummi dan abi... |
![]() |
Anak yang solehah syafaat ibu bapa ke syurga |
![]() |
Membesar dengan sihat dan solehah... |
Baru merisik dengan Sh Adnan Kabbani untuk namanya...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita
12 July 2013
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan di bulan Ramadan
![]() |
Rawatan Ruqyah untuk Merawati Pesakit Gangguan Syaitan. Masih juga terdapat gangguan sihir di bulan puasa yang terdiri daripada jin-jin kafir (syaitan) yang lemah. |
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud
dibelenggu para syaitan.
1. Pandangan daripada Ibn Hajar al-‘Asqalani yang menukilkan daripada al-Halimiy: “ Maksud dibelenggu atau dirantai itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat untuk sampai melakukan fitnah (menggoda) kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan. Ini disebabkan umat Islam ketika itu sedang menyibukkan diri dengan ibadah puasa yang berperanan melemahkan syahwat, dan mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.
2. Menurut pandangan Imam As-Syafie pula : “ hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.
3. Menurut Imam Abu Hanifah pula : “ Semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan sebelas bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri umat Islam. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau pada ketika syaitan dibelenggu”.
4. Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika ditanyakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitu syaitan yang degil atau melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”
5. Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat : “maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil atau melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith:
Maksudnya: “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil atau melampau.”
6. Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan dan menggoda umat Islam serta menghiasi syahwat mereka.
7. Dinukilkan oleh Fadhilatul Syeikh ‘Atiyyah Saqr bahawa sebahagian ulamak ada menyatakan yang dimaksudkan “dibelenggu” itu ialah : “tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)
Labels:
artikel,
rawatan islam
10 July 2013
Jemputan Ifthar Jamaie KISWAH 1434H 20 Julai 2013 Bersamaan 11 Ramadan 1434H
Assalamualaikum semua..
Semua ahli NGO Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) dianaungi Mufti Pahang, Kumpulan Mawlid Maahad SAS, Ex Mawlid 08 dan Ex Badan Dakwah SMAN Pahang dan sahabat2 KISWAH dijemput menghadiri:
IFTHAR JAMAIE TAHUNAN KISWAH
20 Julai 2013
11 Ramadan 1434H
Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah
7:00 malam:
Tentatif:
*Buka puasa
* Solat Maghrib
* Solat Isyak
* Solat Terawih
* Zikir
* Mawlid Ramdan
* Pengisian Ringkas
* Moreh
* Wada'
Talian Majlis (017 9065131)
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
09 July 2013
JADUAL BULAN RAMADAN PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH 1434H
![]() |
Ucapan di bulan Ramadan.. "Ramadan Kareem.. Jawabnya "WAllahu Akram.." |
Assalamualaikum semua..
Masya Allah wal Hamdulillah!!!!
Sedar tak sedar, kita telah berada di dalam bulan Ramadan al Mubarak!
BULAN AL QURAN
BULAN CAHAYA
BULAN IJTIMA'
BULAN FUQARA'
BULAN TAUBAT DAN RUJU'
BULAN DOA DAN I'TIKAF
BULAN FUQARA' DAN DUAFA'
BULAN IHSAN
BULAN MUNAJAT DAN TASABIH
BULAN KEJAYAAN
BULAN DAKWAH DAN IRSYAD
BULAN TARAWIH DAN QIYAM
BULAN IFTHAR DAN SAHUR
BULAN MALAIKAT DAN SALAM
BULAN GANJARAN
BULAN SABAR DAN SIYAM (PUASA)
BULAN KEBAHAGIAAN
BULAN KUNCI SYURGA
BULAN KASIH SAYANG
BULAN KEAMPUNAN
BULAN KEAMANAN
BULAN IHSAN
BULAN ANAK2 YATIM
BULAN RAHMAT
BULAN KELEPASAN DARI NERAKA
BULAN YANG MANA DITURUNKAN DI DALAMNYA AL QURAN
... itulah nama2 yang diberikan oleh para solehin.. Masya Allah! Hebatnya bulan Ramadan.
Pesta Ibadah pun bermula!
Sehubungan dengan itu, jadual KISWAH Temerloh pada bulan Ramadhan:
JADUAL KISWAH BULAN RAMADAN
Pusat Rawatan KISWAH tidak akan mengadakan rawatan pada bulan puasa KECUALI pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu pada pukul 10 pagi - 11 pagi sahaja . Jangan datang lebih dari pukul 11 pagi.
Isnin – Rabu dibuka pada pukul 10 pg – 3 ptg untuk pembelian barang rawatan dan untuk membuat temujanji sahaja. Tiada rawatan!
Telefon dahulu sebelum datang !
3 Ramadan bersamaan hari Jumaat 12 Julai 2013:
Moreh selepas terawih di Surau Taman Jaya 3
4 dan 5 Ramadan bersamaan hari Sabtu Ahad 13 dan 14 Julai 2013:
Us Hayat Imam dan Tazkirah di Surau Taman Jaya 3
5 Ramadan bersamaan 14 Julai 2013
Kuliah Subuh Ustaz Hayat di Surau Taman Jaya 3
11 Ramadan bersamaan hari Sabtu 20 Julai 2013
Ifthar Jamaie bersama ahli keluarga KISWAH, terawih, tausiyyah Ramadan dan Maulid Ramadan khusus untuk ahli-ahli KISWAH....
.. dan satu majlis buka puasa, akikah, mawlid, solat terawih di teratak Mevlevi rumah Ustaz Hayat akan diberitahu nanti..
JADUAL SYAWWAL:
10 Syawwal bersamaan 17 Ogos 2013
Open House KISWAH di Teratak Mevlevi dan Gathering KISWAH - Maulid Maahad - Ex Badan Dakwah Sek Agama Negeri Pahang. Semua dijemput hadir!
Semoga kerja buat ini diredhai ALLAH jua...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!!!
Labels:
berita
08 July 2013
Marhaban Ya Ramadan, Ramadan Kareem Dari KISWAH dan Qasidah Ahlan Ya Ramadan...
![]() |
Ramadan Kareem Dari Keluarga KISWAH 1434 |
Ahlan Ya Ramadhan...
Saya dan warga KISWAH mengucapkan RAMADHAN KAREEM kepada semua khususnya kepada ahli keluarga KISWAH di mana sahaja anda berada...
Semoga kita berjaya mengharungi ujian2 keimanan sepanjang madrasah Ramadhan ini. Semoga kita beroleh ijazah TAQWA sebagai hasil kepada amal soleh yang dilakukan ikhlas kepada Allah Taala sepanjang bulan yang mulia ini.
Semoga kita berjaya mendapat mutiara2 berharga yang hanya didapati di bulan Ramadhan untuk menjana kekuatan keimanan bagi menempuh ujian2 mendatang di 11 bulan yang berikutnya...
Di dalam satu hadis Nabi saw menyatakan bahawa jika baik prestasi Ramadhan seseorang pada tahun itu maka 11 bulan yang mendatang juga akan baik kerana Ramadhan adalah penghulu buat sekalian bulan... Baiklah penghulu maka baiklah 'anak2 buahnya'.
Semoga kita menjadi orang yang bertakwa dan menjadi INSAN RABBANI yang sejati...
Berkata ulamak; apakah maksud insan rabbani":
Merekalah: " Allazina Yamsyuna fil ard bi qulubi ahlil akhirah"
Iaitu mereka yang berjalan di atas bumi sedangkan hatinya dinisbahkan kepada akhirat; hatinya adalah hati AHLI AKHIRAT.
Saya memohon jasa baik dari semua ahli keluarga KISWAH dan sahabat2 seperjuangan semua agar berdoa khusus di bulan Ramadhan ini agar Allah mengurniakan kecekalan, semangat juang yang tinggi, terhindar dari fitnah akhir zaman, dan keikhlasan luar biasa untuk meneruskan perjuangan memartabatkan perjuangan perubatan ISLAM yang sebenar di negara kita..
Saya juga mohon doa dari anda semua agar semua pengamal perubatan Islam berasakan ruqyah syariyyah dapat bersatu hati memartabatkan perubatan Islam di negara kita berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiada kita miliki.....
Ini kerana ribath ukhuwwah di kalangan mereka yang berjuang di jalanNYA merupakan prasyarat utama untuk mendapat NUSRAH; pertolongan dariNYA...
Semoga Allah mengurniakan kita nikmat MALAM LAILATUL QADAR....
AmIn Ya RABB....
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam....
Bersama2 Muhasabah dan Muaqabah diri untuk Muraqabah menuju Allah...:
Amalan setiap hari Ramadan:
Membaca Bait2 Syair ini Sejam Sebelum Azan Maghrib Setiap Hari Sejam Sebelum Berbuka Puasa...
Di dalam Kitab Futuhat karya Sheikh Adnan:


RAMADAN DUA ZAMAN
RAMADAN DUA ZAMAN
Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH
Kenangan Rawatan Ruqyah Di Surau Temerloh Makmur 7 Julai 2013
Assalamualaikum semua..
Kenangan Rawatan Perdana di Surau Taman Temerloh Makmur 7 Julai 2013 bersama Timb Qadi Temerloh...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH,
seminar dan ceramah
07 July 2013
Kenangan Rawatan Perdana dan Majlis Mawlid di Maran 6 Julai 2013 Bersama Qadi Maran
Pada 6 Juai 2013: Di masjid maran sempena program rawatan perdana. Bersama Qadi Maran Tuah Haji Syarifuddin Muhammad Saad...
Kemudian disusuli program rehlah, muhasabah dan berkelah di Hutan Lipur Teladas Maran, Pahang..
Labels:
berita,
NGO KISWAH,
seminar dan ceramah,
sufi
06 July 2013
STOK TERBARU RAMADAN 2013!!! Jualan Darbuka 'Seramik' Corak Arab: RM650 dan Kos Penghantaran RM20
ASSALAMUALAIKUM... DARBUKA SALES... RAMADAN 2013
Darbuka Mesir Murah untuk anda miliki sempena mawlid 1434H..CEPAT SEBELUM HABIS DISAMBAR..LEAD.... bunyi lenting sikit/ boleh adjust..Orang biasa jual RM700 dan rm seribu lebih pun ada.. Saya jual RM 650 .Boleh nego saya kalau memang minat.PM saya atau sms 017 9065131 (Ustaz Hayat)...
SATU SUDAH DITEMPAH OLEH JAZATECH MANAGEMENT.... TINGGAL LAGI 3..
Labels:
produk
02 July 2013
Rawatan Ruqyah Perdana Maran 6 Julai 2013 (Sabtu) dan Temerloh 7 Julai 2013 (Ahad) 8:30 Pagi
Assalamualaikum..
"RAWATAN RUQYAH PERDANA DAERAH MARAN - Program Khidmat Rawatan Ruqyah Kepada Masyarakat"
~Bersama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Temerloh (KISWAH) dinaungi Mufti Kerajaan Negeri Pahang~
Anjuran: Pejabat Agama Daerah Maran, Masjd as Syakirin Daerah Maran dan NGO KISWAH..
Masjid as Syakirin Daerah Maran
Bayaran: Seikhlas Hati...
(Air Ruqyah dan barang rawatan dijual pada hari program...)
Jenis rawatan: " Rawatan Sihir, Santau, Saka, Strok, Masalah Mental, Rawatan Pulih Rumah, Masalah Rumahtangga, Anak Bermasalah, Kanser dan Penyakit Misteri Menggunakan Kaedah Terapi Al Quran @ Bacaan Ruqyah Syariyyah.."
8.30 pagi: Pendaftaran
9:00 pagi: Perasmian oleh Tuan Qadhi Maran
9:15 pagi: Penerangan berkenaan Kaedah Ruqyah oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi.
9:45 pagi: Rawatan Ruqyah kepada pesakit.
10:30 pagi: Sesi Penerangan oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi
11:30 pagi: Bersurai...
HUbungi: Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi... 017 9065131
Assalamualaikum..
"RAWATAN RUQYAH PERDANA DAERAH TEMERLOH - Program Khidmat Rawatan Ruqyah Kepada Masyarakat"
~Bersama Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Temerloh (KISWAH) dinaungi Mufti Kerajaan Negeri Pahang~
Anjuran: Pejabat Agama Daerah Temerloh, Surau Taman Temerloh Makmur dan NGO KISWAH..
Surau Taman Temerloh Makmur
Bayaran: Seikhlas Hati...
(Air Ruqyah dan barang rawatan dijual pada hari program...)
Jenis rawatan: " Rawatan Sihir, Santau, Saka, Strok, Masalah Mental, Rawatan Pulih Rumah, Masalah Rumahtangga, Anak Bermasalah, Kanser dan Penyakit Misteri Menggunakan Kaedah Terapi Al Quran @ Bacaan Ruqyah Syariyyah.."
8.30 pagi: Pendaftaran
9:00 pagi: Perasmian oleh Tuan Qadhi Temerloh
9:15 pagi: Penerangan berkenaan Kaedah Ruqyah oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi.
9:45 pagi: Rawatan Ruqyah kepada pesakit.
10:30 pagi: Sesi Penerangan oleh Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi
11:30 pagi: Bersurai...
HUbungi: Ustaz Hayat KISWAH al Mevlevi... 017 9065131
Labels:
berita,
event,
NGO KISWAH,
seminar dan ceramah
Subscribe to:
Posts (Atom)