NOTA UHK 34: KEAJAIBAN MINYAK ZAITUN UNTUK IKHTIAR KANSER
26 November 2021
NOTA MINDA USTAZ HAYAT KISWAH 34: KEAJAIBAN MINYAK ZAITUN UNTUK IKHTIAR KANSER
NOTA MINDA USTAZ HAYAT KISWAH 33: SOAL JAWAB ALAM JIN (Bahagian 1)
NOTA UHK 33: SOAL JAWAB ALAM JIN (Bahagian 1)
NOTA MINDA USTAZ HAYAT KISWAH 32: ZIKIR UNTUK MERAWAT GANGGUAN JIWA / KEMURUNGAN / KERESAHAN / DEPRESSION / ANXIETY
NOTA UHK 32: ZIKIR UNTUK MERAWAT GANGGUAN JIWA / KEMURUNGAN / KERESAHAN / DEPRESSION / ANXIETY
10 October 2021
NOTA MINDA UHK 31: PENYAKIT AIN – EVIL EYE (LEMAH SEMANGAT)
NOTA
UHK 31: PENYAKIT AIN – EVIL EYE (LEMAH SEMANGAT)
بسم الله الرحمن الرحيم
1) Apakah penyakit ain?
Penyakit ain bolehlah
dikatakan penyakit lemah semangat.
2) Apakah punca penyakit
ain?
Ada dua:
1)
Pandangan takjub
seseorang kepada penampilan dan rupa paras seseorang
2)
Pandangan
kebencian, kemarahan, kedengkian kepada seseorang
3) Apakah dalil penyakit
ain?
1)
Rasulullah saw
bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim: “ Penyakit Ain adalah benar.”
2)
“Sesungguhnya penyakit
Ain mampun menyebabkan seseorang mati dengan izin Allah, sehingga jika dia
berada di tempat yang tinggi boleh jatuh ke bawah.” Riwayat Imam Ahmad
4) Bagaimanakah penyakit
ain – lemah semangat ini terjadi?
Pandangan mata takjub
atau kebencian dari roh dan jiwa seseorang boleh menerjah masuk ke dalam roh di
dalam tubuh badan kita sehingga menyebabkan rasa tidak sihat, lemah semangat,
pucat lesi, demam, marah, malu dan kemurungan. Pandangan mata manusia mempunyai
suatu kekuatan sehingga menyebabkan mudharat kepada jiwa dan roh orang lain.
Bukan semata-mata datang dari mata zahir seseorang tetapi dari pandangan roh yang
disalurkan ke mata dan menerjah menyerang seseorang secara sedar atau tidak.
Sama ada berniat ataupun tidak.
5) Apakah persamaan dan
perbezaan ain dan sihir?
Sihir dan ain mempunyai
persamaan dari sudut memberi mudharat kepada seseorang. Cuma perbezaan dari
sudut puncanya. Umumnya sihir dari kebencian dan hasad. Adapun ain kadang-kadang
dari kebencian dan kadang-kadang dari rasa takjub dan memperagungkan.
6) Bagaimanakah
mengelakkan penyakit ain dari berlaku?
- Untuk mengelakkan kita
menjadi punca penyakit ain kepada seseorang , jika melihat sesuatu yang takjub
maka doakan kebaikan dan keberkatan kepadanya. Janganlah memuji secara keterlaluan.
- Orang tua dahulu selalu
beringat jika memuji bayi yang comel dengan mengatakan; ‘Buruk sangat budak ni
yak..” untuk mengelakkan ketakjuban yang
berlebihan lantas menyebabkan demam terkena penyakit ain.
- Banyakkan ibadah, baca
al-Quran dan berzikir demi menguatkan jiwa agar tidak goyah dipanah ain.
7) Apakah rawatan
penyakit ain?
- Bacaan ruqyah dengan
meletakkan tangan di atas kepala dan dibacakan ayat- ayat ruqyah dan doa-doa
kesembuhan dari hadis Nabi Muhammad SAW.
- Dimandikan dengan
mandian orang yang menyebabkan ain seumpama peristiwa Saidina Sahl ibnu Hunaif
yang terkena panahan ain Saidina Amir ibni Rabi’ah ketika menanggalkan baju
ketika mandi. Maka Rasulullah saw menyuruh dimandikan dengan mandian Saidina
Amir. Hadis Riwayat Imam Ahmad.
- Jika tidak berpeluang
mandi, maka memadai dengan dimandikan dengan air yang dibacakan ruqyah
syariyyah. Diberi minum air ruqyah
Semoga bermanfaat.
-
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
……………………
Jangan
lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur,
murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan
hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari
bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan
di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank
Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank:
556057503843
Support
ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah
Shoppe
Jom
join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
NOTA MINDA UHK 30: IBU SELALU KEGUGURAN
NOTA UHK 30: IBU SELALU KEGUGURAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Dari semasa ke
semasa ramai pesakit yang datang mengadu selalu keguguran. Ada yang disebabkan
fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, side effect ubat dan tak kurang pula
disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan hendaklah diruqyah seperti pesakit-pesakit gangguan yang lain.
Rawatan Qurani:
1) Amalakan Surah as-Soffat
setiap kali selepas Subuh dan Surah al-Maarij sebelum tidur. Jika terasa agak
panjang khususnya surah as-Soffat pasangkan sahaja rakaman surah tersebut.
Rawatan Tabie - Pemakanan:
1) 3-7 biji kurma tiap-tiap hari sejam sebelum makan apa-apa. Atau 21
biji kismis.
2) Setiap hari segelas susu, yogurt atau produk tenusu untuk kuatkan tulang
bayi.
3) Air selusuh atau ruqyah diminum 6 bulan ke atas lebih-lebih lagi jika
kandungan 9 bulan.
4) Air susu kambing asli (bukan susu tepung) diminum setiap hari – 9
bulan. Bagus untuk mengelakkan jaundice pada bayi.
5) Makanan seimbang – jaga makan bagi mengelakkan kencing manis dan
darah tinggi.
6) Selalu sapu minyak zaitun di atas perut.
Amalan:
1) Sedekah tiap-tiap hari selepas Subuh dengan niat kesembuhan. Sedikit
setiap hari lebih baik dari banyak tapi terputus-putus. Letak di dalam tabung.
Cukup minggu atau bulan sedekahkan kepada yang ‘benar-benar’ memerlukan.
2) Nazar, jika selamat kandungan hingga bersalin, ibu dan ayah akan
berpuasa dll.
3) Ibu dan ayah jagalah ibadah dan jangan banyak melakukan perkara yang
lagho.
4) Mula-mula mengandung, bapa sudah menyimpan dua tabungan. Satu tabung
untuk akikah anak sebaik hari ketujuh dan satu tabung untuk memberi hadiah
untuk isteri.
5) Jaga tutur kata. Jangan melihat perkara kotor dan ngeri yang
mendatangkan trauma. Jangan melihat cerita hantu, horror, kemalangan, makhluk
filem yang hodoh dan kecacatan2 manusia yang dipamerkan di dalam dokumentari
dan youtube.
-
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk
kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’,
disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan
urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi
terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah
Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank: 556057503843
Support ekonomi KISWAH dengan membeli
barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah
Shoppe
Jom join group rawatan Islam Kiswah.
Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl
05 September 2021
NOTA UHK 29: RAWATAN SAKIT MATA
NOTA UHK 29: RAWATAN SAKIT MATA
بسم الله الرحمن الرحيم
Dari semasa ke
semasa ramai pesakit yang datang mengadu sakit mata. Ada yang disebabkan
fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, salah makan ubat, side effect ubat dan
tak kurang pula disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan
hendaklah diruqyah seperti
pesakit-pesakit gangguan yang lain.
Qurani:
1) Baca ayat 22 Surah Qaf pada
belakang kedua2 ibu jari tangan 7 kali. Setiap kali diselangselikan dengan
selawat. Tiup dan cium serta disapu pada mata. Buat sekerap mungkin.
Tabie:
1) Katarak dan Glaukoma: Gunakan madu asli: Dicalit sedikit di bawah
kelepet mata bawah sambil membaca ayat 22 Surah Qaff dua kali sehari, bangun
tidur dan sebelum tidur. (dengan syarat belum pernah dibedah).
2) Atau jika tidak selesa; boleh bancuhkan madu di dalam air ruqyah.
Celikkan mata di dalam campuran tersebut. Buat amalan pada tiap-tiap hari.
3) Kabur: Titiskan dalam mata embun pagi yang bersih.
4) Infeksi: Basuhkan mata dengan air teh (teh hitam yang terbaik).
Amalan:
1) Sedekah tiap-tiap hari selepas Subuh dengan niat kesembuhan. Sedikit
setiap hari lebih baik dari banyak tapi terputus-putus. Letak di dalam tabung.
Cukup minggu atau bulan sedekahkan kepada yang ‘benar-benar’ memerlukan.
2) Nazar, jika sembuh akan berpuasa sehari atau lain-lain.
3) Jangan terlampau banyak memandang SCREEN. Bawalah mata yang keletihan
dan stress itu melihat kecantikan ciptaan Allah di maya pada sambil mengucap;
‘SUBHANALLAH’. Apabila melihat anugerah dan nikmat Allah kepada kita maka
ucapkanlah ; ‘MA SYA ALLAH’.
4) Mata digunakan untuk beribadah
kepada Allah seperti membaca al-Quran mentelaah ilmu dan sebagainya. Jangan
khianat nikmat-anugerah Allah dengan melihat perkara yang bukan-bukan.
Bersyukur dengan nikmat mata- maka hendaklah ‘memulangkan nikmat Allah iaitu
mata kepada Maha Pemberi nikmat iaitu Allah. Syukur: Memulangkan nikmat kepada
yang memberi nikmat..
5) Memakai pakaian berwarna hijau ketika sakit kerana akan datang
perlindungan malaikat ketika menanggung penderitaan dan membantu kesembuhan serta
lihatlah kejadian Allah Taala yang menghijau.
-
Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam -
Hayat Kiswah -
……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk
kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’,
disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan
urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi
terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah
Temerloh. 0179065131
#infaqsarkafakiswah
Bank Rakyat: 1101587095
#binapondokkiswah
Maybank: 556057503843
Support ekonomi KISWAH dengan membeli
barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah
Shoppe
Jom join group rawatan Islam Kiswah.
Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.
https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl