**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 October 2016

KISMIS DOA RUQYAH KISWAH. RM14 - 250g + RM8 Penghantaran


Sesi Ruqyah Sedang Dijalankan

KISMIS DOA RUQYAH KISWAH. Sesi membaca ruqyah kepada kismis. Plus diruqyah masa rawatan ruqyah sebenar lg. Untuk anak2 belajar. Minda. Ketahanan tubuh badan dr penyakit. Membantu pencernaan dan perkumuhan. Tenaga badan. RM14 - 250g. Boleh bantu pusat rawatan dan pusat pengajian. Siapa nak???

WHATSAPP 0179065131 (Ustaz Hayat)

Maklumat KISMIS RUQYAH

Kaedah Bayi Berhenti Menyusu Badan dan Rawatannya

KAEDAH BAYI BERHENTI MENYUSU


A) Bacaan Ruqyah kepada bayi

 B) Ibu dan bapa sedekah setiap hari dengan niat anak berhenti menyusu

 C) Baca ayat pelembut hati kepada bayi. Paling kurang Surah as Syarh

 D) Ibu dan bapa selalu bercakap dalam hati kepada bayi untuk lembut hati lantas berhenti menyusu

 E) Bernazar. Sekiranya berhenti menyusu akan berpuasa sehari atau lain2.

 F) Berdoa dan solat hajat.


Fatimah jadi model


TIPS BAYI BERHENTI MENYUSU

1. Beritahu anak kenapa kena berhenti
Cakaplah dengan anak, “Syifa’ dah besar, dah pandai minum susu dalam botol, tak boleh minus susu ummi dah”. Cakaplah baik-baik dan layanlah kerenah anak kalau mereka meminta-minta nak susu.Anak kena faham dan bersedia untuk berhenti menyusu. Emosi dan perasaan mereka kena jaga supaya nanti anak tak buat hal.


2. Kurangkan dahulu, jangan berhenti secara mendadak
Peringkat nak berhenti menyusu nie lama. Jangan terus berhenti dan buat tak layan je anak nak menyusu. Buat tak tahu je anak menangis walaupun nak susu. Janganlah paksa anak minum susu botol sebab kita nak wean-off mereka. Fikirkanlah apa yang mereka akan rasa. Kesianlah anak kita tak betul-betul bersedia lagi.



3. Jangan offer kalau anak tak minta
Bila anak kita main, letak je botol susu di tempat berdekatan. Tengah-tengah dia main bagi dia minum susu botol kalau dia nak. Tapi, yang penting, jangan offer dan jangan tanya “Syifa’ nak susu?” Biarkan je. Kalau anak kita minta, baru bagi. Selagi boleh lengahkan dia tak menyusu, lengahkan je.



4. Lekakan anak dengan permainan ataupun makanan lain
Bagi anak kita main dengan mainan kesukaan mereka. Kalau mereka minta susu, bolehlah cakap “Jom main puzzle dulu nak. Kejap lagi la kita susu”. Kalau anak terima, baguslah. Kalau dia mula merengek nak juga, bagilah buat lepas gian

 
5. Pastikan anak kenyang makan sebelum menyusu
Sebelum anak kita menyusu, pastikan mereka dah kenyang makan. Nanti takde la diorang menyusu lama-lama. Kalau anak kita nak menyusu, suruh diorang makan dulu. “Syifa kena makan dulu, baru boleh susu tau”.



6. Jangan susukan anak lama-lama
Setiap sesi penyusuan, jangan susukan lama-lama. Beritahu anak kita awal-awal “Boleh susu kejap je tau”. Sebab tu la kita kena pastikan yang anak kita dah kenyang supaya takde la anak minum susu lama sangat sampat puas hati.



7. Ganti sesi penyusuan dengan susu formula/air lain
Kita nak anak kita suka susu formula, jadi kita boleh cuba bagi mereka sedikit demi sedikit susu formula. Jadi, takde la anak kita minta nak menyusu badan



8. Manjakan anak
Apabila anak kita menyusu, itulah masa anak kita bermanja-manja dengan kita. Tapi, bila dah tak dapat nak menyusu, hilanglah masa bermanja. Jadi, kita kena tukarkannya dengan manjakan anak dengan cara lain. Peluklah, ciumlah, geleteklah anak, apa-apalah asalkan anak kita masih dapat kasih sayang dan manja-manja tu.



9. Limit masa/tempat
Limitkan masa dan tempat adalah salah satu cara nak ceraikan susu badan. Kita boleh cakap “Syifa’ boleh menyusu masa nak tidur je ok” ataupun “Syifa tak boleh nak susu sekarang. Kita menyusu kat rumah kan?”. Sekurang-kurangnya anak kita tahu ada beberapa tempat je yang boleh nak minta menyusu.
.
Tak boleh berhenti terus untuk waktu siang dan malam serentak. Nanti anak mengalami gangguan emosi pula. Kesian kan? Berhentikan secara berperingkat. Kalau ibu dah bersedia nak berhentikan penyusuan pada waktu malam, ada juga beberapa perkara yang ibu boleh cuba.



10. Pastikan anak kenyang sebelum tidur
Sebelum anak kita tidur, pastikan dia dah minum susu formula dulu ataupun dah siap makan. Perut anak kena kenyang supaya mereka boleh tidur tanpa menyusu. Kalau anak kita menyusu pun, takde la lama sangat.



11. Susukan anak di tempat lain
Jangan susukan anak di dalam bilik tidur dalam keadaan gelap macam kita nak tidur. Susukan anak di tempat lain sebelum masuk bilik tidur. Masa dalam bilik nanti, layan anak sampai tertidur (kalau boleh la).



12. Minta suami layan dan tidurkan anak
Anak kita mesti nak susu sebelum tidur kan? Jadi, masa nie la nak minta tolong suami layan anak hingga tidurkan anak. Takde la anak kita ingat nak susu kalau mereka tidur dengan ayahnya.


 Kalau anak bangun tengah malam pun, minta suami yang layan, buatkan susu botol, bagi susu dan tidurkannya semula. Kalau anak nak menyusu pun, perahlah susu dan minta suami bagikan.

Kalau tak jalan juga, barulah kita mengalah dan menyusukan anak.


Sebab itulah nak ceraikan susu untuk waktu malam nie ibu dan ayah kena bersedia sebab kes-kes begini. Kena layan kerenah anak nak menyusu tapi kita sebolehnya tak nak bagi. Tapi, tak leh nak marah mengamuk tau! Kena banyak sabar.


RUJUKAN: BLOG UMMU ZUHAYR….

Kiswah Tidak Mempunyai Sebarang Cawangan di Daerah Kuantan



" Assalamualaikum. Dimaklumkan kepada semua pesakit2 sekitar KUANTAN. Bahawa tidak terdapat sebarang pusat rawatan Islam KISWAH di KUANTAN. Pesakit di KUANTAN biasanya datang berubat di Temerloh saja. KISWAH dan anak2 murid Ustaz Hayat Kiswah hanya ada di Kiswah Rawatan Islam Temerloh, Kiswah Kota Tinggi, Kiswah Rawatan Islam PasirGudang dan Bentong sahaja. Harap maklum. Salam kasih sayang dan persaudaraan untuk semua... "

08 October 2016

Wangian Kasturi dan Rose Ruqyah Untuk Rawatan Sihir, Sakit Mental dan Amalan Pendinding Diri. RM20 + RM8 Penghantaran



Wangian KASTURI KIJANG Ruqyah
Wangian ROSE Ruqyah
"Diruqyah oleh Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah"
Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya :-
* Menenangkan hati dan jiwa
* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak
* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
* Menghilangkan debaran jantung
* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)
* Menyedarkan orang pengsan
* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
* Menghilangkan rasa gementar
* Menghilangkan rasa sejuk tubuh
* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.
* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.
* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). "Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud."
* Mencegah wabak penyakit dan virus.
*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
(dan ditambah beberapa amalan dan anjuran ulamak serta para solehin):-
* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.
*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
Antara teknik rawatan: Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi:
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;
1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….
KASTURI DAN ROSE:
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi dan Rose. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Bau Rose pula menjadi kegemaran mursyid saya. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.
Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi yang banyak disebut di dalam hadis.
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)
Kesimpulannya; cara penggunaan:
1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur seperti di atas sebelum tidur.
2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
3) Untuk Hubungan Intim: Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang
* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
Dapatkan YANG ASLI di KISWAH
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)

Dapatkan Yang Asli di: 0179065131 Ustaz Hayat Kiswah al Azhari
Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah No 16 Tingkat 2 Jln Ahmad Shah Temerloh. (Atas SSM sebelah Public Bank) atau PUSAT RAWATAN KISWAH SEBERANG TEMERLOH SETENTANG HOSHAS.
HARGA: RM20.
PENGHANTARAN : RM20+ RM8. Muliati bt Saad. Maybank 156057415555 . Selepas tu whatsapp 0179065131.

BEKAM OKTOBER 2016 - MUHARRAM 1438H DI KISWAH TEMERLOH

BEKAM OKTOBER-MUHARRAM: 17 Muharram - Selasa. 18 Oktober 2016. Tarikh dan hari sunnah. Urut - urut bekam, bekam dan ruqyah.. 4 dlm satu... Semoga sihat. Amin... Sapa nak bekam? Terhad kepada 5 orang sahaja...



Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...