**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

29 June 2011

Rendaman kaki di dalam air panas: rawatan sihir (1)



Rendaman kaki ke dalam air panas atau sejuk bercampur garam untuk rawatan makhluk halus dan sakit kaki / tumit / kebas / sakit lutut.


Assalamualaikum semua,


Rasulullah saw melarang kita untuk menyimbah air panas dari tempat tinggi takut menyakiti dan menzalimi jin2 yang tidak berdosa,=..


Ini bermakna; air panas mampu menyakitkan jin2 di alam sana… lalu kaedah merendam kaki dengan air panas berisi garam mampu menyakitkan jin2 yang ZALIM yang berada dalam badan manusia;


1) Jerang air. Suhu sepanas yang kaki kita tahan.. Jangan sampai melecur dan jangan hanya suam2 kuku.


2) Masukkan ke dalam baldi / besen. Kuantiti sehingga merendam buku lali.


3) Campurkan 3 sudu / setengah cawan garam bukit.


4) Rendam kaki. Bermula dengan tumit dahulu.. Jika tumit mampu menahannya maka seluruh kaki mampu menahannya.


5) Rendam kaki setengah jam / sejam. Jika air menjadi sejuk.. tambah lagi air panas semasa proses rendaman tersebut.


Insya Allah anda akan mendapati gangguan anda semakin kurang apa lagi kalau dicampur air ruqyah dan sambil mendengar cd ruqyah..


Teknik ini juga boleh diselang selikan dengan rendaman air sejuk / air batu bercampur garam juga…


Selamat mencuba!!!

28 June 2011

Seminar 1 Tertutup Untuk Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang 9 Julai


Warga MTNP, Insya Allah kita akan berjumpa Julai nanti... Ibaratnya anda sudah mempunyai 'senjata', tinggal nak belajar menggunakannya sahaja.... Gunakanlah bacaan al Quran sebagai ruqyah (jampi) untuk merawat 1001 penyakit.. Sabda Nabi saw: " Khairud dawa' al Quran" : Sebaik2 ubat itu adalah al Quran"..


Assalamualaikum semua..

Dimaklumkan bahawa satu seminar tertutup akan dianjurkan di Maahad Tahfiz Negeri Yayasan Pahang pada 9 Julai ini.

Seminar pada kali ini merupakan seminar 1 modul KISWAH: "Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah al Quran"

Maklumat Seminar:

SEMINAR PERUBATAN ISLAM ( TAHAP 1 )
Oleh:

PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
www.rawatanislam2u.com

Anjuran:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG


“ KE ARAH SATU KELUARGA SATU PERAWAT ”
“ AL-QURAN : PENAWAR KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT ”

KELOMPOK SASARAN
Semua Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang

TARIKH CADANGAN
· 09 Julai 2011 ( Sabtu ) : Tahap Satu.

MASA
· 8.00 pagi – 5.00 petang ( Tahap Satu )

TEMPAT
· Surau Maahad Tahfiz Negeri Pahang


PELAKSANA PROGRAM
ORGANISASI PENGENDALI PROGRAM

Penaung : YH Dato’ Hj.Zulkifle bin Hj.Ali al-Hafiz
Penasihat : Ust Hamdan Bin Ismail
Ust Ahmad Taufek Bin Zakaria



JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Anas Amri bin Shahiri
Naib Pengerusi : Fathimah Afifah binti Mohammad Abdul Warith
Penyelaras Program : Mohd Aminur Rahman bin Mohd Rashid
Setiausaha : Muhammad Ashraf bin Misran
Bendahari : Farhanah binti Mahmud
Ahli Jawatankuasa : Semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar , Maahad Tahfiz Negeri Pahang



TENTATIF PROGRAM
Tahap 1:
Tajuk: Menangani Gangguan Makhluk Halus Menggunakan Kaedah al-Quran
Masa/Hari

Sabtu ( 13/10/2010 )
7.30 pg - 8.00 pg

Pendaftaran Peserta
8.00 pg - 9.15 pg

Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir
9.15 pg - 10.00 pg

Keterlibatan Jin dan Sihir
10.00 pg - 10.30 pg

Rehat / Minum Pagi
10.30 pg -11.30 pg

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam
11.30 pg -12.00 tgh

Amalan Pendinding
12.00 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor
2.00 ptg - 3.00 ptg

Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus
3.00 ptg - 4.00 ptg

Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakn ruqyah syariyyah
4.00 ptg - 4.30 ptg

Bacaan Hizib bahar dan selawat Tibbiah serta Taziah
4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

27 June 2011

Kenangan Kelas Tafaqquh dan Sambutan Isra' Mi'raj KISWAH








Assalamualaikum semua...

Pada hari Sabtu lalu bertempat di PR KISWAH Temerloh telah diadakan praktikal, kelas tafaqquh dan sambutan Isra' Mi'raj peringkat KISWAH.

Pada kali ini majlis dihadiri oleh wakil Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) Sg Besar dan Teluk Intan di bawah pimpinan Us Nazri as Syatibi al Hafiz dan anak2 murid dari Bentong, Kuantan dan Temerloh.
SESI PETANG:

Sesi rawatan praktikal yang dikendalikan oleh pelatih2 KISWAH. Alhamdulillah menunjukkan peningkatan. Kelihatan haji2 yang berumur senior gigih merawat walaupun keletihan akibat perjalanan yang jauh dari teluk intan. TAHNIAH!

Rawatan juga menyaksikan berbelas2 pesakit yang dirawat malah ada yang bersilat dan berdialog bahasa seberang... Alhamdulillah rawatan berjalan dengan lancar

SESI MALAM:

Antara perbincangan malam itu adalah:

- Keistimewaan bulan Rejab dan penjelasan hadis berkenaan Rejab bulan Allah dari kitab Hidayatus salikin; Sh Abd Samad al Falembani

- Muzakarah berkenaan hikmah dan peristiwa isra' dan mi'raj yang diberikan oleh setiap ahli kelas tafaqquh.

- Perbincangan rawatan:
- Hidung berdarah dan luka; rawatan dan bacaan al Quran yang berkenaan
- Pekak dan telinga berdesing
- Bisu
- Rawatan sakit mata
- Rawatan dengan menggunakan ismullALLAH al A'zam

- Sesi makan berjemaah sambil berukhuwwah
- Sesi fotografi
- Setelah rombongan JURUS balik, majlis diteruskan dengan majlis maulidur rasul saw...

Alhamdulillah program berlangsung dengan jayanya... pada kali ini kelas ada pertambahan ahli iaitu Mohd Munzir pelajar UMP.

Jika ada yang berminat menyertai saya silalah call atau sms..

Kelas akan berlangsung pada waktu2 yang saya akan tetapkan nanti.

Terima kasih atas kehadiran semua..

Jumpa lagi di kelas akan datang..

Insya Allah kita akan adakan ifthar dan solat terawih bersama di PR nanti...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

p/s berikut adalah qasidah2 yang dibacakan sekadar yang kami mampu.. Maklumlah serba kekurangan dan tiada latihan...

Qasidah Bagaimana Mungkin Kupuji:




Qasidah Khairil Anam




Solawat Badariah




Thalama




Ya Arhamarahimin



Semoga Allah memurnikan niat kami dan menerimanya sebagai persembahan amalan soleh khas kepadaNYA. Amin ya Rabb!

26 June 2011

Adab dan Amalan Isra' Mi'raj


Selamat Menyambut Malam Isra' Mi'raj dan 'istimewakanlah' malam yang istimewa ini!

Assalamualaikum semua,

Insya Allah kita akan menyambut perayaan Isra' Mi'raj.

Menurut kitab Futuhat  Sh Adnan Thahir , antara amalan dan adab yang boleh kita lakukan pada malam ini adalah:

1) Niat menyambut malam istimewa ini

2) Adab2 tarekat

3) Dua' yang ma'thur dari Sultanul Awliya'

4) Khatam khawajakan dan zikr

5) Membaca maulid as Syarif

6) Solat Tasabih 4 rakaat

7) Solat sunat Syukur beserta doa Qunut

8) al Ihda' ... "ila syarafin nabiy saw...."

9) Doa dan al Fatihah

10) Disunatkan puasa pada hari ke 27

11) Disunatkan menyembelih 2 ekor korban syukran lillah.. tanda syukur kepada Allah dan menjamu fakir miskin.

12) Hari terakhir Rajab juga disunatkan berpuasa....

Selamat beramal!!!



Kenangan Ceramah Histeria 24 Jun di UiTM Jengka








Assalamualaikum semua..


Tanggal 24 Jun yang lalu bersamaan Jumaat malam Sabtu, saya dan KISWAH telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk “HISTERIA” oleh pihak UiTM Jengka..



Ceramah ini adalah bersempena carnival mahasiswa yang dianjurkan oleh pihak UiTM. Secara kebetulan pula ceramah ini diadakan sehari selepas lebih kurang 8 orang pelajar UiTM diserang hysteria di dalam majlis yang dihadiri Dato Rektor UiTM.


Saya bertolak dari Temerloh selepas Asar bersama cucu pengasas pondok Pangsenam Tuan Guru Hj Abd Rahman, Us Ahmad Tijani yang merupakan anak kepada mudir pondok sekarang dan SMA Al Khairiah Temerloh Us Anuar…


Setelah menjemput Us Tijani saya kami ke PR untuk mengambil barang2 jualan. Pembantu saya Syihan turut serta dalam ceramah ini.


Kami sampai ke UiTM tepat pada waktu Maghrib dan menunaikan solat berjemaah.


Majlis bermula pada pukul 9 malam dan saya diperkenalkan kepada Tuan Dato Rektor dan VIP yang lain..


Alhamdulillah pengisian dalam bentuk soal jawab bersama maderator ini banyak memberi input yang berguna kepada warga UiTM Jengka.


Majlis ditutup dengan soal jawab dan jamuan oleh penganjur. Saya sempat berbual dengan Dato berkenaan insiden HISTERIA yang terjadi di UiTM.


Selepas itu, saya mengambil peluang meruqyah bahan makanan sunnah yang dibeli siswa dan pensyarah di situ..


Kami bertolak pulang dan saya sampai di rumah lebih kurang pukul 2.30 pagi..


Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan UiTM umumnya kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sedikit maklumat dan pengalaman berkenan Histeria dan gangguan makhluk halus..


Semoga Dakwah Tersebar!.. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

24 June 2011

Kelas Tafaqquh dan Sambutan Isra' Mi'raj Peringkat KISWAH Mlm Ni!


Rahsia Pembersihan Jiwa Dalam Isra' Mi'raj

Assalamualaikum semua ahli keluarga kelas tafaqquh KISWAH,

Jangan lupa pada malam ini kita akan mengadakan kelas perubatan dan sambutan isra' mi'raj secara ringkas di HQ Pusat Rawatan KISWAH Temerloh...

Saya dimaklumkan bahawa rombongan dari Teluk Intan dan Sungai Besar akan turut serta pada malam ini.. Diharap semua ahli2 kelas tafaqquh yang lama dapat menghadirkan diri pada malam ini...

Kalau boleh datanglah awal sikit pada petang ini untuk membantu saya di pusat rawatan dan praktikal...
Jumpa di sana pada malam ini..

Pengumuman Kelas Tafaqquh

Assalamualaikum semua sahabat2 seperjuangan ahli kelas tafaqquh perubatan Islam KISWAH seluruh negara dan Pahang khasnya.. Kelas akan diadakan pada:

Sabtu Malam Ahad

25 Jun 2011

Selepas Solat Maghrib di Pusat Rawatan

Di Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah Temerloh

Sila sampaikan kepada semua ahli kelas seluruh negara

Kedatangan hendaklah dimaklumkan kepada saya...


Semoga Dakwah Tersebar!

23 June 2011

Ceramah Ringkas Di UiTM Jengka 24 Jun 2011


KISWAH di UiTM Jengka 24 Jun 2011

Assalamualaikum semua..

Khusus kepada pelajar Uitm Jengka...

Jumaat Malam Sabtu ini bertempat di Padang UiTM Jengka Pahang, KISWAH akan bertemu anda di Padang UiTM berdekatan Masjid UiTM sempena Karnival Islam UiTM selepas waktu Isyak..

Kedatangan anda dialu2kan... Jumpa di sana!

22 June 2011

Video Rawatan Sakit Tekak




Assalamualaikum semua!

Kali ni KISWAH menunjukkan demo rawatan sakit tekak akibat, selsema, kahak atau batuk:

http://www.rawatanislam2u.com/2011/06/rawatan-sakit-tekak-yang-mudah.html

Kali ini saya nak berkongsi rawatan sakit tekat akibat kahak dan awal selsema yang mudah dan praktikal. Ada dua teknik.

1) Menggunakan habbatul barakah / habbatus sawda' yang merupakan ubat segala penyakit kecuali as saam; mati: Ambil secubit- tiga cubit habbatul barakah atau as sannut di dalam hadis yang lain juga lalu digigit perlahan2 lantas dikepat lama2. Insya Allah anda akan dapati kahak anda mula cair dan penderitaan anda perlahan2 berakhir... amalkan dua kali sehari.


2) Seperti yang diaja oleh guru kami di dalam kitabnya sufi healing / di dalam bahasa Arab: Al Ilaju at Tabie: sila ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.


Selamat mencuba wahai para pencinta perubatan Islam...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

21 June 2011

Video Teknik Rawatan Sakit Kulit



Assalamualaikum semua..

Untuk rawatan kulit yang paling mudah:

1) Sapukan kawasan bermasalah dengan cuka epal/kurma/nipah/anggur sehingga merah.

2) Kemudian sapukan minyak zaitun... jika kering sapu lagi, jika kering sapu lagi... senantiasa berminyak zaitun..

Semasa proses tersebut sila bacakan ayat untuk rawatan kulit;

a) Ayat 259 Surah Al Baqarah
b) Ayat 266 Surah Al Baqarah

KAYAP: Boleh gunakan cara yang sama ATAU:

Tumbuk pinang muda, tambah sedikit air / minyak zaitun dan sapukan pada kawasan jangkitan dan bacakan ayat2 di atas....

Untuk mendapatkan bahan rawatan sunnah yang telah diruqyah terbabit: SILA KLIK DI GAMBAR:

MINYAK ZAITUN RUQYAH


CUKA EPAL RUQYAH



ATAU CUKA KURMA RUQYAH


Selamat mencuba dan semoga lekas sembuh!

*Sila sebarkan!

20 June 2011

Kenangan Seminar 3 Masjid Batu 10 Kuantan 19 Jun



Cikgu Adib berqasidah; Thalama Asyku.. Semasa Seminar 3 KISWAH Ruqyah di Masjid Batu 10 Kuantan, 19 Jun 2011!










Assalamualaikum dan salam CINTA untuk semua..

Alhamdulillah seminar 3 di masjid batu 10 kuantan berlangsung dengan jayanya dengan IZIN ALLAH jua..

Pada kali ini peserta seminar mencecah ke 40 lebih orang. Alhamdulillah.

Seminar 3 pada kali ini mengupas tajuk perihal santau, saka, susuk dan amalan selusuh dan permasalahan ibu mengandung...

Sabtu Malam Ahad 18 Jun 2011:

Saya sekelurga dan dua pembantu saya Syihan dan Wan bertolak dari Pusat Rawatan selepas Isyak. Kami agak kelihatan kerana rawatan pada hari itu berlanjutan sehingga waktu Maghrib.

Kami berhenti untuk membeli sedikit makanan kerana Syihan melaporkan perutnya lapar. Kami meneruskan perjalan untuk bermalam di rumah Cikgu Adib di Taman Sri Mahkota Batu 12 Kuantan.

Sesampainya di sana kami dijamu Cikgu Adib dan Haz.... Kemudian berehat dan tidur.


Ahad 19 Jun 2011:

Kami bertolak ke masjid batu 10 setelah bersarapan di rumah cikgu Adib.. Ustaz Khairul dan Ustaz Fahmi serta ajk menjalankan tugas dengan bersungguh2 bagi menjayakan program kali ini..Kali ini ahli keluarga KISWAH yang hadir adalah Ir Kamarul Azli, Anas Dinar@ Karkun dan Azizan Jengka 23. Alhamdulillah seminar berlangsung dalam suasana harmoni dan mahabbah.

Seisi pagi: pengisian

Sesi petang: Simulasi rawatan dan sesi ruqyah peserta seminar, bacaan selawat dan qasidah serta hizbul bahr lalu diakhiri dengan pengijazahan amalan2 dan bacaan yang dikongsi sepanjang seminar.

Saya telah mengumumkan bahawa KISWAH akan melancarkan "JEMAAH USRAH RUQYAH SYARIYYAH KUANTAN" (JURUS) di bawah pimpinan Cikgu Adib dan Ir Kamarul supaya segala ilmu yang didapati semasa seminar mempunyai kesinambungan seterusnya menjadi wadah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam seminar... Aktiviti JURUS ini juga adalah untuk mengumpulkan ahli ruqyah syariyyah KUANTAN untuk berombongan ke KISWAH Temerloh bagi menghadiri kuliah tafaqquh saban bulan..

Jika ada peserta seminar yang berminat boleh hubungi:

Cikgu Adib:0197778604

Ir Kamarul: 0126648861

Solat Asar dan kemudian wada' bersama Imam Khairul Bilal Fahmi dan ajk.

Kami berehlah sebentar merehatkan minda..

Kemudian kembali ke rumah cikgu adib dan agenda malam hari kami adalah MAKAN BESAR...

Isnin: 20 Jun:

Selepas bersarapan... 10.20 pagi kami bertolak pulang ke Temerloh. Pusat Rawatan tidak dibuka pada hari ini kerana kesemuanya KELETIHAN;..

Rawatan akan bermula esok..

TERIMA KASIH KEPADA KESEMUA AJK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN SEMINAR KALI INI KHUSUSNYA IMAM KHAIRUL DAN SEMUA AHLI KELUARGA KISWAH YANG HADIR!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

17 June 2011

Jangan lupa seminar 3 di KUANTAN Ahad ini!

Kenangan di Seminar 2 dan Kem Mualij Yang Lepas di Masjid Batu 10 Kuantan



Assalamualaikum semua!

Innalhamda lillah, Wossolatu was salamu ala Rasulillah saw..

Dustur Wa Madad Ya RijalALLAH...

Kepada semua peserta yang sudah mendaftar untuk seminar 3 kita pada kali ini, jangan lupa ya.. Seminar kita di Masjid Batu 10 Kuantan.

Datanglah awal untuk mendaftar agar program kita dapat berjalan tepat pada masanya, tidak tertunggu-tunggu peserta yang datang lambat.

Doakan perjalanan kami. Insya Allah saya dan keluarga juga 2 pembantu saya akan bertolak selepas Isyak malam besok dan akan menumpang tidur di rumah Cikgu Adib dan Dr Haz.

Semoga seminar kali ini berjalan dengan jayanya, mencapai objektif iaitu menyebarkan perubatan Islam yang sebenar dan memerangai penyelewengan dalam 'perubatan Islam' serta membanteras kesesatan dan kesyirikan. Insya Allah.. Doakan...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

p/s : Kepada yang belum mendaftar:

DAFTAR DI SINI

16 June 2011

Video 'menawarkan' senjata lama dan tangkal bomoh




Assalamualaikum semua,


Kali ini saya membaca ayat2 ruqyah untuk 'menawarkan' senjata lama dan tangkal2 yang dikhuatiri terdapat jin khadam, sihir di dalamnya..


Saya membacakan al Fatihah, Ayatul Kursiy, Ayat Ibtalus sihri; pembatal sihir iaitu: 1) 117-122 Al A'raf, 2) Yunus 81-82, dan 3) Toha 69.. serta al Muawwizat atau 3 Qul serta doa2 pembatal sihir...


Barang tersebut direndam semalaman paling kurang atau 3 hari.. yang mana perlu di bakar, saya akan membakarnya kemudian...


Kepada anda yang ingin sihat dan terlepas dari cengkaman sihir dan penderitaan yang berpanjangan.. Silalah bawa tangkal dan senjata2 lama anda untuk dibacakan oleh perawat2 yang mengamalkan ruqyah syariyyah (raqi)...


Insya Allah penderitaan anda akan berkurangan... bi izniLLAH...


Allahu Haq !!! Hidayah Seluruh Alam!

15 June 2011

Pengumuman kelas tafaqquh 25 Jun 2011


Gambar Kenangan: Sesi praktikal ahli kelas perubatan KISWAH, sahabat2 seperjuangan dari Jemaah Ruqyah Syariyyah Teluk Intan Sg Besar (JURUS) di bawah kelolaan Us Nazri.

Assalamualaikum semua sahabat2 seperjuangan ahli kelas tafaqquh perubatan Islam KISWAH seluruh negara dan Pahang khasnya.. Kelas akan diadakan pada:

Sabtu Malam Ahad

25 Jun 2011

Selepas Solat Maghrib di Pusat Rawatan

Di Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah Temerloh

Sila sampaikan kepada semua ahli kelas seluruh negara

Kedatangan hendaklah dimaklumkan kepada saya...


Semoga Dakwah Tersebar!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Harap Maklum...

14 June 2011

Video Membongkar Tangkal Bomoh 13 Mei

"Membuka Tangkal Bomoh"







Assalamualaikum semua...

Pendedahan eksklusif kali ini adalah berkenaan tangkal.... Video kali ini saya membuka tangkal untuk tatapan anda semua...

Saya yang serba hina dina membuka tangkal2 dan azimat yang didakwa digunakan semasa peristiwa 13 Mei... Pendedahan dibuat agar lebih ramai insan insaf dan membuang segala ilmu2 lama dan tangkal2 syirik.. dengan cara menghantarnya ke pusat2 rawatan Islam untuk ditawarkan... hapuskan kesyirikan!!!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

13 June 2011

Cerita Abang Wan Hospital Cuba Disihir



Assalamualaikum semua!

Kali ini mari kita mendengar cerita abang wan hospital..

Abang Wan menceritakan bagaimana beliau cuba disihir dan bagaimana beliau mengatasinya... Kena berani!

Jadi jika berdepan suasana begini:

1) Jangan panik

2) Mesti berani dan tegas

3) Bacalah apa2 yang patut.. Contohnya Abang Wan membaca doa pembatal sihir:

" ALLAHUMMA ABTIL HAZAS SIHRA BI QUWWATIKA YA JABBARAS SAMAWATI WAL ARD"

Maksudnya:

"Ya Allah Ya Tuhanku, musnahkanlah sihir ini dengan kekuatanmu ya Allah yang mempunyai kekuasaan di langit2 dan bumi.."

Semoga dapat pengajaran dan istifadah!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!

Seminar Modul 1 di Hospital Kuantan 17 Julai 2011


Seminar Perubatan Islam (1) Modul 1; Menangani Gangguan Makhlul Halus Kaedah al Quran; Hospital Kuantan

Anjuran: Biro Agama Islam Hospital Kuantan



Modul: Modul 1 Seminar Rawatan Islam Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

" Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah al Quran"

Penyampai: Ustaz Hayat KISWAH al Azhari




Tarikh dan Hari: 17 Julai bersamaan Hari Ahad

Masa: 7.30 pg - 6 ptg



Pendaftaran: Sila hubungi Haji Nasir: 013 9632550

Yuran: RM 50 sahaja (yuran seminar rawatan Islam termurah di Malaysia)



Syarat penyertaan: Terbuka menerima kaedah ruqyah syariyyah sebagai kaedah rawatan Islam dan meninggalkan kaedah songsang, sesat, tahyul, kejinnan, pengkhadaman dan kesyirikan.


* Penyertaan adalah sangat terhad; Siapa cepat dia dapat*
Alalhu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

POHON SEBARKAN!

12 June 2011

"Rejab Bulan Allah"


JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB .

oleh Ikhram Almukminun pada pada 05hb Jun 2011 pukul 7.00 ptg

Disusun oleh : Tuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A’liyy.

Pondok Jalan Padang Ragut. Seri Repah . Tampin . Negeri Sembilan.

Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadis- hadis yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu. Maka , persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai Ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan Maudhu dan Dhaif hadisnya. Maka tak sunat puasa di bulan Rejab?. Apakah maksud sebenar beliau ini ?, Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif hadisnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebar –luas fahaman songsang tersebut.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:

“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rajab adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya. Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Makamah Syariah melarangnya / menegahnya daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang seperti nya dengan hukuman Takzir yang sungguh- sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab. Seolah- olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang menyatakan:

“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul/ pusingan daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rajab”.

Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syekh Abu Omar bin Sollah (Ibnu Solah) dan menegah engkau dari (meriwayatkannya) , kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu. Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rajab dan membesarkan bulannya al Haram , maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rajab?.

Izzudin Abdis Salam menjawab “ Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa . Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan ( Istinbat hukum- hukum syarak). Maka bertapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum –hukum syariah, tidak pernah ada dikalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah S.W.T kerana berdasarkan beberapa hadis yang sohih yang menyungguh- nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi S.A.W, berfirman Allah Taala “ Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa. Dan sabda Nabi S.A.W “ Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada Bau Kasturi”.

Dan lagi sabda Nabi S.A.W : “ Sesungguhnya seafdal- afdal puasa ialah puasa saudaraku Daud A.S . Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”. Adalah Nabi Daud A.S berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan- bulan yang selain daripada bulan rejab dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rajab lain dari apa yang berlaku disisi puak Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab. Maka Daud A.S dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut Jahiliyah . Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya , melainkan apabila terdapat Tegahan Syariat padanya , atau terdapat dalil-dalil Kaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang Jahil yang terserlah

kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram lah ) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan , seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah Masyhur memahami , mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah s.w.t dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum yaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli fekah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah s.w.t. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya , nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”. Tammat fatwa Izzuddin Abdis Salam.

Seterusnya Ibnu Solah telah menjelaskan maksud Fatwa Izzuddin Abdis Salam dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di muka surat yang sama.

“Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis salam bahawa memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadis yang menunjjukkan atas Fadhilat/Kelebihan puasa

Yang Mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh) dan

Yang Khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM.

Yaitu seperti hadis Abi Daud dan Ibnu Majah dan hadis riwayat selain mereka, daripada Al Bahili : Aku datang kepada Rasulullah s.a.w maka aku bertanya : Wahai Rasulullah Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama. Baginda bersabda : Mengapa Ku lihat tubuhmu kurus kering?. Jawab Al Bahili : Ya Rasulullah , tidak ada benda yang Saya makan disiang hari yang Saya makan melainkan (dimakan ) pada malam sahaja. Bertanya Nabi s.a.w : Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?. Aku menjawab: Wahai Rasulullah , sesungguhnya Saya kuat (berpuasa). Bersabda Nabi s.a.w: Berpuasalah dibulan sabar , dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram” .

Pada satu riwayat lain ” Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan. Berkata Al Bahili : Tambahi lagi sesungguhnya mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi s.a.w : Berpuasalah dua hari . Berkata Al Bahili : Tambahilah lagi maka sesungguhnya daku mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi s.a.w : Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah diBULAN HARAM dan tingallkanlah , puasalah dibulan Hazam dan tinggalkanlah . Bersabda Rasululah s.a.w sambil menghimpunkan jari-jari nya yang tiga kemudian melepaskannya”.

Para Ulamak telah mengulas bahawa Nabi s.a.w menyuruh Al Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahan nya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadis pertama, dan sesiapa yang tidak kepayahan (yakni mampu) , maka berpuasa keseluruhan adalah satu Fadhilat/ kelebihan.

Perhatikanlah: Perintah Nabi s.a.w dengan berpuasa diBULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan Perintah Nabi s.a.w berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS PERINTAH BERPUASA REJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN DARINYA KERANA REJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling Afdhal dari semua bulan-bulan haram.

Maka perkataan Orang Jahil tersebut ” Bahawa Hadis-hadis berpuasa diBulan Rejab adalah Maudhu’ , jika dia memaksudkannya menyeluruh pada segala hadis-hadis yang menunjjuk kepada berpuasa Rejab menurut umumnya hadis dan khususnya , itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan pembohongan pula dari si Jahil tersebut. Hendaklah dia bertaubat (dari fahamannya dan meyebar-luaskan fatwanya kepada orang ramai) kalau tidak mau juga, diTakzir lah atasnya dengan Takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran fahaman songsangnya).

Disatu sudut memang betul juga terdapatnya banyak hadis-hadis yang maudhu ,yang dusta berkenaan Puasa Rejab walhal Para Imam kita tidak langsung berpegang dengan hadis-hadis maudhu’ tersebut sebagai dalil Sunat Puasa Rejab. Jauhlah mereka nak bertindak sebegitu. Sebenarnya Hanya lah mereka berdalilkan sepertimana yang telah Saya nyatakan dan terdapat lagi hadis-hadis dan dalil-dalil yang lain.

Sebahagiannya sepertimana terdapatnya hadis-hadis yang popular misalnya hadis yang :

1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas , beliau telah memarfu’kannya : )

. إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر

“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu”.

(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau memarfu’kannya:

مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات ومن زاد زاده الله . ٍ

Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam , dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa 15 hari , menyerulah penyeru dari langit “ Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru , dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.

Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada Gurunya Al Hakim bahawa hadis yang pertama diatas adalah statusnya Mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada Seseorang (yaitu Para Sahabat) yang perkataannya diambil pula daripada Tuan yang menerima Wahyu ( yaitu Rasulullah s.a.w).

Mengenai Hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula “ Bahawa Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Sya’ban “. Beliau berkata Isnad hadis tersebut Dhaif .

Tammat komentar Ibnu Solah.

Syekh Al Allamah Ibnu Hajar menjelaskan pula fungsi hadis-hadis Dhaif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini. Beliau menulis di muka surat 5 .

“ Sesungguhnya Para Ulamak telak menetapkan bahawa hadis-hadis Dhaif , Mursal , Munqothi’ , Mu’dhal dan Mauquf diamalkan dengannya pada Fadho ilil A’mal atas dasar IJMAK . Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rejab adalah sebahagian daripada Fadho ilil A’mal . Memadailah padanya dengan hanya berdalilkan hadis-hadis Dhaif dan yang sepertinya, tiadalah diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG TERPEDAYA”.

Tammat.

Walaubagaimana sekalipun selain daripada kenyataan Al Allamah Ibnu Hajar mengenai memadai untuk beramal Puasa di bulan Rejab dengan beriktibar kepada hadis-hadis yang tersebut sekalipun ada yang dhaif, beliau juga menjelaskan lagi mengenai terdapatnya Hadis-hadis yang bertaraf Sahih sebagai pegangan Para Ulamak yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT. Kita lihat dimuka surat 22 beliau menulis :

“Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang berkata : Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis , Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram . Sesiapa yang berkata sebaliknya ,yaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa , maka orang tersebut salah dan berdosa. Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang Awam

{Ulasan : Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yg cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.}

Dimuka surat 23 beliau menyebut lagi:

“Sepertimana satu hadis yang telah mesahihkannya oleh Ibnu Khuzaimah daripada Usamah , “Saya berkata ( Wahai Rasululah , Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa Bulan Sya’ban?. Baginda s.a.w menjawab : Demikian itu adalah satu bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab dan Ramadhan . Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang diangkat didalamnya semua amal kehadrat Rabbil a’lamin. Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa )”.

Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w tatkala melengkungi oleh dua bulan yang Agung yaitu Bulan Rajab dan Ramadhan ,yang mana maknusia berlumba-lumba sibuk ( berpuasa dan beribadat ) dalam kedua kedua bulan tersebut, lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian , kebanyakan ulamak berpendapat Puasa di Bulan Rejab terlebih afdhal dari Bulan Sya’ban.

Tammat.

Agaknya siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan dan Rejab tersebut?. Iaitu Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat , sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada makna manusia dari lafaz hadis tersebut dan hadis ini juga menjadi dalil kesunatan berpuasa rejab sebab lafaz “Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa ” adalah sabda Baginda s.a.w sendiri . Mengatakan Nabi tidak pernah berpuasa dibulan rejab dan tidak sunnah berpuasa dibulan rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi s.a.w. Telah maklum hadis riwayat Imam Ibnu khuzaimah tersebut adalah hadis sahih.

Seterusnya beliau menambah :

Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi s.a.w memandubkan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM . Pada hal Rajab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram. Riwayat dari Abi Daud dan lainnya dari Urwah , Bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar “ Adakah Rasululah s.a.w berpuasa dibulan Rejab?. Beliau menjawab: Ya dan Baginda melebihkannya . Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali”.

Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan “Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah Mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rajab”. Imam Al Baihaqi mengulas “ Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).

Maka sabit lah Sunat berpuasa di Bulan Rajab , bukan Makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan Makruh adalah Fasid bahkan Salah sebagaimana yang telah engkau ketahui Kelebihan/Fadhilat puasa Sya’ban , padahal puasa Rajab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam , kemudian baki-baki bulan Haram , akhirnya barulah Sya’ban.

Tammat.

Ulasan:

Sebahagian manusia mengatakan Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada Nas berpuasa Rejab. Lantaran itu Haram puasa Rejab atau makruh. Kalau berkepercayaan Nabi ada berpuasa di bulan Rejab maka Haram sebab dusta kepada Nabi s.a.w. Kalau nak buat juga tapi mengkhususkan niat Puasa Bulan Rejab maka makruh sebab tak ada dalil hadis yang terang.

Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah dan kalau menafikan Nabi pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilannya , maka hendaklah bertaubat. Kalau sengaja-sengaja buat dusta dan kacau bilau , maka pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan.

Cuba lihat ini , satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim , satu lagi hadis yang mana tidak disangsikan lagi kesahihan nya. Yang sangsi adalah mereka yang diadalam hati berpenyakit. Seperti yang sudah ditimpa kepada Puak yang anti Ulamak , anti Ahli Sunnah dan anti Mazhab . Barang di jauhkan Allah adanya.

Usman bin Hakam Al Ansori berkata: Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di Bulan Rejab. Beliau (Sa’id ) menjawab : Saya telah mendengar Ibnu Abbas Radiallahu an’hu berkata: Adalah Rasulullah s.a.w Berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa) , dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berpuasa “. Riwayat Muslim.

Terang dalam hadis ini menunjjukan Nabi s.a.w berpuasa Rejab. Mengatakannya Nabi tak pernah buat adalah dusta.

Kalau mereka berkata : Aaah itu hadis yang menunjjukan harus puasa dibulan Rejab bukan Sunat!!!. Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab . Sebab dalilnya Hanya bersandarkan dalil yang umum hadis Sahih riwayat Muslim tersebut:

Jawab: Lihatlah mereka cuba pusing-pusing. Mula –mula kata tak sunat Puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi Puasa. Kemudian berdalih pula mengatakan hadis Muslim tersebut menunjjukkan hanya Harus bukan sunat.

Lihatlah Syarahan Hadis tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8 ms 38-39 , cetakan Daarul Syaqafah:

Bab; “ Berpuasa Nabi s.a.w dibulan yang selain bulan Ramadhan”.

Maksudnya “ Yang Zohir , bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadis ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadis ini untuk ain /diri puasa Rejab. Bahkan tetapi bagi puasa Rejab sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum Puasa dibulan-bulan haram ). Tidak sabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak tidak sabit nadab (sunat ) bagi diri Rejab , tetapi Asal hukum berpuasa Rejab , adalah disunatkan . Didalam Sunan Abi Daud Bahawa Rasulullah s.a.w mensunatkan berpuasa dibulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah-satu dari Bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”. Tammat.

Maksud sebenar Imam Nawawi dalam Syarah Muslim tersebut, hanya sahaja dalil Kesunatan Rejab tidak berdalilkan dengan ain/diri hadis tersebut. Bukan menafikan “Kesunatan Berpuasa dibulan Rejab”. Perhatikan baik-baik .

Memang , berdasarkan hadis tersebut kita memahamkan :

Nabi s.a.w pernah berpuasa di Bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa dibulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa dibulan Rejab , adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.

Hadis tersebut dilalahnya menunjjukan Harus berpuasa di Bulan Rejab. Bukan Sunat ,bukan juga Makruh, barang dijauhi Haramnya.

Sekalipun hadis tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan berpuasa Rejab , tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga Hukum nya sunat berdasarkan Hadis-hadis Sahih mesabitkan Puasa Di bulan Haram. Misalnya hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah tersebut dan Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah Puasa dibulan-bulan Haram”.

Sebagai penjelasan , Imam Nawawi menyebut “Ashlu Saum mandubun ilaih”. Maksudnya asal hukum berpuasa adalah mandub yaitu di Sunatkan. Ditahkikkan dengan kenyataan “ Bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun makna ‘Asyh harul Haram” . Tidak ada satu hadis samada yang bertahap Sahih maupun Hasan yang boleh dijadikan dalil Pentakhisan untuk Hadis “Asyharul Haram” yang umum maknanya. Bahkan hadis tersebut akan menunjjukan Rajab adalah sebahagian Afradnya. Hadis yang khusus berkenaan Puasa Sya’ban dan Bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadis “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan Puasa di Bulan Rajab. Sebab Muharram , Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram . Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad “Bulan Haram”. Hadis khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab . Maka Bulan Rejab tepat diatas ASAL HUKUM nya yaitu SUNAT sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut “Ashlul Saumi Mandhubun ilaih”.

Ini juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan Bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram misalnya bulan safar. Bulan Safar tidak termasuk Bulan-bulan Haram. Bulan Rejab Sunat berpuasa, berdalilkan hadis-hadis yang telah lalu . Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunat kan berpuasa sebab tak ada dalilnya. Lantaran itu jika ada orang yang berkata “Tak ada langsung bezanya Bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain , sebab semua hadis-hadisnya adalah maudhu’ dan Dhaif. Tak ada fadhilat , tak ada pahala kalau puasa , tak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya : Saja aku puasa esok , bulan Rejab…. ” maka satu lagi bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan selain bulan-bulan Haram misalnya Safar tersebut , menunjjukan ada Fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab . Maka diulangi lagi , “Adalah Mereka yang menafikan secara muthlak Fadhilat Bulat Rejab adalah kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran nakal yang menjejaskan kepentingan awam”.

5 ) Maka sebenarnya hendaklah difahami , bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan Hadis Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil Berpuasa Rejab sahaja. Bukan Berpuasa Rejab tidak ada dalilnya.

Kedua-duanya adalah berbeza.

Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan , tak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata Khusus berpuasa di bulan Rejab , sehingga boleh ditentukan Niat berpuasa Rejab secara khusus?.

Jawab: Kenapa Imam Nawawi mengatakan Ashlu Sawumi Mandubun ilaih?. Cuba pulak awak cernakan?.

Sila lihat pula Majmuk juzuk 6 ms 386: “Sebahagian dari puasa yang disunatkan , ialah Puasa dibulan-bulan Haram, Yaitu Zul Qa’dah , Zul Hujjah, Muharram dan REJAB”. Tammat.

Disini menunjjukkan Sunat Puasa Rejab dan adanya pengkhususan Puasa Rejab serta niat-niatnya.

Oleh yang demikian , setiap Muslim semestinya faham untuk membezakan diantara terdapatnya hadis-hadis maudhu’ dan dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa dibulan Rejab dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang berlain-lainan.

Jangan terkeliru dan terpedaya dengan oceh-ocehan mereka yang tidak bertanggung jawab, yang mungkin kononnya terlalu asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadis-hadis yang dusta terhadap Rasulullah s.a.w. Langsung terlajak menolak terus Sunat berpuasa dibulan Rejab. Sebenarnya method mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang yang boleh sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa Ulamak Muktabar, mengikut kaedah mereka yang kebanyakannya adalah mengelirukan. Menghigh-lightkan cogan “Penilaian Semula fatwa-fatwa ulamak, jangan ikut saja buta tuli”, padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan maksud kata-kata dari Para Ulamak. Wassalam .

Mengenai hadis –hadis yang selalu dipertikaikan oleh kebanyakan orang, dan dikatakan telah digunakan sebagai dalil puasa rejab oleh mazhab, boleh lah kita melihat komen dari Sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatawa kubro beliau. Muka surat 46 juzuk 2 cetakan daarul kutob ilmiyyah:

و سئل نفع الله به عن حديث أن فى الجنة نهرا يقال له رجب ماؤه أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر ,وحديث : من صام يوما كل شهر الخميس والجمعة والسبت كتب له غبادة سبعمائة سنة و حديث مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات . هل هى موضوعة أم لا؟. فأجاب بقوله : ليست موضوعة بل ضعيفة , فتجوز رواتها والعمل بها فالفضائل. قال الحافظ ابن حجر : فى الأول ليس فى اسناده من ينظر فى حاله سوى منصور الأسدى , وقد روى عنه جماعة لكن لم أر فيه تعديلا , و قد ذكره الذهبى وضعفه بهذا الحديث وقال فى الثانى له طرق بلفظ عبادة ستين سنة وهو أشبه ومخرجه أحسن و اسناده أشد من الضعف قريب من الحسن والثالث له طرق وشواهد ضعيفة يرتقى عن كونه موضوعا , والله أعلم .

RUJUKAN

11 June 2011

Tak boleh tidur malam???


Insomnia, jika ada gangguan jin hendaklah diruqyah terlebih dahulu

Assalamualaikum...

Berkenaan bab ni, of course jika ada gangguan hendaklah diruqyah oleh perawat yang mengamalkan ruqyah terlebih dahulu (ar raqi) terlebih dahulu, dengar cd ruqyah, minum air ruqyah, mandi air ruqyah selama 7 / 21 / 40 hari.

Kemudian dalam masa yang sama dianjurkan:

Pesakit tak boleh tidur malam eloklah:

1) Jangan minum kopi dan teh langsung

2) Jangan tidur siang

3) Pakai minyak wangi di pakaian dan 32 point di tubuh badan

4) Minum yogurt dan susu selepas Maghrib dan Isyak BANYAK2!

5) Amalkan ayat 11 Surah al Kahfi selepas Solat Isyak. Sila tutup telinga dengan penutup telinga atau bantal kerana tidur ada kaitan dengan telinga.... " fa darabna ala azanihim fil kahfi sinina adada.." Sila tengok maksudnya.... surah al kahfi ayat 11.

6) Selepas Isyak BERNIAT untuk terus tidur.

7) Jangan biasakan tabiat tengok cd / TV / main internet /FB / borak kosong lepas isyak sampai pagi,,

10 June 2011

Rawatan Sakit Tekak dan Kahak yang mudah!



Justify Full
Assalamualaikum semua. Ampun lama tak update. Maklumlah cuti sekolah.

Kali ini saya nak berkongsi rawatan sakit tekat akibat kahak dan awal selsema yang mudah dan praktikal. Ada dua teknik.

1) Menggunakan habbatul barakah / habbatus sawda' yang merupakan ubat segala penyakit kecuali as saam; mati: Ambil secubit- tiga cubit habbatul barakah atau as sannut di dalam hadis yang lain juga lalu digigit perlahan2 lantas dikepat lama2. Insya Allah anda akan dapati kahak anda mula cair dan penderitaan anda perlahan2 berakhir... amalkan dua kali sehari.


2) Seperti yang diaja oleh guru kami di dalam kitabnya sufi healing / di dalam bahasa Arab: Al Ilaju at Tabie: sila ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.


Selamat mencuba wahai para pencinta perubatan Islam...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!



05 June 2011

Dedikasi buat Us Shami Husin



Ukhuwwaf fiLLAH lestari selamanya...


Ukhuwwah fiLLAH abadan abadaa.

Assalamualaikum semua,

Ini adalah gambar majlis wada' saya dan KISWAH bersama Shami Husin yang telah berkhidmat dengan dedikasinya selama lebih kurang 3 bulan.

Majlis yang diadakan secara sederhana bersempena pemergian Shami yang akan melanjutkan pelajaran ke jurusan Syariah Islamiah di Insaniah Alor Setar Kedah.

Majlis ini juga adalah sempena makan besar bulanan PR KISWAH yang diadakan setiap hujung bulan sesama ahli keluarga KISWAH. Ini merupakan rutin bulanan saya dan pembantu2 saya untuk mengeratkan hubungan sillaturrahmi.

Kepada Shami khasnya dan rakan2 seperjuangan lain umumnya. Diri ini tidak pernah menganggap kalian semua sebagai pekerja; malah kalian semua di sisi saya merupakan pembantu, anak murid, rakan seperjuangan dan teman 'for shoulders to cry on' buat saya..

Kenangan saya bersama Shami tidak akan saya lupakan... Begitu juga dengan bekas pembantu2 saya di KISWAH seperti Syed Khairuzzaman, Kahafi, Farhi, Muhaimin dan semuanya tidak akan saya lupakan...

Buat sementara waktu ini, PR KISWAH di Temerloh dibantu dua rakan seperjuangan iaitu Akhi Syihan Zaik dan Wan; pelajar KIPSAS yang sedang bercuti yang akan menamatkan perkhidmatan sebulan lagi apabila sem baru bermula...

Kepada semua anak2 murid saya di Universiti sekarang; sama ada ex Khairiah, Maahad SAS dan di mana sahaja... Kalau tiba cuti2 sem helo helo lah ustaz. Boleh berkhidmat di PR. Sambil merawat berkhidmat kepada masyarakat sambil belajar merawat dengan menggunakan teknik ruqyah seperti yang dilakukan oleh Wan dan Farihi...

Terima kasih anak2 murid ustaz yang TERCINTA...

Semoga Allah memelihara ukhuwwah kita sehingga lestari selamanya menjadi SYAFAAT ke SYURGA...

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

Pembantu saya yang saya sayangi dan hormati, Syihan dan Shami.. Syihan terus berkhidmat.. dan Shami akan menyambut perjuangan di Kolej Universiti INSANIAH Kedah dalam bidang Syariah Islamiyyah; tempat saya mengaji dahulu. Syihan dan Shami dua best friend berjaya mengalirkan air mata jantan mereka yang sejati pada malam tersebut!!!


Berkasih sayang @ berukhuwwah kerana Allah membawa ke SYURGA.. Amin Ya Rabb!

Cenderahati dari Ustaz dan Kak Mul kepada Shami... Kenangan bersamamu tidak akan dilupakan. Shami berjanji satu hari nanti selepas lulus nanti akan berkhidmat di KISWAH.. Insya Allah. Ramai anak2 murid saya yang melahirkan hasrat untuk berkhidmat di KISWAH apabila telah mendapat ijazah nanti. Tidak ketinggalan pelajar2 tahfiz Kota Tinggi pun ada menyatakan hasrat tersebut. Insya Allah....



Ukhuwwah fiLLAH abadan abadaa....
Ukhuwwah filLAH lestari selamanya!

Insya Allah satu hari nanti Shami akan berkhidmat terus dengan KISWAH apabila telah tamat pengajian nanti.. Banyak lagi projek2 mega yang akan menyusul nanti.. DOAKAN!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

04 June 2011

Pelancaran Web Jualan Rahsia Air Jampi!


pendedahan eksklusif Rahsia Perawat ISLAM...

TEKNIK LENGKAP DAN RAHSIA TERPERINCI MEMBUAT AIR JAMPI KINI DIDEDAHKAN !!!


satu Ikhtiar penyembuhan untuk diri dan keluarga


Daripada : Ustaz Hayat Annaqshabandi
Tarikh : AHAD 05 JUN 2011
Perkara : Teknik Lengkap Membuat Air Jampi
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.
Sesungguhnya Ilmu Perubatan Islam yang tulen semakin sukar dijejaki. Ianya semakin pupus ditelan zaman dan kelodak khurafat dan syirik!. Bayangkan masyarakat kita semakin disogok dengan perubatan perbomohan yang sarat dengan unsur tahyul dan terang-terangan mensyirikkan Allah Jalla Jalaluh!!!
KINI PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TAMPIL UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN INI
Justeru itu saya sebagai pengasas Pusat Rawatan Islam Kiswah ingin mengambil peluang berkongsi bersama anda dalam usaha memartabatkan seruan Islam iaitu menjadikan Al-Quran sebagai kaedah merawat diri.
(KAEDAH RAWATAN YANG TERINDAH DAN TERBAIK SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN DAN AS SUNNAH)
Sebagai seorang Perawat Islam yang bertugas menangani pelbagai masalah dan penyakit mistik; sudah menjadi rutin saya membuat air jampi. Ini kerana membacakan ayat Al-Quran terhadap air merupakan anjuran ulamak dan orang-orang soleh dari dulu hingga kini.

apa itu air jampi?

Pertama sekali jangan terkeliru dengan istilah JAMPI. Apa yang dimaksudkan dengan jampi disini ialah air yang telah dibacakan ayat-ayat Al- Quran dan doa (ruqyah) untuk tujuan perubatan.
Mungkin lebih tepat jika perkataan JAMPI ditukar kepada perkataan DOA kerana Perawat Islam yang sebenar menggunakan doa daripada ayat Al-Quran, bukan menggunakan jampi serapah seperti pawang atau bomoh.


Dalilnya

Firman Allah Taala: Surah Shaad Ayat 42
42. (maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
[Shaad: 42]

Pengajarannya

Pengajaran dari kisah Nabi Ayyub as berdasarkan ayat Al Quran diatas merupakan bukti kebenaran penggunaan air sebagai medium perubatan dari Allah.
Jelaslah kepada kita bahawa Allah telah menganugerahkan kepada kita AIR sebagai sumber perubatan kepada hambaNya.
Oleh itu, tiada syak lagi bahawa kita boleh menggunakan medium yang sama (AIR) untuk merawat dan mengubati para pesakit yang menderita!

MEMPERKENALKAN:

Ebook rahsia Air Jampi

pertama seumpamanya di malaysia !!!

PESANAN PENTING ! >> Ilustrasi di atas menggambarkan Rahsia Air Jampi bukannya sebuah buku fizikal. Ianya adalah buku digital (ebook). Ditulis dalam format PDF. Ianya dihantar dan diterima melalui emel. Perlu menggunakan perisian percuma Adobe Reader bagi membolehkan ianya dibaca dalam komputer atau laptop.
Ianya ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa yang kebetulan terlibat secara langsung di dalam dunia perubatan Islam selama hampir sepuluh tahun.
Ianya juga merupakan hadiah istimewa saya kepada penyokong rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah umumnya dan anak-anak murid KISWAH khasnya.
Saya permudah dan susun kembali pengajian di Madrasah KISWAH yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya lalu diterjemahkan dalam bentuk ebook yang eksklusif ini bagi memudahkan sesiapa sahaja membuat rujukan.

siapa saya yang menulis ebook ini?

Nama saya ialah FAKHRUL RIDZHA ABD RAHMAN atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hayat Annaqsyabandi. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar, Tanta ,Mesir.
Merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam KISWAH serta Berpengalaman Hampir 10 Tahun dalam bidang Perubatan Islam
Penulis buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus bersama Ustaz Syarhan Syafie pada tahun 2004.
Penulis ebook Terapi Al Quran Penawar Gangguan Makhluk Halus bersama Ustaz Abd Malek al Azhari pada tahun 2009.
Telah mengendalikan berpuluh-puluh Seminar Rawatan Islam di Seluruh Malaysia Sejak Tahun 2010 sehingga saat dan ketika ini !
Sila lawati blog berikut untuk mengenali Ustaz Hayat lebih dekat >> http://rawatanislam2u.com

apa yang ada dalam ebook ini?

Secara Ringkasnya Ebook Yang Berjumlah 92 Mukasurat Ini Menerangkan Dan Menghuraikan 3 BAB UTAMA iaitu:
BAB PERTAMA
Misteri Air Jampi ( Pengenalan, Hukum dan Jenis-jenis Air )
BAB KEDUA
Teknik Menjampi ( Penerangan terperinci persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas )
BAB KETIGA
Senarai Ayat-Ayat Penawar ( Sakit Kepala, Penyakit Mata, Sakit Gigi dan lain-lain )

Kenapa mesti air? apakah Keistimewaan Air ?

berikut dipamerkan gambar molekul air apabila diperdengarkan dengan sesuatu perkataan atau ucapan yang baik

apatah lagi jika diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al quran dan doa-Doa...


hal ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik di Jepun oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR MOLEKUL AIR SILA LAKUKAN CARIAN DI INTERNET MENGGUNAKAN GOOGLE ATAU YAHOO

ebook ini sesuai untuk semua orang ke?

Satu soalan yang bagus. Biarlah saya berlaku jujur dengan anda semua.
Jawapannya TIDAK sesuai jika anda :
Sanggup ditipu dan menghabiskan ribuan ringgit mengubati penyakit misteri dengan mengikut kata-kata bomoh atau pawang yang nyata sangat mengarut dan tidak berasas malah boleh mendatangkan syirik kepada Allah (NAUZUBILLAH)
Tidak Yakin dan Percaya dengan Ayat Al Quran sebagai Penawar Penyakit Zahir dan Batin
Merasakan diri sudah hebat dan tidak perlu kepada ILMU ini
Lebih mempercayai bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara ISLAM


Jadi siapa yang PATUT dapatkan ebook ini?

SANGAT sesuai jika anda :
Seorang yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi dengan kehebatan Ayat Al Quran sebagai Penawar Penyakit Zahir dan Batin
Seorang yang mencintai dan berminat dengan ilmu Perubatan Islam Tulen
Berminat untuk mempelajari dan mengumpul koleksi Ilmu Perubatan Islam
Ingin mempelajari secara lengkap dan terperinci teknik membuat 'Air Jampi'

Kenapa anda perlu dapatkan ebook ini dan Apakah keistimewaannya?

Bukan sebuah ebook picisan dan sembarangan kerana ianya ditulis berdasarkan hasil penyelidikan dari Al Quran, Hadis dan amalan orang-orang soleh ( TEPAT, PRAKTIKAL dan MUJARAB)
Satu rujukan yang ringkas dan padat untuk semua golongan terutama Ibu bapa yang ingin melembutkan hati anak yang keras. Insya-Allah berkat doa yang ikhlas dengan menggunakan air sebagai salah satu medium, hati anak yang keras akan lembut, dan minda anak yang tumpul akan tajam.
Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Sebagai contohnya kita wajib mengambil wudu' untuk menunaikan Solat Fardhu 5 kali sehari semalam. Jika begitu besar peranan air dalam kehidupan muslim dan molekulnya boleh berubah dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, doa dan kata-kata yang baik, inikan pula manusia.


akhir sekali berapakah harga ebook ini?


miliki Segera Pada Harga Pengenalan hanya :

RM50

RM40

RM30

RM20

RM15 sahaja !

harga promosi sempena bulan REJAB

sah dari 1 hingga 7 rejab 1432

bersamaan 2 hingga 8 jun 2011



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...