28 December 2011
Rawatan Semua Sakit Perut / Cirit Yang Mudah - Daun Jambu Batu
SEMUA MASALAH PERUT, CIRIT dan BUASIR– minyak zaitun, cuka kurma,
buah tin dan daun jambu batu
1)
Makan
buah tin 3 – 7 biji setiap pagi sejam sebelum makan apa2 waktu pagi.
2)
Minyak
zaitun diminum 2 kali sehari dan sapu di tempat buasir.
3)
1
sudu Cuka kurma + air ruqyah + sesudu madu minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan
sebelum tidur.
4)
Jus
delima + air ruqyah minum sejam sebelum makan apa waktu pagi dan sebelum tidur.
5) Menggunakan pucuk daun jambu batu:
a) Ambil segenggam beras basuh dan tuskan.
b) Carikkan 5 helai pucuk daun jambu batu dan letakkan dalam beras tersebut.
c) Kemudian goreng tanpa minyak campuran tersebut sehingga beras kekuningan.
d) Angkat dan campurkan dengan segelas air panas.
e) Tunggu sehingga sejuk dan minum 2 - 3 kali. Campurkan dengan sedikit air..
6) Atau makan sahaja 3 pucuk daun jambu batu.
7) Atau dibuat teh 5 helai pucuk daun jambu batu tadi..
Insya Allah sembuh dengan izin Allah...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...
Untuk pembelian minyak zaitun syam ruqyah, cuka kurma dsb. Sila ke:
Labels:
rawatan islam
25 December 2011
Pelancaran Wangian Ruqyah Kasturi Za'faran
Wangian Ruqyah Kasturi Za'faran KISWAH
"Diruqyah oleh Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah"
Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Kasturi Za’ffran merupakan kombinasi bahan tumbuhan herba Zafrran dan
wangian kasturi (Kasturi kijang) sesuai digunakan untuk semua peringkat
umur. Zaffran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah
sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah Negara
sahaja iaitu diIran dan sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir.
Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang
turut dikenal sebagai “King Of Spices”. Stigma bunga Za’ffran ini juga
telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Negara-negara
Timur Tengah.
Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga bahan terbaik untuk
kesihatan, perubatan, minyak wangi yang kaya dengan vitamin B2,
hydrochloric acid dan Riboflavin. Za’ffran adalah herba yang digunakan
semenjak Zaman Rasulullah SAW lagi serta para-para sahabat dengan
pelbagai tujuan terutamannya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai
kaedah penggunaanya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta
kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai
herba Ajaib bagi sesetengah pengamal Perubatan Islam kerana kelebihan
dan Keistimewaanya yang tinggi dan tersendiri.
Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam
tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan
Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya:-
* Menenangkan hati dan jiwa
* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak
* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
* Menghilangkan debaran jantung
* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)
* Menyedarkan orang pengsan
* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
* Menghilangkan rasa gementar
* Menghilangkan rasa sejuk tubuh
* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.
* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.
* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.
*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar
dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang
dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan pada anggota2
terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud.
* Mencegah wabak penyakit dan virus.
*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan
jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti
kasturi dan rose)
Dapatkan Yang Asli di: 017 9065131 Ustaz Hayat al Azhari
Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah No 16 Tingkat 2 Jln Ahmad Shah Temerloh. (Atas SSM sebelah Public Bank)
www.rawatanislam2u.com
Antara teknik rawatan:
Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi:
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani
lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad
al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik
penggunaan minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai
bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok
dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis
gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang
berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut
bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;
1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu
tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak
membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak
wangi dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang
terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin
ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau
wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan
keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….
KASTURI DAN ROSE:
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi dan Rose.
Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Bau Rose pula menjadi kegemaran mursyid saya Maulana Sheikh Muhammad
Nazim al Haqqani. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi
menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat,
berzikir dan bersuluk.
Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok
guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains
telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan
kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga
dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi
yang banyak disebut di dalam hadis.
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan
jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti
kasturi dan rose)
Kesimpulannya; cara penggunaan:
1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur seperti di atas sebelum tidur.
*Boleh dimakan; sapu dilidah sebelum minum air jampi untuk wangian 'dari dalam'.
2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar
dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang
dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
3) Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang
* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
Dapatkan YANG ASLI di KISWAH> Visit Online Store Kami:
Labels:
produk,
rawatan islam
22 December 2011
Jangan Duduk Bersendirian, Nanti Senang Diganggu Jin
Antara pendinding diri yang penting adalah sentiasa duduk di
dalam jemaah dan jangan bersendirian.
|
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran :103 )
“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan. Dan bagi mereka itu, azab yang besar.” (Ali Imran : 105)
“Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan imam mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Assalamualaikum semua..
Antara pendinding diri yang hebat adalah sentiasa duduk di dalam jemaah dan jangan duduk bersendirian.
Pengalaman merawat saya yang tidak seberapa ini menatijahkan beberapa fakta yang cukup menakutkan iaitu:
1) Berapa ramai ibu-ibu tua / nenek yang dibiarkan hidup bersendirian di rumah kampung akhirnya terkena gangguan dan diakhiri dengan sindrom nyanyuk atau strok.. At the end, akhirnya anak2 yang enggan menjaga ibu bapa di kampung terpaksa mengalah dengan membawa mereka duduk bersama; iaitu apabila sudah sakit dan nyanyuk.. kan susah. Bawalah duduk bersama sejak awal lagi...\
2) Berapa ramai orang yang duduk menyewa bersendirian terkena gangguan jin.. Ini disebabkan mereka tidak berkawan dan bersosial dan bercakap2 dengan TEMAN MANUSIA. Akhirnya JINlah menjadi TEMAN mereka..
3) Ramai sekali pekerja dan pelajar yang sentiasa duduk bersendirian di dalam dunianya sendiri tanpa bercampur gaul dengan staff atau pelajar yang lain.. apabila dibawa ke pusat rawatan ruqyah, rupa-rupanya mempunyai gangguan jin... Perhatikan keluarga dan kerabatmu... Sesiapa yang tidak bercampur dengan orang ramai ini eloklah diruqyah.. Manalah tahu...
Sabda Nabi saw secara mafhumnya... "Sesungguhnya serigala itu akan menerkam kambing yang terpisah dari kumpulannya......"
Oleh itu duduklah berjemaah.. Segala kekurangan yang kita ada dari sudut spiritual dan fizikal akan dapat ditampung satu sama lain..
"Duduk berjemaah itu barakah dan perpecahan itu adalah azab.." - al Hadith. |
.. dan dalil daripada hadis Rasulullah saw:
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”
“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”
“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
Selamat berjemaah.. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
artikel,
rawatan islam
20 December 2011
Pelancaran dan Jualan Serbuk Habbatus Sawda' Ruqyah
Sabda Nabi Muhammad saw: “Kekkallah kamu dengan
habbatussawda’ kerana padanya PENAWAR BUAT SEGALA PENYAKIT kecuali mati.” ( Riwayat Bukhari)
|
Pengenalan
DIKENALI SEBAGAI RAJA
MAKANAN SUNNAH DAN PERUBATAN ISLAM
Sabda Nabi Muhammad saw: “Kekkallah kamu dengan
habbatussawda’ kerana padanya PENAWAR BUAT SEGALA PENYAKIT kecuali mati.” ( Riwayat Bukhari)
Antara khasiat habbatussawda’ ini adalah:
1)
Meningkatkan sistem imuniti badan (daya tahan
melawan penyakit).
2)
Mengurangkan risiko sakit jantung.
3) Memusnahkan tumor dan mengurangkan risiko
pertumbuhan tumor atau ketumbuhan.
4)
Mencegah dan merawat 1001 jenis kanser khususnya
kanser payudara.
5) Merawat asma, sesak nafas, resdung, sakit tekak,
kahak dan batuk yang berpanjangan.
6)
Meningkat pertumbuhan sel darah merah.
7)
Merawat masalah kanser pancreas.
8) Anti radang, masalah sendi, saraf dan otot serta
rheumatism.
9)
Merawat masalah kesuburan, mandul dan tenaga batin.
10) Merawat sihir dan banyak lagi… khasiat dan
kelebihannya akan bertambah apalagi kalau diruqyah dengan bacaan ayat al Quran,
solawat-solawat pilihan dan doa-doa syifa’
Cara penggunaan:
Dos yang dicadangkan adalah:
Satu sudu - ½ sudu teh serbuk habbatussawda’
diminum bersama air suam / madu / madu + cuka kurma sejam sebelum makan apa2
pada waktu pagi tiap-tiap hari.
Satu bekas mengandungi sebanyak 45 gram – 50 gram
serbuk habbatussawda’ dalam keadaan seasli mungkin tanpa melalui sebarang
proses kimia lain.
Habbatus sawda’ ini diimport dari Syria dan
merupakan dari jenis PREMIUM QUALITY!
Telah diruqyah oleh pengasas dan perawat pusat
rawatan Islam KISWAH; Ustaz Hayat al Azhari.
Sila dapatkan di Online Store Rasmi kami:
Labels:
produk,
rawatan islam
19 December 2011
Seminar Rawatan Islam Modul 1 di KISWAH Temerloh 25 Februari 2012
Bersama Semarakkan Perubatan Al Quran di Dalam Masyarakat Kita... Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam! |
KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH
“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 1 )”
Perihal Alam Jin dan Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah Al Quran
“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 1 )”
Perihal Alam Jin dan Menangani Gangguan Makhluk Halus Kaedah Al Quran
TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja"
Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://
ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH
YURAN PENYERTAAAN : RM 70.00 (Kos seminar, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta.. Makan tengahari tidak disediakan)
TARIKH : 25 Februari 2012 ( Sabtu )
MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.
TENTATIF PROGRAM
8.00: Pendaftaran peserta
8.15: Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir
9.15: Keterlibatan Jin dan Sihir
10.00: Rehat - Minum pagi
10.30: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.
11.30tgh: Tanda-tanda gangguan ketika jaga dan tidur
12.00 tgh: Amalan pendinding
12.30: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur
2.00ptg: Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus
3.00: Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
4.00: Bacaan Hizib Bahar dan Selawat Tibbiah serta Taziah
4.30: Majlis Pengijazahan
Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > SMNR2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR2 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH
Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…
Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:
017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )
Labels:
seminar dan ceramah
18 December 2011
Sambutan Asyura' dan Dalil Bubur Asyura'
Rasanya tak terlambat....:
AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Pertama
AMALAN HARI 'ASYURA' :
( Bahagian Pertama )
( Bahagian Pertama )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji
dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam serta selawat ke atas
junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu 'alayhi wa sallam serta ke
atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat Baginda radhiyallahu
'anhum ajmaien. Amien. Rasanya masih tidak terlambat untuk
mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 kepada seluruh
sahabat-sahabat. Bulan Muharram tiba lagi sebagai pembuka tirai bagi
bulan-bulan Islam. Justeru terdapat beberapa amalan yang di tuntut dan
di galakkan sebagai pengisian tarbiyyah ruhaniyyah di dalam bulan yang
mulia ini terutamanya galakkan untuk berpuasa pada hari 'asyura.
Al-Faqir memuatkan huraian ringkas yang dipetik daripada Risalah
Amalan-amalan Islam Siri 1 hasil himpunan al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan
Mohd Saghir Abdullah Rohimahullahu Ta'ala terbitan Persatuan Pengkajian
Khazanah Klasik & Khazanah Fathaniyyah Kuala Lumpur cetakan 2004 M/
1425 H.
BAB PADA MENYATAKAN KELEBIHAN HARI 'ASYURA
Syeikh
Daud bin ;Abdullah al-Fathani memulakan bahasan tentang 'Asyura' dalam
kitabnya Jam'ul Fawaid dengan memberikan takrif berikut :
"Ketahuilah olehmu makna عاشوراء / 'Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesembilan daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Kata qil, hari yang yang kesebelas daripada bulan Muharram.
Dan qaul yang shahih hari yang kesepuluh dinamakan 'Asyura' dan hari kesembilan dinamakan تسوعا / Tasu'a."
(Sila lihat kitab Jam'ul Fawaid, m/s:129)
KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI 'ASYURA'
Berkata Syeikh Daud bin ;Abdullah al-Fathanidi dalamnya kitab Jam'ul Fawaid seperti berikut :
"Sembah
sahabat, "Ya Rasulullah, sesungguhnya dilebihkan oleh Allah akan Hari
'Asyura' atas segala hari?" Sabdanya,"Bahkan telah menjadikan Allah
Ta'ala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari
'Asyura'.
Dan menjadikan bukit pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan bintang pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Sayyidatina Hawwa' pada hari 'Asyura'.
Dan menjadikan Syurga pada hari 'Asyura'.
Dan memasukkan Sayyidina Adam a.s akan syurga pada hari 'Asyura'.
Dan diperanakkan Sayyidina Ibrahim a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dilepaskan Sayyidina Ibrahim a.s daripada api pada hari 'Asyura'.
Dan ditenggelamkan Fir'aun pada hari 'Asyura'.
Dan dibukakan bala' Ayyub a.s pada hari 'Asyura'
Dan ditaubatkan oleh Allah akan Sayyidina Adam a.s pada hari 'Asyura'.
Dan diampunkan dosa Sayyidina Daud a.s pada hari 'Asyura'.
Dan dikembalikan kerajaan Sayyidina Sulaiman a.s pada hari 'Asyura'.
Dan lainnya hingga akhir hadis ... " (kitab Jam'ul Fawaid, m/s:131)
KISAH BUBUR 'ASYURA' ?
Al-Faqir
agak terkejut bahawa sebenarnya ada dinyatakan kisah tentang Nabi Muh
a.s di dalam kitab Jam'ul Fawaid ini..Lihatlah betapa cermat dan
telitinya penulisan Syeikh Daud Rohimahillah tetapi ianya bukanlah
secara spesifik menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s menyuruh ummatnya membuat
bubur 'asyura' seperti yang serig diperkatakan dan diperlekehkan oleh
puak wahabi/salafi yang itu.. Berikut al-Faqir muatkan kenyataan muallif (baca betul2 bukan muallaf ya!)yang di ambil daripada kitab tersebut pada halaman 132 :
AMALAN HARI 'ASYURA : Bahagian Kedua (Bubuq Sora?-baca loghat Utara)
AMALAN HARI 'ASYURA'
( Bahagian Kedua )
( Bahagian Kedua )
Diringkaskan dari Kitab-kitab Bahjatuddin al-'Alim al-'allamah al-'Arif ar-Rabbani
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani r.a
Alhamdulillah...puji dan puja kepada Allah Pentadbir Sekelian 'alam
serta selawat ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad Sollallahu
'alayhi wa sallam serta ke atas ahlul bait Baginda serta seluruh sahabat
Baginda radhiyallahu 'anhum ajmaien. Amien.
Sudah setahun berlalu, sejak bahagian pertama ini di tulis..tahun ni,
bakal penghujung tahun 1432H ni, al-faqir sambung kembali bahagian
keduanya. Sambungan bahagian kedua ini berkisar tentang kisah Nabi Nuh
a.s.dan sejarah bubur 'Asyura.
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!" Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.
Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata shahib Nuzhah al-Majalis, bahawasanya Nuh a.s tatkala tetap pada bumi pada hari 'Asyura dan berkata ia, "Himpunkan olehmu barang yang ada serta kamu daripada lebih bekal kamu!" Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskan bahawa di campakkanlah oleh orang-orang dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu berjenis-jenis kacang.
Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang
Gambar Hiasan - "Bubur 'Asyura"
Riwayat lain diceritakan juga, syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menulis, "Dan kata Syeikh Ajhuri, "Dan aku lihat bagi orang yang lain, nashnya bahawasanya Nuh (a.s) tatkala turun dari safinah (bahtera,pent:), dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka [Nabi Nuh a.s] menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan, ini dengan segenggam kacang 'adas, dan ini dengan kacang ful, dan ini dengan setapak tangan kacang hamash, hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya. Dan adalah ia pada hari 'Asyura. Maka mengucap Nabi Nuh [a.s] bismillah dan dimasakan dia, makan sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh [a.s]."
Gambar Hiasan - Pelbagai jenis kacang
Rujukan Kitab : Jam;ul Fawaid, hlmn:132 - Amalan-amalan Islam Siri 1, AMALAN HARI 'ASYURA diringkaskan dari kitab-kitab Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani, oleh al-marhum Tn.Guru Hj.Wan Saghir Abdullah Rahimahullah, Khazanah Fathaniyah Cetakan 2004 M/1425 H
p/s: awat la depa dok kalut membid'ahkan bubur asyura nih...banyak isu lain lagi nak diselesaikan...nak makan tak makan sudah... kesian kat kat kami org awam...
Credit tu Us Hasif al Qadahi: Thank You Rasulullah saw
15 December 2011
Cerialah!!!! Nescaya Hidupmu Bertambah Sihat dan Bahagia!
Allah Taala Suka Kepada HambaNya yang Senantiasa Ceria dan Tersenyum... |
Telah berkata guru kami bahawa AllahTaala sangat sayang kepada orang yang sentiasa ceria dan tersenyum..
Janganlah biarkan dirimu selalu berada di dalam kesedihan dan dukacita.. Ini tidak membantu roh dan jasadmu untuk hidup dengan sihat....
Sebagai hambanya yang menjalankan segala perintah Allah Taala kita sepatutnya berasa bahagia menjalankan segala suruhan dan meninggalkan segala tegahan Allah....
Rasulullah saw juga dikenali sebagai orang yang sentiasa tersenyum. Jika baginda ceria dan bergembira seolah2 matahari dan bulan berlegar2 di sekeliling dahi baginda. Jika baginda tersenyum akan bersinarlah keseluruhan dinding yang mengelilingi baginda. Itulah gambaran ketenangan yang penuh kerahmatan yang terhasil dari kelembutan senyum baginda.
Satu ciri istimewa kehidupan Rasulullah saw adalah baginda sentiasa tersenyum iaitu pada kebanyakan waktu. Saidina Jabir ra mengatakan bahawa:
"Sejak aku memeluk Islam, tidak pernah baginda saw membelakangiku, dan baginda saw tidak pernah melihatku kecuali dalam keadaan senyum..."
Ini adalah fenomena yang luar biasa terjadi kepada insan yang luar biasa..
Saidina Abu Darda' ketika bangun dari duduk senantiasa tersenyum terlebih dahulu.. Lalu sahabat lain berkata;
"Manusia akan memperbodohkan kamu dengan sikap kamu begitu".
Jawab Abu Darda': "Sesungguhnya aku melihat baginda Rasulullah saw dan baginda tidak akan berkata-kata kecuali dalam keadaan tersenyum...."
Antara kelebihan ceria dan sentiasa tersenyum:
1) Memberi kelebihan kepada minda dan akal.
2) Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
3) Ketawa membawa anda ke satu titik perubahan yang lebih 'terang' dalam hidup anda.
Ceria dan senyum itulah penawar untuk 1001 penyakit rohani dan jasmani. Senyum dan sifat ceria menyegarkan rohani dan jasmani anda..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
artikel,
rawatan islam
13 December 2011
Tidurlah Awal, Nescaya Kesihatan Batin dan Zahirmu Akan Bertambah Baik!
Pastikan dirimu dan keluarga TIDUR AWAL setiap hari... Tidur awal menjamin kehidupan keluarga yang bahagia... |
Assalamualaikum semua...
Tidur awal menjamin kesihatan rohani dan jasmani yang subur...
Saya masih ingat pesanan Sheikh Abdul Hafiz yang berasal dari Jerman kepada saya semasa berada di Syria.. "Tidurlah awal selepas Solat Isyak kerana itu adalah ajaran guru rohani kita. Bangunlah awal untuk beribadah malam....Insya Allah kualiti hidupmu akan bertambah baik..
Saya juga masih ingat ketika berada bersama Maulana di Turki. Setelah sama2 menunaikan Solat Isyak berjemaah dan berzikir berama2 rakan2 seluruh dunia yang berhimpun di situ, khadam maulana akan menutup lampu dan menjerit; " Sleep everyone, sleep everyone....!!!!!". Lalu lampu di Dergah ditutup awal sebaik sahaja selesai menunaikan Solat Isyak..
Saya juga masih teringat kenangan bersama al Marhum Sheikh Husin Ali ar Rabbani di Afrin sempadan Syria- Turki.. Ketika menziarahinya yang lumpuh di dalam bulan Ramadan, selepas berbuka puasa, Solat Isyak dan Tarawih, terus sahaja anak2nya menarik kain selimut al marhum untuk beliau tidur.. BEGITU AWAL SEKALI BELIAU TIDUR>>.... Maka bangunnya untuk tahajjud juga adalah BEGITU AWAL... Begitu banyak sekali guru2 kami yang bangun tahajjud dan ibadah malam seawal pukul 2 pagi sehingga ke Subuh.. SubhanALLAH....
Tidur awal juga dapat menjamin kerukunan rumahtangga. Anak2 yang tidur awal akan terhindar dari masalah2 sosial dan tidak berpeleseran pada waktu malam... Aktiviti2 yang tidak senonoh yang biasanya terjadi pada waktu malam hari akan terhindar apabila malam diisi dengan kerehatan fizikal dan spiritual yang cukup..
Kajian juga menyatakan bahawa segala proses pembaikpulih tubuh badan terjadi hanya dengan kerehatan yang tidur pada waktu malam, sementara tidur pada waktu siang (kecuali qailulah iaitu tidur sebentar pada sebelum waktu tergelincir matahari; Zuhur) pula tidak mempunyai sebarang manfaat kecuali menurunkan kadar metabolisme badan melawan penyakit. Sebab itu orang yang suka tidur siang sehingga Zuhur selalu lesu, mudah selsema dan deman dan tidak motivasi berkerja....
Kajian mendapati orang tidur awal akan lahir sebagai orang yang produktif dan cemerlang di dalam pekerjaan mereka seharian..
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Texas University, pelajar yang bangun awal pagi telah mendapat GPA ( Grade Point Average ) yang lebih tinggi berbandingkan pelajar yang tidur lewat iaitu 3.5 berbanding dengan 2.5 , sebagaimana yang dilapurkan di webmd.com pada 9 Jun yang lalu. Laporan penuh boleh dibaca di sini.
... dan petikan dari KOMPAS Indonesia:
KOMPAS.com - Kita selalu disarankan untuk tidur
tujuh hingga delapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun
lebih cepat. Namun entah kenapa, sulit sekali menerapkan kebiasaan tidur
yang teratur. Padahal, saran tersebut diberikan bukan tanpa alasan.
Bila mengetahui bahwa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan
seperti menurunkan berat badan atau membuat Anda lebih produktif di
kantor, masa sih Anda tidak ingin mengusahakannya? Bila tak percaya,
coba lihat beberapa keuntungan menghindari tidur larut malam berikut
ini:
Berat badan turun
“Orang yang begadang akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak karena lapar," tutur Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memperingatkan bahwa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori tersimpan di dalam tubuh. Di samping itu, ketika Anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya Anda lalu melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya energi Anda akan berkurang dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.
Tidur lebih pulas
Berbagai studi menunjukkan bahwa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, bisa menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tertidur, Anda juga menjadi lebih sulit tetap dalam kondisi tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika Anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesulitan untuk kembali tidur?
Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa begadang, namun tak seorang pun diprogram secara biologis untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, Anda pun akan bangun dengan keadaan bugar dan dengan energi yang lebih tinggi. Kondisi ini tentu membuat Anda mampu melakukan apapun aktivitas Anda dengan lebih produktif.
Jantung yang lebih sehat
Para peneliti di Misao Health Clinic di Gifu, Jepang, mengatakan bahwa relawan dalam sebuah studi yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui memiliki pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.
Lebih berenergi
“Mereka yang terpaksa baru bisa tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar terbiasa dengan siklus hidupnya," ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fase tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fisik mereka tak pernah bugar seluruhnya.
Bisa olahraga lebih baik
Sebuah studi yang diadakan oleh Stanford University meminta sekelompok atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, performa mereka saat latihan meningkat tajam. Kalau sudah begini, Anda tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan Anda kan?
Tidak mengalami efek kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak bisa tidur pulas karena kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan kantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan bertahan 10 jam, artinya, hanya akan hilang separuhnya 10 jam setelah Anda meminumnya," kata Gromer. Dengan tidur lebih awal Anda akan membebaskan diri dari siklus kopi yang tak menyenangkan ini.
Berat badan turun
“Orang yang begadang akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak karena lapar," tutur Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memperingatkan bahwa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori tersimpan di dalam tubuh. Di samping itu, ketika Anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya Anda lalu melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya energi Anda akan berkurang dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.
Tidur lebih pulas
Berbagai studi menunjukkan bahwa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, bisa menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tertidur, Anda juga menjadi lebih sulit tetap dalam kondisi tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika Anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesulitan untuk kembali tidur?
Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa begadang, namun tak seorang pun diprogram secara biologis untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, Anda pun akan bangun dengan keadaan bugar dan dengan energi yang lebih tinggi. Kondisi ini tentu membuat Anda mampu melakukan apapun aktivitas Anda dengan lebih produktif.
Jantung yang lebih sehat
Para peneliti di Misao Health Clinic di Gifu, Jepang, mengatakan bahwa relawan dalam sebuah studi yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui memiliki pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.
Lebih berenergi
“Mereka yang terpaksa baru bisa tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar terbiasa dengan siklus hidupnya," ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fase tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fisik mereka tak pernah bugar seluruhnya.
Bisa olahraga lebih baik
Sebuah studi yang diadakan oleh Stanford University meminta sekelompok atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, performa mereka saat latihan meningkat tajam. Kalau sudah begini, Anda tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan Anda kan?
Tidak mengalami efek kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak bisa tidur pulas karena kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan kantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan bertahan 10 jam, artinya, hanya akan hilang separuhnya 10 jam setelah Anda meminumnya," kata Gromer. Dengan tidur lebih awal Anda akan membebaskan diri dari siklus kopi yang tak menyenangkan ini.
..SELAMAT TIDUR AWAL..
Labels:
rawatan islam
12 December 2011
Pelancaran CD Ceramah Perdana KISWAH di Kg Jengka "PERIHAL SIHIR"
DVD Ceramah Perdana KISWAH "PERIHAL SIHIR"
DVD Video Ceramah KISWAH di Kg Jengka Chenor berkenaan SIHIR.
"CERAMAH PERDANA KISWAH"
Masjid Lama Masjid Kampung Jengka Batu 13 Chenor Pahang.
18 November 2011
"SIHIR"
Penyampai: Ustaz Hayat al Azhari An Naqshbandi
Perihal Sihir
Tanda-tanda Sihir
Amalan Pendinding
Sesi Solawat Beramai-ramai
Sesi Rakaman Ruqyah Beramai-ramai
*Format MP4 untuk komputer sahaja*
Rakaman 1 jam 56 minit!!!!
HARGA PROMOSI SEMINGGU SEBELUM DINAIKKAN HARGA!!!!
DAPATKAN SEKARANG!!!! DI:
Labels:
produk,
rawatan islam
11 December 2011
Kenangan Seminar 2 KISWAH di PR Temerloh
Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, dengan berkat inayah kudrahNya maka seminar KISWAH Modul2 berjaya dilaksanakan dengan penuh warna warni kenangan yang bakal dicoret dalam album kenangan KISWAH.
Peserta mula datang pada pukul 7.30 pagi dan saya, Shami dan Lukman telah bersedia di sana menyambut kedatangan peserta. Alhamdulillah, penyertaan peserta program KISWAH pada kali ini telah menepati sasaran. Turut hadir ahli keluarga KISWAH yang lain seperti Anas Tahfiz, Saiful Raub, Wan dan Azwan Sabah, Pak Kasim, Tuan Prof Shahnor, Cikgu Adib dan Abang Wan... Terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa membantu kami menjayakan seminar kali ini.
Majlis diserikan dengan selingan solawat memuji nabi saw... Itulah trademark program kami.
Seminar berakhir dengan bacaan Hizib Bahar dan oenijazahan ruqyah, solawat dan hizib...
Diharap semua peserta dapat mempraktikkan segala untaian mutiara ilmu yang didapati sepanjang seminar ini.
Terima kasih kepada semua peserta dan ajk yang bersusah payah menjayakan seminar yang kerdil ini..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
seminar dan ceramah
08 December 2011
Jangan Lupa Seminar KISWAH di Temerloh Esok 10 Dis 2011!
Jangan Lupa!!! |
Assalamualaikum semua..
Kepada semua peserta yang sudah mendaftar untuk seminar besok, JANGAN LUPA YE!!!
Temujanji kita di HQ KISWAH Temerloh esok untuk majlis ilmu kita.
Datanglah seawal 7.30 pagi. Eloklah anda bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum datang mendaftar.
Semoga Allah memberkati seminar @ majlis tafaqquh fiddin kita pada hari esok..
Semoga Allah mencurahkan rahmatnya berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan senantiasa kita semua miliki. Amin Ya Rabb..
Sebagai makluman sekali lagi:
Jangan ketinggalan seminar kami di KISWAH Temeloh: Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas Sihir 10 Dis 2011. |
KURSUS RAWATAN ISLAM
“ KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 2 )”
Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus
" Peserta yang pernah menyertai seminar 1 adalah didahulukan. TERHAD kepada 50 orang peserta sahaja"
Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
http://www.rawatanislam2u.
ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH
YURAN PENYERTAAAN : RM 30.00 (Kos seminar dan sijil.. Makan tidak disediakan)
TARIKH : 10 DISEMBER 2011 ( Sabtu )
MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.
TENTATIF PROGRAM
Modul 2: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus
Masa/Hari Sabtu ( 10/12/2011 )
7.30 pg - 8.30 pg Pendaftaran Peserta
8.30 pg - 10.30pg Sihir Perkahwinan /Andartu/ Ta’tiluz Zawaj & Kaedah Rawatan
Mandul/ Sihir Jerut Zakar/ Tiada Anak & Kaedah Rawatan
Anak Nakal/ Penerang & Pelembut Hati & Kaedah Rawatan
10.30 pg - 11.00 pg Rehat / Minum Pagi
11.00 pg - 12.00 tgh Anak / Isteri / Suami lari & Kaedah Rawatan
Sihir Penceraian/ Pergaduhan/ Pendamai Rumahtangga & Kaedah Rawatan
Amalan Pendinding
12.00tgh- 12.30tgh Tayangan Perubatan Islam & Ulasan Konsep Perubatan Islam
12.30 tgh - 2.00 ptg Rehat/ Makan Tgh / Solat Zohor
2.00 ptg - 4.30 ptg Simulasi Perubatan Kaedah Ruqyah Syariyyah & Pengijazahan Bacaan Ruqyah Syariyyah serta Amalan Pendinding
4.30 ptg - 5.00 ptg Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah
Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip > SMNR2> Nama Penuh > No.KP > Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SMNR2 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777 TEMERLOH
Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan anda…
Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi:
017 9065131 ( U.Hayat )
014 8419358 (U Lukman )
Ahli Jawatankuasa:
Pengarah: Ustaz Hayat
Setiausaha: Ustaz Hayat
Protokol dan aturcara; Cikgu Adib
Pendaftaran: Lukman
Makanan: Lukman
Promosi: Wan Amirul Syafiq
Teknikal: Sofwan Raub
Persembahan dan maulid:Ustaz Hayat
Pengerusi Majlis: Cikgu Adib
Tugas-tugas khas: Azwan
* Syarat penyertaan; berniat membuang perbomohan dan teknik penipuan dan kembali kepada kaedah Al Quran
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
event,
seminar dan ceramah
07 December 2011
14 Muharram Maulid Shah Naqshband,, Sama-samalah Kita Raikan
Khwaja Shah Muhammad Bahauddin Naqshband ra. Lahir pada 14
Muharram dan merupakan tokoh ulamak sufi yang terkenal. Dari silsilah beliaulah
lahirnya tarekat naqshbandi. Marilah sambut maulid beliau pada malam 14
Muharram ini.
|
Imam Tarekat Naqshbandi:
Shah Bahauddian Naqshband
Di dalam himpunan tokoh
Naqshbandi, akhirnya tibalah masanya kita membicarakan berkenaan Muhammad
Bahauddin Uwaysi al Bukhari yang lebih dikenali sebagai Shah Naqshband, Imam
kepada Tarekat Naqshband. Beliau dilahirkan pada tahun 717H/1317M sdi sebuah
kampung yang dikenali sebagai Qasr al Arifan, berdekatan Bukhara. Apabila
beliau sudah menguasai bidang Syariah dalam usia yang masih amat muda sekitar
lapan belas tahun, beliau sentiasa berdamping dengan Sheikh Muhammad Babab as
Samasi, yang merupakan perawi hadis yang berkelayakan di Asia Tengah. Selepas
kematiannya gurunya, beliau berdamping pula dengan Sheikh Amir Kulal, yang
meneruskan kesinambungan latihannya dalam mendalami ilmu pengetahuan luaran dan
dalaman.
Muridin Sheikh Amir Kulal membaca
zikir secara kuat dan dalam keadaan
duduk berjemaah dan juga zikir senyap secara berseorangan. Walaupun Sheikh
Naqshband tidak pernah memberi komen berkenaan zikir kuat, namun beliau lebih
berkenan kepada zikir senyap. Berkenaan perkara ini beliau mengatakan,
"Terdapat dua jenis zikir.
Satu senyap dan satu lagu kuat. Aku
memilih zikir senyap kerana zikir ini lebih kuat dan sebab itulah daku
memilihnya."
Akhirnya, zikir senyap menjadi
salah satu karekteristik istimewa Tarekat Naqshbandi berbanding tarekat lain.
Shah Naqshband menunaikan haji
sebanyak tiga kali, selepas beliau menetap di Merv dan Bukhara. Sehingga ke
akhir hayatnya, beliau kembali menetap di kampung halamannya di bandar Qasr al
Arifan. Ajaran beliau berkembang ke serata tempat dan namanya meniti di setiap
lidah. Pengunjung datang dari serata dunia untuk melihat dan mendengar
nasihatnya. Mereka menerima ajarannya di sekolah dan masjid, sebuah kompleks
yang boleh menampung sebanyak 5000 orang. Sekolah ini adalah pusat pengajian
yang terbesar di Asia Tengah dan masih
wujud sehingga ke hari ini. Dewasa ini sekolah ini dibaik pulih dan dibuka
semula selepas berhempas pulas selama tujuh puluh tahun untuk memastikannya
kekal wujud di bawah pemerintahan komunis.
Ajaran Shah Naqshband berupaya
menukarkan hati manusia dari kegelapan kepada cahaya. Beliau terus menerus
mengajar anak didiknya pengetahuan berkenaan keesaan Allah yang mana
guru-gurunya telah memperhalusi, mentafsir berkenaan hakikat makam ihsan buat
para pengikut mereka bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad sollallahu alaihi
wa sallam:
"Ihsan adalah beribadat
kepada Allah seolah-olah kamui melihatNya."
Apabila Shah Naqshband meninggal
dunia, beliau dikebumikan di kebunnya seperti yang dipinta. Raja Bukhara yang
memerintah telah menjaga sekolah dan masjidnya, memperbesar dan menambah
pembiayaan dalam urusan keagamaan negara.
Kemudian ramai sheikh Tarekat
Naqshbandi menulis biografi Sheikh Naqshband. Antaranya adalah Masud al Bukhari
dan Sharif al Jarjani yang menulis kitab Awrad Bahauddin, yang berkisar
kehidupannya termasuk fatwa-fatwanya. Sheikh Muhammad Parsa yang meninggal di
Madinah pada tahun 822H/1419M telah menulis Risalah Qudsiyyah yang
membicarakan berkenaan kehidupan Sheikh Naqshband, peribadi dan ajarannya.
Warisan Sheikh Naqshband
termasuklah pelbagai buku. Antaranya adalah: Awrad an Naqshbandiyyah, Tanbih
al Ghafilin, Maslak al Anwar dan Hadiyyatu as Salikin wa Tuhfat at Talibin.
Beliau meninggalkan banyak syair
yang memuji nabi sollallahu alaihi wa sallam dan beliau banyak memberikan
undang-undang yang dikuatkuasa.
Antara pendapatnya adalah kesemua
jenis ibadah sama ada wajib atau sunnah adalah dibenarkan kepada salik untuk
mencapai makam hakikat. Solat, puasa, zakat, jihad, dan kawalan diri adalah
hakikatnya jalan untuk menuju Allah yang Maha Berkuasa.
Shah Naqshband membina sekolahnya
atas binaan mengemaskinikan ajaran Islam. Dia menggesa agar memelihara keaslian
Quran dan pengajian sunnah.
Apabila ditanya apakah kriteria
utama untuk menjadi pengikut jalanmu?" Beliau menjawab, "Mengikut
sunnah nabi sollallahu alaihi wa sallam."
Kemudian beliau menyambung:"Jalan kami adalah
sangat berlainan. Ia menjaga janji agar tidak dimungkiri. Ia tidak meminta
sesuatu apapun daripada pengikutnya kecuali untuk menjaga kemurnian sunnah nabi
sollallahu alaihi wa sallam dan menelusuri jalan para sahabat nabi dalam usaha
mereka menuju Allah."
Amalan semasa sambutan Maulid Shah Naqshband - 14 Muharram saban tahun:
Hidupkan malam dengan zikir khatam, solat malam dan sambutan maulid dedikasi untuk Khwaja Shah Naqshband serta mengambil berkat dari kehidupan beliau yang penuh barakah. Semoga kita semua dapat meneladani kehidupannya yang indah dengan lembanyung redha Ilahi,
Subscribe to:
Posts (Atom)